Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Naratif atau huraian perlu wasatiyah. Perlu sederhana, dan tak perlu berlebih-lebih tapi melengkapi. Kata Victoria Hanley, 'terlalu banyak kesan rasa akan membuatkan pembaca loya'
Penting,
Huraian dapat menyampaikan maksud suasana sehingga dapat digapai oleh minda pembaca dan tak kisahlah bila kita tulis pintu gebang, mereka membayangkan pintu gerbang di Putrajaya ke, di Kota Darul Naim ke, waima pintu gerbang Ayah Pin!
Saturday, 7 March 2015
Friday, 6 March 2015
Tulisan Berbau
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum. Salam Kreatif. Bismillah.
Penulis seboleh-bolehnya gunakan lima deria rasa sepenuhnya. Kadang-kadang, rasa, bau dan sentuhan perlu untuk memantapkan cerita.
Ini boleh dilakukan dengan latihan. Kita memang akan berkecenderungan untuk tertinggal tapi berlatih untuk terus mencuba. Tak salah.
Cuba catat, apa benda yang berbau yang boleh 'dirasa' dan 'dibau' dengan tulisan.
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum. Salam Kreatif. Bismillah.
Penulis seboleh-bolehnya gunakan lima deria rasa sepenuhnya. Kadang-kadang, rasa, bau dan sentuhan perlu untuk memantapkan cerita.
Ini boleh dilakukan dengan latihan. Kita memang akan berkecenderungan untuk tertinggal tapi berlatih untuk terus mencuba. Tak salah.
Cuba catat, apa benda yang berbau yang boleh 'dirasa' dan 'dibau' dengan tulisan.
Thursday, 5 March 2015
Kena Potong
Huraian (naratif) yang mencacatkan suasana
Istilah budak-budak sekarang
βpotongβ.
Secara mudahnya begini, penulis
nak menceritakan suasana atau latar seram. Jadi mestilah ada situasi dan latar
yang sinonim seperti malam, gelap, ada bayang-bayang yang dah macam perempuan rambut panjang dan muka macam tepung gomak sebab terlebih pucat tapi tiba-tiba penulis termasuk cerita pontianak tu macam peserta Maharaja Lawak yang jatuh kerusi masa minggu ke berapa entah....
bukan ke potong tu?
Wednesday, 4 March 2015
Bau Imaginasi
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Huraian yang tidak menyatakan
masa
Tips Victoria Hanley: pastikan
pembaca mengetahui umur setiap watak dan zaman mereka berada.
Jangan sesekali mengarut-ngarut
tentang persoalan latar masa dan zaman. Banyak penulis βkantoiβ dengan latar
ini, waima penulis besar pun. Maaf ya, aku ni kritis sikit baca karya orang,
jadi aku memang telitikan setiap latar masa sebab bagi aku ia penting.
Setiap
latar masa mempunyai aroma atau bau yang berbeza yang akan membentuk imaginasi
dalam kepala manusia. Salah latar masa, tarikh atau umur watakβ¦dan tak 'masuk' dengan plot...
Habis kau!
Tuesday, 3 March 2015
Kerusi Halimunan
Gambar : Carian Google
Penulis menyatakan tempat, tapi
sekali lalu aje. Sudahnya, pembaca yang baru nak βinβ dalam cerita, tertinggal.
Seperti contoh petikan kat bawah,
Dia masuk ke dalam rumah, lalu
duduk. Sambil duduk dia mengambil majalah lalu membacanya.
β kat mana dia duduk? Ruang tamu, ruang dapur? Ruang tengah? Duduk atas apa? Kerusi apa? Sofa, kerusi rotan, meja atau duduk atas lantai? Atau duduk atas kerusi halimunan macam dalam Seniman Bujang Lapok?
β kat mana dia duduk? Ruang tamu, ruang dapur? Ruang tengah? Duduk atas apa? Kerusi apa? Sofa, kerusi rotan, meja atau duduk atas lantai? Atau duduk atas kerusi halimunan macam dalam Seniman Bujang Lapok?
Ceritanya tetap berlaku, tapi
menjadi kaku macam kita membaca karangan jenis perbincangan atau jenis laporan.
Sekian terima kasih. Tak faham? Tak faham sudah.
Kuasai Cerita Anda, Victoria Hanley
Monday, 2 March 2015
Latar Lagi
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Saya dapati kawan penulis saya
selalu meninggalkan latar. Selalu saya tegur jugak, sebab terasa
terawang-awang. Entah di mana-mananya. Huraian yang berjela-jela dan terlampau
banyak kata adjektif tapi maksud tak sampai (eleh, nak kata aku la tu!)
Kalau kita baca karya sekarang
kebanyakannya sudah straight to the point, bahasa-bahasa bombastik, berkerawang
sudah semakin terpinggir sebab alasannya pembaca nak cepat, tak suka nak fikir.
Wellβ¦pada akhir kalam ceritanya, secara mudah, berbalik kepada apa yang kita
pelajari dalam subjek Perdagangan βonce upon a timeβ β permintaan dan apa la ke
benda satu lagi tuβ¦.lupalah. Maaf ya. Ohβ¦ingat! Penawaran.
Tapi, kata adjektif berbeza
dengan kata gaya bahasa puitis atau lenggok bahasa yang kalian katakan
berkerawang tu tau. Kalau tak tahu, carilah buku tatabahasa ataupun rujuk
kekasih gelap kalian, Mr Google!
Tips Victoria Hanley : semasa
menggambarkan pemandangan, tuliskan huraian pendek dalam bentuk AKSI dan DIALOG
sebagai ganti huraian yang berbentuk puitis.
Ngehβ¦ngehβ¦ngehβ¦ sudah beberapa
orang tertembak kerana melupakan hal ini.
Bersambung
Sunday, 1 March 2015
Tulis Apa Yang Kita Tak Tahu
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum. Salam Kreatif. Bismillah.
Bunyinya macam masuk bilik gelap
di dalam rumah yang dah lama tak bayar bil api lepas tu terlupa pulak bawak
lampu suluh dan kemudiannya fon pulak habis bateri di tengah malam buta jumaat
keliwon.
Boleh.
Tapi, langkah sebaiknya untuk
menulis apa yang kita tak tahu atau paling mudah nak tulis latar yang kita tak
pernah pergi, buatlah kajian. Jangan percaya 100% dengan kekasih gelap kalian
tu, Mr Google. Cari buku, buatlah temuramah dengan orang yang pernah pergi ke,
atau usahakan apa-apa yang berkenaan dengan subjek berkenaan.
Teknik ni saya gunakan masa
menulis Kabus Rindu untuk latar Megeslberg, Valkenburg dan beberapa tempat di
sempadan Belanda Belgium. Tempat tu memang wujud, yang tak wujudnya ialah :
saya tak pernah wujud di situ.
Jadinya, ada baiknya siapkan
lampu picit dan zikir banyak-banyak yaβ¦
Subscribe to:
Posts (Atom)