Tuesday 3 September 2013

LPI : Membazirkan duit dapur anda!

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar. :  Bidikan Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Seperti yang saya janjikan, saya ingin memperkenalkan kawan baik kita semua yang berhutang, Cik LPI.
'Leng loy' ini akan memunculkan diri seandainya anda terlambat membuat pembayaran pinjaman anda waima sehari.


Nama penuhnya ialah late payment interest atau kadar faedah lewat bayar yang akan dikenakan sebaik sahaja tempoh 24 jam selepas 'due date' berakhir. Ia dinyatakan di muka surat akhir perjanjian (kebiasaannya) sebelum ruangan tanda tangan.

Apa pentingnya mengambil tahu tentang LPI ini?

1.  Jika anda memang tidak dapat membuat pembayaran pada atau sebelum due date pada setiap bulan setidak-tidaknya anda tahu berapa jumlah tambahan yang perlu dibayar.

2.  Jika anda mengabaikan jumlah tersebut hatta jumlahnya hanya RM0.10, padah menanti anda pada bulan seterusnya.

3.  Pada bulan seterusnya, jumlah LPI yang terhutang akan ditarik daripada jumlah ansuran bulanan yang telah anda bayar.  Rekod anda pada ketika itu ialah (cth)
jumlah ansuran      :  RM1000.00
Tunggakan              :  RM0.10
Jumlah yang anda bayar:  RM1000.00

rekod anda selepas pembayaran akan kelihatan begini:
Jumlah ansuran     :  RM999.90
tunggakan              :  RM0.10
bil bulan tertunggak: 1

Sekiranya ia tidak diuruskan segera ia akan berlarutan dan selepas tempoh 2 bulan setengah, berjaga-jagalah.

Mungkin selepas itu belanja dapur untuk sebulan terpaksa 'diwakafkan' ke tabung hutang.
Saya akan meneruskan entri bagaimana mengira LPI.  Sabar ya.


Catatan Sambil Mengupas Bawang (15)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung