Tuesday 3 September 2013

Due Date : Ada Aku Kisah?

Teks       : Monalita Mansor
Gambar :  Bidikan Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Di kalangan kita, 'due date' merujuk kepada tarikh melahirkan setelah sembilan bulan memegang panggilan Mak Yung atau Mak Buyung atau apa-apa sahaja gelar yang kadang-kadang mengguris hati.
Di dalam istilah perbankan 'due date' adalah merujuk
kepada tarikh akhir satu pusingan lengkap bulan kewangan.

Katakanlah tarikh perjanjian jual beli anda ialah 1/1/2013.  Maka 'due date' untuk bulan seterusnya ialah 1/2/2013.

Saya kira 90% pengguna terkeliru dengan terma percuma bulan pertama atau ayat "bulan pertama tak payah bayar, kak...." kata penjual yang sudah terbayangkan komisennya sambil tersenyum.

Dengan senang hati, tanpa merujuk kepada tarikh perjanjian kitapun tidak membayar.  Tambahan pula, gaji masuk hujung bulan.  (bagi yang tak bergaji macam kita, perlu tahu untuk urus gaji cik abang kita).
Sudahnya, tanpa amaran anda akan menerima surat cinta atau panggilan hormat daripada pihak pemiutang yang mengatakan pembayaran anda sudah tertunggak sebulan.

Lalu, apa solusinya?

1.  Sebelum menandatangani surat perjanjian BACA dulu surat perjanjian.  Kalau kurang mahir, suruh pegawai/penjual tu bacakan.

2.  Minta tarikh perjanjian ditulis beberapa hari selepas hari gaji anda.  Misalnya gaji anda pada 25/1/2013, jadi tarikh perjanjian yang nantinya akan jadi 'due date' selagi hutang tak habis seelok-eloknya ialah 26/12/2012 atau 27/12/2012.  Ia boleh dilakukan.  Kalau mereka kata ia menyalahi prosedur, tunda sehingga tarikh tersebut sampai (pasti mereka tak sanggup).

3.  Jika mereka berkeras juga dan anda sangat mengingini dana/harta tersebut dengan kadar segera, buat satu pembayaran untuk satu bulan.

4.  Jika semua di atas tidak dapat anda lakukan, minta pihak penjual/bank nyatakan dengan jelas kadar LPI yang perlu dibayar untuk satu hari jika anda membayar lewat supaya pinjaman anda tidak dikira sebagai 1MIA (one month on arrears).

Apakah LPI?  Ia bermaksud Late Payment Interest.  Ia tidak sama dengan BLR atau kadar faedah pinjaman.

Saya akan perjelaskan di entri yang akan datang.  Tunggu!


Catatan Selepas Menonton Upin dan Ipin (14)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung