Friday 24 January 2014

Menyimpan Duit Dengan Mesin

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google


Assalamualaikum. Salam Serumahtangga, bismillah.

Masih belum kebah dengan rungutan tentang CDM atau Cash Deposit Machine yang terhegeh-hegeh. Di mana-mana sahaja, terutama ketika kita sedang tergesa-gesa menyimpan duit, mulalah mesej terpapar di dada CDM 'Sila ambil wang anda semula' 

Ada yang merungutkan bank itu sendiri. Ada yang merungutkan mesin tak cukup. Ada juga pelbagai rungutan lain. Bagaimanapun malam tadi, saya berlegar-legar di tiga buah bank yang berbeza. Tok rimau, tok monyet dan tok unta. Daripada pandangan saya, masalah mesin deposit tunai sebenarnya adalah bergantung kepada jenis mesin itu sendiri.

Saya melihat mesin deposit yang digunakan oleh bank yang paling banyak mendapat rungutan itu terdiri daripada mesin-mesin yang sudah terkebelakang dari segi fungsi 'scanning' dan 'captured' - nya. Kalau anda tak percaya, silalah buat lawatan sambil belajar dari bank ke bank. Lihat bank mana yang mempunyai barisan yang panjang di mesinnya dan bank mana yang lengang dan tenteram. (walaupun itu bukan 100% ukuran) 

Begitupun ada beberapa perkara lagi yang perlu anda lakukan sebelum melakukan simpanan tunai terutama pada waktu yang sibuk.

1. Tulis nombor akaun di atas kertas atau tempat yang mudah dilihat agar mudah anda merujuk ketika sudah tiba di depan mesin. Janganlah bila sampai di depan mesin baru hendak menyeluk telefon bimbit dari dalam beg tangan/poket. Terhegeh-hegeh membuka pin dan 'slide' mencari nombor akaun. - Tindakan yang bakal menerima hadiah makian percuma daripada hamba-hamba Allah yang kurang sabar di belakang anda. 

2. Letak tunai yang hendak didepositkan itu di satu tempat khas dan sudah siap dikira. Janganlah dan dan itu juga baru membuka beg tangan, mengira duit dan buat muka tak bersalah sebab anda sebenarnya sudah beratur lama di belakang pengguna sebelumnya kan?

3. Buka kaca mata hitam anda kalau itu melengahkan anda untuk menekan nombor akaun! Aduhai! saya boleh mendengar butang itu ditekan satu demi satu dalam tempoh yang lama semata-mata kerana pandangan tidak jelas sebab mesin berada di kawasan yang agak suram lampunya....Tolonglah!

Akhir sekali, ada baiknya anda rancang transaksi deposit dan gunakanlah transaksi secara online untuk kemudahan anda. 


*** ***  ***

Ingin mengiklan di rangkaian blog kami? PM saya, Monalita Mansor di facebook atau monalitamansor@gmail.com. Blog rangkaian Akademi Bekerja di Rumah kini mencecah 380 blog dan semakin bertambah.  

Thursday 23 January 2014

Minggu Risiko di Dewan Perbankan

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman saya.  Minggu-minggu akhir menjelang hari perayaan tidak kisahlah Chinese New Year, Deepavali, Aidil Fitri dan Adha adalah minggu yang sibuk buat kaunter perbankan. Terutama untuk tiga perayaan utama iaitu kerana terdapatnya perkhidmatan menukar wang baru untuk pemberian ang pow dan hong pow. (paket merah dan paket hijau)

Begitu juga dengan servis lainnya. Penghantaran wang ke luar negara, pembayaran gaji dan bonus secara tunai di kaunter, pengeluaran wang dalam jumlah yang besar akan berlaku serentak pada minggu-minggu ini. Maka, anda pelanggan tetap yang menggunakan perkhidmatan kaunter akan merasa sedikit terganggu seperti masa menunggu yang lebih panjang juga kehadiran pelanggan yang meningkat di ruang legar bank.

Nasihat saya;

1. Liarkan mata anda - ada di antara pelanggan yang ramai itu adalah penjenayah yang akan menanti saat dan ketika kelalaian kita.

