Friday 6 September 2013

Kadar Faedah, Bukan Sekadar Angka

http://static.motorstop.asia
Teks    :  Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Sepanjang pengamatan dan pengalaman saya, apabila berura-ura membeli kenderaan baru perkara yang paling utama ialah kehendak kita.  Warna, buatan, potongan, harga dan akhir sekali barulah difikirkan berapa yang mampu dibayar pada setiap bulan.  Tidak semua, tetapi saya kira 80% daripada kita, begitu.

Walhal perkara yang utama sepatutnya anda fikirkan ialah kemampuan kita membayar ansuran kenderaan tersebut setiap bulan.  Begitu juga jika anda mengambil pinjaman peribadi.  Lalu, apa yang sepatutnya anda fikirkan.


Perkara utama ialah lihat kadar faedah yang dikenakan oleh bank ke atas pinjaman tersebut.  Pilih kadar faedah yang terendah (walaupun mereka akan mengatakan "ini memang standard, kak") Hey, kadar faedah untuk pinjaman kereta buatan tempatan berbeza dengan kereta import tahu!

Saya perhatikan terdapat sahabat-sahabat yang langsung tidak prihatin dengan kadar faedah yang dikenakan walhal, itulah faktor utama yang menentukan jumlah ansuran bulanan anda.  Ada yang menjawab "entah, akupun tak tahu.  Janji aku dapat pakai kereta ni, boleh bayar bulan-bulan, sudah!"

Aduh!  tak dapat digambarkan perasaan saya apabila mendengar ayat begitu.  Tahukah anda, kadar faedah itu nantilah yang akan menjadi mimpi ngeri yang menganggu tidur anda setiap malam.  Lebih-lebih lagi tatkala kesemua perbelanjaan diri dan keluarga meningkat kesan daripada kenaikan harga minyak (aik?) dan urusan bajet rumahtangga harus disusun semula.

Katakan anda membeli sebuah kereta berharga RM100,000.00 dengan deposit RM10,000.00.  Diberikan contoh kadar faedah ketika itu ialah 2.5% setahun.  Tempoh pinjaman anda adalah selama 5 tahun.

Formula pengiraan bayaran bulanan anda adalah seperti berikut:

Jumlah pinjaman x kadar faedah x tempoh pinjaman (tahun) + jumlah pinjaman / tempoh pinjaman (bulan)

RM90,000.00 x 2.5% x 5 tahun + RM90,000.00/60 bulan = RM1687.50 / RM 1688.00

Jadi jika pinjaman anda mencecah 7 atau 9 tahun misalnya, berapakah jumlah faedah yang anda bazirkan dan masuk pula ke dalam 'tabung riba'?  Ya, kita akan ditawarkan dengan kadar faedah yang lebih rendah apabila memilih untuk membayar dalam tempoh yang lebih panjang.  Tetapi apabila anda kira semula, perbezaannya hanyalah sekangkang kucing!

Sekilas, tempoh pinjaman yang panjang kelihatan memberikan nilai ansuran yang sedikit tetapi sebenarnya amaun tersebut telahpun dimanipulasi di dalam pengiraan kadar faedah. 

Ada baiknya, anda mendapatkan khidmat nasihat perunding kewangan perbankan Islam yang memberikan pilihan lebih fleksibel dan halal.  Apakan daya, tanpa hutang, kita tak mampu memiliki.

Catatan Petang Jumaat

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung