Saturday 9 December 2017

Pengasuh Vouge Ke Versi Kertas

Assalamualaikum.

Sebenarnya tak adalah vouge mana pun berita ini. Dan, perkongsian-perkongsian aku di FB pun lebih kepada keinginan berkongsi rasa indah mempunyai anak kecil. Nak beranak kecil lagi, nampak Allah tak izinkan rezeki ke arah itu selepas aku gugur pada 16.9.2017 tempohari. Masa tu kandungan berumur 20 minggu.

Jadi, untuk tatapan anakanda keduanya yang aku dan keluarga sangat sayang, maka akan aku usahakan sebuah naskhah kecil berisi anekdot yang tidak pernah aku kongsi di mana-mana. Ada ke yang menanti catatan 'Pengasuh Vouge' seterusnya?

Friday 8 December 2017

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Mekar Senyum dan Sebuah Mesin Basuh (SMahadzir)

Assalamualaikum.

Cerpen yang manis dan indah. Antara cerpen yang menarik di dalam antologi ini buat saya. Kisahnya ringkas, berpunca daripada mesin basuh sahaja. Namun, ia meleret kepada permasalahan emosi lainnya yang bermula klise kemudian ditangani dengan twist plot yang menarik oleh penulis.

Saya tak minta perabot mahal, saya tak minta televisyen 42 inci, saya tak minta rantai atau gelang tangan emas yang berpuluh ribu. Yang saya minta cuma mesin basuh sahaja.

Thursday 7 December 2017

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Menanti Dia (Normaslina Masri)

Penantian suatu penyiksaan. Ayat memang keramat yang kalau boleh semua orang tak mahu hadapi. Tapi, penantian itu pun satu ujian. Suka atau tidak. Kadang-kadang ujian itu bukan atas pilihan kita, tidak langsung.

Dapatkan masa muda saya dikembalikan?


Wednesday 6 December 2017

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Mencari Muhammad (Xenia Zinade)

@ bersiaran dari PPAS Seri Manja

Cerpen kekeluargaan yang sedikit sebanyak boleh menyentuh hati mak-mak. Mak-mak, kalau apa-apa berkenaan dengan anak-anak mesti cepat tersentuh hati kan. Lagi-lagi kalau membabitkan kehilangan.

Cerpen inspirasi daripada kisah benar penulis. Meruntun jiwa jugak membacanya.

Tuesday 5 December 2017

PPSR Tidak Menggantikan UPSR

Pencerahan untuk para ibu bapa dan teman di luar sana.

PPSR adalah Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah yang mengandungi 4 komponen.

1.PBD
2. PAJSK
3. PPs
4. PP (UPSR).

Ia dikatakan selaras dengan hasrat KPM untuk melihat kemenjadian murid merangkumi aspek sahsiah, emosi, intelek, nilai dan amalan seperti yang terkandung dalam FPK.

Bermakna proses pembelajaran di sekolah tidak lagi menumpukan kepada peperiksaan semata-mata. Usaha ini diharap menjadikan PdPc di kelas lebih bermakna dan berkesan.

Sebelum ni KPM hanya melaporkan keputusan UPSR (akademik), namun mulai tahun 2017 KPM telah melaporkan keseluruhan pencapaian & perkembangan murid (non akademik).

Oleh itu PELAPORAN KEPUTUSAN UPSR (akademik) DIGANTIKAN dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yg lebih holistik.

Mana-mana info yang menyatakan UPSR DIHAPUSKAN adalah kurang tepat. Ujian tersebut masih ada cuma dilaporkan dalam bentuk yang berbeza.

UPSR - Peperiksaan
PPSR - Pelaporan

Dua perkara yang berbeza.



diolah sebahagian kembali dengan ihsan FB Mohammad Nizam Wahid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung