Saturday, 18 October 2014

Anafora

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Anafora-pengulangan kata pada awal baris dan rangkap.
Asal : bahasa Greek (wikipedia)/Sanskrit (PRPM)  bermaksud 'bawa kembali'

Contoh :
Ein Volk, ein Reich, ein Führer! (Satu orang, satu empayar, satu pemimpin!)
— (Adolf Hitler)


Contoh,
Aku berhak bahagia, aku berhak dicintai. 

sumber  : melalui Asmah Hashim GMM, melalui Ezah Nor, Jom Sastera
sumber : PRPM dan Wikipedia

**Nota : Gaya bahasa berfungsi mencantikkan karya. Bukan wajib tapi ia sebahagian daripada elemen untuk menghasilkan garapan indah.



Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menyediakan peluang kepada suri memulakan bisnes dengan kaedah paling mudah dan kos paling minima. Dengan hanya RM200.00 samada secara tunai atau bayaran ansuran (RM100x2 atau RM50x4), kami akan berikan tunjuk ajar bagaimana hendak memulakan, dan suri berpeluang berniaga dengan produk dropship ABDR.

Friday, 17 October 2014

Rezeki Dari Kampung

teks dan gambar : Monalita Mansor





Ui...Cik Pah
ini
sambal daun kayu
hasil tangan biras aku ipar Zurina Salleh orang Kelantan yang berguru dengan omak mentua kami
orang Negeri Sembilan.

alhamdulillah. 
ni resepi rahsia...tapi semua orang boleh belajar. 
Macam tu juga belajar menulis
ada rahsia
tapi
semua orang boleh belajar
Bersatu dengan kami pada di lokasi berikutnya. 











Contest Suka-Suka CK Publication

tarikh tutup 22 November 2014
Like page ni Contest Suka-Suka CK Publication syarat-syarat peraduan ada kat sana. Soalan pun ada kat sana.

Hadiah? Ada hadiah ke? Mestilah ada...hadiah-hadiahnya : 

Pakej Harga Karpet

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Album ABDR




Thursday, 16 October 2014

Culik Resepi Azzhana

Puding kastard yang kuculik resepinya hari tu...
Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://www.azhanaam.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Beberapa hari yang lepas, saya sampai ke blog ni dan telah mencuri (dengan izin) tuan punya blog resepi Puding Kastard-nya. Tapi sampai ke sudah belum buat lagi. Bukan gitu, saya ni kalau nak masak resepi baru, kena bertapa dulu (ceh! alasan. Cikgu Zaila baca pun demam dibuatnya.)

Macam juga blog Sharimah yang memfokuskan tentang percutian, blog  Tips Suri Bekerja di Rumah ni pun sama. Bezanya, Azhana lebih kepada percutian di luar negara. Di samping itu, diselitkan juga resepi-resepi air tangannya sendiri yang ringkas dan mudah.

Betul. Saya dapati resepi-resepi yang Azhana kongsi merupakan resepi yang mudah dan bersesuaian untuk suri rumah yang sibuk main kejar-kejar dengan anak-anak, atau suri yang sibuk main kejar-kejar dengan dateline. (alasan lagi)
boleh baca kat sini : http://azhanaam.blogspot.com/search/label/MyTravel


meraikan kehadiran pelajar baru Oktober ke Akademi Bekerja di Rumah. Bergabung bersama kami di hampir 830 buah blog.

pakej pemula dengan 3 buah e-book bonus



Cerita Bisu

Teks : Monalita Mansor
Gambar :Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Saya tak pasti sama ada dah kemukakan isu ini atau belum. Tadi saya tanya beberapa orang rakan pembaca novel tegar tentang keperluan dialog dalam cerita. Dialog memanglah utama, penting. Kalau tak ada dialog, tu namanya cerita bisu. Kalau pun kita tulis cerita tentang orang bisu, kita tetap nak tulis dialog atau monolog untuk beritahu pembaca.

Pendapat mereka tentang dialog kegemaran mereka; 

emm..kalau shima yang pendek-pendek lebih suka yang pendek..
http://sharimahyahya.blogspot.com/


Dialog pendek dan kelakar Yg ada unsur humour 

-http://anysidayu.blogspot.com/



wsalam. yg pendek jer...


kaau yg meleret cam khutbah jumaat tu....biasa skip jer...



hehheheheh
http://rapidahramli.blogspot.com/


yg meleret dan penuh perasaan sebenarnya tak lah panjang sangat biasa je. Kalau terlalu panjang boring lak pulak. http://sariahawangsenik.blogspot.com/


tengok senario. Ada ketika kalau pendek jadi tergantung..kalau panjang...jadi meleret tak dapat point apa yang nak disampaikan

seeloknya..ambil di pertengahan

dan point tak meleret..


sebab tu saya baca dan kumpul selected penulis ja..walau apa pun genre
http://kuazue.blogspot.com/

Itu pandangan pembaca yang juga blogger ABDR yang sempat saya pinjam dan tanya. Jadi para sahabat penulis, semak balik gaya dialog kita. Dialog tu macam percakapan. Mesti ada lawan bercakap. Kalau dah satu watak bercakap menjela-jela, lawannya tak boleh balas balik, lama-lama dia bosan. Ditinggalkannya. Samalah macam pembaca.
Tapi, kalau dialog tu menjela, tapi setiap patah ayatnya mengandung makna dan isi cerita, maka kekalkanlah. Wallah hu alam.
empat e-book ini menjadi milik anda sekiranya
anda menyertai salah satu kelas tersebut

Wednesday, 15 October 2014

Tip Kesihatan 'Sempoi' dan Kreatif di blog Zarida Hashim

Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://zaridahashim.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam ABDR. Bismillah.

Tak tahu macam mana boleh terbabas pulak. Jadi kenalah patah balik. Hari ni saya merayau ke blog Zarida Hashim. Protege Cikgu Anys Idayu.  Melangkah ke blog Laman Kesihatan & Kecantikan ni, saya terkesima dengan susun aturnya. Memang menarik. Kemas. Dan, ini antara blog paling tersusun yang pernah saya jumpa dalam grup ABDR. 

Entri-entrinya bermaklumat tetapi disampaikan secara kreatif dan unik iaitu melalui bantuan visual. Penting saya rasa blog kita mesti gambo. Mesti. Sebab secara logiknya, budak-budak pun lebih menyerap ilmu dan suka belajar kalau ada bantuan gambar. Berlebih lagilah kita. 

Sesuai namanya laman kesihatan, niche-nya pun berfokus kepada tips-tips kesihatan yang santai dan ringkas, tapi bermanfaat.

Saya suka tapi kena rajin update blog. 

Pendaftaran untuk menyertai kelas akaun offline dan online masih dibuka
Daftar, jangan terlambat.








Selamat Datang Ke Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.

Teks : Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Kreatif.

Alhamdulillah. Saya Monalita Mansor. Salah seorang guru online di Akademi Bekerja di Rumah. Kepakaran saya ialah mengarang dan pengkhususan saya adalah mengarang cerpen.

Di samping itu, saya adalah guru kelas online Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif yang bermatlamat untuk membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk menjadi penulis kreatif. Atau, ia terbuka kepada sesiapa yang ingin menokok ilmu bantu dalam bidang penulisan.

Anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut.

Di dalam kelas ini anda akan diajar;

>>membina blog
>>menulis kreatif berdasarkan panca indera
>>memahami prinsip-prinsip asas penulisan cerpen
>>menghasilkan cerpen yang boleh diketengahkan

Yuran di dalam kadar berpatutan. Anda perlu bawa semangat dan istiqamah.

Profil selanjutnya anda boleh semak di sini

Masuk Gua

Teks : Monalita Mansor
Gambar :Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Tak boleh tulis panjang-panjang. Jenguk-jenguk sekejap dari dalam gua ni. Tarikh mati dah makin hampir (macam kira detik *countdown* nak hukum gantung pulak kan) Ada senarai panjang menanti. Jadinya perlu kecilkan fokus di laman sosial. 



RM50
RM30 sahaja untuk 50
pembeli terawal
TESTIMONI PEMBACA

Syukur Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Ruang dan peluang yang ada sebaiknya digunakan bagi mendalami ilmu, kemahiran dan pengalaman yang bermanfaat. Moga kehidupan seterusnya dilalui dengan penuh bermakna.
E-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online merupakan buah tangan dari penulis Pn. Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Saya sangat bersetuju dengan idea penulis betapa pentingnya khidmat pelanggan dalam memasarkan sesuatu produk. Bagi usahawan terutamanya online perlu bijak menawan hati pelanggan bukan disebabkan tipu helah untuk mengaut keuntungan. Akan tetapi etika yang perlu ada sebagai seorang usahawan online. Tanpa adanya pelanggan, bisnes yang dijalankan tidak mungkin berhasil.


sumber : http://noorazzahyusof.blogspot.com/2014/09/ulasan-e-book-rahsia-khidmat-pelanggan.html 

Tuesday, 14 October 2014

"Ampun....Pengetua."

Ini e-book terbaru beliau dari sekian banyak e-book yang ada.
RM50
RM30 harga promosi untuk pembeli terawal
Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://naufalsayang.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Cikgu aku pesan, kalau ilham tersumbat, KELUAR! Nak keluar pergi mana? hujan-hujan ni Cik Tipah weh!.

Tak payah jauh kalau tak ada belanja. Klik x pada dokumen tu, lepas tu merayau la kat blog Akademi Bekerja di Rumah tu. Dah dekat 800 blog, takkan satu pun tak memberi input.

Makanya, lepas ni kalau aku tinggalkan jejak tu, bukanlah bermakna ilham tak keluar dan blog korang jadi alternatif, tapi informasi yang aku perlu ada di sana. Jadinya - kongsilah.

Kali ini aku mengintai blog puan pengasas Panduan Bekerja di Rumah (Wahm, Sahm, SOHO).
Kalau aku perlukan motivasi, kat sinilah aku pergi. Diam-diam dok kat situ, entri-entrinya kadang-kadang ringkas dan selalu gak aku jumpa typo error (senyummmmm...cikgu) tapi aku ambil isinya.

Ambik nyawa....tarik nafas...lepas. Alhamdulillah.
ABDR kebangggan pengetua, Puan Masayu Ahmad
dan
kami.

Testimoni Alumni - Bibi Normi

Teks: Bibi Normi
Guru Online: Anys Idayu
Sumber: http://bibinormimdnoor.blogspot.com/2014/09/inspirasi-ebook-asas-belajar-blog.html

Saya pernah ada blog. Itu pun dulu-dulu. Zaman belajar dan zaman mula-mula bekerja. Pada saya blogging ini satu fenomena yang menjadi ikutan dari tahun ke tahun. Walau pun blogger memang semakin ramai tetapi saya lihat individu yang ada blog sendiri boleh dikatakan agak ‘rare’ dan ‘special’ apabila berada di laman maya. Pernah dengar nama-nama seperti Broframestone, Denaihati, Joegrimjow, Ariffshah, The Other Khairul dan Cik Epal? Hmmmm...inilah beberapa blog yang selalu juga saya singgah satu ketika dahulu.
Berbalik pada blog kepunyaan saya, semuanya tidak menggunakan nama sebenar. Sebaliknya saya selesa mengekspresikan diri menggunakan nama lain. Tapi kali ini di dalam kelas maya di bawah Asas Blog bimbingan Puan Anys Idayu Zakaria kami mesti mempromosikan nama sebenar sebagai alamat blog. Maka Alhamdulillah terciptalah blog yang kini boleh dilayari jika anda menaip bibinormimdnoor.blogspot.com di ruangan alamat URL. Blog saya kali ini bertemakan wanita, cinta dan inspirasi. Tiga serangkai yang begitu dalam maksudnya. Saya sengaja gabungkan tiga perkataan ini kerana saya yakin kesemuanya saling berkait dalam hidup. Hampir empat bulan lamanya, saya mencuba untuk memberi perhatian pada blog ini demi berkongsi apa yang dirasakan dapat menjurus kepada ‘memberi’ dan menginspirasi’ pembaca.

Dan pada petang ini, secara langsung saya cuba menaip semata-mata mahu berkongsi kelebihan ilmu salah satu ebook tulisan Masayu Ahmad bertajuk Asas Belajar Blog. Suka saya katakan ebook ini hampir berjaya memahamkan saya metod sebenar dalam menguruskan blog secara lebih baik dari semalam. Saya tidak lagi ‘lost’ atau ‘blur’ tak tentu fasal walau pada mulanya ada sedikit ‘blank’ dek tidak tahu dari mana mahu bermula. Namun berkat mentor yang ‘gigih’ membantu, Puan Anys dan beberapa informasi perkongsian bersama di Closed Group saya dapat atasi ‘blogger’s block’ tersebut. Syukur kepada Allah Yang Esa yang memberi ilham.

 Saya rasa ebook ini tiba tepat pada masanya bagi mereka yang mencari ilmu yang sama seperti yang saya cari. Bagusnya di sini ada peraturan yang memerlukan kita menganalisa dahulu latar belakang diri dari segi pendidikan, minat, kemahiran dan kepakaran diri sebelum memilih tajuk dan tema yang sesuai dijadikan blog. Di sini penggunaan nama sebenar dan emel yang tampak professional (menggunakan nama sebenar) perlu bagi memudahkan carian pembaca dan pelanggan kelak di carian Google. Dalam ebook ini ada juga dikongsikan kisah kejayaan, pengalaman dan tip-tip bermanfaat oleh beberapa wanita yang layak dijadikan inspirasi. Nama-nama seperti Faridah Yusof, Aishah Hussein, Ashikin Hashim dan Nik Fauziah Nik Hussin turut dikongsikan untuk tatapan pembaca. Pada saat kita membelek helaian ebook, kita akan bertemu perkataan ‘hebat’ seperti WAHM, SAHM, dan SOHO. Nak tahu maksudnya secara praktikal? Jom sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) kerana di sini kita akan sama-sama berkongsi ilmu dalam merealisasikan blog impian, mempromosikan produk, belajar tip blogging efektif, dan belajar menghasilkan pendapatan bermula RM10 hinggalah ke RM100 sehari. In Syaa Allah…kerana Tuhan itu Maha Kaya.

Akhir kata, apa yang pasti adalah 44 entri! Ya, kami WAJIB menulis entri di blog sehingga mencapai angka ditetapkan. Mungkin ini adalah pakej terbaik demi melatih kita para penulis blog agar konsisten dan bijak merancang penulisan entri mengikut label-label yang dicadangkan dari awal. Di sini kita perlu ingat bahawa MATLAMAT KELAS ASAS BLOG & PENULISAN ini adalah untuk memperkenalkan diri kepada dunia online bakal pembaca atau pelanggan di luar sana. Dan kerana itu blog kita begitu signifikan untuk dijadikan platform menarik pembaca yang boleh bertukar menjadi pelanggan. Dan untuk pengetahuan semua di akhir bab ada satu bonus tip iaitu cara menulis ebook pertama. Semoga kita mendapat sesuatu menerusi ebook ini seterusnya memberi berpeluang kepada diri sendiri melakukan kebaikan dalam pembelajaran.

Nota Kaki: Bagi yang belum ada blog dan suka baca blog orang lain sudah sampai masanya anda punya blog sendiri. Kita mungkin tidak dinobatkan penulis popular tetapi kita perlu nobatkan diri kita selaku seorang penulis. Kerana setiap hari kita mungkin menulis!
(sumber : http://bibinormimdnoor.blogspot.com/2014/09/inspirasi-ebook-asas-belajar-blog.html)

Monday, 13 October 2014

Hidung Berdarah

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Akhir-akhir ni, hidung Affan selalu berdarah. Kelmarin, bangun pagi aje. Semalam, sampai tiga kali. Malam tadi, pukul 1 pagi dia bangun (saya pun belum tidur) basuh hidung yang berjejal-jejal dengan darah, belum termasuk darah beku. 

Biasanya, langkah pertama, saya suruh dia pegang batang hidung. Ini petua seorang adik yang menuntut dalam bidang fisioterapi di UIA yang saya jumpa hari tu. Ilah namanya. (saja nak sebut tempat dia studi dan bidangnya sebab dia ni istimewa) Memang darah berhenti. Tapi kena sabarlah. Tak adalah macam kepala paip. Kalau macam tu, baik saya install batang paip aje kat hidung Affan. 

Sambil tu, saya basahkan kepala dia dan lepas tu suruh dia minum air kosong. Saya beranggapan yang badan dia kekurangan air dan dia pulak suka minum ais. Tapi budak-budak, biasalah. Cakap-cakap kita ni macam DJ radio aje. 

Oh ya. Anda tahu tak - Dialog seharusnya ditulis santai. gunakan sinkope (singkatan, dah, kat dan kurangkan guna imbuhan.) Naratif yang perlu ditulis dengan imbuhan dan tatabahasa yang betul. KECUALI kalau genre yang kita tulis itu genre komedi romantik dan memfokuskan bahasa santai. Tapi pastikan jangan keterlaluan. 

Dialog 1 : "aku tahu ini semua sebab kau!"
                "Aku tahu masalah ini semuanya berpunca daripada kau."

Dialog 2 : "Mak, marilah kita makan. Saya sudah memasak masakan kegemaran emak yang selalu emak sebut-sebut itu."
                   "Mak, mari kita makan. Saya dah masak lauk kegemaran mak. Hari tu mak sebut kan?"


Bandingkan dan nilai sendiri.


Kelas Akaun Online anjuran Akademi Bekerja di Rumah
20 Oktober 2014, Isnin
30 Oktober 2014, Khamis
9.30am-12.30pm
Sesi online selama 3 jam
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - untuk 2 modul





Mengembara di Blog Sharimah Yahya

Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://sharimahyahya.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Biasa kita jalan-jalan blog kuih-muih (resepi maksud ai,) ataupun lebih pada aktiviti dalaman (in-door) Hari ni saya merayau di blog Sharimah Yahya. Shopping Online, Kelas Online &  Travel eloknya saya rasa Sharimah tukar ke tajuk Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sepenuhnya, lagi menarik.

Saya terus pergi ke pautan perjalanan beliau ke Beijing. Ala yang tajuknya Jejak Ai D Beijing tu. Ada beberapa siri, kalau anda semua nak baca, kongsi rasa seronok melancong dan tips-tipsnya kena bacalah ya.

Dan, kalau penulis yang nak menulis nak menggunakan latar Beijing tapi tak pernah sampai ke sana, boleh usha gambar Sharimah yang banyak-banyak ni. Kalau besar lagi cantik, Sharimah...

Selain daripada berfungsi sebagai kedai online (kat dalam gambar tu antara produknya), Sharimah juga berkongsi tips kembara. Tapi, sebelum tu kenalah kembara ke blog dia dulu.

Selamat mengembara Sharimah


Sharimah adalah sebahagian daripada kami, Akademi Bekerja di Rumah. Ingin menyertai kami dalam rangkaian hampir 800 orang blogger?

Dapat apa? rangkaian bisnes, sillaturrahim, ilmu dan pahala (dengan izin Allah)

Sunday, 12 October 2014

Prolog Tiada Cinta Kedua - Siapa Penulisnya?

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Malam tadi nonton sampai pagi. Filem aksi pantas kejam (terma saya sendiri) tapi bertitik tolak di atas dasar kasih sayang. Lakonan Liam Nesson, Taken di TV2.  Satu hal garapan selang balik antagonis dan protagonis menarik perhatian saya. Selain itu, klise la, Islamofobia. - jelas dalam dialog masa Kimmy (anak Bryan - watak utama diculik) "tatu bulan dan bintang".

Okaylah, kita baca pulak prolog ni.

                               
                  10 tahun yang lalu....

           Suasana hingar-bingar di dalam kelas 3 Al Biruni langsung tidak diendahkan olehnya. Bengkak hatinya. Sakit dan bernanah. Jika diikutkan hati yang sedang terbakar, mahu saja dia mengumpal-gumpal wajah kacak yang duduk di sebelahnya ketika itu. Oh! Bukan sahaja manusia yang tiada perasaan di sebelah itu, Wajah Cikgu Nadzir yang memang tidak begitu kacak itu juga akan turut ditonyoh-tonyoj ke papan hitam. Geram! 
             
Dia menjeling seketika ke arah manusia yang duduk tegak di sebelahnya. Sedari tadi, manusia itu tidak menunjukkan reaksi. Duduknya tegak menghadap papan hitam yang sudah dipenuhi dengan contengan-contengan hasil kerja rakan-rakan sekelas. Agaknya tulang belakang hingga ke tengkuknya sudah tertanam besi. Besi yang biasa digunakan untuk menguatkan struktur bangunan-bangunan pencakar langit.
           
“Hai, tengah praktis bersanding ke?” Satu teguran memecahkan lamunannya.


Sambung untuk bacaan di sini : http://ninazaty.blogspot.com/2014/04/prolog-tiada-cinta-kedua.html


Penulis adalah alumni Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. Sekarang gigih berkarya dalam fragmen bikinannya sendiri. Kelas memberi ilmu, corak di tangan penulis sendiri.


Dah Habis...

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri

Assalamualaikum Dan Salam Kreatif. Bismillah.

Dah habis....

Cerpen ni aku tulis suka-suka aje. Lepas baca satu buku berkenaan hakikat jin dan manusia. 

Maka, aku cubalah nak beritahu tentang tu, dalam cerpen ni. Secara santai dan komedi. 
Begitulah antara cara aku menulis. Kalau ilham tak boleh diseru, terpaksalah kita menggeledah, cari buku dan baca, paksa ilham keluar. Syyy...rahsia tu.



untuk baca, klik :
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=3632&idc=19183







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung