Saturday 31 May 2014

Macam-Macam Ada 1 - 101 Kesalahan Remeh Penulis Selalu Lakukan

Teks : Monalita Mansor
Gambar : blog Tetamu Istimewa (carian Google)

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Untuk entri MMA, saya berusaha sedaya upaya mengumpulkan seberapa banyak kesalahan yang saya temui dilakukan oleh penulis sebagai panduan.

1.Penggunaan Tanda Baca – Manfaatkan penggunaan tanda baca sepenuhnya.

 (.) untuk berhenti

 (,) untuk jeda (berhenti sekejap),

(?) soalan,

(!) seruan,
 (…) jeda dalam dialog, seeloknya jangan gunakan di dalam naratif
di hujung katilku..Mira yang tersenyum dan tersengeh macam orang tak betul

 (“    “) dialog,

(‘  ‘) monolog atau kata-kata dalam dialog.


Contoh: 
(')Abang... (,) kenapa jadi begini.(?)(') Aku menangis lagi. (')Ya Allah! Aku berlindung kepada(-)Mu daripada duka dan kesusahan, kelemahan dan kemalasan dan daripada ketakutan dan kebakhilan dan daripada kesulitan-kesulitan yang ditimbulkan oleh hutang juga dari(pada) penindasan orang. Ya Allah! Kau selamatkanlah suamiku tak kira di mana dia berada.(') Mohonku.



Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269



Friday 30 May 2014

Anak Itu Rezeki - Contoh Proses Awal Menulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Meskipun ini sekadar catatan autobiografi pemilik blog, anda yang ingin menjadi penulis sila ambil perhatian. Inilah sebenarnya proses awal menulis. Tulis apa yang dekat dengan diri anda. Tulis seperti anda menulis di dalam diari. Tulis luahan perasaan anda dengan sepenuh jiwa. Tulislah dengan bahasa yang anda biasa. Ini permulaan.

Selepas kehadiran anak itu dalam kehidupan suami isteri yang selama ini dibelenggu pelbagai dugaan hidup, rezeki mereka semakin terbuka. Berkat berulang-alik bekerja dari Temerloh ke Kem Batu 5 Mentakab menggunakan lambreta, si ayahanda berjaya membeli sebidang tanah di kampung bersebelahan kem tersebut.

Kampung tersebut diberi nama kampung baru kerana diteroka oleh para pekerja awam yang bekerja di Kem batu 5 ini yang datang dari serata ceruk Malaysia. 1976, mereka berpindah ke kampung tersebut dan ingatan anak itu mulai menguat melayah ke masa lalunya.

BERSAMBUNG.

Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269



Thursday 29 May 2014

Pemasyhuran Raja Nazrin Shah sebagai Sultan Perak yang ke 35 pada 29 Mei 2014

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Catatan ini sengaja saya tulis mengambil sempena sebuah majlis yang jarang-jarang disaksikan oleh kita sebagai rakyat jelata. Ia juga sebuah lagi catatan sejarah buat Malaysia dan negeri Perak khususnya kerana sistem penggiliran beraja di Negeri Perak agak berbeza dengan negeri lain. 

Pada jam 3.16 petang - mengikut waktu pada notebook ini, Raja Nazrin Shah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak  yang ke-35 dengan gelaran Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Serentak dengan ciuman Sultan Perak yang baharu pada keranda Di Raja, tembakan meriam sebanyak 86 das telah dilepaskan sebagai penghormatan terakhir. 

Seraja Di Raja adalah pedati khas yang akan menandu jenazah Sultan menuju ke Makam Di Raja berhampiran Masjid Ubbudiah. 


Sedikit mengenai Raja Nazrin Shah:


Baginda dilahirkan di Pulau Pinang pada 27 November 1956 dan putera sulung kepada almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun binti Mohd Ali.

Putera raja yang berkahwin dengan Tuanku Zara Salim  Davidson pada 2007 ini berkelulusan Masters in Public Administration daripada Kennedy School of Government, Harvard dan Ph.D in Political Economy and Goverment daripada Harvard University. 
Daripada perkahwinannya dengan Tuanku Zara, baginda berdua telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu  Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya Syah. 

Daulat Tuanku.

Macam-Macam Ada 3 : 101 Kesalahan Remeh Yang Dilakukan oleh Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Satu hal yang saya temui di dalam karya yang lemah ialah tiada PERWATAKAN. Perwatakan bermaksud ciri-ciri fizikal dan non-fizikal (pemikiran, hobi, mentaliti, pandangan, pendirian, prinsip) yang ada pada watak. Walaupun tak semestinya semua ciri tu kita masukkan dalam karya kita. Penting kita kenal watak kita. 

Gunakan gantinama yang memang banyak di dalam tatabahasa Bahasa Melayu.

Draf dahulu di atas kertas kosong. Senaraikan perwatakannya. 

Elakkan lang yang itu juga. Jadilah pembaca membaca buku teks.

Contoh :
Gelisah Mira(1) tidak menentu. Sekilas terdengar salam diberi dari luar, melulu Mira(2) keluar dari biliknya. Melihat adiknya Zaki, kelam kabut Mira(3) ke bilik dan mencapai tudung bawalnya dan mengenakan ke kepalanya. Bergegas Mira(4) mengayuh basikalnya agar dapat bertemu Intan.

“Intan, Intan!” laung Mira.(5)

Di dalam perenggan ini, anda diperkenalkan dengan 5 orang Mira tapi anda tak tahu siapa. Jadi di situlah letaknya PERWATAKAN. Perhatikan apabila sudah ditambah perwatakan dan gantinama. 

Gelisah dirinya (1)tidak menentu. Sekilas terdengar salam diberi dari luar, melulu dia (2)keluar dari biliknya. Melihat adiknya Zaki, kelam kabut gadis berusia lapan belas tahun itu (3) ke bilik dan mencapai tudung bawalnya dan mengenakan ke kepalanya. Bergegas kaki panjangnya (4) mengayuh basikal agar dapat bertemu Intan.
“Intan, Intan!” laung Mira.(5)

Bezakan.



Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269

Wednesday 28 May 2014

Seri Cahaya Online - Penaja Hadiah Kuiz Pra-Terbitan Novel 'Mentua Aku Shogun Tokugawa;

 alamat butik : http://www.sericahaya.com/
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Seri Cahaya Online dan Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Seri Cahaya Online di bawah nama Seri Cahaya Trading Resources telah didaftarkan pada Mei 2007 dan beroperasi sepenuhnya secara online. Seri Cahaya Online adalah butik tudung labuh yang menyediakan pelbagai variasi pilihan tudung yang praktikal dan sesuai untuk dipakai sebagai tudung harian dan boleh digunakan untuk bersolat.
salah satu tudung daripada koleksi Seri Cahaya kepunyaan saya

Seri Cahaya Online memastikan stok yang dipesan anda sampai keesokan harinya sebaik sahaja anda mengesahkan pembayaran sebab mereka memang mempunyai stok sedia ada. Saya selesa berurusan dengan Seri Cahaya, selain daripada penghantaran yang segera, stok-stok tudung Seri Cahaya menepati keperluan saya sebagai penggemar tudung labuh mengikut syariat.

Di atas kerjasama ini, Seri Cahaya Online bermurah hati menaja tiga helai tudung dan dua helai inner-neck untuk para pemenang Kuiz Pra-Terbitan Novel Mentua Aku Shogun Tokugawa. Soalan-soalan sudah dinaikkan di grup Kafe CMV dan grup NiN.

*********************************************************************************

Versi Cinta NiN adalah novelet yang bakal diterbitkan hasil garapan protege dan alumni Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. Mereka ialah Nur Dila Mahauddin, Nur Hidah Halun dan Intan Haji Daud. Kesepakatan diperoleh mereka setelah bersama di dalam kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.

Ingin turut serta?

Hubungi
Facebook ; Monalita Mansor
emel         : monalitamansor@gmail.com
SMS        : 011-19737269
Versi Cinta NiN



Tuesday 27 May 2014

Kajian Pengistilahan

Pengenalan
Pengistilahan adalah sub-elemen semantik dalam wacana linguistik Bahasa Melayu.  Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan istilah sebagai perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang (konteks) ilmu pengetahuan.   Prinsip pengistilahan terdiri daripada beberapa struktur iaitu konsep, sifat, ciri, perhubungan konsep, sistem konsep, definisi, penjelasan, syarat pendefinasian, istilah dan hubungan konsep dan istilah.
Manakala tatacara pembentukan istilah pula adalah berasaskan beberapa dasar-dasar berikut;  
a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan 
b)Kata dalam bahasa Melayu yang tidak lazim digunakan 
c)Kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan 
d)Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim digunakan 
e)Kata dalam bahasa Inggeris (kata pinjaman)

Aula Kajian
Kajian ini akan memperincikan penggunaan sumber-sumber pengistilahan berasaskan tiga perkara pokok berikut;
a    a)Kosa kata umum Bahasa Melayu
b    b) Kosa kata umum bahasa serumpun
      c)Kosa kata Bahasa asing

Wahana Kajian
Analisis akan dilakukan terhadap artikel yang bertajuk “Penghapusan Etnik Ancaman Terhadap Bahasa” tulisan Nazri Hussein di dalam Darihal Bahasa, majalah Dewan Bahasa April 2013.




1.0.Kosa Kata Umum Bahasa Melayu
Kosa kata umum bahasa Melayu mencakupi mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu termasuk kata bersumberkan dialek kawasan atau bahasa lama yang memenuhi syarat-syarat berikut. 
1.0.1    Makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan oleh kata berkenaan adalah tepat.
1.0.2    Kata yang dipilih adalah yang tersingkat dan mudah diingat serta digunakan sebagai contoh;  “tetuang udara” atau “radio”, dipilih “radio”. 
1.0.3    Tidak mempunyai konotasi buruk seperti lucah atau kotor, mahupun sebutan sumbang.

Berikut diperturunkan lima contoh kosa kata umum bahasa melayu yang ditemui di dalam artikel tersebut. 
1.1 Manusia
Bermula dari zaman prasejarah dan diikuti dengan era ketamadunan manusia hingga munculnya dunia alaf baru yang serba-serbinya bersumberkan kecanggihan komunikasi serta teknologi moden, isu kepupusan bahasa angkara peperangan yang membunuh ribuan manusia yang menjadi penuturnya terus didebatkan oleh banyak pihak, khususnya dalam kalangan aktivitis bahasa dan budaya di seluruh dunia.
Kosa kata umum yang ditemui di sini ialah manusia yang tidak merujuk kepada makna khusus. 

1.2. Bahasa
Siri peperangan yang melibatkan etnik dan kaum majoriti yang kuat dan gagah terhadap suku etnik minoriti yang lemah di kebanyakan wilayah dunia semenjak dahulu lagi merupakan perkara lumrah yang membawa kepada hilangnya bahasa, peradaban, dan tamadun bangsa tersebut. 
Kosa kata umum yang dikesan di sini ialah bahasa.  Di dalam ayat ini ia tidak menggambarkan mana-mana bahasa secara spesifik.  Hanya secara umum menerangkan tentang akibat peperangan terhadap bahasa.

1.3.Kaum
Pembunuhan beramai-ramai angkara peperangan merupakan tragedi kemanusiaan yang paling dahsyat yang boleh membawa kepada penghapusan etnik atau kaum dalam sesebuah negara.
Kosa kata umum di dalam ayat ini ialah kaum.  Ia tidak memperincikan kaum yang dihapuskan di dalam ayat ini.

1.4.Peperangan
Angkara kekejaman, penindasan fizikal, peperangan serta pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik minoriti menyebabkan bahasa peribumi di negara kuasa dunia ini lenyap sebagaimana juga lenyapnya budaya, adat resam, cara berpakaian, dan gaya hidup golongan peribumi ini yang dipaparkan dalam drama koboi di televisyen.
Peperangan di dalam ayat ini tidak merujuk kepada mana-mana peperangan yang khas, tetapi ia menepati makna di dalam keseluruhan ayat. 

1.5.Zaman
Jika penindasan dan penganiayaan ini terus berleluasa tanpa disekat, dikhuatiri bangsa Rohingya di bumi Myanmar akan lenyap dan berakhir bersama-sama lenyapnya budaya hidup dan bahasa pertuturan yang dipusakai sejak zaman berzaman.
Perkataan zaman di dalam ayat di atas sebagai menerangkan makna umum untuk masa.


2. Kosa Kata Bahasa Serumpun
Sumber istilah seterusnya ialah kosa kata serumpun.  Prakarsa terhadap kosa kata bahasa serumpun dilakukan apabila sudah sehabis daya dilakukan untuk mencari makna yang tepat konteks dan konsepnya di dalam kosa kata bahasa Melayu umum.
Di dalam artikel ini, hanya ditemui 4 contoh kosa kata serumpun yang telah digunakan iaitu

2.1. Lumrah
Siri peperangan yang melibatkan etnik dan kaum majoriti yang kuat dan gagah terhadap suku etnik minoriti yang kuat dan gagah terhadap suku etnik minoriti yang lemah di kebanyakan wilayah dunia semenjak dahulu lagi merupakan perkara lumrah yang membawa kepada hilangnya bahasa, peradaban, dan tamadun bangsa tersebut.
Frasa lumrah dicerakin daripada bahasa Jawa yang bermaksud lazim atau biasa. 

2.2.Kuno
Hari ini, bahasa Yunani kuno sudah lenyap dan berkubur.
Kuno juga berasal daripada perkataan bahasa serumpun dari pada bahasa Jawa yang bermaksud terlalu tua atau lama.

2.3.Pesisir
Hal ini berlaku semasa era penjajahan oleh golongan Eropah pada abad ke-17 sebaik-baik sahaja Columbus mendaratkan kapalnya di pesisir pantai negara tersebut. 
Pesisir dicerap daripada bahasa Jawa yang menerangkan keadaan pantai yang datar dan berpasir

2.4.Lestari
Sebagai pencinta bahasa Melayu, kita sewajarnya bersedia untuk berhadapan dengan era “langit terbuka” serta maklumat tanpa sempadan yang boleh mengancam kelestarian bahasa kita dalam arus dunia yang serba maju dan canggih ini.
Kelestarian dipetik daripada kata dasar lestari selepas pengimbuhan.  Lestari membawa makna leksikal  tidak berubah-ubah atau kekal yang berasal daripada bahasa Indonesia dialek Jakarta.

3. Kosa Kata Bahasa Asing
Pengambilan istilah kosa kata bahasa asing hanya berlaku apabila diyakini tiada frasa atau perkataan yang dapat memberikan makna yang tepat mengikut konteks penggunaan, situasi, definisi dan prinsip-prinsip pengistilahan lainnya.   Penggunaan istilah ini hendaklah mengutamakan ejaan di dalam bahasa sumber tetapi penyebutannya di dalam bahasa Melayu setelah disesuaikan.   Untuk keseragaman, bahasa yang paling internasional iaitu bahasa Inggeris digunakan sebagai rujukan melainkan perkataan berkenaan tidak mempunyai istilah di dalam bahasa tersebut.
Istilah asing boleh diserapkan berdasarkan ruas-ruas alasan berikut
3.1 Sesuai maknanya
3.2. Lebih singkat daripada terjemahannya di dalam bahasa Melayu
3.3. Memudahkan penyelarasan sistem makna apabila bahasa Melayu mempunyai terlalu banyak
      kesamaan makna



Di dalam artikel pilihan ini terdapat banyak sekali kosa kata bahasa asing yang ditemui sama ada daripada Bahasa Inggeris, Sanskrit  ataupun Bahasa Arab.  Bagaimanapun, hanya lima contoh diperturunkan di sini. 

3.4 Etnik dan situasi
Di Amerika Syarikat, bahasa Navajo yang merupakan bahasa pengantar suku etnik asli, Red Indian, iaitu penduduk peribumi tanah “Uncle Sam” itu juga menghadapi situasi yang sama.
Dua perkataan daripada kosa kata bahasa asing ditemui di dalam ayat di atas iaitu etnik yang dipinjam daripada perkataan “ethnic”, yang bermaksud ‘yang berkaitan dengan sesuatu bangsa atau kaum di dalam satu sistem atau kumpulan masyarakat yang lebih besar’.  Satu perkataan lagi ialah situasi yang diserap daripada perkataan “situation” yang bermaksud letak duduk satu perkara, hal atau keadaan sesuatu perkara

3.5.Prasejarah
Dengan sejumlah lebih 20 ribu bahasa yang pernah dipertuturkan oleh manusia semenjak dari zaman prasejarah lagi telah lenyap dan berakhir, apakah kita mahu melihat banyak lagi bahasa yang wujud pada hari ini turut menjadi mangsa disebabkan kerakusan manusia untuk berperang demi kuasa dan kepentingan diri?
Perkataan prasejarah membawa maksud zaman-zaman sebelum sejarah.  Perkataan pra berasal daripada bahasa Sanskrit. Ia digunakan kerana lebih bersesuaian daripada menggunakan kosa kata umum bahasa melayu umum yang panjang seperti ‘zaman sebelum sejarah’




3.6.Imperialisme
Hal ini bukan perkara mustahil memandangkan penindasan dan penaganiayaaan terus berleluasa terhadap golongan yang lemah oleh kuasa besar yang ingin terus memperluas imperialisme penaklukan wilayah dan negara
Imperialisme membawa maksud dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain.  Istilah ini dipinjam atas dasar ia lebih singkat daripada terjemahannya di dalam Bahasa Melayu.  Perkataan ini diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris “imperialism” yang diubah unsur yang perlu dan ejaan asal masih dapat dikesan dalam sebutannya dengan menambah ‘e’ di akhir perktaan. 

3.7. Lafaz
Bahasa yang dipertuturkan bukan hanya sekadar lafaz dan ungkapan di hujung lidah. 
Frasa lafaz berasal daripada kosa kata bahasa asing iaitu Bahasa Arab yang bermaksud bunyi perkataan yang disebut atau diucap dengan baik.  Sebutan atau ucapan yang baik.  Ia menjadi tidak sesuai pada ayat di atas jika berbunyi “Bahasa yang dipertuturkan bukan hanya sekadar sebutan atau ucapan yang baik dan ungkapan di hujung lidah.” Ayat tersebut akan kelihatan canggung, walhal ada satu perkataan yang sesuai untuk menggantikan erti tersebut iaitu lafaz. 

Kesimpulan
Daripada analisis dapatlah disimpulkan bahawa peratus penggunaan kosa kata bahasa asing sangat terlihat nyata dibandingkan penggunaan kosa kata bahasa serumpun.  Boleh dikatakan ia mendapat peratusan yang sama iaitu 100% seperti kosa kata umum Bahasa Melayu daripada 5 contoh berbanding 90% untuk kosa kata bahasa serumpun (4 contoh yang ditemui di dalam petikan)


Ini mungkin disebabkan oleh faktor kelaziman atau faktor-faktor yang berasaskan prinsip pengistilahan yang dinyatakan seperti kesesuaian konsep, sifat, sistem konsep dan definisi dan sebagainya. 
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat kaya dan unik di mana ia boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana bahasa di dunia melalui kaedah penyesuaian ejaan dan penterjemahan.  Pengistilahan adalah sebahagian daripada proses pengayaan semantikc yang memperkayakan lagi leksikon bahasa melayu untuk terus bergerak sebagai bahasa antarabangsa, satu waktu nanti.           

Bibiliografi
Penghapusan Etnik Ancaman Terhadap Bahasa, Nazri Hussein, Darihal Bahasa daripada majalah Dewan Bahasa April 2013
Pengistilahan, 30 September 2013, Adi Yasran diperolehi September 30, 2013  daripada www.vodppl.upm.my/...BBM3401PJJ21011.ppt
Kosa kata bahasa asing,  24 September 2013, Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu Bahagian 1 – Sanskrit diperoleh pada September 30, 2013 daripada www. facebook.com/mohamednaim.daipi

Kamus Dewan Edisi Pertama Cetakan Kedua dalam Ejaan Baru Dengan Pindaan Dan Tambahan


Abdullah Foods Trading - Penaja Hadiah Kuiz Pra-Terbit novel Mentua Aku Shogun Tokugawa

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Abdullah Foods dan Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah

Abdullah Foods Trading, sebuah lagi syarikat bumiputera milik alumni Akademi Bekerja di Rumah. Siti Nurulhusna. Serba sedikit mengenai latar diri pemilik syarikat yang semakin berkembang ini saya 'skodeng' daripada blog beliau Idea Jimat Masa


Hidup diteruskan, sewaktu bergelar penjawat awam, saya banyak termenung dan memikir apa hala tuju saya kerana bila diimbas kembali sewaktu saya sembilan tahun, pernah saya berdoa kepadaNya, Ya Allah, aku akan dapatkan ijazah dan mesti keluar universiti dengan paling kurang bergaji RM5000 sebulan. Kalau boleh, aku nak jadi bos (Fikiran berbaur duniawi budak Darjah Tiga). Pun begitu, hidup diteruskan hingga terjumpa seorang kakak yang mengenalkan saya dunia Multi Level Marketing sewaktu Kursus Induksi di Pulau Langkawi pada tahun 2008. Hidup menjadi semakin rancak dan bersemangat, Alhamdulillah rezeki berlipat kali ganda setimpal dengan apa yang saya korbankan sewaktu itu. Dapatlah saya meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti apa yang diimpikan sewaktu di universiti. Maka berdaftarlah saya dengan Universiti Sains Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Sains (Botani) dan mengendalikan pelajar ke kerja lapangan, menanda tugasan dan mengawas peperiksaan adalah antara tugas saya sebagai Fellow pada masa itu. Pagi ke USM, tengahari ke sekolah, malam berbisnes. Sangat seronok dan saya rasa diri saya tersangat gila kerja.

Jika anda menelusuri blog beliau, blognya agak istimewa kerana selain menghasilkan produk-produk seperti serunding, agar-agar kering, acar dan sambal tempe, beliau juga menganjurkan kelas-kelas jangka pendek untuk menghasilkan produk-produk tersebut.



Untuk kuiz pra-terbit novel Mentua AKu Shogun Tokugawa, nantikan produk misteri tajaan Abdullah Food yang akan diterima oleh anda. Sebab saya pun tak tahu.

Di facebook, tempahan boleh dilakukan terus melalui page Abdullah Foods

****************************************
Intan Haji Daud, alumni kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif sudah pun menempa nama dalam bidang penghasilan cerpen apabila cerpennya berjudul Cik Sitam Blogger telah tersiar di majalah Mingguan Wanita manakala cerpen berjudul Goyah telah tersiar di majalah Wadah Siswa. 



Nurhidah Halun dan Intan Haji Daud, alumni dan Nur Dila protege sedang dalam rangka usaha menyiapkan novelet pertama mereka yang berjudul Versi Cinta NiN. Semuanya itu mereka perolehi di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.

Ingin menyertai mereka, 
boleh menghubungi

facebook : Monalita Mansor
emel        : monalitamansor@gmail.com
SMS        : 011-19737269

Monday 26 May 2014

Mentua Aku Shogun Tokugawa - 4

Baca untuk pastikan anda memenangi satu daripada hadiah-hadiah untuk Kuiz Pra-terbit Novel Mentua Aku Shogun Tokugawa. 
nantikan pengumumannya. 


B
AB EMPAT (4)












AWAK tahu betapa sayangnya saya pada awak kan?”



Dia melihat sepasang jemari berada erat di dalam genggaman Aizat namun kelihatannya bagaikan dalam bebayang. Genggaman itu seakan mengisi ruang tetapi tidak terasakan. Mata Aizat yang sedikit sepet merayu berada dalam pandangan. Menyalur debar asmara tak bertepian di dalam dada.


Sayang.saya tak sanggup kehilangan awak. Lepas kita kahwin, saya nak bawa awak jauh dari sini. Saya nak awak selalu ada di depan mata saya. Tapi saya nak dengar pengakuan dari mulut awak dulu…boleh? Suara Aizat didengarnya lembut di pendengaran. Dia melihat dagunya disentuh tetapi sentuhan itu bolos. Pandangan Nayla berkaca. Desir angin petang melagukan irama syahdu bagai mengiringi resah dua hati yang telah terpisah sekian lama. Mentari menyembunyi diri membiarkan suasana damai berlarutan.


Saya…saya tak tahu Aizat.” Nayla mengelak. Tak tahu apa? Wajah Aizat semakin mendekat. Nayla!


Nayla! Selagi mak tak mati, mak tak akan izinkan lelaki seperti Aizat dekat dengan kau. Kau ingat tu!!” suara itu semakin lama semakin memantak sehingga berdesing dan bergaung di telinga. Kemudian ia berbunyi lagi tetapi dihalakan ke arah lain. Arah lain yang semestinya bertentangan dengan Nayla. Ke arah Aizat.


Kau memang tak sedar diri kan? Kau tak nampak ke kau memang tak sepadan dengan anak aku ha? Telunjuk Puan Mariam mengacah-ngacah di muka Aizat.


Mak!



Hidung tak mancung. Pipi tersorong-sorong. Pergi cari cermin. Suluh dulu muka kau sebelum nak berkawan dengan anak aku!


Mak.”



Saya  sayangkan  Nayla  makcik...”  Aizat  cuba  meraih  tangan  Puan  Mariam laksana memohon ampun. Kalau dapat dicium sepasang tangan bakal mentua itu, mahu diciumnya. Wajahnya meruntun kalbu, memohon ehsan seorang ibu membenarkan cinta anak gadisnya dikongsi.


Sayang? Kau siapa ha? Kau ingat aku bela anak aku untuk diberikan pada lelaki tak tahu malu macam kau? Boleh jalan dengan sayang kau! Herdik Puan Mariam dan wajahnya semakin menyinga.


Mak



Apa salah saya makcik? tanya Aizat seraya tertunduk menekur pasir.



Aku tak mahu keturunan aku nanti jadi macam kau!”



Mak!!Jerit Nayla.




Wajah Puan Mariam perlahan-lahan bertukar menjadi singa yang memerah matanya. Mula membuka ngauman pertama yang menggegar maya. Bergegar segala isi leher dan meremang rerambut di sekitarnya. Memberi isyarat yang dia sangat dominan mempertahankan kawasannya. Jeritan terakhirnya melepaskan Nayla dari mimpi ngeri. Nayla tersentap bangun dengan kaki masih terlunjur. Meraup wajah dan melafaz zikir taubat. Sepertiga malam baru menjengah.


Kenapalah dalam mimpi pun mak mesti ada?akhirnya Nayla menggaru-garu hidungnya sendiri. Dia benar-benar cemas kerana menyangkakan mimpi tadi benar. Setelah beberapa kali memandang sekeliling, dia menarik nafas lega. Tetapi, leganya tidak lama mengenangkan hujah-hujah Puan Mariam yang terlontar dan mengiang-ngiang di pendengaran.
Kalaulah Aizat tahu cuma itu alasannya bagaimanakah perasaannya?  Pasti hairan kerana di dalam zaman semoden ini masih ada manusia mempertikaikan paras rupa dan menjadikan ia kriteria teratas dalam piramid kebahagiaan hidup. Lama Nayla merenung potret Aizat yang disembunyi di belakang gambarnya sendiri ketika di rumah dahulu. Diakui, Aizat memang kalah dari segi paras rupa. Misai di atas bibirnya tidak dapat memberi bantu kepada lompong-lompong bekas jerawat di sekitar wajah. Berkaca mata dan  berhidunpesek  dan  ada  kalanya  kelihatan  seperti  juling.  Tetapi  bukan  di  situ letaknya keistimewaan lelaki sebaya dirinya itu.


Puan Mariam menghidu hubungan mereka ketika pesta konvokesyen beberapa tahun dulu.   Awalnya, Nayla mengabaikan sahaja wajah Puan Mariam yang mencuka apabila diajak bergambar bergandingan dengan Aizat.
Sangkanya, wanita suka berdandan itu keletihan kerana perjalanan merentasi lebuhraya yang jauh. Tetapi, hatinya semakin tidak sedap apabila Puan Mariam tidak mahu berenggang dengannya; apatah lagi membiarkan dia berdua-duaan dengan Aizat. Namun tidak pula dia membantah memandangkan dia sudah mengerti benar dengan sikap protektif emaknya itu. Tiada mesra terhambur dalam kata-katanya. Tetapi berlainan kalau teman-teman sekuliah mendekati.  Dia berubah 360 darjah.




Mak, orang dengan Aizat nak jalan-jalan sekejap.” Nayla sudah mula melangkah menuruti langkah Aizat. Bingkas Puan Mariam bangun dari kerusi. Beberapa buah kerusi plastik di bawah khemah tersebut sudah pun lesap ke khemah bersebelahan.


Mak ikut.”



Nayla dan Aizat berpandangan. Dahi Aizat berkerut tetapi graduan terbaik yang mendapat anugerah emas itu tersenyum sahaja.


Mak kan penat.” Nada Nayla sedikit meninggi.



Mak nak ikut.” Nada suara Puan Mariam juga meninggi pada aras yang sama. Tidak mahu dia membiarkan sepasang uda dan dara itu berdua-duaan sahaja ke sana ke mari. Selain daripada menyemakkan matanya akibat suai padan yang dirasakan mencolok mata, dia risaukan Nayla juga.


Nayla… tak apalah kalau mak nak ikut.”  Lembut suara Aizat memujuk. Sambil menggaru-garu pelipis. Sesekali telapak tangan meraup rambut kerintingnya.


Mak? Kau belum kenal siapa emakku lagi, Aizat.’ Nayla ingin menangis. Puan Mariam langsung tidak mahu beralah dan bersedia memalukan dia di depan khalayak yang lalu lalang seandainya kehendaknya tidak dipenuhi. Nurani Nayla menangis mengibarkan panji amarah.


Dah…dah! Pergilah. Jangan bertekak kat sini. Abah jaga barang kau orang.” Encik Nasir meredakan suasana sambil terus menyelak helaian akhbar di tangannya. Tidak juga diangkat mukanya untuk memandang mereka, lebih-lebih lagi Aizat.  Suasana hingar  di  sekelilingnya  tidak  membataskan  tumpuannyaNayla menarik  muka.  Puan Mariam juga menarik muka.  Eloklah tu.  Anak dengan emak sama sahaja.’   Bisik hati Encik Nasir.




Hish! Menyampah.  Menyampah! Awak tak tahu ke saya menyampah? Puan

Mariam mencampakkan beg tangannya ke atas tilam.



Terpuntang-panting beg tangan mahal itu melantun-lantun di atas tilam kelamin itu. Encik Nasir menghidupkan pendingin udara di bilik hotel tiga bintang itu. Malam ini mereka bermalam di sini sebelum bertolak balik.


Yang si Nayla tu pun satu…tersengih-sengih. Tersengih-sengih. Ya Allah, malunysaya  tengokbang. Adu  Puan  Mariam.  Berjeda  sebelum  bertanya  awak dengar tak ni? Kali ini suaranya benar-benar melekap di depan muka Encik Nasir yang sedang menanggalkan kemejanya.  Ketidakselesaan sudah sampai ke hadnya.  Dia ingin segera mandi.


Ya.. saya dengar.  Saya pun menyampah. Tapi saya nak mandi dulu.”



Iiih!   Orang tua ni.” Puan Mariam menenyeh penumbuknya ke tilam. Awak bayangkan rupa cucu kita nanti Eiii! awak tak malu ke orang nanti kata cucu Cik Yam rupa negro? Emaknya cantik. Mesti ikut kulit ayahnyaOrang Asli lagi lawa awak tahu tak.” Puan Mariam bersuara lagi sebaik sahaja Encik Nasir melangkah keluar dari bilik mandi.


Apa kata awak pergi mandi.  Lepas tu solat ke, apa ke, legakan panas hati awak tu,” saran Encik Nasir sambil tercangak-cangak ke siling hotel.


Si Nayla ni dari dulu sampai sekarang, degil. Tak mendengar kata.  Kali ni saya tak kira.  Apa nak jadi, jadilah… eh! awak cari apa ni? bebel lagi Puan Mariam.


Kiblat. Dahlah tu…serabut saya dengar. Pergi mandi tu. Lepas tu kita boleh pergi makan.”


Nak makan dengan Nayla dan budak tu ke? Saya tak naklah. Tak lalu…” Puan

Mariam menunjukkan isyarat loya. Hati panasnya belum reda.



Pergilah mandi.” Arah Encik Nasir.  Sekali lagi.



Kau  ada  apa-apa  ke  dengan  budak  tak  senonoh  tu?”  Soalan  panas  terus menyerbu sebaik sahaja Nayla muncul di muka pintu. Lama Puan Mariam menunggu untuk menjeluakkan seribu satu soalan terhadap anak gadisnya itu. Encik Nasir tenang- tenang duduk di tepi tingkat hotel. Menikmati panorama malam.  Puan Mariam mundar mandir tak ketahuan hala. Mindanya sudah bejat, gagal menyusun ayat terbaik. Apa yang
terkeluar umpama lahar, mengalir membawa wap panas.






pinga.


Kenapa dengan mak ni? Nayla yang belum sempat meletakkan beg terpinga-





Kenapa…? kau tanya.  Aku tak suka kau berkawan dengan budak tak senonoh tu.” Kemarahan Puan Mariam berterusan tanpa sempadan.


Budak tak senonoh mana?



Alah pura-pura tak tahu… yang asyik berkepit dengan kau tadi tu siapa? Kau ni dah tak tahu malu, hah? Tak tahu halal haram?


Itu Aizat.  Apa masalah dengan dia?  Apa mak senonoh benar ke? Bicara Nayla turut meninggi. Tercabar dengan jungkitan kata-kata emaknya yang dirasakan mencabar dirinya.


NaylaSuara Encik Nasir kedengaran sedikit mengeras. Memanglah Puan Mariam tidak sesempurna mana. Tetapi bagi Encik Nasir sendiri sedap mata memandang sudah memadai.


Kau  dah  bertambah  kuranajar  ya! Telunjuk  Puan  Mariam  mengacung  di depan muka Nayla.   Bicara Puan Mariam berapi-api. Turun naik dadanya menampan gelombang amarah. Mata putihnya sudah memerah.


Kurang ajar apanya?  Yang emak sesedap mulut menghina orang kenapa?Yang kau beria-ia membela dia kenapa?  Tentu ada apa-apa kan?”
Orang berkawan ajalah…” Ritma suara Nayla sedikit mendatar. Air mata mula menyerapi tubir mata. Pandangan ke dada malam menembus masa depan yang semakin sirna cerahnya.


Daripada cara dia pandang kau. Kau pandang dia, kau orang bukan berkawan. Mak lagi dulu makan garam daripada kau. Mak yang besarkan kau. Mak tahu apa yang ada dalam perut kau tu.”   Nada Puan Mariam tetap mengeras. Kau ingat sikit Nayla. Kalau mak tak suka, sampai bila-bilapun mak tak suka. Kalau kau nak kahwin jugak dengan dia, kau carilah mak bapak lain. Puan Hakim Mahkamah Tinggi sudah mengetuk penukulnya.


Siapa pula nak kahwin mak?” Nayla ingin menjerit Adoi!



Jangan nak memperbodoh-bodohkan akulah. Umur macam kau ni, kalau dah kenal kat universiti, setahun dua lagi kahwinlah. Tak sempat mak bapak nak bermanja balik, dah gatal nak berlaki.” Tuduh Puan Mariam.


Malas nak  layan  mak ni.” Nayla menghempaskan pintu tanpa peduli  jeritan

Puan Mariam di balik sana.



Awak  tengoklah  anak  perempuan  awak  yang  awak  tatang  sangat  tu.”  Puan

Mariam mendapatkan Encik Nasir yang berlagak tenang menatap warna malam.


Awak tak pernah berlembut dengan dia,” kritik Encik Nasir.



Nak lembut macam mana? Awak tengok adab dia dengan saya?



Adab  awadengasaya?  Sama  juga.  Membentak-bentak.  Awak  ingat  saya suka?” Tanya Encik Nasir, suaranya mendatar. Zass! Satu tikaman kata-kata tepat mengena ulu hati Puan Mariam. Pedih.


Eh!   Kita kan bercakap pasal Nayla. Awak sengaja nak tukar topik ya. Puan Mariam menukar arah. Awalnya tadi dia mendekati Encik Nasir untuk meraih sokongan. Dia masih merungut-rungut sambil menarik selimut. Naik ke atas katil dan tidur.


Semenjak itu Nayla menyedari yang memberi harapan palsu pada Aizat terasa lebih membahagiakan hati walau hakikatnya dia berbohong. Tidak mungkin dia membongkarkan rahsia hati kedua orang tuanya semata-mata untuk meraih cinta seorang lelaki.  Semuanya ini menjadikan dirinya terhimpit antara dua dinding yang semakin hari semakin mengasak.  Tanpa disedarinya atau tidak.


SELAMAT pagi semua. Wajah Puan Faridah ceria pada pagi itu. Seorang lagi kakitangan melapor diri dan bermakna beban tugas akan sedikit mengurang.


Ini John. Perkenalkan diri anda, John.” Sengihan wanita yang bakal pencen itu sampai ke cuping telinga.


Dan, lelaki Cina dengan nama Kristiannya, John itu memperkenalkan diri dalam slanga New Zealandnya yang sangat pekat. Mereka yang mendengarnya berpandangan sesama sendiri dan tersenyum-senyum. Biarpun berketurunan Cina, wajahnya sudah menjadi Cina Malaysia, bermata bulat dengan hidung mancung dan beriras kemelayuan jika tidak mendengar dia bertutur dalam bahasa Hokkien.


Awak akan ditempatkan di bawah pengawasan Nayla. Dia akan beri tunjuk ajar. Bermula dengan FD.” Arah Puan Faridah di dalam Bahasa Inggeris dan sudah pun berada di sebelah Nayla. Nayla menoleh ke arah Puan Faridah dan  membesarkan matanya. Awak  aja  yang  boleh  diharapkan  buat  masa  ni  Nayla.  Orang  lain  semuanya  tak penyabar. Puan Faridah menyorongkan alasan, menepuk-nepuk bahu Nayla perlahan dan mesra.


Penyabarlah sangat. Sambut Hanisah sambil ketawa.



Okey. Selamat maju jaya untuk kalian berdua,” ucap Puan Faridah dan kemudiannya kembali ke mejanya, Nayla dan John cuma saling pandang memandang Hanisah yang memegang portfolio SST (Self Service Terminal) yang mengendalikan  mesin  ATM,  cek  dan  deposit  tunai  sudah  berlari-lari  ke  lobi  SST ditemani pengawal bersenjata.


Jadinama awak Lala? John membuka bicara.



Nayla lah!  Lala. Lala.  Kau ingat aku kerang ke? Marah Nayla.



Eh… maaf.   Tapi lala sedap kalau digoreng.” La… boleh pun cakap Melayu, sindir Nayla.
Mestilah. Sayakan orang Malaysia. John ketawa kecil. Menampakkan susunan giginya yang rapi.  Bibirnya sedikit kelebaman.


Awak dah ada teman wanita, John? Nayla bersuara sambil mengeluarkan sebuku resit simpanan tetap daripada laci yang berkunci. Terpana sekejap John mendengar soalan itu. Senyum tipis tersungging dari bibirnya.


Wow! Beraninya. John gagal menyembunyikan keterujaannya.




Jangan perasan okey.  Soalan ini saya akan tanya untuk setiap staf baru.  Kalau tak ada, bagus.   Kalau ada, susah sikit.”


Kenapa?”



Kerja macam kita, nampak mudah.  Tapi tak tentu masa.  Kadang-kadang bila ada insiden tak boleh balance, awak mungkin kena stayback sampai tengah malam. Kalau teman wanita awak jenis yang tak faham, asyik nak berkepit aje, awak akan susah nanti.” Panjang lebar Nayla menerangkan sebelum menyambung, lagipun, awak perlu sentiasa fokus dengan tugas.


Awak pula? Tanya John, pandangannya menggoda.



Nayla terhenti daripada menaip kata laluan di papan kekunci di depannya.  Menoleh ke arah John yang duduk betul-betul di sebelahnya.


Tak relevan soalan tu buat masa ni. Tegas Nayla menjawab.



Tak..saya tak maksudkan apa-apa. Saja nak tahu. Tak sangka pula cawangan kecil macam ni ada staf secantik awak. Tak sia-sia mereka hantar saya kat sini.” John bersuara nakal. Nayla sekadar mendengus tetapi senyum kembang bugar di hati dipuji begitu.Lantak kaulah, John. Jangan ingat aku cair dengan puji-pujian walaupun wajah kau setampan artis jutawan Hong Kong, Jepun mahupun Korea.


Amat menjengkelkan buat sebahagian kakitangan kanan untuk mengajar kakitangan baru. Kebanyakannya akan mengambil masa mereka sendiri dan beban kerja akan meningkat apabila tugas harian terpaksa diletakkan ke tepi.  Lebih menyakitkan hati apabila setelah tiga atau empat bulan diajar, mereka menarik diri.  Berhenti kerja.


Awak nak kerja lama kat sini atau ada tawaran lain?




Kalau dapat kerja dengan bidadari macam awak, buat apa cari kerja tempat lain? Suara John sedikit berbeza kerana dagunya ditongkat tapak tangan. Matanya tepat kepada  sepasang  jemari  mulus  yang  berada  di  pengkalan  qwertdan  ;lkj  di  papan kekunci sekaligus menjalar pula melihat empunya tangan tanpa berkelip matanya. Nalini yang memerhati semenjak tadi berdehem beberapa kali.


Saya seriuslah John. Kalau awak rasa awak nak kerja dekat sini sekejap saja, baik awak beritahu saya sekarang. Saya tak payah teruk-teruk ajar awak.  Buang masa.” Nayla berterus-terang.


Hei. Dengar sini Cik Puan Nayla  yang cantik jelita. Di sini kampung saya, walaupun awak tengok tak macam kampung. Ibu bapa, kawan-kawan sepermainan, bakal isteri saya, semuanya ada kat sini. Buat apa saya belajar penat-penat sampai luar negara, habiskan duit depa kemudian pergi jauh dari depa?” tanya John, tiada riak gurauan daripada wajahnya. Nayla mencemik tetapi sedikit terpukul. Aku menghabiskan duit keluarga, belajar. Kemudiannya pergi jauh dari keluarga kerana tidak mahu meneruskan sengketa.’ Keluhan terlempar perlahan-lahan.

Kau agak-agak berapa lama dia boleh tahan kerja kat sini?” Soal Nalini sebaik sahaja John melangkah masuk ke dalam bilik pengurus yang terletak di bahagian penjuru hujung sebelah meja Puan Faridah.


Kenapa, kau nak bertaruh ke? Sampuk abang pengawal yang seorang itu. Pengawal bersenjata yang sejak tadi tegak berdiri di depan pintu. Pump gun di tangannya tidak pernah terlepas walau sesaat pun. Sesekala dia ke belakang, membasuh muka. Meski menyiksakan kerana harus berjaga-jaga sepanjang masa, setakat ini dia konsisten dengan tugasnya.


Aku tak cakap dengan kaulah!  Sibuk saja,” marah Nalini.




Suel masih tersengih seperti tadi.  Menampakkan giginya yang diranggah nikotin dan kafein. Pengawal bersenjata berketurunan Iban itu menjadi kesayangan semua orang di dalam bank itu kerana sikapnya ringan tulang. Kawan bertekaknya ialah Nalini, walaupun kadangkala Nalini berleterkannya. Menyuruh dia melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi. Ini memandangkan pengetahuan Suel melebihi pengetahuan kakitangan yang ada di situ. Banyak perkara dirujuk kepada Suel kalau bukan Surana ataupun Puan Faridah.


Dia dah ada pengalaman di tempat lainlah,” sela Surana tiba-tiba.



Kenapa tak cakap awal-awal. Penat aje aku ajar nanti,” keluh Nayla. Mengeluarkan semula fail Mortgage Centre yang masih menadah perhatiannya itu. Berbuih-buih mulutnya menerangkan tentang produk simpanan tetap beserta contoh resit dan informasi yang berkenaan tadi, sedang John hanya asyik memerhatikan dirinya.


Dia dalam ranking pengurusan. Tapi dia tetap budak baru. Produk-produk asas memang sama tapi ada perkara-perkara yang tak sama. Kau ingat perbankan ni terhad pada pasukan operasi macam kita ni aje kah? Dia dari pasukan audit. Kalau kau cerita fasal produk perbankan runcit, atas kertas dia mungkin faham. Praktikalnya belum tentu,” panjang lebar Surana memberi penerangan.


Lagipun, aku tengok macam bagus aja dia usha kau?” Hanisah menyampuk.Hanisah mengemaskan mejanya. Pen, resit bukti transaksi mesin deposit, kunci kotak-kotak berisi tunai, berada di tangannya tanda dia sudah bersedia untuk mengira wang deposit tunai yang telah ditolak masuk ke dalam Bilik Operasi Juruwang sebentar tadi.


Tolonglah Cik Nisah oii…takkanlah pasal aku seorang yang bujang kat sini semua orang nak mengurat aku.” Nayla berpaling ke arah Hanisah. Hanisah ketawa besar sambil berlalu mengiringi ketua juruwang.


Okey apa?  1Malaysia. Nalini  mengangkat  ibu  jari  telunjuknya  bersuara  di dalam lenggok bahasa Tamil. Suasana riuh rendah dengan dentingan isyarat Queue Time di sebelah kaunter menandakan waktu operasi perbankan sudah bermula.
Kawasan kerja mereka terpisah dengan dinding yang bertingkap kecil pada setiap kaunter. Bermakna satu meja pegawai mengawal satu kaunter. Persetujuan lisan yang telah disepakati semua. Majoriti pelanggan adalah penduduk sekitar dan pelanggan pasar pagi tetap di belakang blok bangunan bersebelahan. Biarpun berdepan persaingan dengan deretan bank di seberang jalan, ia masih menjadi pilihan kerana menjunjung nama yang agak kecinaan berbanding dengan bank lain.
Okey. Awak boleh keluar ke kaunter. Jumpa pelanggan. Perkenalkan diri, mana tahu ada yang terpikat, boleh dibuat menantu.” Nayla mengiringi John ke kaunter sebaik sahaja diberitahu John itu adalah arahan Puan Faridah.
Sebaik sahaja bersapaan, dia berbual dengan para pelanggan di kaunter bagaikan kawan lama yang puluhan tahun tidak berjumpa. Lelaki segak itu cepat sahaja menarik perhatian  tambahan  pula  dengan  slanga  Hokkien  yang  menjadi  bahasa  perantara penduduk setempat. Nayla cuma berdiri tegak lagak pengawal di sebelah John.


Mereka kata awak cantik tapi garang,” bisik John ke telinganya. Senyumlah sikit. Tak rugi.”


Eh! Banyak cakap pula dia ni. Suka hati akulah. Mulut aku. Bibir aku. Nayla berpeluk tubuh. Selesai sesi pengenalan, Nayla kembali ke tempatnya. Lima panggilan tidak berjawab terpampang di layar telefon bimbitnya. Kesemuanya daripada Puan Mariam.


Ada apa mak?” Hendak tak hendak, dijawabnya juga apabila telefonnya menggetarkan laci pertama meja kerjanya. John berdiri tegak di sebelahnya. Selayaknya seorang pelajar baru, menurut ke mana sahaja haluan gurunya. Mana ada! Orangkan pergi training.  Kan orang dah cakap orang pergi training.!Nada suara Nayla sedikit lagi mahu mencecah pangkal langit. John mengerutkan dahinya. Niatnya mahu mengikut Nayl yang   bergera ke   sudut   tersorok   di   belakang   Suel.   Tetapi   mata   Nalini melarangnya. John berdiam di sisi meja Nalini.  Mana ada marah.” Nayla merendahkan


nada,  Suel  tertoleh-toleh.  ‘Susahnya  jadi  orang  penting  seperti  Nayla  ni,’  fikirnya. Orang tengah kerjalah mak.” Rayu Nayla seraya terdiam sebelum menjawab, tak ada. Dah lama dia tak telefon orang. Berjeda lagi Nayla mendengar kata-kata Puan Mariam di corong sana sebelum berkata iya… orang nak kerja ni mak. Okeya .. bye.”


Nayla melepaskan sesak di dada. Sampai bila aku akan berterusan begini?’ Sedangkan antara dia dengan Aizat belum tentu sudahnya. Tetapi perlu pula berdepan dengan sangkaan buruk Puan Mariam yang entah di mana waqafnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung