Saturday 14 June 2014

Macam-Macam Ada 11 : Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Oleh Penulis

PERWATAKAN

Teks : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Ada pada satu-satu ketika, banyak perkara tak terjangka berlaku. Meskipun perancangan rapi kita lakukan, aturan Allah tidak dapat kita atasi, walau sehebat mana pun kita dalam bandingan sesama manusia. Maaf, sekadar luahan rasa apabila memikirkan kematian itu rupa-rupanya berjarak sekadar sekerdip mata.

Diteruskan dengan tutorial kesalahan yang biasa dilakukan. Kali ini kita 'twist' sikit dan masuk ke dalam karya-karya yang sedang diusahakan. Kita tengok apa yang berlaku dan hindarkan kalau kita ada buat. Secara mudahnya karya kreatif adalah subjektif berbanding dengan karya non-kreatif yang terikat pada fakta.

Walaubagaimanapun, ia masih perlu dipandu dengan tatabahasa yang betul, penceritaan yang berasas (logik), estetika kepengarangan, (kebolehan mencantikkan latar dan watak) dan tidak terkecuali tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, perkauman dalam penceritaan yang lurus dan tidak berasas.
Topik perwatakan pernah saya kupas sebelum ini dalam fail Grup Mari Menulis. Untuk penulis, jika merasa terlalu sukar untuk menulis perwatakan semasa berkarya, senaraikan dulu. Perwatakan ialah ciri-ciri luaran dan dalaman watak. Ciri luaran meliputi fizikal seperti tinggi, rendah, bentuk wajah dan ciri dalaman meliputi perasaan atau mentaliti watak.
Baca contoh di bawah dan perhatikan perkataan kakak sepupu yang diulang-ulang. Di sinilah, keperluan penulis menyenaraikan perwatakan kerana ia akan menjelaskan lagi siapa kakak sepupu yang disebut-sebut penulis semenjak tadi. Contoh perwatakan yang anda boleh beri dan gantikan dengan perkataan kakak sepupu ialah:
1. berwajah bulat
2. bermuka lembut
3. tinggi lampai
4. berbadan rendang
5. lembut bicara
6. berfikiran terbuka

“Am kata, Umaira ni ada ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak.” Mukadimah yang keluar dari perbicaraan pertama bersama kakak sepupu Amsyar.

            “Ya ada… cuma sekarang, saya sedang mengumpul pengalaman,” jawab Aisya Umaira, jujur.

            “Ooo ada perancangan untuk buka tadika juga?”  tanya kakak sepupu Amsyar lagi.

        “Insya Allah sedang dalam perancangan.” Aisya Umaira memandang Amsyar di sebelah. Ingin sekali Aisya Umaira bertanyakan samada kakak sepupu Amsyar ini tahu perhubungan antara mereka berdua atau tidak.

Perhatikan, betapa terganggunya pembacaan pembaca kalau perkara yang sama diulang-ulang dan tidak membantu naratif mahupun dialog.

Kalau anda ada ilham untuk menambah, tambahlah sendiri. Asalkan ia tidak melanggar hukum logik seperti bertubuh kekar atau bermisai lebat untuk watak seorang kakak sepupu. 


Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.
3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.
5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.
Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansoremel: monalitamansor@gmail.comwhatsapp: 011 19737269





Friday 13 June 2014

Macam-Macam Ada 10 : 101 Kesalahan Biasa Yang Dilakukan Oleh Penulis

Teks: Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.


Maaf, nampak seperti main nyorok-nyorok pula ya. Tiada catatan entri sepanjang tiga hari. Berkejar-kejar dari kampung ke Petaling Jaya, menghadirkan diri dan mencari titipan pahala meraikan bapa saudara suami yang berpulang pada tengah hari Isnin.



Kita teruskan dengan perbezaan di antara dengan antara. Antara adalah kata tugas (bergantung pada penggunaannya dalam ayat) yang berfungsi sebagai



1. kata sendi nama - perkataan yang digunakan di hadapan frasa nama (pastikan anda faham apakah frasa nama atau kata nama!) yang menghasilkan frasa sendi nama



2. kata arah - kata yang menunjukkan arah atau kedudukan dan digunakan dalam frasa sendi nama menggunakan 'di' dan 'ke'
Gabungan di dengan antara akan membentuk kata arah. Maka selain daripada penunjuk arah, gunakanlah kata sendi nama antara sahaja. Antara juga boleh digunakan pada permulaan ayat bandingan dan bilangan.



Contoh :
kata arah di antara

betul :  Petaling Jaya terletak di antara Kuala Lumpur dan Subang Jaya

salah : Petaling Jaya terletak antara Kuala Lumpur dan Subang Jaya



betul : dia berada di tengah-tengah di antara adik dan abangnya
salah : dia berada di tengah-tengah antara adik dan abangnya.



kata sendi nama (perbandingan)

betul : Antara saya dengan dia, memang berbeza
salah : Di antara saya dengan dia, memang berbeza



kata sendi nama (selepas kata nama am)

betul : Dato' Mahfuz adalah antara karyawan yang terlibat dalam pameran itu

salah : Dato' Mahfuz adalah di antara karyawan yang terlibat dalam pameran itu.


kata sendi nama (bilangan)

betul : buku itu adalah antara beberapa...
salah : buku itu adalah di antara beberapa....



Wallahu alam



Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.
3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.
5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.
Berminat, hubungi saya


Facebook: Monalita Mansoremel: monalitamansor@gmail.com

whatsapp: 011 19737269





Thursday 12 June 2014

Piala Dunia 2014 dan Nisfu Syaaban








Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Alhamdulillah, masih diizin Allah menghirup nyawa, maka berkesempatan untuk merasa bahang Piala Dunia 2014 edisi ke 20 yang berlangsung di Brazil. Brazil, pemegang rekod 5 kali Piala Dunia mempertaruhkan Neymar dan krunya di tanah sensasi Sao Paulo. Sebab apa saya katakan sensasi? Kerajaan Brazil membelanjakan jutaan dolar untuk menjayakan antara acara terhebat di dunia ini, di dalam pergelutan rakyatnya melawan taufan ekonomi.

Tanpa memihak sesiapa, sebab saya tidak pernah teruja dengan permainan 22 orang mengejar sebiji bola bergolek  di tengah padang itu, maka saya tidak ambil tahu benar. 


Cuma yang lebih indah, pertengahan Sya'aban  hari ini, dipakejkan dengan pembuka Sayiidul Ayyam, Jumaat yang mulia lagi barakah. Saya suka sangat hari Jumaat. Bukan sebab Jumaat penghujung minggu tak ada kena mengena lagi sebab saya tidak bekerja.

Bagi saya Jumaat adalah hari pintu rezeki dibuka seluas-luasnya. Jumaat tidak pernah mengecewakan. Kalau boleh saya mahu setiap hari adalah hari Jumaat.

Berbalik kepada Nisfu Syaaban, yang kita faham adalah hari di mana kitab amalan kita diangkat ke langit dan diganti dengan kitab yang baru. Banyak hadis menggambarkan keindahan malam Nisfu Syaaban. Dikatakan malam ini malam keampunan. Apakah malam lain dosa kita tidak diampunkan? Tidak, cuma ia lebih istimewa. Namun, lebih baik jika kita mengindahkan dan merafak keampunan pada setiap malam, wallah hu alam.


Peluang menambah pendapatan dengan berbisnes untuk Ramadhan, Syawal dengan pakej produk-produk untuk berbuka, bersahur, rumah terbuka, hidangan keluarga juga pakej tapau.

http://projekduithariraya.blogspot.com/
Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com
whatsapp: 011 19737269


Sunday 8 June 2014

Macam-Macam 9 : 101 Kesalahan Biasa Dilakukan Oleh Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : koleksi peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Apabila berbincang mengenai kata bila dan apabila, tidak banyak, sedikit pasti timbul kekeliruan mengenai penggunaan kedua-dua frasa tersebut

Suka ditegaskan sekali lagi iaitu, bila hanya digunakan dalam ayat tanya dan apabila pula berfungsi sebagai kata hubung keterangan. Selalu berlaku ialah apabila kata bila dirujuk sebagai kata hubung dan mengambil alih fungsi apabila sebagai penanda klausa.

Contoh:

SALAH :

Bila dia muncul, sila beritahu saya.

BETUL:

Apabila dia muncul, sila beritahu saya.


SALAH :

Kami memang kecut perut bila kakak meninggikan suara.

BETUL :

Kami memang kecut perut apabila kakak meninggikan suara.


SALAH

Dia selalu ketawa bila saya bercerita.

BETUL 

Dia selalu ketawa apabila saya bercerita.


SALAH:

Saya memang risau bila dia lambat sampai. Apabila agaknya dia akan tiba?


BETUL:

Saya memang risau apabila dia lambat sampai. Bila agaknya dia akan tiba?


Diharapkan pencerahan ini dapat membantu anda membezakan bila dan apabila.



Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung