Saturday 5 September 2015

Mr. G-Mat


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif

This book and its content is an eye opener for anyone and everyone who desires success but don’t know how to go about getting it. Mohd Rafi shows us that opportunities are everywhere, just waiting to be turned into fruits of our labour. The key words I BELIEVE I CAN and I HAVE THE ABILITY standout most to leap higher into a more successful career. My life is actually a reflection of all steps which Rafi shows us in his book. Simple, and easy read and most importantly, it’s practical. Use It!

Dato’ Karam Singh Walia
Pernah saya memohon satu salinan pelekat kereta yang bercetak; VIP PARKING daripada sekumpulan pekerja. Pelekat-pelekat itu sebenarnya hanya diberikan kepada mereka yang bertaraf pengurus ke atas bagi membolehkan mereka diberi keutamaan meletakkan kereta di mana-mana majlis yang memerlukan kehadiran mereka. Saya mempamerkan pelekat VIP PARKING itu di atas meja kerja saya dengan satu matlamat di minda – untuk mendapatkannya satu hari nanti dan saya katakan pada diri saya – SAYA MESTI.

Ada banyak lagi panduan menarik dalam buku kecil ini. Hanya RM17 termasuk caj pos. Buku Dulu Pencuci Kini Pengurus, tulisan Mohd Rafi Jalaludin ini harus anda miliki hari ini. 

Friday 4 September 2015

Program Yasin40 anjuran GMM dan PPAS

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Norhanizah Ismail dan Saniah Mat Sanat
Assalamualaikum dan Salam Kreatif.  Bismillah.
Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Pekan Seri Manja,  Petaling Jaya, Selangor.  Pada hari ini, 4/9/2015 telah berlangsung sebuah program yang dinamakan Yasin 40 yang dianjurkan oleh Grup Mari Menulis (GMM) dengan kolaborasi PPAS Cawangan Pekan Seri Manja dan Sekolah Agama Al Islah Taman Seri Manja serta ahli kariah muslimat Masjid As-Salam PJS1.
Acara bermula pada jam 3.30 petang dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Monalita Mansor yang merupakan wakil GMM. Beliau memaklumkan bahawa objektif program ini ialah sebagai usaha rohani dan doa selamat bagi sekelian warga GMM dan murid-murid Sekolah Agama Al Islah yang akan menduduki UPSR pada minggu hadapan. Tidak ketinggalan juga untuk murid tahun lima yang akan menghadapi peperiksaan UPKK pada bulan Oktober. Majlis ini juga dianjurkan sebagai tanda kesyukuran kerana GMM berjaya melahirkan kumpulan cerpen yang bertajuk Komplot Menulis pada Ramadan lalu.
Acara diakhiri dengan ucapan daripada wakil Sekolah Agama Al Islah yang mengharapkan usaha kerjasama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Jamuan ringan yang ditaja oleh admin GMM mengakhiri majlis tersebut pada sekitar jam 4.00 petang.
Turut hadir ialah admin GMM, Puan Nur Dila dan Pengurus Online Akademi Bekerja Dari Rumah, Puan Saniah Mat Sanat.
Diharapkan majlis sebegini menjadi pemangkin program-program yang lebih besar bagi kedua-dua belah pihak, iaitu PPAS dan GMM dengan kolaborasi erat institusi berkaitan di persekitaran Taman Seri Manja.
Ucapan terima kasih kepada anak-anak yang hadir, mengalunkan bacaan Yasin yang indah. Terima kasih untuk Puan Norhanizah Ismail, pegawai PPAS yang banyak memberikan kerjasama. Pengetua dan guru-guru KAFA Al Islah yang turut menyerikan majlis dan bonda ahli kariah muslimat Masjid As-Salam PJS1.
Semoga Allah membalas kesudian kalian dengan rahmat-Nya. Amin.


Kesalahan Mengeja Kata Terbitan (k dan kk)

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif.

Ini bukan masalah negara pelajar sekolah sahaja. Malah ia melarat-larat kepada mak, abah, lebih-lebih lagi kepada penulis. Ia berlaku sebab kita tak dapat membezakan antara
Imbuhan    -kan, meN-…-kan      DENGAN    imbuhan –an, peN-…-an, ke-…-an
Contoh kesalahan mengeja kata terbitan dua k (kk) pada kata yang sepatutnya ada satu k (k)

SALAH
Kebanyakkan
Keburukkan
Kecantikkan
Kedudukkan
Kemasukkan
Kemudahbaikkan
Kenaikkan
Kependekkan
Kependudukkan
Kerancakkan
Keretakkan
Kerosakkan
Ketidakmasukkan
Peletakkan
Pembaikkan
Pengelompokkan
Pencetakkan
Pergolakkan
Pertunjukkan
peruntukkan

contoh kesalahan mengeja kata terbitan satu k (k) pada kata yang sepatutnya dieja dua k (kk)
SALAH
Meletakan
Memasukan
Membalikan
Membanyakan
Membelokan
Membotakan
Memburukan
Memendekan
Memperuntukan
Menaikan
Menampakan
Mencampakan
Mencantikan
Menggalakan
Menggerakan
Mengoyakan
Menunjukan
Menyesakan
Meretakan
Merosakan


Dipetik daripada buku Betulkan Tatabahasa, Tan Wee Chien, 2014

Resipi Weekend Couple

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumah Tangga. Bismillah.

Semalam hari lahir aku. Yang ke berapa? Yang ke-41. Satu perkara yang menghantui aku, rupa-rupanya berusia 40-an tak adalah teruk sangat. Tak rasa tua pun…(ayat…!) Kenapalah masa aku berumur 23 tahun dulu aku rasa 40-an tu umur ‘uzur dan bangka’ – apa daa…

31 Ogos pulak tarikh ulang tahun perkahwinan. Ya…mungkin korang rasa orang perempuan ni melakonlik sikit. Tarikh tu nak ingat, tarikh ni nak ingat… tak macam orang lelaki…praktikal, kononnya.
Tak ada yang istimewa untuk sambutan hari lahir ataupun ulang tahun perkahwinan. Tapi semalam teringat nak masakkan ikan bilis goreng tempoyak untuk buah hati. Hah? Apa barang ikan bilis goreng tempoyak???
Tulah korang tak tahu. Itulah resepi pertama yang buah hati aku ajar masa kami jadi weekend couple. Petang Jumaat, kelam kabutlah nak balik awal. Nak masak accekononnya!
Aduhai, rupa-rupanya peristiwa tu dah 18 tahun berlalu.

Kalau ada petai lagi sedap kak.....

Wednesday 2 September 2015

Hak Moral Pengarang

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif.

Rupa-rupanya banyak hak yang perlu diketahui dan satu ketika dipertahankan oleh penulis. Entri ini adalah sekadar petikan daripada buku Karya Kita Hak Kita tulisan Nisah Haji Haron. Buku ini boleh anda diperolehi di kedai buku. Bagaimanapun, sempena Hari Kemerdekaan, Akademi Bekerja Dari Rumah berhasrat memberikan buku ini secara PERCUMA.
Sebelum itu, kita semak sedikit apakah hak moral penulis/pengarang. Peringatan penting oleh penulis buku ini yang sedang berada di US sekarang ini ialah ; hak moral pengarang akan dipegang selama-lamanya oleh pengarang tersebut.
Ingatan tambahan – walaupun hak cipta karya kita sudah terlepas atau terbang ke tangan pihak lain, hak moral pengarang adalah milik mutlak pengarang. Terdapat dua bentuk hak moral pengarang iaitu :-
Hak untuk dikenali sebagai pengarang sesuatu karya sama ada menggunakan nama sebenar ataupun nama samaran.
Hak integriti pengarang di mana walaupun hak cipta sudah tidak dimiliki oleh pengarang, dia masih boleh bersuara untuk menuntut hak supaya karyanya tidak dipinda, dicincang atau diubah sesuka-hati sehingga mengetepikan nilai seni karya itu sendiri.
Ia termaktub di dalam Seksyen 25 Akta Hak Cipta 1987.

Oh ya, anda boleh mendapatkan buku ini secara percuma sebaik sahaja mendaftar dengan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.

Tuesday 1 September 2015

Pembuktian Pemilikan Karya

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Kita berubah pula kepada topik yang paling tidak digemari penulis. Topik yang sering ‘dilepas-pandang’ sebaik sahaja manuskrip pertama menjadi buku. Sebaik sahaja keterujaan menggantikan kewaspadaan. Bagaimana membuktikan pemilikan karya kalau kita dituduh menciplak? Atau kita berdepan dengan orang yang memplagiat karya kita. Apa pembuktian yang harus kita senaraikan untuk membuktikan karya itu hak kita. Ingat, karya kita adalah harta kita. Apa sahaja hasil tulisan kita, baik di blog mahupun diterbitkan, adalah hak kita.
1.       Salinan Peribadi.
Kita mesti ada satu salinan peribadi. Sama ada kita simpan dalam folder khas ataupun pendrive/thumbdrive berlabel.

2.       Dokumentasi proses kreatif
Ada beberapa orang penulis cerpen yang menggunakan cara ini. Setiap proses bermula daripada draf sehinggalah pruf akhir disimpan menurut kronologi. Ia termasuklah draf tulisan tangan sehinggalah naskah bersih di dalam perisian komputer.

3.       Salinan Kepada Diri Sendiri
Ketika hantar e-mel kepada penerbit/editor, c.c (carbon copy) atau emel satu salinan kepada diri sendiri. Tarikh hantar dan masa akan terakam dengan sendirinya.

4.       Sampul Surat Berdaftar Beralamat Diri Sendiri
Ini salah satu cara sebelum kewujudan mel elektronik. Hantar manuskrip kepada diri sendiri menggunakan surat berdaftar. Cara ini lebih kompeten walaupun ia mengeluarkan sedikit belanja. Cuma, pastikan sampul surat itu tidak dibuka.
5.       Surat Akuan Bersumpah
Penulis boleh juga membuat surat akuan bersumpah atau affidavit bersumpah. Nyatakan bahawa manuskrip itu adalah asli dan lampirkan salinan manuskrip. Pastikan surat tersebut ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah.


Ini adalah sebahagian daripada panduan yang boleh anda baca dalam buku Karya Kita Hak Kita, tulisan Nisah Haji Haron. Buku ini boleh anda perolehi percuma sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pelajar Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung