Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Salam Rejab yang indah. Salam Hari Pekerja buat sahabat yang masih bergelar pekerja. Pesan saya yang sudah tidak bekerja ini, cintailah tugasan anda, kerana sebaik ia bernama rezeki maka amat perlu ia diambil kira dari segi keikhlasan dan keberkatan.
Ada apa dengan Ogos.
Ogos bakal menyaksikan manuskrip pertama saya yang saya hasilkan sebaik sahaja meninggalkan alam pekerjaan akan terbit. Kira anak sulung tapi disimpan dalam tabung uji. Anak ketiga yang keluar dulu.
Apa pun boleh...zaman millenium, Cik Kiah.
Berbeza menanti kehadiran Kabus Rindu, naskah yang berjudul sementara Ilham Bahagia ini, saya dan kawan-kawan yang merupakan protege di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif sudah mula merancang-rancang. Ingat perancangan sangatlah penting dan saya sangat menyakininya.
Fragmen demi fragmen boleh dibaca di page Monalita Mansor. Jemput ke sana. Novel ini bertemakan cinta dan kekeluargaan.
Baca sisi lain seorang Monalita Mansor.
Selamat Membaca, Insya-Allah.
Thursday, 1 May 2014
Wednesday, 30 April 2014
Tale Spin 2014
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Daripada The Star
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Ada sesuatu yang menarik dalam The Star hari ini, Tale Spin 2014 sebuah peraduan penulisan kreatif yang saya kira sangat kreatif. Maklumat lanjutnya di sini. Apa yang saya ingin kongsikan ialah nota-nota yang dikepilkan yang boleh dikaitkan dengan proses penulisan kreatif dan sebagai input baru atau penyegaran minda untuk kita semua.
Barang harus diingat, ini hanyalah sekadar satu contoh, jika anda tidak mampu mengikuti format penulisan serigid ini, anda bebas menulis menurut cara anda. The choice is yours. Jangan mengelabah.
Sumber : The Star : NIE page 7 & 11
Gambar : Daripada The Star
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Ada sesuatu yang menarik dalam The Star hari ini, Tale Spin 2014 sebuah peraduan penulisan kreatif yang saya kira sangat kreatif. Maklumat lanjutnya di sini. Apa yang saya ingin kongsikan ialah nota-nota yang dikepilkan yang boleh dikaitkan dengan proses penulisan kreatif dan sebagai input baru atau penyegaran minda untuk kita semua.
Barang harus diingat, ini hanyalah sekadar satu contoh, jika anda tidak mampu mengikuti format penulisan serigid ini, anda bebas menulis menurut cara anda. The choice is yours. Jangan mengelabah.
Sumber : The Star : NIE page 7 & 11
Tuesday, 29 April 2014
Cik Tipah Jangan Tertipu - Bukan Untuk Kelab Jiwa Luka!
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Tajuk asal Kabus Rindu sebenarnya ialah Bondaku Besan Ratu. Terhasil daripada cita-cita besar penulisnya nak bermenantukan kerabat di raja. Berikut sebahagian sedutan;
Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Tajuk asal Kabus Rindu sebenarnya ialah Bondaku Besan Ratu. Terhasil daripada cita-cita besar penulisnya nak bermenantukan kerabat di raja. Berikut sebahagian sedutan;
“MANA bekal yang Mama suruh bawa
tadi? Habis tak?" Suara mamanya kedengaran dari arah dapur sebaik sahaja dia
menolak pintu utama rumah.
“Ada dalam beg tu,” Zaweeya meletakkan beg sekolahnya di atas
meja makan. Terus ke dapur. Menyalami mamanya dan menjenguk apa yang ada
di atas dapur.
“Habis tu, tak reti nak bawa ke
sinki. Basuh. Nak tunggu benda tu jadi tempe dalam beg
kau?” Dush! Satu tumbukan terasa mengena pipi. Kalau Zaweeya tahu, tidak mahu dijawab soalan
tadi.
“Besok, Mama tolong tapaukan tiga
ya. Ain dan Budiwatipun nak juga. Mereka kata nasi lemak tadi sedap,” puji Zaweeya
jujur.
Bab memuji masakan mamanya, dia
tidak pernah berbohong. Sup ayam,
biarpun sekadar bawang dan halia dicampak-campak ke dalam periuk, di tangan perempuan
berasal dari daerah terkering di Malaysia itu menjadi sangat enak di tekaknya.
Tetapi bab menolong mamanya di
dapur, dia awal-awal mengangkat bendera putih.
Memasak bukan kemahiran dan bukan juga kegemarannya. Hanya Zareema dan Zakeeya yang mampu berlama-lama
dengan mama di dapur. Bila tiba
gilirannya, setakat masak air, bolehlah.
Selain itu, dia lebih rela membantu papanya mencuci kereta. Biarpun kadang-kadang Azhari juga membebel, basuhannya juga tidak bersih.
“KAU ni…aku tak fahamlah. Kalau Keeya masuk asrama nanti,
terkontang-kantinglah mama seorang-seorang kat dapur. Kalau bab makan, kaulah orang yang paling
laju,” marah Zareema ketika dia perlahan-lahan mengangkat punggung untuk
meninggalkan ruang dapur. Langkahnya
terhenti.
“Diakan nak kahwin dengan anak
raja. Sebab tu dia berlatih dari
sekarang. Tak payah belajar masak. Tak payah belajar mengemas. Bila dah kahwin esok, rumah besar. Susah nak kemas. Suruh orang gaji kemas,” sindir Hidayati. Zaweeya dengan muka selamba berdingkit-dingkit
mahu meninggalkan ruang dapur.
“Mama rasa mama nak pulangkan dia
balik pada mak angkat dia,” ujar mama mereka sambil membasuh pinggan di
sinki. Membelakangi mereka semua.
“Yaya ada mak angkat, mama? Kenapa?
Kenapa Mama tak bela dia? Dia
jahat sangatkah masa kecil dulu?”
Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Zakeeya.
Satu berita baru yang baginya sangat
mengejutkan. Zareema yang sedang
mengeluarkan bahan-bahan basah untuk dimasak dari peti aispun menghentikan
perbuatannya. Tekun untuk mendengar
penjelasan.
“Ha’ah, mama tak pernah cerita
dengan Reemapun. Sejak bila pula Yaya
ada mak angkat?” Zareema menarik kerusi
dan duduk berhampiran Zakeeya yang mengupas bawang merah. Zaweeya juga berpaling semula. Letusan kata dari mulut wanita itu bagai bom
jangka. Meledakkan debaran maha hebat di
hati.
“Ada. Dah lama mama simpan rahsia ni. Mama ingat nak beritahu kemudian. Sebab Reema dah ungkit, biar mama
cerita,” Hidayati berpaling. Terpamer kerut duka di wajahnya.
Dengan wajah penuh dramatik merenung
ketiga-tiga anak gadisnya. Ketiga-tiga
gadis itu juga merenungnya dengan penuh harapan. Sinar mata masing-masing bagai tidak sabar
menanti luahan kisah benar dari mulut mama mereka.
“Kenapa Mama? Kenapa Mama berikan Yaya pada orang lain? Kita susah sangatkah masa tu?” Zareema bertanya dengan nada sedih.
Manalah tahu saat dia membesar, ada
kesusahan yang melanda keluarga. Yang
dia sendiri ingat-ingat lupa. Ataupun Zaweeya
memang jenis anak yang ’panas’, Tidak
serasi dengan ibu sendiri. Kebiasaan
orang-orang Melayu dahulu, menyerahkan anak kepada orang lain untuk
’diangkatkan’ atau ditukar nama agar anak itu kembali sihat. Sehinggakan dia diserahkan kepada orang lain
untuk dijaga. Tetapi, kenapa sekejap
sangat? Seingatnya pula, sepanjang
hidupnya tidak pernah pula Zaweeya hilang dari pandangan matanya.
“Betul, kau orang semua nak tahu
ni?” Hidayati tersenyum simpul.
Dalam hati sudah tidak mampu menahan
kelucuan yang menggigit tangkai hati.
Melihat gelagat tiga anak gadisnya yang bermuka cemas. Kenyataan yang mereka saling menyayangi memang ketara jelas. Mengongsi kisah duka saudara tengah mereka
itu.
“Mak angkat Yaya ada dua orang…”
“Ramainya…,” sampuk Zakeeya.
Zaweeya meletakkan jari telunjuk di
bibir. Meminta Zakeeya agar tidak
menyampuk. Rasa ingin tahu tentang kisah
duka masa silamnya membuak-buak.
“Seorang namanya Siti Fernleaf. Seorang lagi Siti Dutch Lady,” Hidayati bersuara lirih. Sedih benar.
Zakeeya, Zaweeya dan Zareema
berpandangan sebelum ketawa Zareema pecah.
Tidak tertahankan.
Terhinggut-hinggut bahunya. Air
mata spontan keluar mendengar mahakarya lawak mamanya.
“Kenapa nama dia pelik sangat? Mak angkat Yaya tu orang Inggeriskah, mama?” Zakeeya bersuara kembali. Ketawa Zareema dan Hidayati yang baru reda,
menjungkit kembali. Wajah Zaweeya sudah
mencuka.
“Ya, seorang dari New Zealand. Seorang lagi dari Belanda. Sebab tu, tiap
kali mama panggil, dia jawab mmmm…” Zaweeya
terus bangun meninggalkan mereka.
Hendak dimarah, mama. Hendak dipulas
telinga, seorang kakak dan seorang adik.
Dengan hati yang berapi, dia meninggalkan ruang dapur yang terasa
membahang itu.
Ketawa Hidayati dan Zareema sudah
disertai sekali dengan ketawa Zakeeya.
Setelah diberitahu Reema identiti sebenar ibu angkat Zaweeya tadi. Hidayati menahan perut yang senak akibat
ketawa.
Antara faktor kedegilan anak-anak
adalah kerana tidak disusukan dengan susu ibu semasa kecil. Akibatnya, anak-anak mengikut perangai lembu
yang sukar mendengar kata. Pencerahan
itu didengar Hidayati dari sedutan siri Motivasi Pagi di Radio Ikim. Dibicarakan
oleh Ustaz Haslin atau penceramah yang mendapat jolokan Ustaz Bollywood kerana
keunikan cara penyampaiannya.
Nota : Awalan 'swa' bermaksud sendiri - swadaya - daya sendiri
E-Borang 2014 Esok Hari Terakhir
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Sebenarnya, Cik Tipah, Cik Bedah, kalau kalian sudah menjawat WAHM sejak bertahun-tahun, pasti kalian tidak kisah dengan segala macam 'e' ini. Tapi yang baru meninggalkan jawatan dalam waktu terdekat, sila ambil perhatian. Anda masih perlu mengisytiharkan pendapatan anda.
Satu hal lagi, anda mungkin menteri kewangan, menteri perumahan dan kerajaan tempatan, menteri sumber manusia, dan jangan lupa anda jugalah setiausah negara. Bila dah nama setiausaha tu, sendiri mahu 'hengat' lah.
Mengisi borang e-Filing menjadi tanggungjawab saya setiap tahun. Daripada zaman manual, peralihan sampailah ke online sepenuhnya. Encik yang seorang tu tak ambil tahu pun. Kalau zaman manual dulu, berjam-jam saya 'masuk ofis' membuat catatan untuk dua pembayar yang setia ni. Zaman peralihan, kami sama-sama ambil cuti, ambil kursus di pejabat LHDN Shah Alam mengisi secara online. Bila dah online sepenuhnya, saya jugaklah yang kena ingatkan...EA Form...bila nak submit.
Tapi, semakin tahun, saya dapati sistem semakin baik berbanding mula-mula dahulu. Begitulah. Kehidupan pun harus begitu, sentiasa bertambah baik di pandangan Allah walaupun kita merasakan ada sesuatu yang tak kena.
Wallah hu alam
Klik untuk terus ke e-borang
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Sebenarnya, Cik Tipah, Cik Bedah, kalau kalian sudah menjawat WAHM sejak bertahun-tahun, pasti kalian tidak kisah dengan segala macam 'e' ini. Tapi yang baru meninggalkan jawatan dalam waktu terdekat, sila ambil perhatian. Anda masih perlu mengisytiharkan pendapatan anda.
Satu hal lagi, anda mungkin menteri kewangan, menteri perumahan dan kerajaan tempatan, menteri sumber manusia, dan jangan lupa anda jugalah setiausah negara. Bila dah nama setiausaha tu, sendiri mahu 'hengat' lah.
Mengisi borang e-Filing menjadi tanggungjawab saya setiap tahun. Daripada zaman manual, peralihan sampailah ke online sepenuhnya. Encik yang seorang tu tak ambil tahu pun. Kalau zaman manual dulu, berjam-jam saya 'masuk ofis' membuat catatan untuk dua pembayar yang setia ni. Zaman peralihan, kami sama-sama ambil cuti, ambil kursus di pejabat LHDN Shah Alam mengisi secara online. Bila dah online sepenuhnya, saya jugaklah yang kena ingatkan...EA Form...bila nak submit.
Tapi, semakin tahun, saya dapati sistem semakin baik berbanding mula-mula dahulu. Begitulah. Kehidupan pun harus begitu, sentiasa bertambah baik di pandangan Allah walaupun kita merasakan ada sesuatu yang tak kena.
Wallah hu alam
Klik untuk terus ke e-borang
Monday, 28 April 2014
Kabus Rindu Bukan Cerita Hantu, Cik Bedah!
![]() |
Please, don't judge her by it's cover.... |
Gambar : Koleksi Peribadi.
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Nak menangis mak...bila ada respon kata Kabus Rindu ni cerita hantu, bila diamati daripada kaver. Itu belum lagi yang kata novel ni novel jiwang. Saya perturunkan sedikit sedutan bab-bab dalam Kabus Rindu dan anda nilai sendiri ya.
1
“YAYA…!”
Tempikan kali kedua yang mengegar
seluruh maya membangunkan Zaweeya keseluruhannya. Tiada terpisat-pisat. Tiada terpinga-pinga. Bangun dan duduk di atas katil. Bugar mata dan segar senyumnya menunggu
kehadiran si penempik. Biarpun rambutnya
tidak ubah seperti lepas dikucai kucing.
Dalam kiraan tiga, mamanya yang disayanginya itu muncul di muka
pintu. Wajahnya manis biarpun sebentar
tadi tempikan naga dari susur galur naga Tasik Bera menggegar seluruh isi rumah
dua tingkat itu.
“Yaya tak nak pergi sekolahkah? Sekarang dah pukul berapa?” Hidayati bertanya lirih, selembut bayu pagi.
“Hari ni hari minggu. Nanti bila kita pindah ke Kelantan, baru mama
kejut ya,” ujar Zaweeya
tersengih-sengih.
Mamanya tidak menjawab dan terus sahaja
keluar dari bilik. Tidak lama kemudian,
dia masuk semula. Kalendar ehsan bank
yang diterimanya awal tahun lalu dicampakkan di atas katil. Zaweeya mengelak lagak pesilat yang
kehilangan bunga. Hampir mahu melatah.
“Memang hari minggu. Tapi tiga hari yang lepas.”
Telunjuk Hidayati lurus ke arah
tarikh hari ini. Zaweeya tahu fiil mamanya. Selagi dia tidak berganjak dari katil bujang
itu, selagi itu mamanya akan bercekak pinggang di situ. Malas-malas, dia bangun juga. Kenapalah setiap hari perlu ke sekolah. Kenapa tidak diselang sehari sekalikah. Sebulan sekalikah. Lebih baik lagi setahun sekali!
Sebaik sahaja dia keluar dari bilik
air, sangkanya tentulah wanita itu sudahpun turun ke bawah. Menyanyi-nyanyi menyiapkan sarapan pagi. Mamanya memang suka menyanyi di dapur. Sebab itulah dapat suami tua. Empat tahun lebih tua. Papanya sahaja yang tidak suka mama menyanyi
di dapur. Kerana menurutnya, dia tidak
dapat membezakan sama ada mama menyanyi atau menangis.
Tetapi, rupa-rupanya mamanya masih
lagi tegak bak patung cendana berhampiran katilnya. Mama bersandar di dinding berwarna biru muda
yang tidak pernah ditukar catnya semenjak mereka berpindah masuk ke rumah itu.
“Apa lagi, mama?” Rengek Zaweeya.
“Mama paling pantang kalau orang
bangun dari tidur terus buat kerja lain.
Tempat tidur tu kemas dulu.
Selimut tu lipat elok-elok.
Bantal tu letakkan di tempatnya.
Kau tu perempuan. Nanti dah…”
Hidayati menjeling sebuah lagi katil
bujang yang dipisahkan dengan katil Zaweeya oleh meja belajar berwarna
coklat. Katil itu sudahpun
dikemaskan. Zakeeya bangun awal pagi
kerana lokasi sekolah rendah agak jauh dari taman perumahan mereka, maka dia ke
sekolah dihantar papanya.
Dahulu, Zakeeya dan Zaweeya tidur
berkongsi katil. Tetapi Zakeeya selalu
merungut, saban pagi kaki Zaweeya akan mendarat di atas mukanya setiap kali dia
tersedar dari tidur. Untuk mengelakkan
kejadian yang lebih buruk, Hidayati meminta papa mereka mengasingkan kedua-dua mereka.
Mak-mak, boleh beli untuk anak-anak, terutama untuk anak remaja.
Mak-mak yang rindukan kawan-kawan lama atau nak menyelami rasa jatuh cinta pada umur 40-an, boleh juga baca.
Cikgu-cikgu, Kabus Rindu boleh digunakan di dalam kelas untuk P&P Bahasa Melayu.
Sunday, 27 April 2014
PBAKL 2014 : Hari Raya Dalam Erti Sebenarnya
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Kalau dah nama pun hari raya kan, sudah tentunya tidak boleh lari daripada perkataan sillaturrahmi. Hari ini, saya bertugas di booth Online Book Seller di Bilik Mawar (M30).
![]() |
Klon Norhayati Samadi |
Seawal jam sembilan pagi, saya sudah menerima panggilan telefon daripada seseorang mengkhabarkan ketibaannya di PWTC. Ya Allah, paginya! kata saya. Tapi, macam mana pulak, dah tentunya dia datang dengan rombongan bas sekolah, lain kalau dia yang jadi drebar bas tu kan...sukalah dia nak datang jam berapa pun.
![]() |
Klon Norhayati Samadi dan Klon Monalita Mansor, diletakkan sebelah menyebelah. |
Jam 10, barulah saya, suami, Affan dan Ummi bergerak (kalau bertolak...mintak ampun...tak tiba) perjalanan, biarpun agak lancar mengambil masa sejam juga. Seperti semalam, suami mengambil langkah selamat dengan memarkir nun jauh berhampiran simpang masuk ke Sek Seri Puteri. Yang tak selamatnya ialah saya dan anak-anak yang terpaksa sekali lagi menyertai kejohanan menghenjut sedunia....aduh mak! Alhamdulillah juga PBAKL hanya setahun sekali. Kalau tiap-tiap hari?
![]() |
Kak Maria menandatangani Erti Cinta |
Sebaik tiba, walaupun sudah panik juga mencari lokasi, saya bertemu dengan seraut wajah. Orangnya kecil molek dan dia menegur saya terlebih dahulu. Eh! siapa agaknya...Cik Puan Maria Kajiwa, sifu dan idola saya. Sesi ramah mesra beliau sudah bermula seawal jam 11.00 pagi. Sambil berbual-bual, saya keluarkan Novel Erti Cinta, untuk ditandatangan Kak Maria. Perasaan teruja tak terkatakan sampai lupa nak bergambar berdua.
Sambil duduk-duduk sempat juga sifu berpengalaman ini menurunkan ilmunya. Dah, nama pun sifu kan. Beliau langsung tidak lokek berkongsi ilmu, sedikit pun. Bersyukurnya saya menemui wanita rendah diri ini.
Kemudian, muncul sesusuk tubuh mirip seorang yang sangat saya kenali. Allah hu akbar, saya bagai melihat klon seorang sahabat bernama Norhayati Samadi.Zulaikha Shahrudin atau nama manjanya Azue menghampiri saya, dengan santun menyalami saya ditemani gurunya. Tanpa sedar, saya memeluknya, saya rindukan Yatt sebenarnya. Karektor anak gadis ini memang saling tak tumpah ibunya.
Booth yang kecil ini mulai dipadati dengan peminat-peminat kak Maria Kajiwa sebaik sesi beliau berakhir. Tidak lama kemudian, seorang wanita mendatangi saya, menghulur tangan. Dia memperkenalkan diri sebagai Mariannah, salah seorang ahli Grup Mari Menulis di facebook yang gigih menulis. Kabus Rindu siap ditanda tangani untuknya. Kemudian booth terus kecoh dengan kehadiran pelajar kelas asas blog saya, Nur Dila, Nur Hidah dan kedatangan kak Imaniah, admin guru Geng Hantu Novel.
Sebab itu saya namakan PBAKL membawa erti hari raya sebenarnya. Tidak ketinggalan juga kehadiran Ainin Naufal dan Cik Noraz Ikaz yang dipaksa menandatangani novel masing-masing. Hari terus berlangsung menyeronokkan, disambung pula ke Restoran Mee Tarik di Jalan Dang Wangi. Fuhh! masya-Allah. Sambil mengumpatkan novel masing-masing, Nur Dila yang ditemani anak gadisnya (saya menemuni Yaya - karektor dalam Kabus Rindu) pada dirinya. Manakala Nur Hidah ditemani anak saudaranya.
Memang tak ingat dunia. Hujan yang renyai jadi berhenti, tapi kami masih belum mahu berhenti....
Bersambung catatan pada 3 Mei 2014 pula ya...insya-Allah.
Nota : Plot yang mengikut kronologi adalah latihan yang paling mudah untuk pemula dalam bidang penulisan.
Subscribe to:
Posts (Atom)