Monday 2 September 2013

Dormant Account - (akaun pendam) apa risikonya?

Teks      :   Monalita Mansor
Gambar:    Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.
Memendam perasaan tidak bagus.  Katakan kita tidak berpuas hati dengan pasangan, ikhtiarkan apa yang ada di dalam hati itu dikeluarkan.  Jangan disimpan.

Begitu juga dengan wang simpanan anda di bank.  Duit yang disimpan lama tanpa diusik (untuk produk-produk tertentu) boleh menyebabkan duit anda lupus begitu sahaja.

Akaun anda akan dikira 'dormant' jika tiada transaksi dalam tempoh enam bulan atau setahun. Selepas tempoh itu, jika akaun anda masih tidak aktif, wang di dalam akaun anda akan ditarik sedikit demi sedikit atas tiket caj  'dormant account service charge'

Selepas lima tahun, jika masih ada amaun di dalam akaun, kesemua wang tersebut akan dipindahkan ke Jabatan Akauntan Negara.  Prosedur menuntut wang di sana telah dipermudahkan tetapi dinasihatkan anda tidak menunggu hingga ke peringkat itu.

Jadi, ada baiknya anda semak berapa jumlah akaun yang anda ada. Jika sampai sepuluh akaun di sepuluh buah bank tetapi semuanya tidak aktif, ada baiknya anda tinggalkan satu akaun sahaja.
Oh ya, dapatkan nasihat daripada pihak bank mengenai maksud 'transaksi'.  Kerana ada sesetengah bank tidak menganggap kemaskini buku itu bukan transaksi.

Catatan Sambil Mendengar Ya Hanana (13)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung