Saturday, 20 September 2014

Mengasuh La Pulak

skill tidur tanpa buai Cik Mon masih 'ada kelas' lagi.
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri.

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Tempoh hari. 17 September 2014.

Omak (mak mentua) belum balik dari kampung. Maka tugas mengasuh anak buah, Affendy Ferdinandus, Al Fatih Ithqan dan Izz Tashfin dialihkan kepada saya la pulak. Alhamdulillah. Minggu ni cuti sekolah, makanya saya ada pembantu seramai 4 orang. Semuanya dibahagi-bahagi untuk menguruskan setiap seorang sepupu mereka.

Tapi, untuk Al Fatih Ithqan, dia perlukan dua orang sepupu. Sebab bertuah seorang ni sangat lasak dan agresif.

Letih? Letih mak. Maklumkan dah lama tak beranak kecil. Nak menidurkan Izz Tashfin ni makan separuh hari. Dah lelap, abang Affannya datang mengacau. Sibuk nak main dengan adik kecil.
Mak buat-buat tak faham ajelah....
kelas bahasa campur-campur Fendi Nandus (seperti yang dia bahasakan diri dia)







Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 27 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30ptg
Yuran hanya RM199 seorang
RM350 pendaftaran 2 orang

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi.  Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang

Untuk pendaftaran, klik terus ke pautan
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/p/loading.html

Macam-Macam Ada 31 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Kadang-kadang, amat menghairankan. Kita rasa tulisan kita dah cukup umph (tak kisah kreatif atau non-kreatif) Perencah cukup, perasa cukup, hiasan dalaman dan luaran kita rasa dah menarik tapi ia masih tak menarik minat pembaca. Kenapa?

Kongsi terus;


1. Kita tak tahu khalayak pembaca. Kita menulis genre kekeluargaan tapi kita menyasarkan golongan muda yang belum kahwin yang tak berminat lagi nak ambil tahu sebagai tumpuan utama.

2. Kalau dalam peperiksaan, paling mudah, kita tak memahami kehendak soalan. 

3. Laras bahasa kita tak menepati sasaran. Kita menyasarkan kanak-kanak, tapi kita tulis ayat kerawang bagai, pucuk paku melayang ke awan, menyentuh nyaman ruas pipi gebuku, manalah budak-budak tu nak faham.

4. Menulis sesuatu yang sangat biasa dengan cara yang biasa.
Kadang-kadang, disebabkan perkara tu ialah isu basi, dan kita ulang lagi dengan cara yang basi, ia boleh juga menyebabkan hasil tulisan kita tak dipandang.


Jadi, apa solusinya?

Kita terpaksa sentiasa perah kepala otak untuk fikir cara yang kreatif mendekati pembaca. Tak kira kita penulis kreatif atau tak kreatif. Kalau cara tu 'rare' menongkah arus, tapi memberi manfaat, apa salahnya mencuba.


Mencuba itu percuma. Gagal itu yang perlu dibayar dengan ketekalan dan semangat ingin terus mencuba. 

Kelas Asas Akaun Untuk Usahawan Kecil/WAHM secara Offline kini ditawarkan di:

Tarikh: 27 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30ptg
Yuran hanya RM199 seorang
RM350 pendaftaran 2 orang

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi.  Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang

Untuk pendaftaran, klik terus ke pautan
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/p/loading.html

Friday, 19 September 2014

Testimoni Protege : Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif adalah dibawah seliaan Cikgu Monalita Mansor dan Cikgu Mazlia Murat.

Guru Online: Aishah Hussein

Protege: Norzalina Hamzah
Sumber: http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/09/ulasan-kelas-asas-blog-penulisan.html

Subhanallah Alhamdulilllah Allahuakbar
Selesai sudah 44 entri sebagai kejayaan pertama di akademi. Walaupun baru langkah pertama, terasa bangga benar dengan diri sendiri. Rasa macam naik pangkat pula. Rasa bersemangat untuk terus menulis dan melangkah ke peringkat seterusnya. Terima kasih Puan Aishah selaku Guru Online saya. Entri pertama 13 Julai 2014 dan entri ke-44 pada 12 September 2014. Walaupun perlukan 60 hari untuk selesaikan 44 tugasan, namun tetap teruja dan berharap momentum ini akan berterusan.

Kelas asas blog dan penulisan dimulakan dengan penjenamaan dimana nama sendiri digunakan sebagai URL blog dan email. 8 soalan analisis diajukan dan kita perlu menjawabnya. Analisis ini bertujuan mengkaji minat dan kebolehan seseorang peserta untuk digunakan sebagai tajuk utama blog nanti. Di sini pentingnya komunikasi dan diskusi bersama Guru Online bagi mendapatkan keputusan terbaik. Blog yang dihasilkan perlu menepati piawaian yang telah ditetapkan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pelabagai tips penulisan diapliksasikan dalam menulis entri. Penggunaan Bahasa Melayu perlulah formal. Penggunaan tatabahasa dan tanda baca yang sesuai ditambah dengan penulisan yang santai menarik pembaca datang ke blog. Selain belajar menulis dengan baik, peserta juga berpeluang belajar membuat blog.

Untuk mengekalkan momentum menulis, beberapa tips dikongsi. Antaranya tulis perkara yang positif. Walaupun perkara yang sedih, tukarkan kepada aura positif. Apabila terfikirkan sebarang idea baru untuk menulis, segera catatkan pada buku nota kecil yang sentiasa dibawa, atau pada telefon bimbit supaya tidak terlupa nanti. Perlu baca banyak buku dan buat rujukan untuk mendapatkan idea-idea baru dan segar. Tulis sahaja apa ada di minda, semak dan terus "publish". Sesekali perlu selitkan cerita untuk menambah seri pada entri-entri diblog.

Sokongan dari Puan Aishah sangat membantu. Berpandukan komen dan maklumbalas beliau, kita akan rasa bersemangat untuk terus menulis dan memastikan kesilapan-kesilapan dalam penulisan tidak dilakukan. Beliau sering kongsikan entri yang ditulis di facebook dan ini banyak membawa trafik ke blog. Apa yang penting perlu fokus kepada tajuk atau niche blog.

Kejayaan pertama sudah di tangan. Langkah seterusnya pula target pendapatan konsisten sehari selama 44 hari seperti saranan Puan Aishah dan Puan Pengasas. Moga mimpi jadi nyata!

--------------------------------------

Ebook: Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online


Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Harga selepas ini RM50

Macam-Macam Ada 30 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google.

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Hari ini Cik Mon cuma nak sentuh tentang ayat yang berjela-jela tapi maksud tak sampai. Atau boleh jadi juga jadi kurang jelas. Ini tak berlaku kepada karya kreatif. Berlaku juga pada entri-entri blog, terutama kalau ayat-ayat disalin totok dari sumber lain.

Sila lihat contoh ayat ini;

Ya, Pak Akob.” Kimi tersenyum manis, satu kampung sudah mengetahui tentang kehebatan kuih bahulu Kak Bedah, mereka akan menempah sekiranya ada majlis khas mahupun untuk perayaan.

Saya nasihatkan para penulis, terutamanya yang baru. Buat sahaja ayat pendek-pendek. Tak kisah seandainya gaya bahasa anda berkerawang atau tidak, huru hara atau tidak. Tulis sahaja pendek-pendek asalkan jangan sampai tergantung. Nanti jadi isu ayat tak gramatis pula.

Lihat balik ayat di atas. Berapakah ayat yang boleh dihasilkan daripada dua ayat tersebut?

Begitu juga jika anda menulis entri. Lebih-lebih lagi entri motivasi. Nak-nak yang membacanya masa tu tengah kalut, serabut. Niat nak menenangkan fikiran jadi lain. Lain macam mana? Sama-samalah kita fikirkan. Harap-harap tak berlaku lagi.

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 27 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30ptg
Yuran hanya RM199 seorang
RM350 pendaftaran 2 orang

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.
Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory
Bonus 3:
Jaminan pulangan wang
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/

PM untuk mendaftar.

Thursday, 18 September 2014

Macam-Macam Ada 29 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Yang saya maksudkan di bawah ini bukanlah kesalahan. Tapi sengaja saya masukkan di bawah tajuk di atas, senang. Sekali harung aje.

Penulis, sebaik-baiknya walaupun bukan wajib perlu ada kemahiran ini. Kemahiran menaip. Susah ke menaip? Guna jari telunjuk catuk-catuk, siap juga. Ya. Memang siap. Tapi dengan adanya kemahiran yang satu ni, lima muka surat manuskrip anda boleh siapkan dalam masa dua jam.

Bayangkan berapa banyak muka surat yang dapat anda tulis? Berapa manuskrip yang dapat anda hasilkan dalam masa setahun?

Boleh mulakan sekarang. Gunakan kelapan-lapan jari anda.

Promosi September sudah dibuka

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 27 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30ptg
Yuran hanya RM199 seorang
RM350 pendaftaran 2 orang

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.

PM untuk mendaftar

Cawan Buruk vs Kopi 'Kaw-Kaw'

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google dan Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Catatan ini buat memujuk hati yang rusuh, menjernihkan wajah yang keruh, membuka ruang tanpa keluh, untuk memikir sejenak jauh-jauh.

Di sebuah majlis alumni, seorang profesor bertemu kembali dengan bekas pelajarnya. Banyaklah keluhan masing-masing tentang kerjaya dan kehidupan mereka walaupun kesemuanya bergelar profesional.

Maka profesor itu kemudiannya membancuh kopi dan dihidangkan kepada bekas pelajarnya. Kopinya memang 'kaw', manakala ada aneka bentuk dan rupa cawan yang berada di dalam dulang tu. Ada yang berat, ada yang ringan. Ada yang lawa, yang comel, ada yang tak semenggah rupanya. (profesor tu sengkek sangat ke? tak boleh hidang set 'English Tea' dia?) baca terus.

Dipelawanya semua orang mengambil cawan masing-masing kemudian dia bertanya. "Apa yang tinggal?"

Yang tinggal ialah cawan yang tak semenggah rupanya, warna tak cantik, bentuk tak menarik. Semua orang nampak.

Kemudian sang profesor mengambil cawan tak semenggah tadi. Diberinya kepada salah seorang bekas pelajarnya. Disuruhnya rasa. Kemudian disuruhnya bekas pelajarnya merasa pulak kopi daripada bekas lawa yang dipilihnya.

"Apa bezanya?" tanya sang profesor.

"Tak ada. Dua-dua sama-sama 'kaw' - kualiti dan rasa memang terbaik," jawab bekas pelajarnya tadi. Yakin amat.

"Kopi itu kehidupan kita. Cawan tu adalah pekerjaan, harta atau pangkat yang kita ada. Tak kira apa bentuk cawan tu, cantik atau buruk, ia tak mendatangkan kesan kalau hidup kita berkualiti."

Pesan sang profesor lagi, "ada kalanya kita lebih memandang rupa luaran (pangkat/harta/kedudukan) daripada rasa 'kehidupan' itu sendiri. Kita pandang cawan cantik, kita tinggalkan cawan yang buruk. Padahal rasanya sama aje. Sebab tu kita tak dapat rasa betapa nikmatnya kopi tu. Cuba, pejam mata dan lupakan bentuk cawan tu. Tentu kalian akan dapat menikmati kopi itu dengan sesungguh nikmat."


Diolah semula daripada Mastika Oktober 2014

Mahu berniaga tanpa modal besar-besaran? Sertai kami sebagai ejen dropship Akademi Bekerja di Rumah http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/p/pencarian-agen.html011-19737269Monalita Mansormenjual kekabu kampungejen Serunding Abe Mie Kg Lautmenjual novel terpakai



Wednesday, 17 September 2014

Keinginan Menggebu-Gebu


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri dan Carian Google
Video    : Kenny G - Songbird
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.


Chup! Chup! janganlah mengaratkan fikiran anda sebaik membaca tajuk kat atas tu. Tak ada maknanya aku nak buat entri 18SX kat sini ya. Tak ingat mati ke? Kenapa sekejap aku gunakan ganti nama aku, sekejap saya? Suka hatilah, blog aku!


Amboi mak, jawapan riyak kau bagi ya Cik Mon. Tak adalah. Sebenarnya menggunakan ganti nama 'aku' bermakna entri-entri ini akan santai sesantai bercanda di pasiran pantai. Namun begitu, masih lagi dalam lunas-lunas bahasa yang diluluskan. Tak mau! tak mau!

Semenjak dua menjak dan bermenjak-menjak ni, ada sikit kepandiran dalam diri aku untuk berblog. Nak tahu asbabun punca menyebabkan aku tiba-tiba heavy metal kat blog? Cer tengok trafik blog aku. Terkejut tenuk mak! Betul. 

Oleh kerana itu, aku nak ucapkan terima kasih pada adik-adik aku ni, blogger otai Bila Aku BerceritaLa DOLCE amira yang banyak bagi sokongan. Juga, blogger-blogger ABDR tentunya;


yang pernah aku review blog mereka. Terima kasih banyak-banyak.


Ni untuk kalian. 




Macam-Macam Ada 28 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan oleh Penulis

berhujung minggu di Taman Jaya.
Mengeja Dengan Bunyi

Teks : Monalita Mansor

Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Saya ingatkan Affan aje yang mengeja ikut bunyi, teriak diejanya 'teriyak', giat diejanya 'giyat' - rupanya ramai yang begitu. Saya tak pasti kenapa, tapi saya banyak terjumpa perkataan-perkataan ini dieja salah:

termanggu
stesyen
terkoncoh
tertacap
paham
donggak
anggukkan

dan banyak lagi. Untuk masalah sebegini, saya suka menggunapakai kaedah yang digunakan oleh penulis senior, Kak Maria Kajiwa. Dia akan menggunakan warna yang berbeza (dalam perisian Words) terhadap perkataan yang diragui kesahihan ejaannya, atau ayat yang dirasakan sedikit 'marem perapu sepundeng parang sekeper'.

duduk-duduk sambil melayan telinga dengan "That's Why You Go" - MLTR di depan Victoria Music Station, Amcorp Mall


Selepas itu, ambillah kamus Dewan yang empuk dipeluk itu ataupun kalau ada internet taiplah laman web ini Pusat Rujukan Persuratan Melayu dan telusurilah. Insya-Allah, mak dan abah kita aje tak ada dalam tu.

Selepas itu, tambahan untuk para pemblog budiman, save dulu entri anda dan tekan preview. Baca, kemudian barulah tekan publish.

Mudah kan?



Semua pendaftaran bagi kelas-kelas dan servis berikut boleh daftar terus melalui Pengurus Online di atas:
1. Kelas Asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar - semak bengkel terkini di sini
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online
9. Projek Duit Raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - - siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog
Apabila sudah sedia, pilih mana satu pilihan kalian dan PM saya atau Pengurus Online ABDR.

1. Saniah Mat Sanat - http://saniahmatsanat.blogspot.com/
2. Rafisuhaila Rahim - http://suhailarahim.blogspot.com/
3. Nazirah Bugal - http://nazirahbugal.blogspot.com/
4. Magdalina Selamat - http://magdalinaselamat.blogspot.com/
5. Mahizan Nani - http://mahizannani.blogspot.com/
6. Ahfarisa Ahmad - http://ahfarisaahmad.blogspot.com/
7. Nor Azira Mohamad - http://noraziramohamed.blogspot.com/
8. Normah Kassim - http://pnnormahkassim.blogspot.com/
9. Nurul Suhada Basir - http://nurulsuhadabasir.blogspot.com/
10. Nor Adilah - http://noradilahablatif.blogspot.com/
11. Haryati Dulbahri - http://haryatidulbahri.blogspot.com/
12. Zuriati Zubir - http://zuriatizubir.blogspot.com/

Tuesday, 16 September 2014

Siput Sedut Hari Malaysia Cik Mon

Pasar Besar Jalan Othman (pandangan belakang)
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri!

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
pekena roti canai di gerai M66 (sebelah dalam pasar)

Yeah! Hari Malaysia! tanyalah budak-budak sampailah bapak budak, apa yang best sekali hari. Tentulah sebab cuti! Amboi...jawapan tak patriotik langsung. Okey. Ia, hari ni Hari Malaysia, hari yang menyaksikan penggabungan dua buah permata berharga di Kepulauan Borneo dengan tanah semenanjung ini.
alhamdulillah


Apa signifikan Hari Malaysia kepada anda? Jawab lah apa sahaja kan. Yang penting kesyukuran sebab masih aman. Abang Bangla boleh lepak-lepak di kedai roti canai India Muslim menggunakan bahasa rasmi mereka yang sepatah haram pun aku tak faham.
abang Bangladesh (baju kotak) sedang rancak bercerita


Aku boleh beli dua cekak bayam daripada ah so dan dia boleh ucapkan 'terima kasih, sila datang lagi...kat sini murah tau...' sambil tersenyum walaupun aku tak pasti aku datang lagi ke tak pasar basah Jalan Othman ni. 

Tidur, mimpi, bangun balik dan tidur semula - jalan se'lapang' ini adalah mimpi pada hari-hari bekerja di PJ Old Town
Aku boleh beli siput sedut daripada akak yang daripada slanganya aku tahu datangnya dari kabupaten atau sebuah kecamatan dari tanah seberang. Akhirnya siput sedut itu aku gulai untuk pertama kalinya dengan bantuan Affan sampai luka-luka belakangnya. Affan memang budak baik.
siput sedut Hari Malaysia sebelum sesi pembuangan muncung bermula


Aku ambil gambar siput sedut sebelum dia jadi gulai aja. Selepas jadi gulai, minta maaf. Tak berani aku nak tunjukkan kepada seluruh maya pada ini....



Daftar Sebagai Rakan Niaga ABDR

Pendaftaran sebagai drophip ABDR, Produk makanan pakej barangan puasa, raya, rumah terbuka, pakej mudah masak untuk suri, produk pakej untuk sepanjang tahun dan musim raya.
1. Yuran pendaftaran  sekali bayar sahaja, terus boleh mula berjualan sampai bila-bila
2. Setiap agen yang berdaftar secara automatik menjadi alumni akademi bekerja di rumah
3. Droship ABDR Produk Makanan ini kami tawarkan melalui kelas online blog fanpage mula bisnes. Kalian berpeluang belajar membina blog kedai online.
4. Bonus 4 ebook (ebook belajar asas blog, ebook super wahm super mom, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes)
5. Kumpulan sokongan jualan di group facebook
6. Agen hanya perlu membuat promosi dan jualan, samada melalui blog (jika belum ada, akan belajar membina blog), facebook, pages atau secara offline berdasarkan kreativiti setiap agen. Setiap tempahan yang diterima, agen perlu mengisi borang pengurus untuk pihak akademi menerima pesanan dan menguruskan penghantaran.
7. Penerimaan order adalah setiap hari. Manakala penghantaran adalah hari,AHAD, ISNIN,SELASA, RABU, KHAMIS

8. Agen akan menerima komisen daripada setiap hasil jualan.

9. Agen boleh mempromosi pendaftaran agen lain yang mahu sertai projek duit raya ini. Komisen turut akan diberikan melalui pendaftaran agen baru.

10. No tracking akan diupdate dan dimaklumkan dalam group khas di facebook.

Macam-Macam Ada 27 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Mendalami Dalam di Dalam Dalam 2

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Baik, simpan biskut anda. Yang biskut terjepit kat bibir tu, simpan balik kat dalam bekas dia. Tepuk habuk kat bibir tu. Tiup-tiup sikit habuk takut jatuh celah-celah kekunci. Nanti semut pulak berumahtangga dan berkoloni kat situ. Kita sambung balik kelas perbezaan dalam dan di dalam.

Ingat pada entri sebelumnya?

Okay kita ulang siar ya.

i. gunakan di dalam ketika frasa seterusnya ialah sesuatu yang boleh disentuh/dilihat/dirasa/dikira (maujud/bersifat)

ii. gunakan dalam ketika frasa seterusnya ialah sesuatu yang mujarad/abstrak/yang berlawanan dengan perihal (i)

contoh: 

saya tetap menyimpannya di dalam ingatan         -     SALAH

saya tetap menyimpannya dalam ingatan            -      BETUL

alasan : 'ingatan' adalah sesuatu yang abstrak, tak boleh dirasai


Dia memang ayam tambatan dalam kampung ini.     -   SALAH

Dia memang ayam tambatan di dalam kampung ini   -   BETUL


alasan : 'kampung' boleh dilihat/
              kampung adalah lokasi/arah



Gambar dalam album itu ditatapnya.                      -  SALAH

Gambar di dalam album itu ditatapnya                  -   BETUL

alasan : 'album' adalah objek


Diharapkan anda mendapat gambaran jelas dan kalau masih kabur-kabur, boleh sahaja hubungi penulis pada bila-bila masa ya. 

Mereka yang serius mahu mula bisnes, boleh sertai kumpulan dropship/rakan niaga bersama akademi bekerja di rumah.

Kami buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1.dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat

3.dropship makanan sunnah dan produk islamik

011-19737269 WA/SMS
facebook : Monalita Mansor
Guru Online ABDR
Ejen Serunding Abe Mie Kg Laut
Ejen Bantal Kekabu Kampung
Menjual Novel Terpakai



Monday, 15 September 2014

Dunia Mengait dan Dilla Yusof

penyangkut tuala untuk dijual
Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://dalilayusof.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam ABDR. Bismillah.



makkkk.....
hasil kerja terbaru Dilla : daripada t-shirt terpakai
Saya mengenali pemilik blog ini melalui satu grup. Dia menganjurkan beberapa acara berkaitan dengan produk kait-mengait dia ni la. Kemudian, barulah saya tahu dia juga salah seorang jemaah ABDR.

Klik enter, kemudian anda terasa macam masuk blog 'omputeh' baq ang.  Siap ada video kelip lagi. Bagi Dila sendiri, kecintaan dia pada dunia kait mengait ni bukan lagi obses tapi dah tahap meroyan. Bukan saya tulis, tuan punya blog sendiri tulis. Hwa...hwa...hwaaaa...

Yang saya hairan tu, daripada sebesar-besar benda dikaitnya, sampailah sekecil-kecil micro cactus. Apa ke benda micro cactus tu? sila klik tajuk Kegilaan Si Pengait Benang ni. Dan, anda tengoklah sendiri.

Dila atau Dalila Yusof bukan dilahirkan berbakat mengait. Segalanya dimulakan apabila graduan bidang fizik dari UKM ini memerlukan sesuatu untuk dilakukan apabila merasa bosan duduk di rumah. Kehebatan wanita ini, hanya bergurukan internet, kini ibu muda ini sudah menghasilkan pelbagai variasi kaitan jarum 1 dan boleh pula mengongsi ilmunya dengan orang lain.

Segalanya boleh anda baca di Panduan Seni Mengait dan Perniagaan Online termasuk terma-terma yang digunakan dalam dunia kait mengait ni yang tentunya boleh difahami oleh mereka yang terlibat secara langsung sahaja. Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam.


Pakej paling minima yang ditawarkan ABDR

011 19737269 Monalita Mansor
Guru Online
ejen Serunding Abe Mie Kg Laut
menjual kekabu kampung
menjual novel terpakai

Macam-Macam Ada 26 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Mendalami Dalam di dalam Dalam - Bahagian 1

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Hah sudah! Cik Mon dah mula balik. Tulis tajuk yang mengelirukan orang. Bila orang tak baca dia marah. Dia tulis merapu entah apa-apa, macam mana orang nak baca...hahahaha.... Tak adalah merapu mana. Hari ini saya nak bercerita tentang perbezaan dalam dan di dalam. Untuk bahagian pertama ini, kita perlihatkan dulu perbezaannya ya.

Di dalam hukum tatabahasa Bahasa Melayu, frasa dalam mempunyai 3 fungsi iaitu:


1. kata adjektif iaitu perkataan yang menunjukkan sifat.
Kebiasaannya, kata penguat seperti amat, sungguh, sangat, sekali diletakkan sebelum atau selepas frasa 'dalam'

Contoh : 


a) Kasihku padamu amat dalam.
(amat - kata penguat) (dalam - kata adjektif menunjukkan sifat 'kasih' yang sangat banyak)

b) "Dalam sungguh maksud perkataan tuan hamba."
(dalam - kata adjektif menunjukkan kata-kata yang sangat menyentuh hati) (sungguh - kata penguat)


2. Kata Sendi Nama
Ia ditulis sebelum frasa nama yang membawa maksud lingkungan, situasi, peristiwa, yang abstrak, yang tidak mempunyai had sama ada dari segi jarak ataupun ruang. 


Contoh :  

a) Pihak kami akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

b) Hal yang kecil jangan disimpan dalam hati.


3. Kata Arah
'Dalam' ditulis selepas kata sendi nama 'di' atau 'ke' untuk menunjukkan arah, hala atau kedudukan


Contoh : 

a) buku tersebut disimpan di dalam almari.

b) Dia sudah menulis namanya di dalam buku kedatangan.


Kekeliruan selalu timbul tatkala menggunakan fungsi dalam untuk membezakan kata arah dengan kata sendi nama. Secara mudahnya, saya diberitahu oleh seorang sahabat yang merupakan seorang editor petua mudah.

i. gunakan di dalam ketika frasa seterusnya ialah sesuatu yang boleh disentuh/dilihat/dirasa/dikira (maujud/bersifat)
ii. gunakan dalam ketika frasa seterusnya ialah sesuatu yang mujarad/abstrak/yang berlawanan dengan perihal (i)

bersambung.....


sumber :
http://namharahman.blogspot.com/2009/07/dalam-di-dalam-ke-dalam-pedoman-bahasa.html
Nota Poket Bahasa Malaysia Tingkatan 1,2,3, Cerdik Publication Sdn Bhd


 Akademi Bekerja di Rumah ni, Cik Temah, menawarkan kelas-kelas online ya. Untuk Cik Temah yang memang suri rumah ataupun jiran Cik Temah yang bekerja tapi bercita-cita nak jadi macam Cik Temah.

Ada kelas buat blog bisnes. Diajarnya benda-benda gini - baca terus Cik Temah

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

011-19737269 Monalita Mansor
ejen Serunding Abe Mie Kg Laut
ejen bantal kekabu kampung
menjual novel terpakai


Sunday, 14 September 2014

Menguji Setia : Bahagian Akhir

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Monalita Mansor

sambungan......

Ayah masih muda.  Lima puluhan masih jauh dari jangkauan.  Walaupun uban berceretek di atas kepala, ayah sudah tutupi siang-siang dengan inai mekah yang biasanya dilumurkan di atas kepalanya oleh ibu.   Kesetiaan dan keperluan adalah dua perkara yang berbeza.    Zaid memandang wajah ayah.  Ayah juga memandang wajah Zaid.  Mengharapkan pengertian anak lelakinya itu.

‘Jasmin, ibu kalian adalah segala-galanya bagiku.  Tetapi aku mohon pengertian kalian.  Di dalam hidup, kesetiaan dan cinta adalah sesuatu yang abstrak.  Masih terlalu banyak perkara realistik yang tidak kalian fahami, perlu aku penuhi.’  Hatinya merintih.  Wajah-wajah duka di depannya diperhati satu persatu.  Setiap seorang membawa bayang Jasmin.  Sesekala senyum manja Siti Sakinah mencelah, membarakan perasaan yang terpendam. 
     
       “Kalau ayah nak kahwin juga, boleh.  Aiza tak nak duduk sini.  Berbahagia rayalah ayah dengan bini baru ayah tu!”  gertak Aiza.  Kali ini, dengan beraninya dia memandang ayah.  Tepat.  Renungannya berisi benci dan seribu warna memusuhi yang sangat ketara.

            “Ayah tak izinkan Aiza keluar dari rumah ni.”  Hanafi pula melancarkan perang ugutannya.

            “Ayah tak berhak nak halang Aiza…!”  suaranya meninggi dan air mata berhamburan.  Betapa, dia tidak pernah melakukannya sebelum ini.  Dia kini sudah kalah dengan amarahnya sendiri.  Mengabdi diri memegang status anak derhaka.  Dia tidak pernah meninggikan suara pada ayahnya sendiri, walaupun sekali, dulu.  Dia anak manja ayah, anak kebanggaan ayah.

            “Aiza anak ayah!”

            “Kalau Aiza anak ayah, kami ni anak ayah, ayah takkan tergamak nak gantikan ibu dengan perempuan lain!  Ibu belum mati.  Ibu cuma dipenjara.  Itupun atas kesalahan yang bukan dia sengajakan.  Ayah memang tak ada hati perut.  Ibu dipenjara sebab ayah.  Ayah tahu tak?”  bertubi-tubi kata-kata keluar daripada mulut anak sulungnya itu.  Hanafi bingkas bangun dan mendekat.  Lima jarinya sudah terlalu ringan untuk dihadiahkan kepada pemilik bibir iras Jasmin itu.

            “Ayah nak pukul kak Aiza pulak ke?  Dahlah ayah buat kami macam ni.  Ayah lukakan hati kami, sekarang ayah nak pukul kakak pulak?  Mana pergi ayah kami dulu, ayah?  Kenapa ayah tak boleh bersabar?”  tiba-tiba Aida bangun, mendapatkan Aiza dan menjauhkan kakaknya daripada Hanafi.  Aida bersuara tenang.  Tiada emosi marah tetapi ada getar galau yang menebal. 

Kaget lelaki itu seketika.  Aida anak keduanya yang pendiam.  Bercakap hanya pada yang perlu sahaja.  Tetapi, hubungannya dengan Jasmin seperti sahabat baik.  Ziad juga memeluk pinggang kakaknya.  Deru tangis Aiza menjadi-jadi. 

            “Ayah tak buat semua ni kalau ibu kamu tak izinkan.”  Hanafi menghela nyawa sebelum duduk semula. 

Ranap segala ikhtiar untuk memujuk anak-anaknya menerima Siti Sakinah.  Siti Sakinah yang manis, berbadan sederhana.  Kulitnya cerah dan walaupun usianya hanya muda setahun dua daripada Jasmin, kulitnya tegang dan gebu.  Mungkin berkat pengalaman menelan jamu sejak turun-temurun.  Siti Sakinah perempuan biasa-biasa, hanya tukang cuci di pejabatnya.  Benarlah kata orang, kerap akhirnya akrab.  Bahana kerap berjumpa di tempat kerja dan biasanya Hanafi tidak silu menumpangkannya dan menghantarnya pulang akhirnya mereka menjadi akrab.  Daripada akrab menimbulkan perasaan suka yang sukar dicantas.  Tetapi budi bahasa dan tutur katanya yang lembut membuatkan hati lelakinya cair.  Lebih-lebih lagi, selepas Jasmin terpisah jasad dengannya,  segala-gala milik Jasmin seakan berhak dimiliki Siti Sakinah. 

            “Aiza tak percaya.  Tak mungkin ibu izinkan!”  Aiza masih membentak. 
Aida juga menggeleng-geleng.  Hanafi menggeleng-geleng.  Sukarnya menyakinkan anak-anak.  Air mata Jasmin berderaian laju saat mengungkapkan perkataan itu.  Dia menghargai ketulusan isterinya itu.  Walaupun hati bersarang prasangka, apalah yang terdaya dilakukan selain pasrah.  Mulut memang memberi izin tetapi hati terkoyak tersiat rabak tidak bersisa. 

            “Saya benarkan bang.   Saya tak nak abang terseksa.   Anak-anak tu, biar saya yang pujuk.”  Ujar Jasmin dalam dedai air mata, sengau dan sebak bercampur tanpa rela.  

Biar hati bersulam duka, terselit juga keriaan mengenangkan hasrat hati akan kesampaian dengan sebegitu mudah.   Anak-anak, walau sekeras manapun tentangan akhirnya akan berlembut juga memandangkan hanya rumah itu tempat perteduhan mereka.  Hanafi berkira-kira.  Sekalipun mereka mengadukan hal itu kepada nenek mereka, emaknya tidak akan memihak sesiapa.  Hanafi kenal benar dengan wanita kesayangannya itu.  Sekadar beberapa patah kata seperti, ‘kau dah fikir masak-masak?’ atau ‘kau tak kesian pada anak-anak?’  dan itu sahaja.  Emaknya sangat berlembut dengan anak-anak.  Berlainan dengan Jasmin yang sangat tegas dengan anak-anak.  Selagi katanya tidak dituruti, selagi itulah bebelannya akan menjadi zikir, diulang-ulang sehingga ‘mangsanya’ bosan dan menuruti kehendaknya.  Begitupun, ia sedikitpun tidak meluakkan kasih anak-anak terhadapnya.

            Tidak dapat dilupakan bagaimana merona merah wajah Siti Sakinah saat dikhabarkan niatnya menyunting ibu tunggal beranak satu itu.  Pekerjaannya hari itu serba tidak menjadi.   Bahkan pelawaan Hanafi untuk makan tengah hari bersama juga ditolaknya.  Tidak seperti selalu.

 Pucuk yang dicita dan diidam hampir di dalam genggaman.  Siti Sakinah mengharapkan lelaki sebaik Hanafi sebagai pelindung.  Tambahan pula,  berkelana di bumi asing jauh daripada keluarga dan satu-satunya permata hatinya menyebabkan dia cepat terasa.  Apabila dia kerinduan pada anak yang ditinggalkan dengan kakaknya, Hanafi yang akan memujuk.  Mengingatkan dia supaya terus kuat mendepani cabaran.

            “Hidup memang begini.  Setiap orang ada dugaannya.”   Pujuk Hanafi ketika dia teresak-esak sebaik selesai berbual dengan anak lelakinya.

            “Saya sayang sama dia, bang.”

            “Semua orang sayangkan anak, Inah.  Saya faham perasaan Inah.  Tapi Inah kena banyak bersabar.  Kan Inah yang kata nak datang sini cari rezeki.  Untuk anak?” 
Siti Sakinah tersenyum bagaikan lelaki tinggi lampai itu berada di depannya.  Mimpi-mimpi indah semakin menerang di depannya.

            “Kamu tahu isterinya lagi dipenjara?”  Soalan Marini, rakan serumahnya yang sedang menatap majalah hiburan sambil meniarap menunjal gegendangnya.  Siti Sakinah mengangguk.

            “Terus…kamu tega menambah luka anak-anaknya?  Kamu fikir anak-anaknya akan sukakan kamu?”

            “Gue mahu kahwin sama bang Hanafi, bukan anak-anaknya!” Siti Sakinah menjegilkan matanya.

            “Lalu, kahwin dengan bapaknya, anak-anaknya harus bagaimana? Ya ampun Kinah.  Letakkan anakmu di tempat anaknya Hanafi.  Sanggup lu biarkan anakmu merana semata-mata untuk memenuhkan keinginan lu?”  marah Marini.  Dia menarik bantal yang mengalas dadanya lantas bangun bersila. 

            “Rini, tolong.  Aku pusing.  Jangan macam-macam.”

            “Kinah.  Aku sahabatmu.  Aku tak mahu keluarga Hanafi anggap kau mengambil kesempatan.  Kau pun tahu kan, bagaimana masyarakat memandang kita?  Sentiasa mikir kita mau ambil kesempatan, berkahwin dengan orang tempatan sebab warganegara.  Aku harap kau faham!”  Marini lantas bangun meninggalkan dia sendirian di ruang tamu. 

Televisyen yang sedang menyiarkan drama Melayu menjadi hambar ceritanya, walhal drama itulah yang ditunggunya sepanjang malam.  Kata-kata Marini tadi merasuk juga ke dalam cepu mindanya.  Dia sayangkan Hanafi.  Hanafi tentu sayangkan anak-anaknya seperti mana dia menyayangi anaknya.  Mungkin untuk seketika Hanafi akan memejam mata, menumpah sayang padanya tetapi lama kelamaan kasih sayang berasaskan hubungan darah tidak pernah menjanjikan kekalahan.   Begitu juga, tegakah dia mengulit kasih di atas kepedihan orang lain seperti yang pernah dirasakan dulu?  Siti Sakinah melepaskan keluhan berat sebelum mencapai telefon, mencari nama ‘bang Hanafi’ di skrinnya. 

Berbunga hati, mengharum di jiwa apabila Siti Sakinah bersetuju untuk menjadi isterinya.  Perasaan terawang-awang bagaikan dara dipinang teruna pujaan hati, intaian jiwa.  Syarat Siti Sakinah untuk bertemu empat mata sendiri dengan Jasmin, dengan senang hati dan rela dipenuhi. 

Wajah Jasmin yang jernih ditatapnya.  Wanita itu menghadiahi senyum tawar.  Hati wanitanya merintih.  Dengan isyarat tangan, wanita itu mengarahkan dia mengangkat telefon berwarna putih yang sudah kusam warnanya itu. 

“Bu Jasmin.”  Hanya itu.  Patah-patah kata yang dirancangnya bertukar patah air mata.  Berderaian turun dan mereka sekadar bertukar tangis.  Bergegar-gegar bahu dan dada terasa sebak bukan kepalang.  Hanafi tertegun melihat gelagat kedua-dua perempuan itu.  Meski hairan bertapa, dia tidak pula mahu menyapa.    Jasmin menekup mulutnya sambil menggeleng-geleng.  Siti Sakinah menongkat dahi dengan siku di meja tanpa dapat menghentikan tangisan masing-masing.  Petang itu mereka berbicara menggunakan bahasa air mata. 


                
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung