Saturday 4 October 2014

Cerpen Romantik Komedi Seram Sejuk di Ilham Karangkraf


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Print Screen sendiri

Saya letakkan cerpen ni dalam kategori komedi romantik seram tak berapa sejuk. Hantar peraduan tak menang, maka saya tampallah kat sini. Edisi pertama. Panjang sangat, saya bahagikan dua bahagian. Sekarang terpapar di Ilham Karangkraf. Boleh klik Melati Kekasihku untuk baca. 



bacaan setakat jam 7 petang (4/10/2014)





Nak belajar menulis dengan saya? Dengan ilmu yang sedikit ni saya nak kongsi dengan anda. Saya tak menjanjikan karya anda menang anugerah. Saya tak akan petikkan populariti untuk anda. Saya hanya mengongsi apa yang saya tahu dan kebahagian melahirkan karya yang bersesuaian dengan kemampuan diri sendiri. 

Semuanya di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. 
Pakej termasuk bonus e-book Asas Blog, 101 Tips Penulisan Novel dan e-kompilasi cerpen Rautan Takdir. 

Lambat Bersiaran

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah

Hari ni lambat bersiaran. Sibuk kejar ayam untuk lauk rendang. Al kisah! Mana ada ayam hidup nak dikejar di bandar ni. Disebabkan semua orang bercuti, maka perlulah utamakan isi rumah dulu daripada isi hati.  

Pagi tadi, sempat selesaikan satu bab untuk projek terbaru. Alhamdulillah. Malam tadi tak boleh tidur kerana bab yang ditulis sebelum ni, 'tak masuk' dan terpaksa tulis bab lain. Opss, jangan dipadam apa yang kita dah tulis, mana tahu akan datang berguna. Itu resepi rahsia tau.

Menjelang waktu dhuha dapat jugalah menyudahkan semuka surat tugasan sosiologi sastera, jadilah. Menarik juga kalau ada pengetahuan pada topik-topik yang langka diperkatakan ini. Cari ilmu, apa cara selagi boleh buat sahajalah. 

Okay Salam Aidil Adha terutama buat mak-mak. Nak ajak hayati lelah, penat, risau dan resah Siti Hajar saat susu habis, air tak ada, orang tak ada, Allah sahaja yang ada. Sampai tak sedar tujuh kali turun naik bukit Safa dan Marwah. 

##Langka : rare

"Anda!"
"Ya...anda. Suri rumah yang ada bisnes tapi belum ada kedai online. Atau tak sempat nak bangunkan kedai online."
"Saya ada pakej buat kedai online mampu milik dengan skim bayaran 'abang karpet' yang tak mampu anda tolak."



Friday 3 October 2014

Binaan Plot

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat Akbar. Bismillah.

Di dalam proses menulis kreatif, plot atau jalan cerita adalah inti pati penting yang menentukan cerita itu sampai kepada khalayak. Ye la, kalau nak sampai ke Jalan Masjid India nak pergi beli tudung baru, mestilah naik LRT atau bas kan. Tapi, kalau jalan raya atau landasan tak ada, bas atau LRT tu nak lalu ikut celah bedah mana?

Ini antara Binaan Plot. Tapi yang paling biasa kita guna ialah binaan B yang kita panggil mengikut kronologi.





























Mereka yang berminat untuk baik pulih akaun bisnes dijemput menyertai kelas akaun ini. Kami tawarkan 4 jenis kelas akaun berikut bagi membantu WAHM SOHO menguruskan aliran kewangan bisnes:

1.Grup Coaching (4-6pax)
14/10/14, Selasa
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Yuran RM250
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

2. Kelas online - 12 Oktober 2014, Ahad
13 Oktober 2014, Isnin
Sesi online selama 3 jam
10am-1.00pm
Yuran RM150

3. Bengkel bagi grup besar (15-30pax)
Harga PROMOSI RM199 di Shah Alam 11 Oktober 2014, Sabtu.
9.15am-5.15pm

4. Yang terbaru, Personal Coaching (One to one)
Ada dua jenis:
1. MYOB SOFTWARE: 6 jam kursus.
2. Basic accounting: 5 jam kursus. Manual accounting.

Selamat Hari Lahir La DOLCE amira

Hari ini, hari lahir blogger
La DOLCE amira


tak payah hembus-hembus lilin tu ya
semoga
dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala.






Thursday 2 October 2014

Plagiat, Jangan Menganiaya

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

*Macam-macam 41 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Hari ini, saya tak letak tajuk 101 kesalahan bagai tu sebab saya menerima maklum balas yang tajuk sebegitu nampak ujub, nampak macam bagus, padahal yang menulis tu banyak lagi perlu dipelajari.

Okay. Sebelum nak pergi pejabat pos untuk tempahan semalam, mari kita tengok plagiat dan apa kesannya.

Plagiat ialah;

perbuatan meniru bulat-bulat, menyalin hasil kerja orang lain tanpa memberi penghargaan atau meletakkan kredit sebagai sumber rujukan.

menulis dan mengolah idea orang lain secara melulu. Tiada rujukan dan tiada akuan sumber.

satu usaha dalam apa cara sekalipun mengakui diri sebagai pemilik asal, pemilik sumber walhal fakta atau sumber ataupun karya tersebut adalah milik orang lain ataupun dipetik daripada sumber lain.


Plagiat atau ciplak dalam apa cara dan bentuk juga, merupakan perbuatan zalim. Zalim kerana ia berupa penganiayaan terhadap hasil usaha orang lain yang mengadakan sumber tersebut dengan usaha mereka. Ia juga secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti pihak yang memplagiat.


Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 11 Oktober 2014,  Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.15pg -5.15ptg
Yuran HANYA RM199 seorang
Harga biasa RM220
Tempat sangat terhad.

yang merah tu bakal terbit. Sabar ya.





Sebarkan Salam Suci

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum. Salam Serumahtangga dan Bismillah.


Alhamdulillah. Dah sampai rumah. Tadi melangsaikan hutang janji dengan seorang pembeli novel terpakai. Nak beli novel terpakai boleh la ke blog Kafe CMV (kat sebelah kanan atas sekali tu) Ke pejabat pos la, mana lagi. Naik bas aje. Cik Mon sejak-sejak pakai drebar ni, dah pandai bajet masa. Lagipun bukan lama benar ke pejabat pos. Dah siap urusan, pekena teh tarik sechewen, balik la.



Tak lama menunggu, bas pun sampai dah salam suci kesejahteraan 'assalamualaikum' dihadiahkan oleh pemandu bas kepada setiap seorang penumpang yang naik. Wah, berbunga hati diberi salam dan ucapan sepositif itu. 

Seronok rasanya. 

Tahniah untuk abang drebar RapidKl no 505 tuan Rohaidi bin Arifin No ID 1000893


Oh ya,

hari ni menyambung pulak - mengenal sastera rakyat, lepas tu siapkan satu bab lagi, lepas tu dan lepas tu nak siapkan serunding yang ditempah.

Dah habis 12 jam pertama. Alhamdulillah.





Mahu tahu lebih jelas?
Mahu diajar dengan bimbingan cikgu?
Boleh hubungi saya.
Saya bermula sebagai anak murid akademi ini. Niat asal hanyalah untuk menghasilkan blog qaseh gold bangi. Setelah tamat belajar, cikgu menawarkan saya menjadi pengurus online akademi.
Saya terima kerana pokoknya:
♧tali ukhwah akademi ini sangat kuat.
♧saya gembira menjadi sebahagian dari akademi ini.
♧pengasas, cikgu dan sahabat banyak memberi tips mengurus masa dan rumahtangga dan lain-lain tips yang tak pernah terlintas di kepala.
♧pengurus online mampu menjana pendapatan 4 angka tanpa perlu keluar dari rumah.
♧cabaran bekerja di rumah jauh lebih hebat dari makan gaji, maka tempatkan diri dalam kumpulan sokongan yang sama dengan kita.
|moga dipermudahkanNYA|


http://panduansuribekerjadirumah.blogspot.com/2014/06/bagaimana-menempatkan-diriblog-di.html

Promosi Oktober Diskaun 10%

Teks : Monalita Mansor

Gambar dan sumber : http://saniahmatsanat.blogspot.com/2014/09/pendaftaran-bengkel-akaun-bulan-oktober.html




Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 11 Oktober 2014,  Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.15pg -5.15ptg
Yuran HANYA RM199 seorang
Harga biasa RM220
Tempat sangat terhad.

Sijil Penghargaan, makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. Cara merekod maklumat dengan betul (Lejar, untung, rugi dan imbangan duga)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi.  Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Kajian Kes (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - tugasan amali

Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 Idea Home Based Bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di Soho Directory

Wednesday 1 October 2014

Pertandingan Menulis Cerpen Menjejak Cinta anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Teks : Monalita Mansor
Gambar dan sumber : http://wanariahamiza.blogspot.com


Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Peluang terbaik untuk para penulis. Di samping mengasah bakat, memanggil rezeki memenangi hadiah utama berbentuk wang tunai dan hadiah lain.




Syarat-syarat lain boleh dibaca di http://wanariahamiza.blogspot.com/2014/09/pertandingan-menulis-cerpen-menjejak.html

Kolek Hanyut, Cikgu Aishah Tarik dengan Tongkang.

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.


Tadi, masuk kelas Cikgu Aishah. Beliau mengingatkan tentang catatan harian. Catatan harian mestilah kena mengena dengan niche blog. Kalau blog cerita pasal pasar malam, ceritalah aktiviti yang berkaitan pasar malam. 

Jadinya kalau blog ni menjurus kepada penulisan, ceritalah pasal dunia penulisan, betul tak. Walaupun sekadar aktiviti harian. Terima kasih cikgu, sebab menarikku ke daratan. Rasa nak nyanyi lagu ni


sambutlah tanganku kawan
aku takut tenggelam

apa relevan lagu tu dengan entri ni? entah le.

Jadi aktiviti hari ni? Tadi niatnya nak ke PPAS, tapi tutup pulak. Maka lambatlah sikit saya menyiapkan tugasan Bab 3 dalam subjek Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia. Tapi sekarang dah siap.


Sekarang nak memulakan tugasan menaakul makna sastera dan cabang, ranting, batang dan sebagainya.

Ketika menelusuri lembar demi lembar halaman maya, saya terjumpa catatan ini, direkodkan oleh Tuan Uthaya Sankar di dalam blognya. Panjang menungan saya dalam memikirkan hala tuju penulisan dan pemikiran saya. Pautan saya letakkan di bawah. 




Uthaya: Pada pendapat dan pandangan saya, sastera adalah elemen yang memberi manusia peluang untuk melihat dunia dari kaca mata manusia. “Manusia” di sini saya maksudkan manusia yang ada enam deria (5 + 1). Segala aspek kehidupan seharian manusia akan menjadi lebih ceria dan lebih dekat/lekat di hati jika diberi sentuhan sastera. Harus dibezakan tanggapan salah terhadap sastera.

Memang wujud penulis yang mengakui bahawa mereka sengaja memilih kata-kata yang sukar dari dalam kamus untuk dimasukkan dalam sajak supaya ada unsur sastera. Mereka ini juga tidak tahu makna sastera. Mereka tidak faham bahawa istilah dan perkataan mudah yang ada makna lebih berguna daripada kata-kata bombastik yang mengelirukan. Mereka fikir kata-kata bombastik adalah sastera bermutu.
http://uthayasb.blogspot.com/2011/04/wawancara-nizam-uthaya.html


Promosi Kelas Offline Asas Akaun dibuka. Diskaun yuran 10% selepas ditolak cukai kerajaan. Bonus dalam bentuk modul, pengalaman, ilmu dan e--book diberi sehingga 200%

hubungi nombor di bawah untuk maklumat lanjut. 

Macam-Macam Ada 40 : 101 Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Penulis - Elipsis...

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google


Elipsis ialah tiga titik yang digunakan untuk menggantung ayat, berjeda, berhenti sekejap atau membina 'cangkuk minda' di dalam perkataan sama ada pada permulaan atau pada pengakhiran dialog. 


Elakkan menggunakan elipsis di dalam ayat penyata untuk penulisan entri profesional (motivasi, keagamaan, teknikal) sebab menunjukkan ketidakmatangan penulisan kita - Maksud saya boleh gunakan bahasa santai, tetapi elakkan menggunakan elipsis (jangan salah faham ya)

Di dalam naratif pula jika perlu sangat gantikan dengan koma (,) atau palang (-). Kenapa? Sebab ia menganggu pembacaan lebih-lebih lagi sekiranya penulis menggunakan POV3 - sudut penceritaan/pandangan pencerita serba tahu.  






Intan Haji Daud, alumni kelas asas blog dan penulisan kreatif sedang mengayuh laju menyiapkan novel pertamanya, setelah cerpennya Goyah dan Cik Sitam Blogger terpapar di Wadah Siswa dan Mingguan Wanita. Baca terus di sini; 

http://ninazaty.blogspot.com/2014/09/aminkan-cintaku-bab-21.html

Awal pagi, Encik Muslim dan Puan Solehah sudah tercegat di hadapan pintu rumah banglow tiga tingkat milik abang iparnya itu. Opss! Sekarang sudah bertambah satu pangkat. Besan. Sebaik menyedari kedatangan kedua ibu bapanya, Atila yang berada di dapur, berlari ke ruang hadapan rumah untuk membuka pintu. Tanpa sempat menjawab salam yang diberi, laju saja dia menerpa lalu memeluk keduanya. Macamlah sudah setahun tidak berjumpa. Aidin di belakang sekadar tersenyum melihat gelagat isterinya. Rindulah sangat!

Untuk bersama kami, hubungi wahana komunikasi di bawah. 

Tuesday 30 September 2014

Cerita Magik

gambar : carian google

"Aku tak tahu sama ada aku perlu cerita atau tidak kat kau."


"Cerita apa?" tanya aku. Dia ni kawan baik aku. Baru setahun dua jadi blogger, baru setahun dua juga jadi suri rumah.

"Cerita magik," kata dia, serius. Aku nak tergelak, tapi aku tak nampak garis mesra atau tanda-tanda nak bergurau pada muka dia. Aku batalkan niat nak ketawa. Nanti dia tersinggung pula.

"Ceritalah," kata aku. Aku pun nak dengar juga. Se'magik' mana cerita dia.

"Tadi aku buat solat dhuha. Aku memang dah lama tak buat. Masa hati aku rusuh, lepas tu keluarga buat hal, aku macam hilang punca." Aku menelinga sahaja. Tak mahu menyampuk. Teruskan, beritahu aku melalui pandangan iris yang menikam irisnya.

"Lepas solat aku menangis. Mintak sangat dijauhkan daripada fitnah hutang. Mintak dipermudahkan rezeki."

Okay. Aku tak menyampuk. Dia ni kalau bercerita, memang lambat. Banyak sangat iklannya. Ambil nafas la, pergi ke dapur ambil air la. Kadang-kadang siap goreng keropok dulu, baru sambung cerita. 

"Aku kemaskan kain sembahyang dengan mulut tak habis berselawat. Lepas tu aku dengar pintu depan diketuk."

Jeng...jeng...aku rapatkan diri pada dia yang jauh lebih besar saiznya daripada aku. Tumpang berlindung.

"Habis tu? Kau buka pintu tak?"


"Bukalah. Siang. Waktu dhuha." Suaranya meninggi sedikit. Itulah yang buat aku malas menyampuk. 

"Rupa-rupanya jiran aku datang. Nak beli barang yang aku jual. Siap bagi duit terus. Padahal aku kenalah order dulu."


"Jadi?" Tiba-tiba, tahap kekaburan berfikir aku datang. 

"Jadi. Mak aku cakap. Kalau apa-apa hal, mintak pada Allah. Jangan minta pada manusia. Kau tahu tak, masa aku berdoa tu, Allah gerakkan hati jiran aku sarung selipar terus jalan ke pintu depan rumah aku?"

Aku geleng.

"Aku pun tak tahu. Jadinya, selama ini aku baca kisah orang aje tentang perkara-perkara ajaib yang sebenarnya tak ajaib pun di tangan Allah. Hari ni aku rasa sendiri," katanya lirih sambil membiarkan air mata bertakung di birai mata. 

Aku terdiam. 


Macam-Macam Ada 39 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis - Nama Meleret Tak Cukup Surat Beranak

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.


Bukan saya nak condemn penulis yang suka menggunakan nama meleret-leret dan dipenuhi dengan huruf Q, Y, E atau tiga rangkai kata sekaligus. Tapi saya nak tanya sejauh mana relevannya nama tersebut dalam membantu karya kita. 

Saya dapati, ada penulis cenderung menggabungkan nama kawan lelaki, teman lelaki, teman baik atau nama kawan baik yang digabung-gabungkan. Perasan tak tindakan sebegini menjadikan karya kita nampak tak matang. 


sebab apa?

1. menyulitkan editor - nama berbelit-belit lepas tu dalam naratif dibantainya tulis nama watak melulu tanpa perwatakan. Atau tak diganti dengan ganti nama 'dia'

2. menyulitkan pembaca - pembaca akan rasa terbeban


3. dalam dunia realiti, mana ada orang berkomunikasi setiap masa menggunakan nama penuh? (untuk kes dalam dialog pun tulis nama penuh)

4. Penulis cenderung lupa dengan nama watak sendiri atau tersalah eja.




Lalu nak buat apa?

1. Cipta nama watak yang mudah disebut atau boleh nama panjang tapi berikan mereka 'nick-name'


2. Perkayakan pembacaan dan fahamkan apakah itu perwatakan.

3. Elakkan cipta nama watak yang rumit yang menyebabkan berbelit lidah sendiri menyebutnya.

4. Boleh nak digabungkan nama sesiapa yang istimewa di dunia pun tapi tak perlu nampak keterlaluan.




Testimoni Alumni Akademi Bekerja Di Rumah Mengenai Kelas Asas Blog ABDR. Bergabung dengan kami, hari ini.



Untuk mengekalkan momentum menulis, beberapa tips dikongsi. Antaranya tulis perkara yang positif. Walaupun perkara yang sedih, tukarkan kepada aura positif. Apabila terfikirkan sebarang idea baru untuk menulis, segera catatkan pada buku nota kecil yang sentiasa dibawa, atau pada telefon bimbit supaya tidak terlupa nanti. Perlu baca banyak buku dan buat rujukan untuk mendapatkan idea-idea baru dan segar. Tulis sahaja apa ada di minda, semak dan terus "publish". Sesekali perlu selitkan cerita untuk menambah seri pada entri-entri diblog.

http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/09/ulasan-kelas-asas-blog-penulisan.html


Monday 29 September 2014

Disapa Raja Bersiong

Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://rajabersiongg.blogspot.com/


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.


Omak. Saat saya dijemput mengulas blog ini, terkejut tenuk juga dibuatnya. Raja Bersiong mencemar duli meletakkan link di status saya di grup Akademi Bekerja di Rumah. Besar hati saya. Apabila dah melawat masuk ke blognya, lagilah kembang perasaan. Raja Bersiong, atau RB sebenarnya seorang profesional yang memiliki kelulusan dalam beberapa bidang. Tapi, saya melihat kecenderungan beliau lebih ke arah bidang kreatif. 

Selain daripada berkemahiran dalam bidang ID, ada banyak lagi kepakaran RB yang boleh anda baca sendiri DI SINI

Blog RB ni, agak ringkas tapi ada sedikit elemen misterius yang tak berapa serius saya rasakan. Hihi. Entri-entri yang diperturunkan selain daripada tips tentang ID, terdapat juga bicara-bicara motivasi yang mampu menyegarkan minda kita.

Dari segi bahasa, RB menggunakan bahasa Melayu standard dan memang tidak mendatangkan masalah kepada pembaca. Hanya mungkin perlu disantaikan untuk menarik perhatian lebih ramai pembaca.
Ini bermakna, blog RB adalah blog kumbang kedua yang saya ulas di antara 3 orang blogger lelaki/WAHD di dalam ABDR. Saya tertarik dengan entri dan pengenalan diri RB yang menampakkan kesungguhan untuk membantu dan berkongsi dengan khalayak, Melayu Islam terutamanya.

Semoga terus maju jaya, RB.
Anda juga boleh like page ini



Petikan e-book Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online. RM30 untuk 50 pembeli pertama. Tinggalkan jejak di ruangan komen untuk saya hubungi atau terus buat tempahan di sini
DI SINI (BORANG TEMPAHAN)
RM30 untuk 50 pembeli terawal
7.Guna Nama Sebenar
Guna nama sebenar ketika menyapa, maksudnya kita memang benar kenal pelanggan dan itu adalah salah satu cara menghargai pelanggan. Tulis perkataan Puan, Cik Puan pada alamat untuk penghantaran. Mereka tentu gembira.
8. Pujian Ikhlas
Berilah pujian ikhlas ia murah dan berbaloi. Puji bukan membodek sekiranya pelanggan layak menerima.

Kabus Rindu : Bab 4 Bahagian 2

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri

“Ha, dah sampai pun.  Encik Azhari, ini ibu Wafi Ikhmal.  Pelajar yang di..er.. “
           
“Tumbuk!  Atau saya boleh kata mencederakan anak saya.  Awak tak pandai jaga anakkah?  Adakah patut anak saya ditumbuknya.  Saya nak tuntut balik bil klinik daripada awak.  Saya nak saman anak awak dengan awak-awak sekali…”  Azhari terpempam dengan letusan kata-kata tanpa henti bagai murai cabut ekor daripada mulut perempuan itu.  Berdedai-dedai perkataan di dalam bahasa Inggeris keluar.
           
Azhari memandang tepat ke arah Puan Salbiah.  Puan Salbiah mengerutkan dahi.  Petanda buruk bahawa masalah ini tidak akan selesai di sini sahaja.
           
“Awak belum tahu lagi saya siapa.  Saya akan saman awak sekeluarga.  Saya nak tuntut ganti rugi kecederaan, ganti rugi teladan, awak tunggu saya di mahkamah,”  wanita itu masih lagi belum mahu berhenti di dalam slanga Britishnya.
           
“Assalamualaikum…”  Salam suci kesejahteraan kedengaran sekali lagi.  Disambut  Azhari dan Puan Salbiah.
           
“Puan Hidayati, inilah ibu Wafi Ikhmal.  Pelajar yang ditumbuk Zaweeya tu,”  kali ini bicara pengetua yang bertubuh rendang itu tidak lagi tersekat-sekat.

“Oh! Bawa satu angkatan bersenjata, kalian ingat saya ta..”

“Izzie,”   tegur Hidayati.
           
“Yatt,”  wanita itu meletakkan beg tangan Coachnya di kerusi bersebelahan  Azhari. Azhari sendiri belum sempat duduk.
           
“Yatt!”  Dia merangkul Hidayati lama.  Sebelum mereka bertukar-tukar ciuman di pipi.

“Cantiknya kau Izzie.  Kau buat apa kat sini.  Tengoklah penampilan kau… datuk mana kau dah ‘rembat’ ni?”  Kalau tadi Azhari sekadar memandang tepat ke arah Puan Salbiah, sekarang mereka bertukar renungan.  Tidak mengerti apa yang berlaku.
           
“Kau ingat aku papa kedana sangat nak ‘rembat’ datuk?  Aku cari yang antarabangsa tau,” perjelas Izzie sambil menarik tangan Hidayati duduk di sofa tetamu berhampiran pintu masuk bilik Pengetua itu.
           
“Iyakah?  Tercapai juga cita-cita kau nak dapatkan anak Pan Asian ya..”
           
“Ini bukan Pan Asian lagi,  Pan Europe,”
           
“Gila kau?”
           
“Netherland, kau!”
           
“Wah, Oranje.  Nasib baik Belanda tak menang Euro hari tu.  Kalau tak makin ‘oren’ lah kau,” giat Hidayati.
           
“Jap…sekejap.   Saya minta nyawa sekejap.  Kalian berdua ni siapa?  Yang awak, Cik Yati.  Kita datang sini nak selesaikan masalah Zaweeya.  Bukannya nak makan buah oren bagai,”  Azhari bangun dan berdiri menghadap mereka. Keliru dengan perbualan yang sepatutnya hangat dengan tuduh menuduh dan saman-menyaman itu.
           
“Budak perempuan tu anak kaukah?”  Barulah Izzie kembali ke pangkal jalan.  Setelah jauh kesesatan sehingga ke Belanda dan buah orennya.
           
“Namanya Zaweeya.”  Hidayati membetulkan.
           
“Patutlah garang benar.  Kuah dah tumpah betul-betul dalam nasi.  Nasipun dah kena gaul betul-betul.”  Tawa mereka berlambakan mendengar peribahasa yang dirosakkan oleh Izzie tadi.
           
“Kasihan kat anak aku.  Lebam dibuat dek anak kau.  Kan dulu kita dah janji nak berbesan.  Kalau macam ni, tak sanggup aku,”  Izzie berterus-terang. Ketawa masih bersisa dari bibir Hidayati.
           
Setelah bersalaman dengan Puan Salbiah, mereka beriringan keluar dan menuju ke kantin sekolah.  Hidayati meminta izin daripada suaminya untuk meneruskan sessi kutuk-mengutuk yang terbantut semenjak puluhan tahun lamanya.

Handsome lagi suami kau, kat mana kau orang jumpa ya?”  Tanya Izzie, tertoleh-toleh ke belakang.  Memerhati gerak gagah Azhari meninggalkan bilik pengetua.
           
“Tak payah kau nak sibuk.  Kita selesaikan hal anak-anak kita ni.” Tukas  Hidayati. 

Membeli dua kotak air minuman kotak.  Dihulurkan satu kepada wanita berdarah bangsawan itu.  Mereka berdua mengambil kerusi yang paling jauh.  Bersilang kaki menyandar diri di meja kantin.  Menghadap padang sekolah yang kosong.
           
“Aku rindu kat kau, Yatt.”  Izzie bersuara.  Jemari  Hidayati diraih dan digenggam erat.  Kaca mata hitam yang bertenggek di atas kepalanya tadi, disimpannya.

“Aku rindukan zaman pengajian kita.”  Ada sebak yang tidak dibuat-buat dalam bicara itu.
           
“Aku rindukan Mai, Misha, Annie, Yus, Ati, MekDa, Jalilah, Kak Long, Ina, Cipah, Erra, Zura, Noqya…”  Izzie cuba mengingat.
           
“Semuanya ada dalam FB aku.  Kau cari sahaja budak DSK.  Mereka semua ada kat sana…,” terang Hidayati tetapi pandangannya jauh merayau membatasi padang bersebelahan lebuh raya itu.  Sudah melewati jarak dan masa. 
           
“Tapi…yang aku tak faham sungguh tu, kenapa anak kau tumbuk anak aku, eh?  Wafi ada ganggu…”  Izzie mengangkat telunjuknya dan meletakkan di dahi.
           
“Zaweeya…”  Sekali lagi Hidayati mengingatkan.  Tak berubah-ubah dengan perangai pelupanya.  Terbanglah ke langit hijau sekalipun.  Begitulah juga Izzaidah yang dikenalinya.
           
“Dulu lagi aku pesan, lawan lupa ilmu, kalam.  Macam Nabi cakap.  Kalau dah tahu pelupa, lain kali bawa pen.  Tulis.  Takpun bawa marker pen.  Tulis besar-besar,” giat  Hidayati.  Izzie tersenyum sahaja.  Sudah biasa disindir dikutuk begitu.

“Betul ni, aku nak tanya.  Wafi ada kacau Zaweeyakah?  Kalau tak, takkan sampai dia tumbuk si Wafi tu.  Wafi tu, badan aja besar, bukan kuat manapun.  Anak manja,”  Puan Izzie mengekek ketawa sendiri.  Lucu benar terasa selepas menyebut perkataan yang akhir itu.
           
“Entah.  Tak ada Yaya ceritapun.  Aku tengok dia tak ada masalah di sekolah.  Sampailah hari tu,” Puan Hidayati cuba mengingat sejelas-jelasnya.
            

Novel di atas boleh diperolehi dengan menghubungi penulisnya melalui wahana komunikasi di bawah.

Anda juga boleh beriklan di SOHO Directory bersama kami, di hampir 800 blog.

Sunday 28 September 2014

Macam-Macam Ada 38 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis - Menu Tersedap

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Sepanjang pemerhatian saya, penulis (kreatif atau non-kreatif) ada dua kategori.

1. Pandai bercerita tapi tak pandai menulis
2. Pandai menulis tapi tak pandai bercerita

Secara mudahnya, begini. Bagi kategori nombor (1), cerita yang ditulis mereka menarik, plot menaik 90 darjah, menurun gaung Bukit Putus, klimaks kebabom macam bom Hiroshima, twist membelit ketat dan rapat macam CSI, hook tajam sampai boleh tajur muncung jerung kapak, (berasaskan teknik D Hicobe saya)  tapi bahasa, aduh! Tatabahasa - keluar melimpah ke laut, ejaan macam hampas kelapa sampai pembaca tak boleh nak faham apa yang nak disampaikan, dan akhirnya - MAKSUD TAK SAMPAI.


Kategori (2) Penulis yang mungkin menguasai teknik penulisan sama ada secara teknikal ataupun melalui pengalaman. Gaya bahasa sastera tahap tinggi, gaya bahasa entri blog bombastik Mr. Loba-loba macam tulis tesis. Kalau menggunakan bahasa santai, pembaca boleh gelak sampai terkentut-kentut tapi cerita?
Cerita tak matang - dari permulaan cerita dah tahu, tak boleh nak bangun pagi, jam loceng bunyi pukul sekian, dah lambat nak datang interbiu, dah lambat ke sekolah, dalam perjalanan terlanggar itu dan ini untuk mewujudkan watak baru...dan akhirnya orang putih bicara, that's allBagi entri pula, tak dapat mewujudkan keinginan pembaca untuk merasa tertarik membaca entri kita.


Bagaimana solusinya kalau begitu - tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekeliannya.

1. Kenal pasti makanan kita - dalam erti kata lain tulis dan kenal pasti genre kita. Cinta/kekeluargaan/seram/komedi romantik/urban/

2. Mulakan entri pendek-pendek dulu - cerpen contohnya.

3. Minta pendapat kawan/sahabat yang jujur - bukan bermuka-muka. Kalau dia memberi komen seteruk mana pun, dengar. Kalau itu memberi kebaikan.

4. tulis dan tulis untuk pastikan ia menjadi menu tersedap yang bakal kita hidang.

5. Kenal pasti - tetamu yang hadir.


**entri ini berbentuk analogi. Harap dapat memahaminya. Kesemua pendapat di atas adalah pandangan penulis semata-mata. Tak ada kena mengena dengan orang lain pun.

TESTIMONI PROTEGE KELAS ASAS BLOG, ABDR
Mahu tahu lebih jelas?
Mahu diajar dengan bimbingan cikgu?
Boleh hubungi saya.
Saya bermula sebagai anak murid akademi ini. Niat asal hanyalah untuk menghasilkan blog qaseh gold bangi. Setelah tamat belajar, cikgu menawarkan saya menjadi pengurus online akademi.
Saya terima kerana pokoknya:
♧tali ukhwah akademi ini sangat kuat.
♧saya gembira menjadi sebahagian dari akademi ini.
♧pengasas, cikgu dan sahabat banyak memberi tips mengurus masa dan rumahtangga dan lain-lain tips yang tak pernah terlintas di kepala.
♧pengurus online mampu menjana pendapatan 4 angka tanpa perlu keluar dari rumah.
♧cabaran bekerja di rumah jauh lebih hebat dari makan gaji, maka tempatkan diri dalam kumpulan sokongan yang sama dengan kita.
|moga dipermudahkanNYA|


http://panduansuribekerjadirumah.blogspot.com/2014/06/bagaimana-menempatkan-diriblog-di.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung