Saturday 26 October 2013

Pengurusan Hutang Yang Baik

Teks  :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Sumber : janganterlepaspandang.wordpress.com

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Saya percaya daripada 10 orang pembaca blog saya ini, 9 daripadanya mempunyai kad kredit.  Persoalannya adakah benar kad kredit yang menjadi punca seseorang itu terbelit dengan lingkungan hutang?
Jawapannya YA dan TIDAK.

Ya, jika andai tidak pandai menguruskannya dan TIDAK jika anda melakukan perkara-perkara berikut;

  1. Jangan gunakan lebih daripada dua kad
  2. Sentiasa beranggapan bahawa kad kredit adalah sama sahaja dengan tunai
  3. Simpan dan kemaskini rekodnya sama seperti anda mengemas kini aliran tunai anda
  4. Kalau boleh membayar dengan tunai, bayar tunai.  Sorok kad kredit jauh-jauh di poket beg yang paling tersorok
  5. Bayar sekali atau dua kali ganda daripada jumlah bayaran bulanan minima.  Langsaikan terus, lagi baik!
  6. Elakkan mengeluarkan tunai daripada kad kredit - Cash Advance.  Kadar faedahnya 'menjolok langit,' kalau anda nak tahu.
  7. Penyata kewangan kad kredit adalah dokumen yang sentiasa perlu diberi perhatian.  Semak dan pastikan tiada transaksi yang luar biasa.  Segera hubungi bank terlibat jika terdapat sesuatu yang meragukan.
  8. Jika ingin membeli belah secara maya - pastikan kesahihan laman tersebut.

Itlakannya, apa-apa bentuk pengurusanpun apa yang diperlukan ialah disiplin diri yang tinggi.  Sentiasa berwaspada dan berfikir secara waras sebelum mengambil keputusan yang melibatkan kewangan.  

Melibatkan diri di dalam kelas Asas Blog tidak memerlukan kos yang tinggi.  Cukup dengan yuran sekadar empat keping not lima puluh Ringgit Malaysia.  Ada akan dapat e book percuma termasuklah 

Friday 25 October 2013

Menguruskan Sendiri Hutang Anda

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Selain bertindak sebagai orang tengah AKPK juga menerusi laman webnya menyediakan satu panduan yang dipanggil PUS - Panduan Urus Sendiri untuk memudahkan anda berurusan terus dengan pemiutang iaitu institusi-institusi kewangan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia.  PUS memberikan maklumat secara langkah demi langkah sekiranya anda merasakan anda boleh menguruskan kewangan anda sendiri.

Antara panduan yang disediakan ialah;

  • Langkah Permulaan Cadangan Pembayaran Balik Hutang
  •  Borang A: Bajet Bulanan
  •  Borang B: Cadangan Pembayaran Balik Hutang: Pemiutang Pelbagai
  • Formula Pembayaran Pro-rata
  • Contoh Surat Cadangan Pembayaran Balik Hutang:
    (a) Pemiutang Tunggal
    (b) Pemiutang Pelbagai
    (c) Penyelesaian Penuh dan Muktamad
  • Senarai Nombor Telefon Pemiutang
  • Carta Aliran – Pelan Pemulihan Hutang

 Maklumat tersebut boleh diperolehi di sini

Daftar kelas Asas Blog hari ini dan dapatkan ebook ini PERCUMA. 

Thursday 24 October 2013

Bukan Rumusan Melulu

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar; Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Laman sosial hari ini dipenuhi dengan berita gempar tentang seorang kakitangan perbankan yang ditembak oleh pengawal keselamatan bersenjata di dalam bilik kebal di sebuah bank di Subang Jaya.  Innalillah untuk beliau dan keluarga, semoga dia memperolehi syahid.

Berdasarkan pengalaman bekerja, terlalu banyak prosedur yang ketat memang meresahkan.   Tetapi kelonggaran memang memungkinkan risiko.  Berdasarkan laporan blog Anak Sungai Derhaka yang memetik kenyataan sebuah akhbar mengatakan, kesemua kakitangan yang terlibat adalah wanita. Ada beberapa perkara yang dapat saya ketengahkan berdasarkan pengalaman saya

  1. Lelaki kurang berminat bekerja di sektor perbankan. Selain daripada tekanan kerja, kekurangan pasaran pelajar lelaki di universiti juga menjadi masalah.
  2. Prosedur atau SOP harus dipatuhi walau di mana jua.  Bukanlah saya mengatakan ada prosedur tidak dipatuhi tetapi hanya mengingatkan.  Almarhum dan kaki tangan lain mungkin sudah melakukan yang sepatutnya tetapi Allah lebih menyayangi beliau.
  3. Pengambilan pengawal keselamatan secara sambil lewa.  Ini biasa saya lihat, ada pengawal keselamatan yang tidak berdisiplin.  Lari semasa bertugas, tidur (faham kadang-kadang mereka bertugas 24 jam kerana syarikat keselamatan tidak mempunyai pengawal yang cukup), mengambil dadah semasa bekerja, melakukan proses 'unloaded' peluru secara terbuka, menghalakan senapang ke arah kakitangan sesukanya, dan berbagai-bagai lagi.
  4. Daripada laporan akhbar juga menyebut pengawal keselamatan tersebut menggunakan identiti palsu.  Saya tidak mahu mengulas lanjut.
  5. Saya percaya apa yang dilakukan oleh pengawal keselamatan tersebut adalah kerana desakan hidup.  Gaji yang sangat kecil beserta dengan kegiatan sosial seperti berjudi, berhutang dengan ah long, penglibatan dengan dadah menjadikan mereka hilang kewarasan.  
Ini bukan rumusan melulu.  Ini semua berdasarkan pengalaman saya selama bekerja sebagai kakitangan bahagian hadapan di sebuah bank dan melalui semua proses yang almarhum lakukan.  Tak perlu kita menuding jari ke kiri ke kanan atau ke atas ke bawah seperti bertebarannya peluru daripada muntahan pump-gun yang memang sangat berbisa kesannya.


Kalau anda ada rancangan untuk meninggalkan jawatan sekarang, rancanglah masa depan anda untuk menjana pendapatan samping dari rumah.  bagaimana?  PM saya untuk maklumat lanjut.

Tuesday 22 October 2013

Catatan Untuk Yang Tinggal - Innalillah

teks : Monalita Mansor
Gambar : daripada koleksi facebook

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Setiap perjalanan hidup setelah bertemu dengan koma, tanda soal, dan tanda seru atau sesekala titik bertindih, akan akhirnya bertemu dengan noktah. 

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Perkhabaran pemergian adik ipar Warry Ferdinandus di Tanah Belanda pagi tadi membetulkan catatan di atas.  Tiada yang terlewat atau tercepat.  Maka begitu juga kita, maka bersedialah. 

Solat jenazah ghaib akan diadakan pada malam ini selepas Maghrib.

Semoga Allah mengampuni beliau, semoga roh cahaya Islam yang bersemadi di hatinya memberi cahaya buat beliau di laman barzakh.


Monday 21 October 2013

Kabus Rindu Kian Menipis

Sengaja dikaburkan...
Kisah kasih sayang biasa-biasa dengan garapan luar biasa.  
 Lantunan nubari paling dalam daripada seorang ibu terhadap anak-anak yang kian membesar. 
 
Gurisan rasa anak-anak remaja melayar kisah persekolahan, persahabatan, dendam kecil yang merebak jadi pawaka.  

Kisah persahabatan yang melangkau matra. Kisah cinta yang terpisah dek lautan realiti dan fantasi.  

Rangkap-rangkap syair yang diangkat daripada Surah Yusuf, menyerak dunia magik surelisme dalam jaga seorang Zaweeya.

  
Akan beredar di pasaran tidak lama lagi.  Sebuah perhentian rehat sementara untuk sang penulis menyangkutkan satu lagi karya buat tatapan anak-anak, syair rindu-rinduan bila bondanya ini sudah pulang ke tempat asalnya.

Dibuka untuk pra-tempahan.  Jika berminat, taipkan Kabus Rindu di ruangan komen.  Saya akan hubungi anda semula.

Program Pengurusan Kredit AKPK

Teks : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Perlu diingatkan bahawa AKPK hanya menyalurkan khidmat nasihat kewangan dan kaunseling selagi anda belum muflis.  Selepas bangkrap atau muflis, tanggungjawab tersebut akan diambil-alih oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Program ini disediakan untuk semua individu yang merasakan keperluan untuk mengurus atau menstruktur semula kedudukan kewangan berdasarkan beban kredit yang ditanggung.  Para kaunselor AKPK akan duduk berbincang dengan anda bagi menyediakan pelan penstrukturan bayaran semula pinjaman secara peribadi.


  Mereka juga akan berfungsi sebagai perunding atau orang tengah yang akan berbincang dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank Islam, syarikat insurans, pengendali takaful, institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM dan pengeluar kad kredit/caj yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.


Bagaimanapun, anda hanya akan dibantu seandainya;
  1. Anda mempunyai sumber pendapatan yang positif (tetap dan dipercayai mampu untuk melunaskan hutang tersebut
  2. Pinjaman tidak melebihi 2 juta
  3. Anda BELUM lagi dikenakan tindakan undang-undang atau TIDAK berada di bawah tindakan undang-undang
  4. Anda tidak MUFLIS

Jadi jika anda menghampiri ciri-ciri di atas, bertindak segera dengan mendatangi pasukan AKPK.  Jangan malu kerana ini hanya akan merugikan anda.

sekian

Dua kelas yang masih dibuka sehingga akhir tahun

Kelas Asas Blog dan Penulisan - anda akan didedahkan dengan teknik-teknik pembinaan blog, teknik menulis blog yang digilai pembaca, bermanfaat sekaligus memberi pulangan semula kepada diri anda.

b) Kelas Asas Blog dan Fan Page - untuk suri rumah yang sifar pengalaman berblog tetai berhasrat menjadikan laman blog dan fan page sebagai pemudahcara untuk berbisnes secara serius di laman maya.  Antaranya anda akan diajar membuka kedai online sendiri.

Pendaftaran terus dibuka secara online.  24 Jam Sehari.  7 Hari Seminggu



Kelas dijalankan secara online



Tiada had masa, mengikut keanjalan masa anda



Bimbingan secara terus oleh guru-guru online yang berpengalaman



Seandainya anda berminat, bila-bila masa saya boleh dihubungi melalui 


facebook :https://www.facebook.com/affanazman 
atau e-mel: monalitamansor@gmail.com
atau
tinggalkan link facebook anda di ruangan komen untuk saya hubungi anda semula.


sumber : www.akpk.gov.my 

Nyanyuk vs Lupa

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Semalam, (19 Oktober 2013) di dalam status pendek pada laman muka buku, saya ceritakan aktiviti sebelah petang saya iaitu menghadiri majlis khatam Al Quran dan seterusnya menziarahi jiran kami yang diserang nyanyuk atau alzheimer.  

Hampir semua orang takutkan nyanyuk.  Paling ditakutkan ialah ketidaksabaran ahli keluarga melayani kerenah mereka.  Bayangkan semalam, hampir 5 kali kami ditanya soalan yang sama.  Hampir 10 kali juga cucunya diarahkan menenggekkan air walaupun sudah ditegah oleh kami berkali-kali.  

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad daripada www.drzubaidi.com, nyanyuk bukan lagi penyakit yang dihidapi oleh golongan berusia tetapi sudah berjangkit ke golongan muda dan profesional semuda 40an.  Beliau membariskan beberapa faktor penyebab nyanyuk, di antaranya tekanan dan jenis ubatan yang diambil.
Didefinisikan juga antara lupa dan nyanyuk.  Lupa adalah tabiat tidak dapat mengingati sesuatu yang bukan rutin seperti lupa tarikh lahir isteri, lupa tarikh perkahwinan, (seperti yang banyak dialami oleh kaum lelaki!) manakala nyanyuk adalah tabiat tidak dapat mengingati sesuatu yang sangat rutin seperti lupa nama isteri ( ia berlaku!)  

Daripada sudut pandangan agama Islam, mereka yang bimbang digayuti gejala nyanyuk dinasihatkan banyak berdoa seperti saranan Rasulullah dan juga banyak membaca Al Quran.    Bagi yang bukan Muslim pula, mungkin anda boleh mencuba mengaktifkan minda dengan permainan Soduku ataupun teka silangkata yang membolehkan otak sentiasa kekal segar dan aktif.  

Seadanya kita, haruslah berdoa sebanyak mungkin agar usia tua yang bakal kita lalui menjadi saat paling gemilang sebagai jambatan emas sebelum berjumpa dengan kematian.  

SEKIAN

 . Belajar menulis blog secara profesional. Profesional di sini bermaksud menjadi magnet untuk mempengaruhi pembaca dengan entri-entri berbisa, informatif yang membuatkan pembaca terus setia dengan blog kita.

Blog anda mungkin mencakupi - catatan pengalaman - motivasi, inspirasi dan apresiasi - catatan-catatan yang boleh dikompilasikan menjadi e-book


sumber : http://drzubaidi.com/blog/?p=1706

Sunday 20 October 2013

Kaedah Belajar Matematik Mudah bersama Jitra Arithmetik System

Teks  : Monalita Mansor daripada http://asmahmdisa.blogspot.com/

Gambar : Carian Google

 Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

 PANDUAN MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK

MEMUPUK MINAT KANAK_KANAK KEPADA MATEMATIK MELALUI  KAEDAH  MENTAL ARITHMETIK.
Bismillahhirahmanniarahim.
Mental Arithmetik   merupakan proses pengembangan minda  iaitu memaksimakan penggunaan otak kiri dan kanan.Sebenarnya kebanyakkan kita hanya menggunakan  sebahagian saja fungsi otak, Mental Arithmetik ternyata dapat membantu mengembangkan minda  kanak-kanak sehingga 100% jika terus digilap sekurang-kurangnya setiap minggu.Anda tidak akan dapat gambaran sejauhmana keberkesanannya sehingga anda mencubanya atau bertanya kepada anak-anak jiran atau anak-anak saudara yang telah mempelajarinya .Anda sebagai ibubapa juga akan turut teruja sekiranya baru petama kali belajar atau melihat anak mengira menggunakan kaedah Mental Arithmetik.

Mengikut kaedah biasa jari kita hanya mempunyai nilai sepuluh sahaja, iaitu lima di tangan kanan dan lima di tangan kiri.Jangan sempitkan pemikiran anak kita dengan sikitnya nilai jari mengikut kaedah biasa. Mengikut kaedah Mental Arithmetik  dua-dua tangan bernilai sehingga sembilan puluh sembilan. Wow banyakkan .Siapa nak tahu bagaimana? Saya akan cuba terangkan agar anda boleh praktikkan sendiri  dirumah bersama anak kecil anda melalui latihan lisan seawal awalnya.tambah teruja lagi biasanya menyebut nombor dalam bahasa inggeris  dan bahasa melayu.




Untuk bacaan seterusnya, terus ketik ke pautan di atas,


Saya tak menyangka yang ada kaedah yang lebih tenang dan senang belajar matematik.  Secara umumnya, mahu diterima atau tidak fakta ini, umat Melayu akan 'kurang' menyenangi mata pelajaran Matematik.  Mungkin kita sudah terbawa-bawa dengan pemikiran bahawa belajar Matematik hanya untuk lulus peperiksaan, sama juga ketika kita belajar mata pelajaran Agama Islam.  


Kita belajar namun, tidak dipraktiskan.  Walhal pelajaran itu sendiri memaksudkan proses iaitu sesuatu yang sentiasa mempunyai kelangsungan dan tidak akan berhenti sehingga bila-bila.


Dengan kesedaran untuk berkongsi perkara-perkara di atas, ABdR menyediakan dua kelas berkenaan blog yang boleh disertai oleh suri rumah atau sesiapa yang berminat iaitu



a) Kelas Asas Blog dan Penulisan - anda akan didedahkan dengan teknik-teknik pembinaan blog, teknik menulis blog yang digilai pembaca, bermanfaat sekaligus memberi pulangan semula kepada diri anda.



b) Kelas Asas Blog dan Fan Page - untuk suri rumah yang sifar pengalaman berblog tetai berhasrat menjadikan laman blog dan fan page sebagai pemudahcara untuk berbisnes secara serius di laman maya.  Antaranya anda akan diajar membuka kedai online sendiri.

Mengukur Nilai Setia Abil Fikri dan Gee

Teks : Monalita Mansor dan petikan blog www.abil4fauziah.blogspot.com

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah

 

Bestnyaaa Merajuk !!

Assalammualaikum U guys...berjumpa kita lagi.


"Dear, today that's no lunch untuk u, u tengok jea I makan. Lepas makan kita balik rumah terus, tak payah nak g shoping2 kasut lagi..faham.." kata I dulu pada arwah Gee, ( I suka buat Gee merajuk ) isteri yang terlalu I cinta tu..Apa lagi terus merajuk la Gee!! ooowhh I terlalu suka tengok arwah ni merajuk ngan I. Tu la rupa wajah merajuk Gee dulu..Selama 5 minit I buat tak tau jea, Gee pun diammm, dengan muka merajuk dan rasa tidak puas hati ngan I...hahahaha hehehehe hohohohoho...

 
Jika anda membaca coretan di atas, pasti anda tidak menyangka, coretan ini ditulis oleh seorang suami yang setia.  Tentu anda akan tertanya-tanya, apa setianya?  Tak nampak macam orang sedih pun.  Riang ria macam kanak-kanak Ribena saja entrinya.

Dialah Abil Fikri, lelaki yang mengorbankan segala-galanya demi isteri cinta.  Seorang susuk gunawan idaman isteri-isteri di luar sana.  Memimpikan memiliki suami semurni hati lelaki ini.  Kini wanita yang disayanginya itu sudah kembali menemui pencipta-Nya.  Ditemuramah di dalam radio IKIM tempohari, dia menyifatkan apa yang dilakukan sehingga hari ini adalah untuk arwah Gee.  Dia sentiasa mengingati arwah isterinya tetapi katanya, bersedih harus kena pada masanya.

AYUH

kita juga harus kuat dan bangkit seperti lelaki ini.  Setiap masalah di depan kita bukanlah untuk ditangisi. Kekuatan kedua-duanya mendepani gelora dugaan dengan cara mereka tersendiri, sepatutnya menjadi pedoman paling ampuh untuk kita juga.

SEKIAN.


) Kelas Asas Blog dan Fan Page - untuk suri rumah yang sifar pengalaman berblog tetai berhasrat menjadikan laman blog dan fan page sebagai pemudahcara untuk berbisnes secara serius di laman maya.  Antaranya anda akan diajar membuka kedai online sendiri.

Pendaftaran terus dibuka secara online.  24 Jam Sehari.  7 Hari Seminggu



Kelas dijalankan secara online



Tiada had masa, mengikut keanjalan masa anda



Bimbingan secara terus oleh guru-guru online yang berpengalaman



Seandainya anda berminat, bila-bila masa saya boleh dihubungi melalui 


facebook :
https://www.facebook.com/affanazman 
atau e-mel: monalitamansor@gmail.com
atau
tinggalkan link facebook anda di ruangan komen untuk saya hubungi anda semula.
An

Hutang dan Muflis

Teks  : Monalita Mansor
Gambar   : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Untuk beberapa ketika, saya akan membawa anda berlegar seputar topik hutang dan agensi yang berkenaan yang berkaitan dengan isu hutang sama ada untuk kes pra muflis atau pasca muflis.

Perkongsian yang anda baca sebelum ini, saya saring daripada laman-laman web tertentu seperti www.AKPK.org.my, www.bankinginfo.com.my dan www.insolvensi.gov.my

Sebelum kita bergerak lebih jauh, izinkan saya menerangkan maksud insolvensi itu sendiri.  Seperti di dalam iklan mereka di media cetak dengan slogan 'bukan kami yang membangkrapkan anda'  dan ayat seterusnya berbunyi 'anda yang membangkrapkan diri anda sendiri dengan pengurusan kewangan yang salah!'

Suka atau tidak, anda perlu untuk mengambil tahu, tambahan pula sekarang kebangkrapan boleh berlaku hanya disebabkan oleh hutang pendidikan.  
 Secara umumnya definisi bangkrap atau muflisnya seseorang individu itu ialah apabila dia atau nama rasminya dalam istilah kewangan PENGHUTANG telah menerima Perintah Penghukuman yang dikeluarkan di Mahkamah Tinggi disebabkan oleh kegagalan atau ketidakmampuannya untuk melunaskan hutang yang berjumlah seminima RM30,000.00

Siapa pula PENGHUTANG di bawah seksyen 3 (3) Akta Kebangkrapan 1967?


Individu tersebut ialah; 

  1. Wujud dan ada di dalam Malaysia semasa tindakan kebangkrapan dibuat
  2. Warganegara dan jika bukan, telah bermastautin di Malaysia atau mempunyai kediaman di Malaysia
  3. Telah menjalankan perniagaan secara persendirian atau melalui cara ejen di Malaysia
  4. Telah menjadi sebahagian daripada entiti sebuah firma atau perkongsian yang beroperasi di Malaysia
 sekian.


~~ AKADEMI BEKERJA di RUMAH, khusus untuk suri rumah atau suri separuh masa yang ingin mengubah nasib atau mencuba sesuatu yang di luar daripada rutin rumahtangga.

Manfaat Menyertai Akademi Bekerja di Rumah

1. Belajar menulis blog secara profesional. Profesional di sini bermaksud menjadi magnet untuk mempengaruhi pembaca dengan entri-entri berbisa, informatif yang membuatkan pembaca terus setia dengan blog kita.



Blog anda mungkin mencakupi

- catatan pengalaman
- motivasi, inspirasi dan apresiasi
- catatan-catatan yang boleh dikompilasikan menjadi e-book


2. Belajar berniaga di dalam talian - produk bersesuaian akan diberikan sebagai pemula seperti;


-produk fizikal, produk sunnah, buku digital (e-book)

-agen pengiklanan
-produk runcit dan borong.  
* Jika anda sudah mempunyai produk sendiri, anda akan dibimbing untuk menglobalkan pasaran produk anda secara maya melalui saluran blog dan facebook.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung