Jangan lupa baca untuk mendapatkan jawapan bagi soalan kuiz pra-terbit Mentua Aku Shogun Tokugawa. Hadiah-hadiah menarik tajaan Seri Cahaya Online (butik tudung) Abdullah Food, Zaila Mohamad, Syaf Zeef Collection, Jebat Creative dan MZ Secret Soap Subang Jaya 2 untuk menyerikan Ramadhan dan Aidil Fitri anda.
Soalan akan dinaikkan di dalam grup
Kafe CMV dan grup
NiN
jadi ahli dan anda layak menyertai
 |
kaver cadangan |
BAB TIGA (3)
βMA
tak menangis masa tinggalkan kau kat sini?β
Terhenjut-henjut
sudah bahu Nayla menahan ketawa, tertunduk, menggeleng-geleng sedikit sambil
meleretkan sesuatu di telefon di tangannya.
βMahunya
tak. Macam Neng Yatimah,β sela Eza sambil mengunyah kudapan yang terlantar di tepinya
di atas meja kopi di ruang tamu. Kakinya yang bersalut jeans longgar elok bersengkeling
di atas meja empat segi yang dikepung oleh set sofa berwarna coklat itu.
Akhirnya,
Nayla memburaikan ketawa. Faham yang Puan Mariam memang bintang air mata. Selepas
ini tiada lagi pengintip bertauliah di laman sosialnya. Tiada lagi βMariamβs Angelβ kerana Eza yang
diharapkan selalu untuk mengaksesnya sudahpun bersama-sama Nayla di Kuala
Lumpur.
βIbu
kau?β Nayla bertanya merujuk kepada ibu Eza.
βIbu
okey. Dia tahu anak daranya ni macam
mana kanβ¦β Eza menunjuk ke arah dadanya. Tudung bawal rekaan terkini itu
ditanggalkannya. Dicampak sahaja di atas sofa bersebelahan.
βHah!
Kau dah tinggal kat KL ni jangan lepas laku. Kalau kau tak nak kerja, tak apa.
Tapi rumah ni kau kena kemas. Kau tahu
aku punya undeng-undeng kan?β Tegas Nayla.
βBaik
bukβ¦β Eza mengangguk-angguk bagai
burung belatuk menjawab di dalam slanga Indonesia.
 |
kaver cadangan |
Beg
pakaian bersaiz sederhananya masih tersadai di depan pintu masuk. Eza yang baru
selesai SPM sudah lama berkeinginan tinggal bersama-sama Nayla. Puan Mariam
yang tidak membenarkan, bukan ibunya. Kehidupan Eza banyak ditentukan oleh Puan
Mariam biarpun Eza cuma anak saudaranya. Ibu Eza, Puan Jamilah pula bukan jenis adik yang berkira berkira
lebih-lebih lagi dengan kakaknya.
βMacam
mana training kau?β
βTraining apa?β
βAikβ¦
kau kata tak boleh tunggu aku kat rumah. Ada
kursus. Oohβ¦kau tipu ma eh?β Eza
menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. Ma
merujuk kepada Puan Mariam dan ibu adalah gelaran untuk ibunya sendiri. βNayla
memang keras hati. Kalau dah tak
suka, tiada apa yang boleh mengubahnya.β Getus hati Eza.
Nayla
menyimpul sila di atas sofa bertentangan dengan Eza sambil senyum meleret.
Matanya tertancap pada bungkusan di atas meja makan. Eza kemudian mampir ke
meja bulat itu, membuka bungkusan itu dan pantas tangannya menghidang. Azan Isyak
berkumandang dari surau berhampiran.
βOwh!..
ada masjid kat sini. Jauh tak?β Eza
berteka-teka. Membanding suasana islami di kampung dengan di kota. Mulutnya laju mencicip santapan yang
masih di dalam bekas plastik.
βSurau.
Kat blok sebelah. Apa tu?β Nayla tidak
dapat menolak sabar, bertanya sambil tertinjau-tinjau. Tetapi masih berdegil
untuk berganjak dari sofa.
βMa
bekalkan untuk kau. Masakan kegemaran
kau.β
βMa?
Bekalkan untuk aku? Pelik ni! Selama ni kalau aku balik kampung, tak pernah dia
kirim-kirim macam ni. Kalau adapun tuβ¦ βgulai leter masak ugut.β Tak naklah.β Nayla mencebik sambil membetulkan cekak rambut
yang mengemaskan semula rambutnya yang serabai ditiup angin. Eza ketawa
mendengar istilah βgulai leter masak ugutβ itu.
βSedap
apa βgulai leter masak ugutβ ma tuβ¦ Mengada-ngadalah kau. Apa fasal pula kau
tak nak?β Pinggan sudahpun tersedia di tangan Eza.
βMana
tahu dia dah mandrem lauk tu. Tak fasal-fasal
aku dapat bengong percuma,β tuduh
Nayla. Sesukanya melepaskan kata-kata.
βYa
Allah! Apa punya busuk hati perut kau ni?β
Eza membesarkan biji mata tanpa lupa
menyuapkan ayam masak merah ke dalam mulut lebarnya.
 |
kaver cadangan |
βBukan
busuk. Berjaga-jaga.β Nayla membela diri.
βTakkanlah
ma sanggup buat macam tu?β berdecit-decit mulut Eza mempertahankan emak saudaranya.
βKau
kenal ma lapan belas tahun. Aku kenal dia lebih sepuluh tahun dari engkau. Aku tahu mak aku, Eza.β
βKot
iya kalau dia mandrem kau, untuk
kebaikan kau jugak. Sebab dia dah nasihatkan kau, janganβ¦janganβ¦tapi kau degil
jugaβ¦β Suara Eza semakin perlahan dan menundukkan kepala tapi matanya
mengerling Nayla, lebih-lebih lagi apabila dilihatnya Nayla membutangkan
matanya. Namun kemudiannya dia menyambung, βlagipun kalau kau baca doa makan,
agak-agak syaitan beserta tak?β tanya Eza selajur menyambung, βkau tambah sikit
doa mengelakkan santau yang macam Ustaz Don ajar tuβ¦β Tokok Eza lagi. Nayla
menelan liur.
βKau
kenal Ustaz Don tak? Aku takut kau tak kenal pulak.β Terbayang di mata Eza
pendakwah muda tinggi lampai, berperwatakan menarik, lembut suara walaupun
slanga utaranya tidak pernah cicir yang mempunyai pendekatan sendiri dalam
menyampaikan ceramahnya.
βKau
ingat aku bodoh sangat ke?β
βTaklah
bodoh. Tapi kadang-kadang cerdik kau datang. Baca ayat ni bismillahillazi la yadurrumahasmihiβ¦β
βOh! Itu aku tahuβ¦β potong Nayla sebelum Eza
menghabiskan bacaannya.
βKan
aku cakap kau ni terlebih cerdik.β Eza memperlahankan kunyahannya mengelakkan
nasi tersembur kerana melepaskan tawa. Nayla menunjal kepala Eza sambil
mencapai pinggan. Mempraktikkan apa yang diajarnya sebentar tadi. Eza menghadam
penuh kosentrasi mengenangkan perutnya sudah minta diisi semenjak petang tadi.
Eza
dan keluarganya tiba di rumah itu pada waktu Dhuha. Kunci rumah Nayla ditinggalkannya
pada Hanisah di bank. Jarak bank dengan rumah sewaannya lebih kurang lima minit
perjalanan. Puan Mariam dan Encik Nasir berkira-kira menunggu hingga waktu Asar
untuk berjumpa dengan Nayla. Tetapi Eza tahu Nayla memang tidak mahu bertemu
muncung dengan Puan Mariam. Sebaris alasan dan persediaan pelan B seandainya
alasan tersedia tidak cukup kuat diterima emaknya, sudah dirancang. Kakak
sepupunya yang berbeza warna kulit dengannya itu memang kepala batu.
βYalah,
manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke pinggan Arcopal Ma,β fikir Eza.
Cahaya
mata Puan Mariam dan Encik Nasir cuma Nayla seorang sahaja. Itulah intan payung
kanopi pasar malam mereka. Zuriat mereka yang terdahulu tidak berhasil menjenguk
dunia. Itupun terbias kata Nayla adalah anak angkat. Eza pernah mendengar
angin-angin menderu apabila perang dingin Puan Mariam dan Nayla mendapat
liputan percuma penduduk kampung. Nayla tidaklah popular benar di kampung. Cuma
dia termasuk di dalam kategori pelajar pintar dan aktif dalam ko-kurikulum dan
menjadi kesayangan cikgu-cikgu. Maklum sekolah kampung, nilaian prestasi tidak
dapat disama araskan dengan pencapaian pelajar sekolah bandar. Namun baik ibunya,
Puan Mariam atau Nayla sendiri tidak pernah ambil pusing berkenaan khabar angin
itu.
βHujung
minggu ni nak ikut aku tak?β Tangan Nayla lincah mengemaskan meja makan. Remah
yang bersisa, dikaut dengan tangan. Eza sudah berada di depan sinki, menoleh. Sebaik
sahaja pinggan ditatang Nayla beralih tangan, dia cepat-cepat membasuhnya. Selepas
itu cepat-cepat juga dia menutup tap sinki. Berlari mengambil tempat di sofa kembar sambil
membanting tubuh.
βPergi
mana?β Tanya Eza kembali sambil mulutnya berdecit-decit berusaha mengeluarkan
sisa makanan yang dirasakan terselit di celahan gigi.
βAlumni.β
βPak
Tam adalah tu?β Teka Eza.
βDia
dah merajuk dengan aku.β Nayla bersuara
dalam nada sedih yang dibuat-buat. Eza membesarkan mata sebagai ganti perkataan
βkenapaβ. βManalah aku tahu. Kalau kau
yang merajuk aku tahulah sebabnya.β Nayla menjungkit bahu.
βMemang
malang nasib Pak
Tam tu.β Eza seorang sahaja yang memberi gelaran itu kepada Aizat dan hanya dia
juga yang tahu kemunasabahannya gelaran itu.
βKenapa?β
βDapat
buah hati alias batu alias kayu macam kau.β
βSedapnya
mulut kau bercakap.β Nayla yang masih
berada berhampiran meja makan bercekak pinggang. Memandang ke arah gadis
berambut pendek gonjeng tetapi bertindik telinganya itu.
βKau
tak pernah dengar perumpamaan. Merajuk
pada yang sayang. Pujuklah.β Arah Eza.
βEh!
Kau ni umur setahun jagung manis. Macam-macam
benda yang kau tahu ya.β
βHaiβ¦
dunia tanpa sempadan. Lagipun aku budak sekolah alaf baru. Ada budak kelas aku
dah nikah pun minggu lepas. Kau ingat
tak si polan anak pakcik Jamal?β tanya Eza. Kali ini dia menoleh dengan wajah
serba tahu. Tangannya disidaikan di atas penyandar sofa. Nayla melongo. Jamal
Pak Tongko? Usai berjeda dia menyambung, βalah..si polanβ¦adik Haideer yang
kerja kat Dubai
tu.β Eza menguatkan fakta ingatan kakak
sepupunya itu. Nayla mengangguk-angguk.
β
Terlanggar lampu merah, kemalangan. Kenalah kahwin.β
βTeruk
ke?β
βApa
yang teruk?β Eza menoleh kembali dengan kerutan di dahi
βAccident.β
βTeruk.
Dah tiga bulan bawa perut.β Eza kelihatan bersungguh-sungguh menerangkan.
βAccident? Laβ¦kau ni cakap
berbelit-belit. Aku ingatkan kemalangan betul-betul.β Marah Nayla.
Eza melampias tawa. Seronok dapat mengenakan
Nayla lagi. Tangannya mencapai alat kawalan jauh dan menekan siaran SBS.
Menikmati drama Korea
bersiri dan segera terjerit melihat wajah Choi Min Ho terpapar di layar
televisyen.
Nayla
membiarkan sahaja. Diheretnya beg yang terpinggir tadi ke dalam bilik yang
bersebelahan dengan biliknya. Hari ini hari yang memenatkan. Sejak pagi dia
memandu keluar tanpa arah. Akhirnya dia memarkir di stesen LRT Bukit Jalil.
Mengambil tren ke Kuala Lumpur.
Tawaf satu Kuala Lumpur
membuang masa. Cuti memang sudah dipohon seminggu yang lalu. Sejak Eza
memberitahu dia sudah mendapat lampu hijau untuk tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.
Selesai
membersih diri, dia menghumbankan tubuh ke atas tilam dengan tuala masih membalut
badan. Esok harus kembali bekerja. Dia merengus bosan. Bila sesekali bosan datang
membuatkan segala-galanya menjadi tidak keruan dan dia mudah melayan amarah.
βOi! Tak senonoh betul. Nasib baik aku ni normal,β
Jerit Eza melihat Nayla tertiarap di atas
katil dengan tuala membalut bahagian penting sahaja dan rambut kusut masai. Lengannya mengalas kepala manakala matanya
pejam.
βDia
dah tidurlah ma.β Eza meletakkan telefon
kembali ke telinga. βBetul. Dia tak
buat-buat tidur. Dia pejam betul-betul. Orang tempik kuat-kuat pun dia tak
sedar ni. Letih kot. Training tadi. Esoklah ma telefon dia ya.
Bye.β Sengaja Eza meninggikan suara
sewaktu menyebut perkataan bermaksud kursus itu. Dengan segera juga menyebut
perkataan akhir itu. Nayla memalingkan tubuh dan bingkas bangun. Tuala yang
hampir terburai, dibetulkan. Eza menutup mata dengan telapak tangan sambil
duduk di bucu katil dengan kaki yang terbuka agak luas. Ibu jari kakinya
mengotek-ngotek senang hati.
βSampai
bila aku ni nak jadi posmen pun aku tak tahu,β keluh Eza.
βSampai
bila-bila.β Nayla mencapai baju tidurnya dari dalam almari di hujung katil.
βArgh!
Bila aku kahwin esok, aku nak ajak laki aku duduk jauh-jauh dari kau orang
berdua. Masa tu kau orang dua beranak nak bertekak, bertekaklah. Aku dah tak
dengar.β Rancang Eza.
βAda
ke orang nak kahwin dengan kau?β
βAku
okey apa? Memanglah tak putih kuning
macam kulit kau. Aku putih coklat. Lawa kan?β Eza melaga-lagakan
lengannya dengan lengan mulus Nayla.
βYa,
kau memang lawaβ¦kau kan
adik aku,β Nayla merangkul bahu Eza. Semarak
kasih sayang berserakan. Memberi wangi pada pernafasan sillaturrahmi yang
sudahpun bertaut dengan pertalian darah.
βDahlah,
aku mengantuk ni. Esok nak kerja. Melainkan
kau nak gantikan aku, boleh jugak,β ugut Nayla.
Eza menjelirkan lidahnya. Melenggang pergi dan menghilang di sebalik
pintu bilik.