Tuesday 9 December 2014

Elleh...Besar Hati Kuman Aja

Teks : Monalita Mansor
Gambar; Carian Google

Assalamualaikum. Salam Kreatif. Bismillah.

Korang dah tahu naratif tu apa? Oh, maaf, bagi yang bukan penulis naratif tu lebih kurangnya macam ayat penyata atau pengisahan. Naratif kalau ikut saya punya pemahaman boleh pulak dibahagi-bahagi pada naratif aksi, naratif penerangan, naratif rentetan.

Dialog tahu tak? Dialog adalah lawan naratif. Sebab semasa bercerita, dan dalam hidup realiti, kita mestilah bercakap kan. Kalau tak bercakap itu naratif monolog yang menggunakan sudut pandang 'keakuan' - atau dalam kata lain bercakap sorang-sorang.

Secara umumnya, kalau kita berdialog atau bercakap sehari-hari, kita gunakan tak perkataan yang berimbuhan sebagai contoh:

"Adik, sila memakai baju yang berwarna putih itu. Emak yang menyuruh saya memberitahu adik supaya memakai baju putih itu." pernah?

atau akan kelihatan natural begini:

"Adik, pakai baju putih tu. Emak suruh akak beritahu adik."

ATAU

"Aku tahu pasti Mak Limah akan mencari aku di sini..." ujarnya terketar-ketar

atau lebih naturalnya

"Aku tahu, mesti Mak Limah cari aku kat sini."

Sekali lagi, tentukan khalayak sasar pembaca kita. Tentukan genre kita, mahu menggunakan BMT atau BM santai.

Mungkin ini bukan sesuatu yang terlihat sangat besar di kalangan penulis senior. Tetapi, pengabaian ini dilakukan oleh para penulis baru sehinggakan karya kelihatannya kebudak-budakan. Ada banyak lagi contoh, tapi bagi khalayak pembaca normal, ia mungkin bukan masalah asalkan ceritanya menarik. kan?


Sunday 7 December 2014

Kat Mana Nak Tekan Brek

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Tanda baca seperti koma, nokthah, tanda seru dan tanda tanya merupakan bantuan bagi anda yang pendek nyawa untuk membaca (Amboi ayat!)

Isu basi lagi. Namun ia masih relevan apabila bahan bacaan yang dibeli tidak menepati kualiti pelaburan yang dikeluarkan. Hampa apabila terbeli karya yang rosak ejaan, tatabahasa (untuk karya yang menggunakan bahasa formal) dan tanda baca yang tunggang-langgang.

Penulis, saya nasihatkan - berhati-hati di jalan raya. Kredibiliti anda terletak pada tanda-tanda tersebut tau... Daripada sana pembaca dapat menilai niat kita menulis. Jangan main-main.

Saturday 6 December 2014

Pemantapan Ejaan Yang Mantop!

Teks : Monalita Mansor
Gambar: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah

Isu ni isu basi. Tapi saya jumpa juga karya yang ditulis oleh penulis yang dah ada buku berlambak-lambak tapi masih ada kesilapan ejaan. Sapa nak jawab ni?

Penulis - ambil masa sikit kalau keliru dengan ejaan supaya eja ikut sebutan formal bukan sebutan slanga atau basahan.

contoh :

Bi + ngung   bukan bing + ngung

ter + ce + gat bukan ter+ cen + gat

ketuk + an bukan ketuk+kan - merujuk kepada hasil daripada kata perbuatan mengetuk

ja + ja bukan ja + jah - merujuk kepada perbuatan menjual


Ada baiknya kita semak, semak dan semak sebelum menghantar manuskrip  Pesanan penaja, daripada mak cik semak!





Friday 5 December 2014

Tentukan Sasaran

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Abu Hassan Abdul dan ABd. Rashid Md. Idris (2012) mencatatkan :

untuk menghasilkan ayat yang berkesan, penulis perlu menguasai kebolehan membentuk ayat yang mampu melukiskan gagasan atau perasaan mahupun idea penulis secara tepat dan mampu pula ditanggapi oleh pembaca dengan tepat dan berkesan.

Apa tu?

Senang cerita....penulis perlu pandai buat ayat yang betul berdasarkan apa yang hendak disampaikan.

tentukan sasaran pembaca - kalau kanak-kanak, gunakan laras bahasa kanak-kanak. Jangan guna laras bahasa wartawan.

tentukan genre dan pada situasi sekarang anda mahu menulis secara picisan ataupun sastera? Jika picisan, format bahasa formal atau santai?

Begitulah lebih kurang.

Thursday 4 December 2014

Penulis...Mengaranglah

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Dah macam ikan sembilang Kuala Sawah pulak saya ni kan. Sekejap timbul, sekejap tenggelam. Bagaimanapun hari ni, nak bercakap sikit (opps menulis) tentang tanggungjawab penulis baik karya picisan dan sastera.

Pertama-tama walaupun ini dah kira kali ke 957 saya bercakap dan membebel tentang ini, ia masih juga berlaku. Apa tanggungjawab penulis?

Pandai.... menulis. Tapi memadai dengan menulis sahajakah? Saya bukan bercakap tentang tanggungjawab sosial, impak dan imbalan juga segala macam kesan yang diterima daripada bahan yang kita tulis.

Saya ingin membawakan apa yang perlu diperhalusi oleh penulis sebaik bergelar penulis.

TANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI SENDIRI.

Kita menjadi penulis atas kehendak diri, belum pernah saya dengar dalam Malaysia ni ada orang diacu pistol kat kepala dan dipaksa menulis. Tak ada lagi. Maka sebagai manusia yang bertanggungjawab, apa senarai paling mudah perlu anda buat sekiranya nak manuskrip cepat terbit, dan cepat segala-galanya. (kita abaikan aspek jalan cerita)

1. Dah siap? Peram! SEMINGGU. Dua tiga hari pun boleh kalau tak sabar sangat.
2. Dah peram? baca semula atau bagi BFF baca. Jangan bagi kawan bermuka-muka baca nanti semuanya best sebab nak jaga hati/nak kasi padan muka hangpa - manuskrip ditolak pasal cerita tah hapa-hapa!
3. Semak EJAAN! Kalau ejaan dalam BI - taip perkataan tu kat Google untuk pastikan ia betul atau salah. Kalau tak tulis aje dalam BM!
4. Semak TATABAHASA - paling koman semak penggunaan 'di', 'ke', 'daripada', 'dari' dan hukum 13 pun.
5. Baca sekali lagi, walaupun dah kira boring tahap jin cirit birit.
6. dah confirm? puas hati? Siapkan sinopsis dan kalau boleh buat proposal terus.

Maka seterusnya, bergeraklah untuk menghantar manuskrip dan belajarlah untuk mengarang, bukan menulis sahaja. Dan 6 langkah di atas merupakan sebahagian daripada persediaan menjadi pengarang. Ada banyak lagi...tapi cukuplah kita kongsi yang itu dulu ya...Nanti muntah pelangi pulak...



Monday 1 December 2014

Tempahan Terbuka...eh Dibuka - Harga Terlajak Runtuh!!!





Tajuk : Maraton Cinta
Genre : Novelet
Penulis : Arnieza Bella - Maraton Cinta 360
             : Nur Dila         - Hati Kama
             : Noraz Ikha     - Engkau Curi Hati Aku
             : Puss Vakker   - Dee Angaurian

Penerbit : TISS Solution
ISBN    : 978-967-13082-0-2
Harga    : RM32/RM 35
Harga PROMOSI : RM30 termasuk pos....


MARATHON CINTA 360°
Sebuah antologi cerita pendek daripada 4 penulis baru yang mentafsirkan cinta dalam kaca mata berbeza. Kejarlah cinta tanpa lelah seandainya bahagia itu yang didamba.

*****

MARATON CINTA  - Arnieza Bella

Jangan cintai aku sepenuh hati. Takut nanti kau sakit hati, makan hati. Nanti kau duduk seorang diri, gigit jari – Syaqirah

Cinta ada aura yang boleh menggegarkan rasa. Menerbitkan rindu dan menjadikan insan biasa seperti aku, berjiwa seperti putera raja. - Rasydan



ENGKAU CURI HATI AKU – Noraz Ikha

Mencemar duli rasanya kalau aku membuat lelaki itu gembira kerana aku lebih suka tengok dia kecewa. Aku puas! - Ros Nur Faezah

Senyuman ini mampu mencairkan hati wanita. Mengaku sajalah kalau Ros sudah terbuai dengannya. - Aaron Fahmi. 

Perkahwinan tidak akan terjadi jika bukan tangan ini yang bersalaman dengan Tok Kadi. Trust me! - Akim Zikry



DEE ANGAURIAN - Puss Vakeer

Crush? Imad? Nick? Hoho…tidak! Tidak sesekali. Mahu kena ‘crush’kepala aku dengan kayu api kalau Cik Non Lempeng tahu – Dee a.k.a Nadaira a.k.a Dara

Kadang-kadang aku rasa dia suka sangat kat aku. Kadang-kadang aku tengok dia melayan Nick punya auta sampai tak ingat dunia. - Imad



HATI KAMA - KU PELUK RINDU – Nur Dila

“Cinta itu aneh kan, Harris. Tapi, dalam aneh itu ada indah. Dalam indah ada suka dan dalam suka itu ada rahsia yang tersembunyi. Betul tak?” ~ Kama.

“Cinta saya luhur. Tidak secalit rasa sangsi atau rahsia yang tersembunyi.” ~ Harris.



Sekiranya berminat untuk mendapatkannya, anda boleh terus membuat pembayaran kepada 
Monalita Mansor, 
MBB - 1641 6489 7289 
monalitamansor@gmail.com 
dengan tambahan bayaran pos RM6 dan RM10 SS
sila kepilkan bukti bayaran, NAT di dalam inbox penama untuk penghantaran






Aku Berhak Bahagia Bahagian 1

cerpen tersiar di dalam majalah Keluarga, November 2014
Aku (1)

AKU mengutip serpihan kaca yang bertaburan di hujung kaki. Satu persatu sambil cuba menyapu lelehan darah yang mulai membanyak di birai belakang kaki. Sedikit demi sedikit, rasa pedih dan perit kian memanjang. Aneh sekali ia merebak sampai ke hati. Aku topang tubuh dengan bawah tapak tangan untuk bangun semula. Dia sedang berdiri, berdepan dengan sinki. Dadanya yang membusung itu kelihatan turun naik, laju larian nafasnya seumpama menakung amarah yang belum berakhir. Pandangannya lurus memanah sehingga ke luar tingkap dapur. Namun aku tahu ekor matanya ingin melihat reaksiku.
Ternyata, kepedihan itu semakin memijar. Mahu aku tinggalkan kaca-kaca ini, yang entah berserak hingga ke mana, bimbang dipijak cucu-cucuku nanti. Bukankah lagi hingar dibuatnya nanti? Terhencot-hencot dan berhati-hati, aku cuba mencapai penyapu di antara peti sejuk dengan mesin basuh. Cecair merah itu kian galak menitis.
“Sinilah!” Dia mengambil penyapu dan penyodok sampah di kedua-dua belah tanganku. Lebih kepada perbuatan merampas sebenarnya. Serpihan piring selebar tapak tangan cucuku yang belum lepas dari tangan tadi, aku campakkan ke dalam tong sampah, sebelum masuk ke dalam bilik, menguruskan lukaku ini.
“Allah…” Spontan bibirku mendesahkan pengaduan sebaik jasad aku labuhkan di atas tilam bujang di sudut bilik ini. Aku capai tuala kecil yang tergantung di tingkap dan kutekap sahaja pada punca lelehan tadi.
“Ami…” suara kecil memanggil namaku sebaik pintu bilik ditolak. Rambutnya terurai lepas, terbuai mengikut gerak tubuhnya. Bahagian depannya lurus menutup dahi. Perlahan-lahan dia mendekatiku.
“Kenapa mama marah ami?” tanyanya jujur, dengan matanya tidak lagi kepada mataku tetapi terus pada tuala yang memekap kaki yang mulai memerah. 
“Farah nampak ke tadi?” tanyaku pula. Berderau darahku mendengar teguran berupa soalan daripadanya itu. Sudah tentu sekejap lagi bibir mungil itu berceloteh dan menceceh tentang kejadian tadi kepada papanya, menantuku. Itu yang aku kurang gemar.

Aku (2)
Aku ini terlalu mengongkongkah? Aku ini keturunan harimau bintang dikacuk singa Afrika kah? Tidak. Aku ibu, dia pun ibu. Sepatutnya dia memahami naluri keibuan milikku yang pernah dimilikinya. Atau mungkin naluri itu sudah lama hilang semenjak dia melangkah tangga pertama bas dan meninggalkan kami, adik-beradik puluhan tahun dahulu?
“Mak nampak kan, Farah memang salah kan? Kenapa mak nak bela dia?” Tercabar hakku sebagai ibu Farah apabila mak tiba-tiba membela benar cucunya itu. Benarlah kata orang, temali roh penghubung cucu dengan nenek memang berhantu. Silap haribulan memakan diri. Nyata, sekarang ia sedang melupuskan kehadiranku sebagai ibu yang berhak terhadap Farah.
“Sepuluh kali nak mengajar anak, tak payah ditengking-tengking begitu!” bangkang emak.Itupun setelah emak berjaya mendiamkan Farah yang tentunya mengadu padanya tadi.
“Mak percaya sangat cakap Farah tu kenapa? Saya suruh dia siap, mandi…pergi mengaji…salah saya ke?”
“Budak-budak tak pandai menipu, Fida. Kalau Fida cakap elok-elok, tak disakitkan, Farah mesti dengar punya…”
“Argh! Farah tu memang mengada-ngada!” getusku. Pisau di tangan, aku campakkan ke dalam sinki. Sakit hati seumpama pisau itu sudah tercacak di dadaku. Panas meruapkan rasa benci dan meluat mendengar perkataan yang aku kira berupa sindiran itu.
“Sejak mak datang sini… Farah tak nak dengar lagi cakap saya!”
Aku memang bencikan dia! Tidak dapat aku lengkungkan bibir walau seketika untuknya. Walaupun untuk berpura-pura gembira dengan kehadirannya. Benci! Benci! Aku minta dia datang ketika aku berpantangkan adik Farah. Itu sahaja. ‘Selepas itu terbanglah ke mana kau mahu.’ Selama ini pun, dia lepas bebas berterbangan tanpa pedulikan aku dan adik-adik. Selepas memahami perkataan ‘cerai’ sebagai maksud perpisahan antara dia dengan abah, aku hanya melihat wajahnya dalam gambar ditunjuk abang, kemudian bertemu setahun sekali.
“Fida jangan berkasar dengan anak-anak, tak baiklah. Nanti anak-anak terikut-ikut. Membentak-bentak…tak ba…”
“Argh!” Aku tidak ingin mendengar suaranya yang lunak tapi kukira beracun itu. Suara yang berpura-pura. Semua yang ada pada dirinya hanyalah lapisan busana pentas yang disarung dan kelihatan sangat hebat sehingga semua tertawan. Hingga semua mulut dan mata melopong melihatnya.
Bunyi deraian kaca mengejutkan aku. Tidak aku sedari bila piring di dalam sinki itu melayang sehingga tiba di hujung kakinya. Tubuh tuanya sedang terbongkok-bongkok mengutip serpihan kaca. Padan muka! Aku tidak ingin memandang mukanya. Kalau boleh ingin membiarkan sahaja dia terhegeh-hegeh dengan wajah memohon simpati di situ. Dia tidak bersuara, aku tahu dia sedang menahan amukan perasaan yang membadai di dalam dirinya. Aku tahu dia begitu, tiada decitan suara saat dia menahan marahnya. Tiada sebarang kata akan dilontarkan tanda dia sedang berusaha memujuk hati untuk membentengi perasaannya tatkala ini.

Thursday 27 November 2014

Maraton Cinta...Siapa Yang Menang.

Maraton Cinta Sudah Dimulakan

Assalamualaikum.

Dipersembahkan. Daripada Akademi Bekerja di Rumah.
Naskah terbitan alumni ABDR, di bawah payung syarikat terbitannya sendiri Tuah Idea Sakti Solution (TISS) Nurhidah Halun membawakan novelet Maraton Cinta.

Karya sulung TISS ini diperkuat oleh pasukan kreatif (editorial) yang terdiri daripada alumni dan guru online ABDR iaitu Nur Dila dan Monalita Mansor beserta seorang sahabat daripada sebuah grup menulis yang popular di fb iaitu Grup Mari Menulis. 

Penulis yang terlibat ialah penerbit sendiri (Arnieza Bella dan Puss Vakker), Nur Dila, Noraz Ikha.

Thursday 20 November 2014

Biar Sikit Asal Berisi

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Semalam saya membaca kumpulan cerpen Hafizah Iszahanid, Ayam Patah Kepak yang diterbitkan oleh ITBN. Cerpennya tak banyak. Betullah kata Ainin Naufal, baca cerpen lagi selamat daripada baca novel sebab ceritanya pendek-pendek dan hati tak terdera dek nak menghabiskan bacaan.

Moral daripada pembacaan saya, saya memikirkan bahawa setiap karya kita perlu ada visi dan perlu ada impak. Ini ditekankan juga oleh S.M. Zakir. Karya-karya Hafizah memenuhi dua perkara itu. Usai membaca keseluruhan cerpennya sudah ternampak sudut pandangan yang ingin diketengahkan beliau.

Mungkin itu sesuatu yang perlu kita fikirkan sebagai penulis. Tulislah di luar kotak waima di luar Bima Sakti dan segala-mala cakerawala yang ada, tapi mesti ada sesuatu yang kita tinggalkan untuk pembaca sebaik sahaja dia membaca 5 ayat terakhir. TAMAT.

Maka untuk karya yang bervisi dan ada isi serta meninggalkan misi untuk difikirkan, kenalah rajin-rajin membaca dengan bervisi. Membaca dengan tujuan mencari jejak dan ilmu. 

Untuk penulis blog di Akademi pun begitu. Biar pendek tapi berkesan. Daripada menjela macam karangan tapi 'isinya hampa'

Wallahu alam
sepanjang pembacaan tak ada ayam yang dicederakan ya...

Wednesday 19 November 2014

Bank Karya

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Kerap juga inbox saya dihujani soalan. 

"kak...cerpen saya ari tu tak tersiar, camana?"

"kak...puisi hari tu, boleh tak saya ambil balik. Tak tersiar pun. Saya nak baiki dan hantar ke tempat lain..."

Saya suka mencadangkan adik-adik kakak-kakak mewujudkan bank karya. Karyawan yang saya lihat melakukan ini ialah tuan Salleh Kausari dan Kak Maria Kajiwa dan Nurhidah Halun. Mungkin ada juga karyawan lain yang buat, tapi tak terlintas di mata saya.

Apa rasionalnya ada bank karya :

Dah namanya bank - tempat simpanan la. Kat sini letakkan semua karya yang siap, separuh siap, tak siap-siap, sebaris, dua baris, simpan dalam words dan letak bawah aplikasi dropbox ataupun emel pada diri sendiri. 
Bukan apa, ini untuk mengelakkan sesi 'jamming' meraung beramai-ramai disebabkan hard disk tak boleh buka dan manuskrip dah sampai ke muka surat 399...mahu tak keluar rumah setahun dik ooii...bukan senang nak perah otak. 

rasional lainnya - senang nak follow up - yang mana dah hantar, yang mana dah diedit, yang mana nak diedit semula , yang mana pulak dah dapat payment (ehem)

bagi penulis e-book - blog ni pun boleh jadi bank karya - tapi berhati-hati jugak dik...banyak plagiator di luar sana yang macam aligator...

Selain daripada itu sebaik sahaja tamat cerpen pertama - jangan tunggu di muka kedai, di facebook mengharapkan cerpen yang itu sahaja. Teruskan menulis, kumpul di bank karya untuk kemudahan masa hadapan. 

Wallah hu alam.

Monday 17 November 2014

Daripada Gambar Kepada Novel

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif via Google
                Asmah Hashim

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah


Asmah Hashim, sebelum bersama dalam kelas kami pun, adalah novelis. Jadi anda akan mengiyakan kata hati anda, "dah novelis, masuk kelas mana pun, dia memang dah pandai menulis." Okay, kita tok sah cerita pasal dia dah pandai menulis ke tidak. Sebab sampai ke hari ini, secara jujurnya bagi saya semua penulis masih perlu belajar. 

Gambar di atas adalah titik mula novel Tolong Cari Suamiku. Gambar tu sebahagian daripada latihan menulis yang diberikan di dalam kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. Saya suruh pelajar kembangkan jadi cerpen, best-best belaka. Dan, Asmah Hashim yang kreatif telah mengembangkannya menjadi sebuah novel yang hebat.

Bukan saya nak kata dia hebat, yang saya nak beritahu ialah, ilham boleh diperoleh dengan sedikit usaha. Mesti berusaha. Jangan tunggu turun dari langit atau tunggu anak panah arjuna sakti bergedebuk di-aim ke muka...sakit nanti oooi... 
mahu bersama kami?

**ulasan novel di blog Monalita Mansor

Friday 14 November 2014

Hidup Bersama di Berita Harian

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Aku dapat rasakan sesuatu bila editor menghantar e-mel dan minta aku hantarkan gambar. Jauh di sudut hati, aku berharap, cerpen aje yang tersiar, tok sahlah siar gambar aku yang terlebih ayu tu.

Pagi minggu, Anis menjerit, "mak, cerpen mak ni..."
Aku yang tengah mengayuh senduk melayan sekuali bihun dah tak tentu hala. Nak ditinggal kang hangit, hati terjongket-jongket nak tengok cerpen sendiri. Paling cepat aku ciumlah semua orang dalam rumah tu (ehem....) dan sambung mengayuh semula.

Hidup Bersama, kisah biasa-biasa aje. Sementelahan di era akhir zaman ni kan...kita ni kena sentiasa diingatkan selalu.

Alhamdulillah. Semoga ilham terus terhasil dan memberi makna walaupun sekelumit cuma.



Wednesday 12 November 2014

Mengapung dan Terapung

Assalamualaikum. Mohon maaf di atas ketidakhadiran di rumah ini. Harap sedikit waktu, hamba akan kembali. Menghias rumah ini dengan bunga-bunga kata juga ilmu buat sahabat semua.

Amizaaa...akak pun rindu nak berziarah. Tapi apa kan daya hamba....

Saturday 25 October 2014

Hibrid

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Jangan stres dengan semua gaya bahasa ini. Kebiasaannya ia akan ditemui selepas kita menulis sesuatu karya(itupun kalau kita banyak membaca) Jangan peningkan kepala untuk mereka semua teknik-teknik gaya bahasa ni. Sampai ke sudah, anda takkan mampu menulis. 

Tulis aje dulu.

Hibrid-

penggabungan dua patah kata. 
Contohnya:


 menyinarresap, sedihpilu.

 “ Takkan awak tak boleh jawab soalan ini?” kata cikgu kepada Ramli.
“ takkan” daripada perkataan “ tidak akan “


http://sasterasmkj.blogspot.com/2010/04/glosari-istilah-gaya-bahasa.html
http://bmpmr-mdmsee.blogspot.com/2011/08/aspek-kajian-komponen-sastera.html


RM30 dan bonus satu e-book tambahan


Hiperbola...la...la...la...

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Hiperbola -
Gaya bahasa perbandingan yang menggambarkan sesuatu secara berlebihan-lebihan atau melampau-lampau hingga ada ketikanya di luar kemunasabahan. Namun begitu ia relevan digunakan untuk gambaran adjektif sesuatu keadaan itu. 

jika luas - digambarkan terlalu luas contoh : 


dari maghrib ke masyrik, dari daksina ke paksina, berjalan tujuh hari tujuh malam, barulah sampai ke hujung negeri. 



jika terlalu sedih, air mata terjun menuruni pipi, basah sehelai sapu tangan lagi diperah, duduk berendam si air mata. 

kata kuncinya ialah : hyper (berlebih-lebihan. Bola tu abaikan!)



Friday 24 October 2014

Responsif

abaikan kalau korang rasa gambar ni tak ada kena mengena dengan tajuk hari ini...aku pun tak faham hwa...hwaa...
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Responsif

-pengulangan kata pada tengah baris. Contohnya,


Persahabatan bukan untuk dikhianati
Percintaan bukan untuk dibawa mati,

*bukan adalah responsif

Responsif seperti juga anafora dan epifora yang diterangkan sebelum ini banyak digunakan dalam menghasilkan puisi. Boleh juga digunakan untuk menghasilkan cerpen atau novel tetapi haruslah berhati-hati. 

Daripada Asmah Hashim, GMM, melalui Ezah Nor, Jom Sastera daripada http://sasterasmkj.blogspot.com/2010/04/glosari-istilah-gaya-bahasa.html



Promosi RM30 beserta bonus sebuah e-book tulisan pengasas ABDR Masayu Ahmad

Logik Dalam Rekaan

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Yuuuhuuu....gulp (terminum air) maklum aje menulis sambil tenggelam timbul.

Lama menyepi? Ado. Tapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan, juga kesihatan yang tak mengizinkan, hamba mengundur barang seketika.

Oh, sambil mengundur tu sempat baca sebuah novel. Aha, satu perkara - sahabat penulis -
walaupun karya kita tu cereka (cerita rekaan) pastilah rekaan kita tu tak merapu. Nampak logik.

Kalau di muka surat 3 kita tulis tempoh perkabungan ialah selama 40 hari, maka di muka surat seterusnya pun kena tulis 40 hari.

Kalau kita sebut umur watak tu 40 tahun dan latar tak berubah dari segi jangkamasa, jangan bila masuk bab tujuh kita sebut umurnya 50 tahun.

Logik ya! logik walaupun direka.

tarikh terdekat: 4/11/2014


Sunday 19 October 2014

Epifora

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

2. Epifora-pengulangan perkataan pada akhir baris atau rangkap atau ayat yang berturutan

Kebiasaannya digunakan dalam puisi moden dan tradisional. Boleh juga digunakan dalam garapan prosa moden seperti cerpen dan novel.

Contohnya :

Aku tak mati dengan penghinaan,
Aku tak luka dek penghinaan.


sumber : http://members.tripod.com/xfile_my/kosas.htm (Prosa Melayu)
             : Asmah Hashim, GMM melalui Ezah Nor, Kopi Sastera
             : PRPM


Promosi Lain Oktober
Kelas Asas Akaun Online - Yuran RM150
Pakej Mampu Milik Bina Kedai Online daripada RM50
E-book Rahsia Khidmat Pelanggan - RM30 bonus 2 e-book pilihan


Saturday 18 October 2014

Anafora

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Anafora-pengulangan kata pada awal baris dan rangkap.
Asal : bahasa Greek (wikipedia)/Sanskrit (PRPM)  bermaksud 'bawa kembali'

Contoh :
Ein Volk, ein Reich, ein Führer! (Satu orang, satu empayar, satu pemimpin!)
— (Adolf Hitler)


Contoh,
Aku berhak bahagia, aku berhak dicintai. 

sumber  : melalui Asmah Hashim GMM, melalui Ezah Nor, Jom Sastera
sumber : PRPM dan Wikipedia

**Nota : Gaya bahasa berfungsi mencantikkan karya. Bukan wajib tapi ia sebahagian daripada elemen untuk menghasilkan garapan indah.



Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menyediakan peluang kepada suri memulakan bisnes dengan kaedah paling mudah dan kos paling minima. Dengan hanya RM200.00 samada secara tunai atau bayaran ansuran (RM100x2 atau RM50x4), kami akan berikan tunjuk ajar bagaimana hendak memulakan, dan suri berpeluang berniaga dengan produk dropship ABDR.

Friday 17 October 2014

Rezeki Dari Kampung

teks dan gambar : Monalita Mansor





Ui...Cik Pah
ini
sambal daun kayu
hasil tangan biras aku ipar Zurina Salleh orang Kelantan yang berguru dengan omak mentua kami
orang Negeri Sembilan.

alhamdulillah. 
ni resepi rahsia...tapi semua orang boleh belajar. 
Macam tu juga belajar menulis
ada rahsia
tapi
semua orang boleh belajar
Bersatu dengan kami pada di lokasi berikutnya. 











Contest Suka-Suka CK Publication

tarikh tutup 22 November 2014
Like page ni Contest Suka-Suka CK Publication syarat-syarat peraduan ada kat sana. Soalan pun ada kat sana.

Hadiah? Ada hadiah ke? Mestilah ada...hadiah-hadiahnya : 

Pakej Harga Karpet

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Album ABDR




Thursday 16 October 2014

Culik Resepi Azzhana

Puding kastard yang kuculik resepinya hari tu...
Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://www.azhanaam.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Beberapa hari yang lepas, saya sampai ke blog ni dan telah mencuri (dengan izin) tuan punya blog resepi Puding Kastard-nya. Tapi sampai ke sudah belum buat lagi. Bukan gitu, saya ni kalau nak masak resepi baru, kena bertapa dulu (ceh! alasan. Cikgu Zaila baca pun demam dibuatnya.)

Macam juga blog Sharimah yang memfokuskan tentang percutian, blog  Tips Suri Bekerja di Rumah ni pun sama. Bezanya, Azhana lebih kepada percutian di luar negara. Di samping itu, diselitkan juga resepi-resepi air tangannya sendiri yang ringkas dan mudah.

Betul. Saya dapati resepi-resepi yang Azhana kongsi merupakan resepi yang mudah dan bersesuaian untuk suri rumah yang sibuk main kejar-kejar dengan anak-anak, atau suri yang sibuk main kejar-kejar dengan dateline. (alasan lagi)
boleh baca kat sini : http://azhanaam.blogspot.com/search/label/MyTravel


meraikan kehadiran pelajar baru Oktober ke Akademi Bekerja di Rumah. Bergabung bersama kami di hampir 830 buah blog.

pakej pemula dengan 3 buah e-book bonus



Cerita Bisu

Teks : Monalita Mansor
Gambar :Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Saya tak pasti sama ada dah kemukakan isu ini atau belum. Tadi saya tanya beberapa orang rakan pembaca novel tegar tentang keperluan dialog dalam cerita. Dialog memanglah utama, penting. Kalau tak ada dialog, tu namanya cerita bisu. Kalau pun kita tulis cerita tentang orang bisu, kita tetap nak tulis dialog atau monolog untuk beritahu pembaca.

Pendapat mereka tentang dialog kegemaran mereka; 

emm..kalau shima yang pendek-pendek lebih suka yang pendek..
http://sharimahyahya.blogspot.com/


Dialog pendek dan kelakar Yg ada unsur humour 

-http://anysidayu.blogspot.com/



wsalam. yg pendek jer...


kaau yg meleret cam khutbah jumaat tu....biasa skip jer...



hehheheheh
http://rapidahramli.blogspot.com/


yg meleret dan penuh perasaan sebenarnya tak lah panjang sangat biasa je. Kalau terlalu panjang boring lak pulak. http://sariahawangsenik.blogspot.com/


tengok senario. Ada ketika kalau pendek jadi tergantung..kalau panjang...jadi meleret tak dapat point apa yang nak disampaikan

seeloknya..ambil di pertengahan

dan point tak meleret..


sebab tu saya baca dan kumpul selected penulis ja..walau apa pun genre
http://kuazue.blogspot.com/

Itu pandangan pembaca yang juga blogger ABDR yang sempat saya pinjam dan tanya. Jadi para sahabat penulis, semak balik gaya dialog kita. Dialog tu macam percakapan. Mesti ada lawan bercakap. Kalau dah satu watak bercakap menjela-jela, lawannya tak boleh balas balik, lama-lama dia bosan. Ditinggalkannya. Samalah macam pembaca.
Tapi, kalau dialog tu menjela, tapi setiap patah ayatnya mengandung makna dan isi cerita, maka kekalkanlah. Wallah hu alam.
empat e-book ini menjadi milik anda sekiranya
anda menyertai salah satu kelas tersebut

Wednesday 15 October 2014

Tip Kesihatan 'Sempoi' dan Kreatif di blog Zarida Hashim

Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://zaridahashim.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam ABDR. Bismillah.

Tak tahu macam mana boleh terbabas pulak. Jadi kenalah patah balik. Hari ni saya merayau ke blog Zarida Hashim. Protege Cikgu Anys Idayu.  Melangkah ke blog Laman Kesihatan & Kecantikan ni, saya terkesima dengan susun aturnya. Memang menarik. Kemas. Dan, ini antara blog paling tersusun yang pernah saya jumpa dalam grup ABDR. 

Entri-entrinya bermaklumat tetapi disampaikan secara kreatif dan unik iaitu melalui bantuan visual. Penting saya rasa blog kita mesti gambo. Mesti. Sebab secara logiknya, budak-budak pun lebih menyerap ilmu dan suka belajar kalau ada bantuan gambar. Berlebih lagilah kita. 

Sesuai namanya laman kesihatan, niche-nya pun berfokus kepada tips-tips kesihatan yang santai dan ringkas, tapi bermanfaat.

Saya suka tapi kena rajin update blog. 

Pendaftaran untuk menyertai kelas akaun offline dan online masih dibuka
Daftar, jangan terlambat.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung