Saturday 7 September 2013

Batu Belah Lekat Di Dinding, Kad Debitku ditelan mesin!

Teks    : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Ingin saya berkongsi tentang peristiwa di atas yang sering membuatkan kita panik.  Saya perturunkan tips-tips untuk membantu anda.

1.  Jangan panik - tunggu sehingga mesej dipaparkan memberitahu urusniaga anda dibatalkan.  Ada kemungkinan juga berlaku masalah talian yang menyebabkan sistem ATM tersebut menjadi perlahan. 
Jika transaksi yang anda lakukan dalam waktu perbankan, terus ke kaunter untuk membuat komplen. 

2.  Jika di luar waktu perbankan - simpan slip jika ada.  Jika tiada, catatkan waktu dan dapatkan nombor ID mesin ATM.  Biasanya sebelah kanan atas.  Bawa sekali buku akaun, jika ada.  Jika transaksi dilakukan di kioks pasaraya, lakukan perkara yang sama. Susah-susah, ambil gambar mesin ATM tersebut menggunakan telefon anda yang canggih itu.  Semua maklumat tersebut penting dan perlu dimasukkan di dalam borang aduan anda.  

3.  Buat laporan/komplen pada keesokan hari ataupun telefon nombor yang tercatat di belakang kad debit anda.  Mereka juga boleh menerima laporan tersebut.

4.  Jika transaksi berlaku di bank pihak ketiga (contoh anda pemegang akaun di bank A tetapi transaksi berlaku di bank B), buat aduan di kedua-dua bank.  Ini akan memudahkan proses pemeriksaan silang di antara kedua-dua buah bank.

5.  Kebiasaannya,  kad yang ditelan akan dikembalikan kepada cawangan asal.  Seandainya ada merasakan proses itu mengambil masa, jangan bimbang.  Solusi disediakan iaitu anda boleh membatalkan dan seterusnya menukar kad lama kepada yang baru.  Malangnya prosedur ini bukan percuma!

6.  Semak juga akaun anda dengan pihak bank.  Anda berhak untuk bimbang kerana kemungkinan kad itu keluar semula dan diambil oleh orang lain ADA!  Pernah terjadi pelanggan meninggalkan mesin kerana menyangkakan mesin rosak kerana proses pengeluaran wang terlalu lambat.  Akhirnya kad dan wang memunculkan diri tetapi diambil oleh orang lain. 

7.  Harap maklum bahawa aduan hanya boleh dibuat oleh pemegang akaun dan pemegang kad yang sah sahaja.  Jika anda meminta anak saudara jiran sebelah rumah bekas mak tiri anda untuk membuat aduan, bersedia menghadapi kemungkinan disyarah oleh pegawai bank tersebut kerana mendedahkan diri anda kepada risiko dengan mendedahkan nombor pin kepada pihak ketiga.

8.  Sentiasa berhubung dengan pihak bank untuk mengetahui status aduan anda.  Adakalanya mereka terlalu 'sibuk'  untuk menghubungi anda semula dan memberi maklum balas mengenai aduan anda.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung