Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif
Bismillah
Tanda baca berperanan sebagai tatacara atau peraturan untuk membantu penulis menyusun frasa dan klausa bersesuaian dengan idea yang hendak disampaikan dengan betul. Selain itu, ia adalah alat untuk membantu menyampaikan perasaan, sikap, emosi di samping menentukan kejelasan, ketepatan dan penegasan.
Abu Hassan Abdul dan Abd Rashid Md Idris
Seni Mengarang 2012
Wednesday, 26 August 2015
Tuesday, 25 August 2015
Peri Penting Pelukisan Latar
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google/Buku Prima
Assalamualaikum dan Salam Kreatif
Bismillah.
Berikut adalah komen panel penilai terhadap sebuah novel yang memenangi Hadiah Sastera Darul Makmur kategori novel popular. Baca betul-betul.
Pelukisan latar Amerika yang dilakukan oleh Fatinilam Sari sangat rinci dan rapi, hinggakan pembaca merasakan mereka sedang berada di bumi Amerika, atau merasakan hangat musim summer dan dingin musim winter.
Ketika melukiskan latar kampung halaman tanah tumpah darahnya, penulis muengungkapkannya dengan bahasa yang lirih, menjadikan peristiwa demi peristiwa bergerak dengan licin. Gaya yang digunakan juga langsung, menjadikan pembaca mudah mengikuti penceritaannya.

Monday, 24 August 2015
Menyenaraikan Perwatakan
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif
Bismillah
Saya masih ingin berbicara tentang perwatakan kerana merasakan masih ada kelohongan di kalangan penulis saat mencitrakan perwatakan watak-watak mereka.
Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
Maka, perwatakan itu tidak semestinya perwatakan fizikal sahaja seperti yang selalunya kita fikirkan.
Mudahnya, sebagai panduan menulis. Sebelum bermula, bayangkan watak yang mahu anda muatkan di dalam karya anda. Kemudian senaraikan. Jika anda kategori penulis yang tidak suka terikat dengan sesuatu yang rigid, hanya senaraikan secara rambang.
sumber :
http://bmspm.net/aspeksastera.htm#Watak%20dan%20Perwatakan

Sunday, 23 August 2015
Ulasan Juri HSDM 2015 Kategori Cerpen Eceran - Hidup Bersama
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Kreatif
Bismillah
Berikut adalah laporan panel juri untuk salah satu daripada lima cerpen eceran yang layak menerima Hadiah Sastera Darul Makmur 2015.
Pahang mempunyai penulis cerpen yang berwibawa.
Cerpen Hidup Bersama mencitrakan Long Jali dan Su Melah yang tua, uzur dan kehilangan tempat bergantung kasih sayang. Anak-anak yang diharapkan untuk menjaganya di hari tua mempunyai masalah masih-masing. Hidup moden menyebabkan anak-anak tiada masa dengan orang tuanya. Cerpen berisi keluhan, kepiluan dan juga kekosongan yang dihadapi oleh dua orang tua itu. Meski susah benar dan pelbagai kesukaran, kedua-duanya bertekad untuk menghadapi kehidupan ini dengan nekad dan berani.
Panel Penilai:
YH. Dato' Haji Zainuddin bin Haji Jumaat
Timb. Ketua 1 DPMP
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali
Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI
Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Hanafiah @ Mana Sikana

Malim Ghozali PK
Sasterawan Negeri Perak,
Penerima SEA Write Award 2013
Mohd Hashim Ismail
Setiausaha 1, DPMP
Cerpen lain yang terpilih ialah;
Pengail Senja - Rahman Haji Yusof
Tercari-cari Jalan - Daeng Ramliakil
Ombak di Kamar Sukma - Samsiah Mohd Nor
Catatan Rahsia Sang Ahli Tertus - Pelita Di Dalam Kaca

Subscribe to:
Posts (Atom)