2. Jika membuat transaksi gaji tunai - bawa teman atau pakai pakaian yang mempunyai poket yang banyak (military trousers).. Elakkan membawa beg tangan berjenama saiz besar atau kecil. Sebaiknya elakkan transaksi tunai. Elakkan memakai tumit tinggi - memang anda akan menjadi perhatian tapi melambatkan anda untuk bertindak seandainya berlaku sesuatu. - Bergaya boleh, biar kena pada tempatnya. 

3. Jika transaksi anda banyak, jangan tinggalkan kaunter. Juruwang berisiko untuk membuat kesilapan disebabkan tekanan emosi apabila minda mereka melihat pelanggan yang ramai. Maka, bantu juruwang tersebut dengan mengira dan menyemak menggunakan panca indera mata anda. (Tak perlulah tolong kira sekali. Kalau nak tolong kira, masuk ke kaunter...mereka lagi suka)

4. Elakkan provokasi pada petugas kaunter.  Kalau ada pelanggan yang merungut tentang servis kaunter, tak perlu anda menjadi tukang tambah kuah. Tekanan akan menimbulkan kecelaruan emosi, baik kepada pelanggan mahupun petugas. 

5. Kalau boleh menggunakan servis online, gunakan servis online untuk urusan pindahan wang, pembayaran gaji (bagi syarikat) dan keluarkan wang pada jumlah yang diperlukan sahaja kerana selain CCTV, jin, ada juga syaitan berupa manusia yang memerhatikan anda. 

Kesimpulannya, ketika musim perayaan begini, kaunter bank adalah tempat yang paling berisiko kerana kemungkin insiden berlakunya rompakan sangat tinggi selain di dalam kedai emas dan kedai pengurup wang. 




Sunday 19 January 2014

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Tuntutan Oleh Waris.

Teks : Monalita Mansor
Gambar : 

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Ada sedikit kedukaan menjentik hati saya sebaik sahaja membaca status yang dikongsi oleh Anys Idayu Zakaria dan Zaleha Mustafa yang diambil daripada wall Farah Farhan Fatah.

Ada isteri yang kematian suami. Dia tak tahu apa password akaun suami, pin number atau apa2 dan dia adalah surirumah. Acc suami dah kena freeze dan anak 5 orang untuk dibesarkan. Segala fund akan masuk amanah raya dan dibahagikan tetapi proses tersebut ambil masa. Buntu katanya. Selama ini dia bergantung harap pada suami sahaja. Suami kerja besar, tetapi apa boleh buat semuanya telah dibekukan. Skrg mengharap ihsan orang menderma. 

Duka kerana sebelum ini, saya telah memuatnaikkan perkongsian mengenai cara-cara membuat tuntutan bagi waris kepada penyimpan akaun yang telah meninggal dunia. Saya tidak tahu seserius mana kes sahabat kita di atas, sehingga simpanan tersebut telahpun digerakkan ke Amanah Raya Berhad. 

klik di di sini

Sekarang, pertama sekali.  Apa dokumen yang perlu anda bawa untuk membuat tuntutan?  WARIS dalam terma perbankan ialah isteri/suami/anak/ibu dan bapa.  Harap maklum

1.  Kad Pengenalan anda.
2.  Salinan Kad Pengenalan Si Mati.
3.  Sijil Asal Kematian Si Mati
4.  Surat Wasiat (jika ada), atau apa-apa surat yang ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah yang mengatakan pembahagian harta/ surat daripada Amanah Raya Berhad
5.  Grant of Probate/Letter of Administration daripada pejabat Tanah (jika ada)
6.  Surat Beranak/Surat Nikah yang disahkan atau apa-apa dokumen yang membuktikan hubungan anda dengan si mati (skandal-skandal, tak main!)
7.  Buku akaun/penyata akaun milik si mati - (untuk tuntutan akaun simpanan/akaun semasa persendirian)
8.  Penyata akaun syarikat (untuk akaun simpanan semasa perkongsian)
9.  Surat daripada rakan kongsi (jika rakan kongsi lebih daripada seorang) bersetuju untuk tutup akaun kerana kematian si mati.



Diharapkan perkongsian ini membantu anda semua. Insya-Allah.

Inilah di antara misi saya berblog, berkongsi kemahiran dan pengalaman untuk membantu sahabat-sahabat yang lain. 

PM untuk masuk ke kelas. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung