Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Memoir dalam pengertian Kamus Dewan Edisi 4 bermaksud biografi atau karya berasaskan kenang-kenangan seseorang tentang pengalaman atau peristiwa di dalam hidupnya. Terkini, buku Kuasa Kata, dari lisan mengalir ke lautan aksara, tersenarai di antara lima buku Kategori Pilihan Penonton yang mendapat undian terbanyak dalam Anugerah Buku PNM-RTM 2013 yang baru berlangsung.
Buku ini ditulis oleh Mahaya Mohd Yassin, pendidik yang mengakhiri tugas rasminya sebagai Pensyarah Cemerlang di Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban. Kecintaan terhadap bahasa dan sastera terpupuk sejak zaman kanak-kanak bermula daripada letusan prosa-prosa klasik daripada bibir bondanya dan didikan ayahanda yang begitu setia pada bahan bacaan.
Buku ini boleh dikatakan sebagai panduan lengkap pengajaran bahasa dan pendidikan awal kanak-kanak. Begitu banyak kisah pahit maung sebagai pendidik, cabaran dan dugaan, sinis dan sindir yang memberi inspirasi buat sesiapa yang membacanya. Betapa perjuangan seorang wanita bergelar ibu, isteri, anak, pendidik perlukan semua sumber kekuatan, luaran dan dalaman.
Beliau yang masih aktif di dalam Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), menggunakan keampuhan beliau bermain bahasa dengan melarik melodi indah dalam bentuk tulisan menceritakan suasana kampung tempat tanah tumpah dan membesar. Liuk lentuk pokok padi dan kegeruhan banjir bagai tergambar di ruang mata apatah lagi bagi anak Negeri Sembilan yang biasa dengan persekitaran Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.
Kisah-kisah yang dinukilkan di dalam buku ini berdasarkan bab-bab sangat menyentuh rasa. Terutama pada pengkisahan awal zaman persekolahan. Tentang guru-guru sekolah berbilang bangsa yang gigih mendidik murid-murid dengan penuh rasa tanggungjawab. Tentang momen-momen manis bersama bonda yang melantunkan syair dan gurindam meleraikan rasa bosan anak-anak kecil sepertinya ketika itu.
Terlalu banyak dan terlalu indah. Lebih-lebih lagi perjalanan berkarya saya hampir mirip dengan perjalanan beliau sewaktu kecilnya, sudah tentu buku ini mengakrabkan lagi saya pada kenangan lalu.
Tetapi, saya tertarik dengan petikan ini;
Perpindahan PEN ke pejabat baharunya itu sebenarnya melakar sejarah yang tersendiri. Perpindahan yang meninggalkan dampak yang bukan sedikit buat kami sekeluarga. Masakan tidak, kami sudah memulakan konsep small office home office (SOHO) atau 'pejabat di rumah sendiri' sejak tahun 1985. Kini, konsep ini semakin popular kerana praktikal.
Meskipun hari bergerak menghampiri tahun hijrah yang baharu, kelas Asas Blog masih galak bersiaran dengan konsep berkongsi ilmu, berkongsi rezeki.
Bagaimana kami mempraktiskannya? Hubungi saya di monalitamansor@gmail.com untuk keterangan lanjut atau pm Monalita Mansor di facebook.
Saturday, 2 November 2013
Menyelami Makna 'Menyimpan dan Berjimat'
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Kamus Dewan Edisi Empat membuat takrifan bahawa jimat itu bermakna tidak boros. Berhati-hati dan berhemat dalam perbelanjaan atau dalam menguruskan sesuatu. Fahaman kita, seadanya orang biasa-biasa, jimat itu ialah meletakkan sejumlah wang daripada pendapatan untuk disimpan. Biasa saya mendengar kenyataan ini, "kalau dapat sepuluh ringgit, simpan sepuluh ringgit, nak makan apa?" Bermakna, kalau pendapatan sedikit, bagaimana mahu menyimpan?
Hajah Rohani Hj Mohd Shahir dalam bukunya Ke Mana Wang Anda, meletakkan persoalan wang yang berkat sebagai perkara pokok dalam perbincangan bab 1 iaitu Merancang Kewangan. Kenapa berkat? apa maksud berkat?
Beliau menekankan supaya sumber rezeki itu sendiri sentiasa diteliti. Halal dan haram sumbernya walaupun sekadar sebungkus gula-gula, harus diketahui puncanya kerana ia akan menjadi darah daging. Beliau membawakan keratan surah Al Baqarah ayat 188
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta (orang-orang yang di antara) kamu dengan (jalan) yang tidak betul,dan (janganlah) kamu bawa (urusan harta) itu kepada hakim-hakim dengan maksud kamu hendak memakan sebahagian daripada harta orang (lain) dengan (jalan) dosa, padahal kamu tahu.
Sentiasa beringat bahawa ketika merancang perbelanjaan rumah tangga, pemilik harta (termasuk wang gaji kita dan suami) adalah hak Allah secara mutlak. Ia boleh tiba-tiba hilang dan tiba-tiba bertambah. Peranan kita hanyalah sebagai pemegang amanah.
Maka sebagai pemegang amanah, amalkan prinsip amanah ketika menguruskannya.
Saya bawakan sedikit lagi pencerahan daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai rezeki yang berkat
Sabda Rasulullah S.A.W. (hadis riwayat Al-Tarmizi) 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan. Kelas Asas Blog dan Fan Page dijalankan untuk membantu anda, tidak kira siapa untuk mula berniaga secara online. Hubungi saya Monalita Mansor untuk maklumat lanjut.
Sumber;
Hjh Rohani Datuk Hj Mohd Shahir. 2009. Ke Mana Wang Anda. Selangor. Galeri Ilmu Sdn Bhd
Hambafaqir, 17/10/2013 Ustaz Azhar Idrus Tanda Rezeki Berkat diperolehi pada 1/11/2013 daripada http://www.youtube.com/watch?v=b0K620bIA_4

Friday, 1 November 2013
Cakna Untuk Selamat
Teks : Monalita Mansor
Gambar :
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Anak-anak adalah syurga bonda. Justeru menggembirakan hati anak-anak akan memenuhkan seraga perasaan kasih seorang ibu atau bapa. Membelikan mainan salah satu caranya. Bukan tidak pernah kita dengar cerita anak berguling-guling bergolek gelantang di kaki lima kedai kerana tidak mahu berganjak, mahu dibelikan mainan walaupun sudah berbakul-bakul mainan di rumah, sekali lambak lantaipun tidak kelihatan.
Mainan secara umumnya barang yang digunakan untuk menghiburkan kanak-kanak, mempertingkatkan perkembangan minda, menjana daya kreativiti, imaginasi kanak-kanak, juga sebagai alat dalam proses pembelajaran dan membina jaringan sosial kanak-kanak.
Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Standard Keselamatan Bagi Mainan) 2009 mendefinisikan mainan kanak-kanak sebagai
"Mana-mana barangan yang direka bentuk atau dimaksudkan bagi kegunaan permainan oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada empat belas tahun"
Sebelum membeli pastikan anda membaca keterangan serta label amaran yang tertera pada bungkusan mainan dengan teliti. Kenalpasti juga mainan yang mempunyai tanda pematuhan keselamatan - Malaysia Conformity.
Sekian.
Untuk menyertai kelas Asas Blog dan Penulisan, anda hanya perlukan kesungguhan, minat dan kami menyediakan selainnya. Tiada kelas, tiada bebanan tugasan, meluncur di alam blogger semahu anda.
Hubungi saya Monalita Mansor untuk maklumat lanjut.
Dapatan : daripada brosur Siri Panduan Pengguna 5/2011 KPDNKK, Keselamatan Mainan Kanak-Kanak.

Thursday, 31 October 2013
Bajet Rumahtangga : Memilih Permainan Yang Selamat
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Lanjutan daripada entri sebelum ini, digariskan beberapa lagi panduan untuk kita, ibu bapa memastikan permainan yang dibelikan untuk anak-anak kita adalah selamat.
Sekian.
Info daripada brosur KPDNKK - Keselamatan Mainan Kanak-Kanak

- Mainan tersebut sesuai dengan peringkat umur, minat dan kemahiran kanak-kanak. Jangan belikan mainan seperti Lego buat anak yang baru belajar meniarap dan mengutip segala apa yang ada di depan mata, kemudian dimasukkan ke dalam mulutnya.
- Mainan 'stuffed toys' atau berbulu halus mestilah diperbuat daripada bahan yang sesuai. Sesuatu mainan yang mendatangkan impak alergi atau alahan terhadap anak harus dielakkan.
- Barang permainan dipasang dengan sempurna dan bahagian-bahagian yang kecil tidak mudah tercabut.
- Mainan tidak mudah pecah dan mempunyai bucu tajam dan membahayakan kanak-kanak. Tiada pin atau dawai kokot pada mainan tersebut.
- Cat pada mainan tidak mudah tertanggal.
- PENTING. Jika permainan itu dari jenis bertali, pastikan ia tidak melebihi 30 sm panjang. Tali yang melebihi ukuran ini berisiko untuk membelit kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang berumur 3 tahun ke bawah.
- Elakkan membeli mainan menyerupai makanan, dibimbangi disalahanggap oleh anak-anak.
- Baca tanda amaran keselamatan pada bungkusan mainan sebelum membelinya.
Sekian.
Info daripada brosur KPDNKK - Keselamatan Mainan Kanak-Kanak
![]() |
Promosi akhir Oktober kredit: khairunisahamzahara.blogspot.com |
Ulasan Buku : Wasilah Kasih, Hayati Ahmad
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Saat menyelak helaian demi helaian novel ini, saya terfana. Wow! kualiti kertasnya macam novel Inggeris la.
Wasilah Kasih, buat tangan sulung Hayati Ahmad masih hangat di pasaran. Novel ini mempertaruhkan tema kasih sayang sejagat, kasih sayang sesama manusia juga alam. Penulis mengangkat watak Latifa seorang gadis orang Asli suku Semai yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti dan dari sanalah cerita bermula.
Satu hal yang menarik, penulis membawa pembaca mengenali secara terperinci mengenai budaya, kehidupan dan kepercayaan orang-orang Asli yang tidak banyak yang diketahui oleh khalayak umum. Ya, kita mungkin boleh mengetahuinya kalau kita rajin berkunjung ke Muzium Negara atau Muzium Orang Asli misalnya. Tetapi, membaca Wasilah Kasih bagaikan maklumat itu terbang sendiri, terpacul di depan muncung.
Penulis menggunakan gaya bahasa yang santai, gaya bahasa orang muda sekarang. Mudah cerita, walaupun tema cerita ini agak berat, gaya bahasa yang ringan menjadikan pembaca selesa dan ingin meneruskan pembacaan.
Penulis bijak mengadaptasi ilmu bantu dan kelihatan ia tersalur dengan cantik dan berkesan. Beberapa babak seperti babak aksi, babak cemas di lebuhraya diceritakan dengan kemas menunjukkan penulis membuat 'kerja rumah' sebelum menulis.
Penulis juga bijak mengadun cerita dengan isu semasa dan novel-novel sebegini sepatutnya dibaca kerana ia seakan-akan mesin masa yang boleh mengembalikan pembaca kepada beberapa isu hangat dalam negara yang mengubah landskap politik Malaysia beberapa tahun lepas.
Tidak dinafikan, terdapat kekurangan-kekurangan yang hampir merencatkan pembacaan tetapi ditampung dengan baik dek plot yang tersusun tetapi jangan ditinggalkan walau satu bab. Jika tidak, anda akan kesesatan kerana penulis bermain dengan teknik sudut pandangan yang sangat licik.
sekian.
dapatan: Wasilah Kasih, Hayati Ahmad, Karystos Creative
Kelas Asas Blog terus bersiaran dan jumlah pelajarnya semakin meningkat, begitu juga dengan trafik. Bagaimana mahu meningkatkan trafik di blog? Walaupun anda mempunyai blog, belum tentu trafik blog anda sekonsisten pelajar-pelajar kelas Asas Blog. Mahu saya tunjukkan caranya? PM laju-laju.

Wednesday, 30 October 2013
Ulasan Buku : Jah & Od - Soulmate Selamanya
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Sebenarnya, sebahagian sedutan novel ini sudah saya baca sewaktu penulisnya memaparkan beberapa para di sebuah grup satu ketika dulu. Ketika itupun, saya sudah merasakan kelainan daripada segi gaya bahasa yang dibawa oleh penulis ini.
Saya mencari nama penulis di google dan akhirnya mengetahui 'siapa' dia. Ditambah dengan kenyataan anak gadis saya sendiri, "mak...ini Ainin Naufallah, PTS. Mak tak kenal ke?" Selepas saya bacakan beberapa para di dalam novel ini yang membuatkan kain batik tak mahu lekat di badan.
Penulis 'menjahanamkan' bahasa dengan gaya yang tersendiri dan tidak pernah terfikirkan. Dengan menggunakan teknik penceritaan sudut pandangan orang pertama berbilang watak, penulis berjaya mendekatkan pembaca dengan watak-watak yang tidaklah muda belia benar tetapi huru-hara.
Penulis keluar daripada zon menggunakan nama-nama glamor sebagai penarik cerita. Walaupun watak sebenarnya mempunyai nama yang cantik seperti watak Od yang nama sebenarnya Hud Nuqman atau Jah yang nama sebenarnya Khadeeja. Tetapi menggunakan nama watak-watak yang agak 'nerd' seperti inilah yang menjadikan novel ini berbeza.
Penulis melukiskan latar dalam penceritaan dengan terperinci dan menguatkan lagi naskah ini. Bermula dengan prolog sehingga ke akhir muka surat, gaya bahasa bersahaja dan penuh unsur kecindan membuatkan pembaca tidak kering gusi.
Saya sertakan contoh petikan di dalam prolog,
"Pengsan lagi?" Kerutan-kerutan pada dahi Tok Kadi Jamil terhasil lagi buat ke sekian kalinya. Pelik betul pengantin hari ini Orang kalau baru kahwin bukan main gatal gedik lagi. Yang ini pelik pula. Sampai pengsan-pengsan entah berapa kali. Spontan Tok Kadi Jamil tergeleng-geleng.
Saya cadangkan seterusnya, anda bacalah sendiri. Anda akan memahami apa yang ingin saya sampaikan.
Dapatan : Jah & Od - Soulmate Selamanya, Ainin Naufal, Adiwarna.
Kelas Asas Blog dan Penulisan bukan sahaja menarik minat suri rumah malahan golongan profesional seperti wartawan, eksekutif juga menyertainya, lelaki dan perempuan. Kenapa? PM saya untuk tahu sebabnya.

Ulasan Buku : I Love You Cikgu, Imanisa Riana
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Novel yang saya baca untuk menenangkan minda seketika, ialah I Love You Cikgu. Meskipun sudah lama membelinya dan sudah dibaca separuh, saya meninggalkannya apabila terikat dengan tugas. Namun begitu, kelembutan Sara Raihana, watak utamanya tetap berlegar-legar di minda saya.
Untuk tahun ini, saya berikan karya bertema kasih sayang untuk novel ini. Penulis menggarap tema kasih sayang daripada pendekatan berbeza. Biasa kita membaca tentang pergulatan di antara menantu dan mertua tetapi tidak di dalam novel ini. Penulis membawa pembaca satu dimensi baru di dalam hubungan menantu dan mertua.
Susunan bahasa dan plotnya beralun gemalai, tidak terlalu menyulitkan. Perlukisan watak Chan Chee Hong dan Iman serta digambarkan sempurna, seadanya lelaki yang juga manusia, ada kelemahan dan ada kekurangannya. Sesuatu yang mencuit hati, sama ada disengajakan atau tidak ialah mengenai watak Aisyah dan Imran yang hadir di akhir cerita tetapi ternyata meninggalkan impak lebih-lebih lagi di kalangan pembaca remaja.
Novel I Love You Cikgu, membawa persoalan baru yang selama ini tabu di dalam alam kegadisan dibicarakan secara terbuka. Banyak ilmu bantu dan pencerahan tentang realiti peranan guru dalam dekat millenium ini.
Saya menerima beberapa kekurangan di dalam novel ini sebagai percubaan pertama penulis dan saya percaya penulis akan memperbaikinya pada masa akan datang.
Dapatan, novel : I Love You Cikgu, Imanisa Riana, Buku Prima
Sekian.
Saya suka membaca, saya suka menulis, saya sudah mempunyai blog tetapi tidak pernah menulis secara konsisten di blog sebelum ini. Apabila saya menyertai kelas Asas Blog dan Penulisan, barulah saya memahami beberapa perkara tentang blog, entri dan konsisten.
Ada boleh memahami itu semua dengan menyertai pasukan kami. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Cakna Untuk Jimat
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi dan Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Minggu lepas, saya telah berurusan secara online dengan seorang sahabat blogger Wahm SOHO untuk membeli produk makanan. Inilah kali pertama saya membeli produk makanan secara online dan ini juga kali pertama sahabat saya itu membuat penghantaran sejauh ini, (dari Kedah ke Selangor).
Nak dijadikan cerita, saya terlupakan tentang pesanan tersebut dan dengan berlenggang kangkung dan riang gembiranya menuju ke PPAS, tempat lepak biasa saya di samping membincangkan acara bengkel yang akan diadakan di situ.
Sepulangnya dari sana, saya menerima memo daripada Poslaju yang terselit di celah pintu gelangsar. Serahan tidak dapat dilakukan pada sekian-sekian masa. Sila ambil sendiri bungkusan anda di alamat yang disebutkan.
Sayapun berkira-kira untuk mengutipnya sendiri pada hari Sabtu. Bertemu janji dengan si dia, tetapi si dia tidak dapat menghantar kerana terikat dengan tugas juga minggu itu kami sibuk sekali dengan urusan kenduri-kendara berikutan kematian ahli keluarga terdekat.
Sehinggalah Isnin, saya membelek-belek memo Poslaju tersebut. Sekiranya anda ingin menguruskan serahan kali kedua, sila dail 1 300 300 300. 'Aik! macam mana saya boleh tak perasan?' tanya hati. Saya menelefon nombor tersebut dan memberikan maklumat selengkapnya.
Petang itu, saya menerima panggilan daripada pihak Poslaju Petaling Jaya, tempat bungkusan tersebut di simpan. Pegawai tersebut meminta saya datang sendiri ke pejabat kerana bungkusan tersebut telah digigit tikus. Katanya, pihak penghantar tidak memaklumkan di dalam ruangan keterangan di dalam borang Poslaju, jika tidak ia boleh disimpan di tempat yang dikhaskan untuk makanan.
Pulak! Disebabkan saya tak cakna pada memo tersebut, bertimpa-timpa kerugian yang saya tanggung. Lalu saya mengambil keputusan menghubungi mereka semula supaya menghantar sahaja ke rumah kerana sayapun tidak dapat mengenal pasti lokasi sebenar pejabat mereka. Dalam erti kata lain, saya tak sanggup membuang masa sesat barat mencari pejabat mereka.
Moralnya, seperti yang saya beritahu pada sahabat saya itu, kesilapan yang sedikit sebenarnya akan mendatangkan impak juga lebih-lebih lagi untuk perniagaan berbentuk maya begini.
Begitupun ia menjadi pelajaran berguna buat kami.
Bagaimana saya mendapatkan rangkaian produk makanan secara maya? Semuanya di Akademi Belajar di Rumah. Di Soho Directory, pelbagai pilihan barangan boleh diperolehi. Anda juga boleh mengiklan di situ.
Tunggu apa lagi? PM laju-laju Monalita Mansor di facebook atau monalitamansor@gmail.com

Tuesday, 29 October 2013
Mengetahui Hak Anda Sebagai Langkah Berjimat Cermat
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Apabila bercakap soal perancangan kewangan rumahtangga, maka lintas fikir kita akan segera membayangkan sebanyak mata nilai wang yang harus kita masukkan di dalam belanjawan bulanan kita. Bagaimanapun, ilmu bantu seperti mengetahui hak-hak kita sebagai pengguna sebenarnya juga memberikan sumbangan dalam langkah penjimatan belanjawan rumahtangga.
Beberapa hak pengguna yang perlu kita ketahui ialah;
Hak Mendapat Keperluan Asas
Kita bebas untuk memiliki dan menentukan barang atau perkhidmatan yang diperlukan berdasarkan keperluan, kemahuan dan kemampuan kita termasuk makanan, pakaian, tempat kediaman, pendidikan dan kesihatan.
Hak Membuat Pilihan
Hak mendapatkan maklumat yang benar, nilai yang baik, kualiti yang berpatutan bagi barangan atau perkhidmatan tersebut. Kita sentiasa perlu berhati-hati semasa membuat pilihan.
Lakukan urusniaga di tempat yang menawarkan produk dan kualiti barangan yang diakui, walaupun tak semestinya di tempat yang gah.
Hak Untuk Mendapat Gantirugi
Adalah menjadi hak kita untuk mendapatkan gantirugi sekiranya berlaku kecacatan pada produk atau perkhidmatan yang diberikan. Jika ia menimbulkan kerumitan maka kita berhak untuk tampil secara bertulis atau mengadu kepada pihak berkuasa.
Hak Untuk Mendapat Maklumat.
Dengan hak sebegini, kita dapat melindungi diri daripada penipuan dan penyelewengan sebagai alternatif kepada kita sebagai pengguna untuk membuat pilihan. Dengan mengetahui hak ini, kita mempunyai akses untuk berfikir secara matang sebelum berbelanja.
Hak Untuk Mendapat Barangan dan Perkhidmatan Selamat
Antara langkah yang boleh dipraktiskan ialah;
Hak Untuk Menyuarakan Pendapat
Hak untuk bersuara sebagai pengguna sama ada melalui individu ataupun saluran sah seperti Persatuan Pengguna
Hak Untuk Mendapatkan Pendidikan Pengguna
Ini adalah inisiatif anda sendiri sebagai perlindungan kendiri tetapi tiada siapa boleh mengatakan tidak jika anda ingin menyertai bengkel-bengkel membabitkan seminar kepenggunaan, pameran, membaca majalah atau terbabit secara langsung di dalam aktiviti kepenggunaan.
Hak Untuk hidup Dalam Alam Sekitar yang Menjaminkan Kesihatan
Pengguna atau kita berhak untuk memberi sokongan kepada apa juga aktiviti pemuliharaan alam sekitar sama ada di peringkat individu ataupun masyarakat.
Maklumat diperolehi daripada risalah 'Hak-Hak Pengguna, Ketahui Hak Anda' oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

- beli barangan kesihatan di farmasi yang diluluskan.
- patuhi arahan dan langkah keselamatan yang telah disyorkan
- baca dengan teliti label pada produk makanan
- elakkan makanan dalam tin yang kemek dan berkarat
- seboleh-bolehnya beli makanan yang segar tanpa dipengaruhi bahan pengawet
- lapor segera kepada pihak berwajib seandainya wujud kes keracunan makanan atau premis makanan yang kotor
- beli peralatan elektrik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga yang mempunyai tanda ST dalam bentuk label atau cetakan. Juga kedapatan label SIRIM sama ada dalam tulisan 'MS', 'S' atau SIRIM Listed Products.
- Khidmat lepas jualan diberikan beserta guarantee dan warranty apabila anda membeli
Hak Untuk Menyuarakan Pendapat
Hak untuk bersuara sebagai pengguna sama ada melalui individu ataupun saluran sah seperti Persatuan Pengguna
Hak Untuk Mendapatkan Pendidikan Pengguna
Ini adalah inisiatif anda sendiri sebagai perlindungan kendiri tetapi tiada siapa boleh mengatakan tidak jika anda ingin menyertai bengkel-bengkel membabitkan seminar kepenggunaan, pameran, membaca majalah atau terbabit secara langsung di dalam aktiviti kepenggunaan.
Hak Untuk hidup Dalam Alam Sekitar yang Menjaminkan Kesihatan
Pengguna atau kita berhak untuk memberi sokongan kepada apa juga aktiviti pemuliharaan alam sekitar sama ada di peringkat individu ataupun masyarakat.
Maklumat diperolehi daripada risalah 'Hak-Hak Pengguna, Ketahui Hak Anda' oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.
Monday, 28 October 2013
Contoh Folio Sejarah Anis Suraya Maznum
Teks : Monalita Mansor daripada Folio Sejarah Anis Suraya Maznum, pelajar Tingkatan 3 Sek. Men Kebangsaan Puchong Jaya A
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Sebagai ibu tidak dapat tidak merasa bangga dengan keupayaan anak-anak mereka. Tidak terkecuali juga saya, alhamdulillah kemahiran menulis tertumpah sedikit kepada anak gadis sulung yang kini menjadi teman bergurau, Anis Suraya Maznum.
Di bawah saya sertakan contoh folio untuk mata pelajaran Sejarahnya bagi pemarkahan PMR. Tujuan saya mengongsi folio ini adalah sebagai rujukan dan semooga ilmu yang dicurahkan di dalam kertas kerja tersebut dapat dikongsi juga dengan orang lain.
OBJEKTIF
KAJIAN
Kajian
ini dilakukan untuk memenuhi tuntutan matapelajaran Sejarah bagi pemarkahan
PMR. Folio ini menyumbang 40 peratus daripada keseluruhan kertas ujian ini.
Tajuk bidan kampung dipilih atas dasar skop aktiviti yang semakin mengecil. Ia
bagaikan tenggelam dalam arus pemodenan dan terpaksa bersaing hebat dengan
perubatan moden dan juga kaedah perbidanan yang dikomersialkan. Pada dasarnya,
kegiatan ini amat penting untuk kesinambungan generasi kerana bidan adalah
orang yang pertama menyambut kelahiran.
Iktibar dan pengalaman yang saya
dapat peroleh daripada kajian ini ialah kepentingan perkhidmatan ini kepada
masyarakat Melayu dari segi kesihatan dan pemakanan untuk ibu mengandung.
Selain itu, saya juga dapat mengenali herba-herba yang sangat berguna untuk
kesihatan. Saya juga berpeluang mengungkap rahsia-rahsia orang lama dalam
mempunyai kesihatan yang baik dan tubuh yang bertenaga walaupun sudah berusia.
KAEDAH
KAJIAN
Saya
menggunakan tiga kaedah sepanjang kajian ini dijalankan. Kaedah-kaedah ini
membenarkan saya memperoleh informasi yang benar dan apa yang diperlukan
sepanjang kajian ini.
1. KAEDAH
TEMURAMAH
Saya
telah menemuramah Puan Zaiton Ahmad, 68 untuk mendapatkan maklumat tentang
bidan kampung serta informasi tentang herba-herba dan akar kayu yang menjadi bahan
utama dalam kegiatan ekonomi bidan kampung ini.
2. KAEDAH
RUJUKAN DI INTERNET
Saya
menggunakan sumber Internet sebagai alternatif mencari bahan kajian yang
diperlukan. Melalui laman web yang tertera di bawah, saya memperoleh informasi
yang diperlukan.
3. KAEDAH
PENYELIDIKAN DI PERPUSTAKAAN
Saya
telah merujuk beberapa buah buku yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi
tradisional bidan kampung dan herba-herba di Perbadanan Perpustakaan Awam
Selangor, cawangan Taman Medan yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal
saya. Berdasarkan pembacaan, saya dapat mengenal pasti herba-herba atau
tumbuhan hijau yang boleh dan tidak boleh digunakan dalam rawatan tradisional.
4. KAEDAH
MELAWAT TEMPAT KAJIAN
Saya
telah meluangkan masa di kediaman Puan Zaiton Ahmad untuk menemu ramah beliau
bagi mendapatkan maklumat pada 17.3.2013, lebih kurang pada pukul empat petang.
Selain itu, saya juga berpeluang melihat kebun kecil Puan Zaiton yang ditanam
herba dan tanaman hijau lain.
HASIL
KAJIAN
1. MAKLUMAT ASAS
1.1 Nama/jenis kegiatan
ekonomi
Kegiatan
ekonomi yang saya kaji ialah perkhidmatan bidan kampung yang dijalankan oleh
Puan Zaiton binti Ahmad.
1.2 Sejarah/asal usul
kegiatan ekonomi
Kegiatan
ekonomi tradisional bidan kampung telah dikenal pasti sejak zaman purba. Ia
berpaksikan penceritaan lisan oleh pawang Ana, penglipurlara Melayu. Bidan
ialah wanita yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kesihatan wanita yang
mengandung dan bersalin. Mereka memiliki ilmu yang tinggi dalam tumbuh-tumbuhan
herba. Ianya boleh dibuktikan
dalam pengkisahan, Tuan Puteri Si Helang Bakau yang hamil tujuh bulan.
Ayahandanya, Tuanku Si Helang Laut telah mentitahkan hambanya, Bujang Selamat
menjemput bidan tujuh beradik untuk melangsungkan acara melenggang perut.
Menurut pengkisahan tersebut,
kedudukan bidan sangat tinggi sehinggakan proses menjemputnya sangat beradab.
Seperti yang digambarkan di dalam pantun di bawah;
‘tepak jorong, tepak
Mengkasar
Kain cindai panjang
berambu
Untuk
diisi;
Sirih yang bergagang
emas,
Pinang susun dibelah
empat
Kapur berlecet dengan
air mawar,
Tembakau bernama
ranting berjela.
Berdasarkan
pengkisahan didalam pantun tersebut, nyatalah bidan menduduki kedudukan yang
tinggi di mata orang Melayu.
1.3 Lokasi/tempat kajian
Lokasi
yang menjadi tempat kajian saya ialah M-G-22, Blok M, Pangsapuri Petaling
Perdana, Jalan PJS1/21, Taman Petaling Utama, 46500, Petaling Jaya, Selangor
Darul Ehsan yang merupakan tempat tinggal Puan Zaiton Ahmad.
1.4
Pihak yang mengusahakan/individu/
kelompok masyarakat yang mengusahakan
Individu yang mengusahakan kegiatan
ekonomi ini ialah Puan Zaiton Ahmad, 68.
Beliau berasal dari Sungai Besar, Selangor.
2. LATAR
BELAKANG
2.1
Tujuan dijalankan
Tujuan
Puan Zaiton Ahmad menjalankan profesion ini ialah kerana beliau merasakan ia
masih relevan kerana industri kesihatan wanita menawarkan alternatif yang
pelbagai, salah satunya kaedah rawatan tradisional.
2.2
Proses/cara pelaksanaan
Beliau
mengurut selepas pukul sepuluh pagi, ini memandangkan beliau seorang suri
rumah. Pada waktu malam pula, sesi rawatan dijalankan selepas isyak kerana
beliau sering berjemaah di masjid. Terdapat pengecualian kepada ibu bersalin,
kebiasaannya dia akan datang sendiri. Untuk perkhidmatan untuk wanita lepas
bersalin pula, beliau akan mengurut selama tiga hari berturut-turut.
Dalam
tiga hari tersebut, dia akan memandikan ibu itu dengan air herba, menungku,
mengurut, memakaikan bengkung dan memandikan bayi. Jika urutan biasa, dia akan
meminta garam jantan ( garam kasar yang besar ) dan duit syiling lima sen
sebagai pengeras.
Beliau tidak menetapkan tempoh,
ianya terpulang kepada keadaan kesihatan pesakit. Beliau juga mengurut atas
permintaan pesakit. Ada keadaan, beliau akan menjampikan air untuk pesakit.
2.3
Peralatan/kaedah yang digunakan
Peralatan yang digunakan untuk
rawatan ialah minyak bayi, minyak panas atau minyak kelapa. Selain itu juga,
beliau menggunakan tumbuhan herba dan air mineral/air suam/air putih sebagai
bahan sampingan.
2.4 Kos
pengendalian
Dalam harga RM20.00, beliau boleh
membeli segala peralatan seperti akar kayu dan herba untuk rawatan kegunaan
pesakit. Ia juga merupakan hasil penuh
daripada duit rawatan yang diterimanya.
3. SUMBANGAN/PENGARUH
KEPADA KELUARGA ATAU MASYARAKAT
3.1
Sumber Pendapatan
Kegiatan
ini ialah sumber pendapatan utama kepada Puan Zaiton. Ini kerana Puan Zaiton
tidak bekerja dan merupakan seorang suri rumah.
3.2
Penerusan Tradisi
Beliau
meneruskan tradisi mengurut yang diwarisi daripada keluarganya. Sebelum ini,
ibu Puan Zaiton juga seorang bidan.
3.3
Memenuhi Permintaan.
Permintaan
mengurut biasanya diminta daripada ibu bersalin.
3.4 Identiti Keluarga/Kawasan
Pekerjaan
mengurut ini merupakan identiti bagi keluarga Puan Zaiton memandangkan dia
mengurut sejak muda lagi.
4.Prospek
4.1 Cabaran
atau kekangan yang dihadapi
Antara
cabaran yang dihadapi oleh Puan Zaiton sepanjang menjalankan kegiatan ini
pembinaan banyak spa yang menawarkan urutan. Selain itu, terdapat banyak pakej
rawatan selepas bersalin secara professional telah diperkenalkan. Kaedah
perubatan moden juga sedikit sebanyak menggugat Puan Zaiton dalam menawarkan
perkhidmatannya.
Selanjutnya, sesetengah pelanggan
mengenakan bayaran yang tidak setimpal dengan dengan khidmat yang dilakukan. Walaupun
Puan Zaiton tidak mengenakan sebarang bayaran, tetapi bagi menghargai segala
usaha yang dilakukan Puan Zaiton dalam menyembuhkan penyakit mereka, sepatutnya
dihulur beberapa ringgit sebagai tanda menghargai.
Di samping itu, terdapat juga
gangguan-gangguan mistik yang dialami oleh Puan Zaiton. Sebagai bidan kampung yang
terlibat dengan masalah sakit puan, gangguan mistik tidak dapat dielakkan.
Hanya doa-doa yang dapat diamalkan untuk melindungi diri sendiri daripada
gangguan sebegini.
Akhir sekali, cabaran yang dihadapi
oleh Puan Zaiton ialah pandangan serong masyarakat terhadap bidang ini
lebih-lebih lagi daripada generasi muda. Kebanyakan generasi muda tidak
meyakini kebolehan bidan kampung dalam merawat sakit puan. Ini menyebabkan Puan
Zaiton kurang menerima pesakit daripada golongan muda.
4.3 Penglibatan
pihak luar/ galakan pihak kerajaan atau swasta
Tiada.
4.4 Reaksi/penerimaan
masyarakat
Perkhidmatan
bidan kampung sentiasa menerima sambutan kerana sentiasa ada ibu yang
melahirkan. Ramai juga wanita moden yang
memerlukan kaedah rawatan tradisional seperti berurut di samping berkongsi
petua tentang pelbagai perkara berkaitan penjagaan dalaman wanita.
4.5 Saranan
dan harapan
Saya
berharap Puan Zaiton dapat menurunkan ilmu kepada generasi muda. Setakat ini
segala petua dan amalan hanya diturunkan secara lisan dan tidak pernah
dibukukan. Amatlah malang sekali jika segala amalan dan petua itu tidak dapat
didokumentasikan atau diturunkan kepada generasi yang akan datang.
Selain itu, saya juga berharap agar
generasi muda lebih terbuka fikiran dalam perkhidmatan atau perkara berkaitan
tradisi bangsa. Ini membuka peluang anak muda mengenali asal usul bangsa dan
perkhidmatan tradisional, dan mengukuhkan jati diri
RUMUSAN
Kesimpulannya,
kajian terhadap perkhidmatan perbidanan tradisional banyak memberi pengajaran
kepada saya. Saya dapat mempelajari
beberapa perkara baru mengenai tumbuh-tumbuhan herba tradisional yang mempunyai
manfaat besar dari segi kesihatan dan setanding dengan produk luar negara. Perkhidmatan perbidanan tradisional ini ialah
antara salah satu identiti masyarakat Melayu.
Sebagai pewaris bangsa menjadi tanggungjawab saya untuk mengambil tahu
dan berbangga dengan apa yang diperturunkan oleh generasi sebelum saya.
Dari segi pemerkasaan bangsa secara tuntasnya,
pengekalan tradisi perbidanan tradisional buat kaum wanita bukan sahaja memberi
kebaikan daripada aspek kesihatan, kebahagiaan keluarga dan anak-anak, malah ia
menjangkau lebih jauh daripada itu.
Kesejahteraan keluarga adalah elemen utama dalam pembentukan keluarga
harmoni. Keluarga yang utuh ikatan
kekeluargaannya dapat mengekang segala unsur kebejatan sosial seperti buang
bayi, gejala merempit, LGBT, dan sebagainya.
RUJUKAN
Internet
Bidan –
Wikipedia Bahasa Melayu
Melawat tempat
kajian
M-G-22, BLOK M,
Pangsapuri
Petaling Perdana,Jln PJS 1/21
Taman Petaling Utama 45600,
Petaling Jaya,
Selangor.
Orang Sumber
Puan Zaiton
binti Ahmad
M-G-22, BLOK M,
Pangsapuri
Petaling Perdana,Jln PJS 1/21
Taman Petaling Utama 45600,
Petaling Jaya,
Selangor.
Kelas asas blog dan penulisan
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
Mula sekarang sebelum terlambat.
Subscribe to:
Posts (Atom)