Gambar : Sendiri
Beras pulut ditanak, airnya sikit aje, tak macam kita tanak nasi |
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Kali terakhir saya melihat proses pembuatan tapai pulut ialah 16 tahun lalu. Bila tu? Masa hari perkahwinan sayalah. Sanak-saudara berkumpul, masing-masing menyajikan juadah kepakaran masing-masing. Alhamdulillah, manisnya silaturahmi, Al-fatihah pada yang sudah pergi. Masa tu yang saya ingat mereka semua gunakan daun untuk membungkus, daun getah tak salah saya.
ragi - jemur dulu - ayah pesan |
Semua ikut pantang larang, tak berbunyi-bunyi. Semua diam. Saya yang jadi tukang tengokpun turut diam, walaupun hati terkemut-kemut nak bertanya itu dan ini. Bila dah siap, barulah masing-masing melompat (tak adalah macam senamrobik tu) sebab dah keluar daripada pantang larang.
Hari Ahad lalu, ayah tanya saya dan si dia, "nak makan tapai tak?"
"Tapai apa, yah? Kalau tapai ubi...saya memang tak laju." Jawab si dia. Ewah! banyak cekadak punya menantu (agaknyalah ayah saya cakap macam tu - dalam hati)
selepas sehari - ayah kata tapai masak hari Selasa tapi petang Isnin dah telefon 'dah boleh makan,' katanya |
"Ayah awak dah pandai buat tapai. Manis. Sedap." Puji emak pula. (orang Pahang membahasakan orang kedua sebagai 'awak' dan orang Negeri Sembilan pula menggunakan gantinama 'kau' - kedua-duanya saya rasa agak kasar untuk bahasa keluarga, tetapi itulah indahnya bahasa. Ia menjadi lunak apabila dilafaz dengan rasa kasih sayang)
Affan nan bertuah, memang tak lekat di rumah Aki dan Wan. Ada saja aktivitinya |
Lalu, ayah menjalankan misi membuat tapai pulut. Dia menggunakan sekilo beras pulut yang ditanak dan seketul ragi. Ragi tu kena jemur dulu untuk 'bangkitkan' powernya, kata ayah. Sambil tu ayah berborak-borak macam biasa. Tak ada pantang larangpun. Cumanya kata ayah, perempuan yang berada di dalam haid memang tidak boleh menyediakan tapai. Nanti ia bertukar warna. Betul tak betul, wallah hu alam.
Anak dia yang seorang ni, di dalam keadaan apa pun, tahu makan aje. Nak menyedia, nak membuat memang tak reti. Tapi saya kongsikan juga sebagai kenang-kenangan antara saya dengan ayah di sini.
Nilah itik tu. Saya agak dalam 3 ke 4 kilo. Kalau gulai mahu sekolah air nak merebusnya. Liat! |
Juga saya kongsikan gelagat seekor itik yang saya jumpa dok mengitar saya tanpa sebab (mungkin dia ada sebab tapi kami tak boleh berkomunikasi) Saya tak tahulah sambil dia bertawaf mengelilingi saya tu dia mengutuk saya; "inilah manusia yang Allah jadikan lengkap sempurna tapi kadang-kadang tak guna otak untuk berfikir!"
Kalau itik tu mengutuk saya dalam bahasanya memang malu saya. Itik dan makhluk lain pun tahu berterima kasih kepada penciptanya dengan berzikir. Kenapa kita tak boleh berterima kasih dengan menunjukkan kesyukuran?
Kelas Asas Blog dan Fan Page adalah untuk usahawan kecil sederhana dan besar yang ingin meluaskan jaringan ilmu berbisnes secara online. Tidak kira siapapun anda, apabila bersama di dalam kelas kami, kesemua alumni akan saling bahu-membahu. Guru kelas, rakan sekelas, guru besar malah alumni semuanya mesra alam dan boleh didekati 24 jam sehari.
Hubungi saya untuk mendaftar. Pendaftaran terus dibuka. Monalita Mansor ada di facebook.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D