Saturday 30 November 2013

Baca Cerpen Dr Othman Puteh

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Siang tadi, tepat jam 12.00 tengahari, berakhir acara Baca Cerpen Dr Othman Puteh di tingkat 31 Menara DBP.  Acara ini seperti biasa dianjurkan oleh kumpulan Sasterawan Kayvan di bawah pimpinan sdr Uthaya Sankar SB.   Acara dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Dato' Abang Sallehuddin.

Almarhum Dr Othman Puteh bukan nama asing lebih-lebih lagi dalam kelompok alumni Minggu Penulis Remaja.  Beliau adalah pembimbing saya ketika menjadi peserta MPR 1991.  Dengan izin Allah, peluang menimba ilmu dengan beliau, juga pembimbing lain seperti Tuan Rahman Shaari, Tuan Abdul Ahmad dan ramai lagi, karya saya mendapat tempat di antara lima yang terbaik di dalam Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1991, 1992 dan 1993.

Seperti yang saya beritahu di acara tadi, pertemuan terakhir saya dengan allahyarham adalah ketika berlangsungnya bengkel penulisan novel kanak-kanak di Kota Bharu pada pertengahan Ogos 1997.  Pada hujung bulan tersebut, saya naik pelamin.  sebab tu saya ingat sangat!

Ilmu yang ditinggalkan almarhum bukan kepalang nilainya.  Lebih-lebih lagi, acara ini berlangsung sehari selepas berita baik tentang novel terkini saya Kabus Rindu diperkenalkan kepada umum.  Ironinya, kini saya menyambung tugas almarhum dengan cara saya sendiri, menjadi guru kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif dan berusaha membantu para penulis yang ingin berkarya dengan niat memartabatkan bahasa Melayu.

Pada acara itu tadi saya menyampaikan cerpen Tua daripada antologi beliau Matra, Tasik dan Laut.  Entah kenapa, sehingga entri ini ditulis, hati terus larut dibawa rasa hiba yang mengocak sebaik membaca dua muka awal cerpen tersebut.  entahlah, mungkin naratifnya sudah menyucuk tangkai hati menyerapkan maknanya sealur dengan aliran darah.

Jangan Runtuhkan Poket Suami

Teks   : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Saya tertarik dengan satu artikel di dalam buku karangan tuan Hamdy ini yang bertajuk Bila Suami Dapat Durian Runtuh.  Ya, durian runtuh tidak runtuh hari-hari.  Mungkin setahun sekali, atau enam bulan sekali atau seumur hidup sekali.  

Dia memberikan tips untuk para suri rumah.  Sekiranya suami menerima durian runtuh 'kecek' sedikit daripadanya untuk dijadikan simpanan sendiri.  Simpanlah di tempat yang sukar diambil sebagai sebahagian simpanan ataupun ibarat menyediakan kelambu sebelum nyamuk tiba.  

InsyaAllah, ada pada satu ketika yang sesuai, simpanan tersebut akan meringankan bebanan anda pada satu-satu ketika yang mendesak.  Tetapi, jika anda berniat untuk melaburkannya untuk iPad, tab atau beg tangan baru, saya nasihatkan, hentikanlah niat suci murni anda itu, melainkan jika dia yang menghadiahkannya.  
Masayu Ahmad adalah pengasas Kelas Asas Blog Wahm SOHO

Ingat, utamakan keperluan, bukan kehendak. 

Hamdy. 2008.  Rancang Hidup Rancang Wang.  iMedia Production.  Kuala Lumpur

Sebanyak 4 kelas sedang berlangsung sekarang dan terus mendapat sambutan daripada para suri rumah terutamanya yang ingin menjana pendapatan.  Buat anda yang masih bekerja, ya, kami juga bersedia berkongsi ilmu bersama anda membuat perancangan menjana kewangan sampingan sebelum hari persaraan yang diidamkan tiba.

PM untuk maklumat lanjut : Monalita Mansor di facebook.

Friday 29 November 2013

Simpanan Sukar

Teks  :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya kongsikan sedikit tips daripada Tuan Hamdy mengenai simpanan sukar. Apakah dia simpanan sukar.

Sebagai suri rumah tangga, tentulah kita tidak bergaji tetap.  Kadang-kadang, kita menerima 'gaji' daripada suami untuk urusan rumah tangga, juga sebagai belanja nafkah diri kita.  Tips ini juga relevan untuk kita yang makan gaji.

Simpan peratusan bahagian simpanan kita itu di satu tempat yang sukar.  Yang memerlukan belanja minyak, belanja masa, belanja emosi untuk sampai ke tempat itu.  Simpanan yang membuatkan anda merasakan ia adalah perkara terakhir yang anda ingin lakukan di dalam dunia.  Dengan rasa malas itu, diharapkan wang simpanan itu akan 'selamat' di situ, dan sangat berguna di saat kecemasan.

buat pra-tempahan dengan EMP dan berpeluang memenangi Samsung S4 apabila anda membeli novel KABUS RINDU tulisan saya. 

Thursday 28 November 2013

Merancang Untuk Berkemahiran

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google.


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Ungkapan ini saya temui di dalam buku tulisan tuan Hamdy atau nama sebenarnya Haron Mohd Yusof,

Kalau Otak Tak Boleh Guna Cari Makan,
Gunalah Tangan Untuk Hidup Cari Makan.

Di dalam buku tersebut, penulis mensyaratkan tempoh 5 tahun sebelum berumur 40an adalah tempoh kritikal untuk individu mencari kemahiran sebagai langkah alternatif menjelang tahap kematangan manusia pada usia itu.

Kemahiran atau hobi, jika tidak mendatangkan wang sekalipun, setidak-tidaknya ia tidak memerlukan anda mengeluarkan wang seperti kemahiran memasak, membaiki alatan elektrik (jangan main-main, ada mak-mak lagi terror daripada abah-abah dalam bab ni tau!)

Jika anda masih bekerja pula, perlu satu perancangan khusus untuk jangkamasa lima tahun sebelum berumur 40an, kerana ada ketikanya perasaan jemu akan mencanak-canak dan keinginan untuk meninggalkan rutin yang sama setiap hari membuak-buak.  Begitupun, pastikan payung anda dikembangkan elok-elok sebelum turunnya hujan.  Pastikan tulang-tulangnya tiada yang patah.  Skru-skrunya tiada yang hilang.
Bagi anda yang bercita-cita menjadi novelis, kemahiran boleh juga diperoleh di sini

Jika merasakan anda tiada kemahiran, anjaklah sedikit minda untuk belajar daripada seribu satu punca ilmu yang kedapatan.  Manalah tahu, satu ketika nanti, kemahiran ini pula akan membantu anda menikmati hidup yang anda mahukan.

InsyaAllah.

Sumber;
Hamdy. 2008.  Rancang Hidup Rancang Wang.  iMedia Production.  Kuala Lumpur

Wednesday 27 November 2013

Kabus Rindu, Sirna Sudah.

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Akhirnya, penantian yang begitu menyeksakan, berliku, beronak, tiba ke penghujungnya.  Alhamdulillah.  Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana semuanya berlaku atas izin-Nya.

Kabus Rindu, akhirnya sirna, menemui anda di luar sana.  Ia kisah kasih sayang antara ibu dan anak, kisah persahabatan, kisah cinta yang tidak pernah terungkapkan, bersulam magik surelisme tentang rakus manusia menjadi hamba kepada kehendak.

Sedikit latarnya di tanah Belanda, selebihnya di Malaysia, di sebuah daerah di negeri yang kaya adat dan sejarah.  Saya menyerahkan kepada pertimbangan anda untuk menilainya.  Ini bukan kisah cinta biasa, walaupun tajuknya agak 'jiwang'

Jemput baca dan pra-tempahan sudah dibuka dengan harga RM18.00 senaskah.  

Penyebab Huru Hara Kewangan

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Mungkin sampai ke saat ini, kita masih belum bertemu punca.  Keadaan kewangan masih goyah dan tidak tentu arah.  Hati masih berdebar-debar memikirkan panggilan telefon oleh pihak bank memberitahu mengenai kedudukan hutang kita.  

Berikut disenaraikan di antara penyebab huru hara kewangan tersebut;


  1. Tiada pengajar khusus mengenai ilmu kewangan
  2. Meminta orang lain menguruskan untuk kita 
  3. Penasihat kewangan yang tidak bersesuaian
  4. Nasihat kewangan yang diberikan tidak tepat 
  5. Tamak
  6. Ilmu tidak mencukupi
  7. Kurang awas mengenai kepentingan pengurusan kewangan
  8. Enggan belajar
  9. Tiada matlamat kewangan
  10. Hidup mengikut arus
Kesemua alasan di atas mungkin tidak semuanya menjadi penyebab kegawatan kedudukan kewangan rumah tangga kerana tidak semestinya kita memerlukan penasihat kewangan.  Terpenting, menggenggam ilmu kesedaran kewangan walaupun sedikit.  


Kelas Asas Blog terus bersiaran dan sudah mencecah 250 blog.  Jika anda ingin berkongsi kepakaran dan kemahiran yang anda miliki dengan kami, jemput PM Monalita Mansor di facebook atau terus e-mel ke monalitamansor@gmail.com

sumber : Hamdy 2008.  Rancang Hidup Rancang Wang.  iMedia Production.  Kuala Lumpur

Ciri-ciri Cerpen - Fokus Isu Pokok

Teks :  Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.  Salam Karya.  Bismillah.

Ciri-ciri cerpen seterusnya ialah fokus kepada isu pokok atau isu utama sahaja.  Ia tidak seperti novel yang perlukan akar-akar dan dahan-dahan untuk mengukuhkan akar cerita kerana bentuk penceritaan cerpen yang singkat.

Seperti di dalam cerpen 'Rautan Takdir' (boleh dibaca di dalam e-book kompilasi cerpen Rautan Takdir)  isu pokoknya iaitu kesungguhan Firdaus untuk memiliki Jannah.  Di dalam blok pertama, diceritakan tentang usaha Firdaus memujuk Jannah pada zaman persekolahan, diikuti pemberian cincin pada blok kedua, perkahwinan pada blok ketiga dan sebagai penyelesaian, pada blok akhir Jannah menerimanya walaupun ketika itu kedua-duanya sudah lanjut usia.

Ia tidak menceritakan secara perinci mengenai hal lain.  Sama ada mengenai keputusan SPM, mengenai pekerjaan Jannah, mengenai peranan umi dan mama Firdaus, juga peranan adik beradik Jannah dalam memujuk Jannah.  Semuanya diceritakan sekali lalu sahaja.

Cerpen yang meleret-leret ke arah isu akar dan cabang, nantinya akan menyebabkan karya tersebut hilang punca dan akan meninggalkan pembaca kesesatan sendirian dalam pembacaannya.

Wallah hu alam.

Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif di bawah bimbingan dan perkongsian ilmu Monalita Mansor dan Mazlia Murat sedang berlangsung.  Cepat, jangan ketinggalan.  Ada banyak tip yang menunggu anda.  PM Monalita Mansor atau Mazlia Murat di facebook untuk mendaftar.

Tuesday 26 November 2013

Ciri-Ciri Cerpen - Konflik Awal

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

Assalamualaikum dan Salam Karya.  Bismillah.

Bersambung lagi dalam topik ciri-ciri cerpen.  Ciri yang seterusnya ialah, konflik di dalam cerpen harus dimulai seawal mungkin.  Ini kerana, cerpen mengandungi ciri penceritaan yang kompak.  Plotnya adalah pendek, padat dan watak-wataknya juga sedikit.  Maka konflik harus dimulakan seawal mungkin, daripada perenggan pertama agar konflik dapat diselesaikan oleh watak pada akhir cerita.

contoh :

Zaharah timbul tenggelam.  Tangannya tergapai-gapai.  kakinya tidak menjejak dasar.  Air masuk melalui mulut, hidung dan telinga.  Tiada lain yang timbul di fikirannya selain maut yang bakal menjemput.  Terbayang wajah suami dan anak kecil yang ditinggalkan. 

Jalan Pulang, Aiza Zizan. Mingguan Wanita.

Konflik mengenai ketakutan menghadapi mati lemas digarap dengan kemas oleh penulis pada permulaan cerita.  Ini secara tidak langsung sudah meninggalkan cangkuk minda buat pembaca untuk terus membaca cerpen tersebut sehingga habis.

Konflik pula, harus dileraikan oleh watak utama sehingga ke akhir cerita dan tidak dibiarkan tergantung.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung