Saturday 7 September 2013

Keluar dan Masuk Bank dengan selamat

Teks    : Monalita Mansor


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada ketikanya, kita terpaksa melakukan transaksi tunai di dalam jumlah yang besar.  Sama ada mengeluar atau memasukkan wang ke dalam bank.  Walaupun kadangkala jumlah tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun menggunakan mesin (had kemasukan 100 keping) perasaan was-was menggunakan mesin tetap ada.  Beberapa kemungkinan seperti akaun tidak dikredit, duit tersangkut, amaun yang dimasukkan berbeza dengan yang tertera di dalam akaun dan 1001 prasangka akan terus bermain di kepala.

Ingin saya mengongsi beberapa panduan untuk mengelakkan sebarang risiko melibatkan kehilangan wang, nyawa juga harta benda.



1.  Seboleh-bolehnya lakukan transaksi pada pertengahan minggu.  Sila hindari hari sibuk seperti Isnin dan Jumaat, selepas cuti umum atau sebelum cuti umum.  Kenapa?  penjenayah biasanya mengambil peluang dengan kehadiran pelanggan yang ramai untuk duduk di dalam lobi bank dan memerhati pelanggan yang melakukan transaksi.  Pengawal bertugas tidak dapat memerhatikan semua orang atas faktor situasi pelanggan yang padat atau ramai.

2.  Jangan simpan duit di dalam sampul surat!  Inilah sasaran dart dan siren menarik perhatian penjenayah.  MO penjenayah biasanya mengekori mangsa sehingga ke satu destinasi dan memecahkan cermin tingkap atau mengacukan parang kepada mangsa.

3.  Seboleh-bolehnya datang dengan berkawan.  Seandainya kereta anda diparkir jauh, tunggu di dalam bank sehingga kawan anda datang mengambil anda di depan bank.

4.  Jangan letak duit di atas kaunter!  Semasa transaksi pengiraan wang berlaku, sila berikan tumpuan.  Jangan sibuk bersms atau melayan panggilan telefon atau bermain Angry Bird!  Juruwang juga boleh menjadi Angry Bird disebabkan anda!  Jika wang dikira dengan tangan, ikut mengira bersama-sama atau minta mereka mengira dengan menggunakan mesin.

5.  Jika jumlah pengeluaran atau kemasukan wang terlalu besar, minta transaksi dilakukan secara tertutup.  Bank menyediakan bilik untuk tujuan itu.

6.  Pakai pakaian yang berpoket banyak supaya mudah wang tersebut diasing-asingkan kedudukannya. 

7.  Hadkan masa transaksi anda di bank.  Jika merasakan anda sudah berada terlalu lama dan boleh menarik perhatian penjenayah, beritahu juruwang yang anda mahu beredar seketika.  Jika proses tersebut tidak lagi melibatkan pengiraan wang, kebiasaannya anda dibenarkan duduk atau meninggalkan kaunter.

8.  Minta bank menyediakan denominasi besar seperti RM100.00.

9.  Liarkan pandangan anda.  Tidak salah berasa curiga dengan sesiapa sahaja yang memandang anda ketika itu.  jangan fikirkan tentang pandangan menggoda atau tidak.  Fikirkan keselamatan diri anda dulu.

semoga panduan di atas dapat anda gunakan semasa berurusan di bank terutama pada hari-hari perayaan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung