Wednesday 27 December 2017

Antologi Cerpen Kelip-Kelip Kusangka Api - Dia Yang Manis Tunggu Di Jendela (Noor Suraya)

Assalamualaikum.

Tajuknya manis. Tetapi plotnya tidak semanis tajuk, maksudnya ada konflik, ada klimaks malah latar yang mencabar juga sudah mencabar minda pembaca untuk meneruskan pembacaan. Pemilihan diksi yang segar menjadikan cerita ini bergerak laju di atas landasannya.

Malangnya, terlalu laju. Dan, kalau boleh seperti yang ditanya penulisnya - mahu dipanjangkan menjadi novel? Kisah cintanya mungkin biasa tetapi wataknya yang mungkin berbeza membuatkan anda ingin berada dalam latar itu.

Sanggupkah Abdullah Uwais tukarkan Kedah Darulaman dengan seorang Chahya Sujan Kansakar?


oh...terasa seperti Manisha Koirala pulakk...

Tuesday 26 December 2017

Antololgi Cerpen Kelip-Kelip Kusangka Api - Doa Seorang Kekasih (Aulia Iman)

Assalamualaikum. Tengok tajuk, simple. Maka kita menyangka ia hanyalah kisah cinta, kau cinta aku, aku cinta kau, dan aku cinta dia. Oppss...tunggu dulu. Ia bukan kisah cinta yang klise. Mungkin tajuknya ...ya...anda rasa begitu. Ia kisah cinta yang dijalin dengan magisnya kesabaran dan keredaan. Ada orang boleh bersabar tetapi tak mampu untuk reda. Ada orang boleh reda tetapi kurang sabarnya.
Watak utama, Sarah, menggabungkan kedua-dua elemen itu.

Di mana kekasih dan di mana pula doanya?

Yang itu, haruslah dibaca sendiri.

daaa....

Takdir dan tadbir. Kita ditakdirkan dan diberi pilihan untuk mentadbir takdir kita sama ada kita memilih jalan yang diredai atau jalan pintas yang menyukarkan diri kemudian hari.

Monday 25 December 2017

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Gelap. Hitam. Kosong (Wizana Emilia)

Assalamualaikum.

Idea menarik. Sebuah lagi cerpen yang mengadunkan genre kekeluargaan dan suspen. Namun begitu, ia tetap harus dibaca sehingga ke akhirnya.

Sunday 24 December 2017

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Ilham Buat Jannah (Aina Najiha)

Assalamualaikum.

Saya nak menangis! Saya nak menangis. Cerita ini sangat suspen dan penulis bertindak menggantung penamatnya. Ia diadun cantik dengan kronologi suspen yang menarik. Saya mohon idea ini dikembangkan menjadi apa sajalah, asalkan saya tahu penamatnya....Huwaaa...


Aku bisa menyelesaikan masalah ratusan orang namun apabila jatuhi masalah kepada diriku sendiri nyata kemampuan aku terbatas.

Cerpen ini berada di depan cerpen Jelita Pertapa, Monalita Mansor

Saturday 23 December 2017

Hijab by Nadzrah

Teruja dengan kepanjangannya. Kainnya berasaskan material yang nyaman. Anda boleh terus ke page-nya atau instagram @hijabbynadzrah atau WA 011 20573175

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Juadah Menantu Mama (Dhuha Steffa)

Assalamualaikum.

Sebuah lagi cerpen yang menghidangkan 'juadah' solusi yang indah dalam kehidupan manusia. Kehidupan yang diingini manusia, dijalani dengan sentosa dan sejahtera. Penulis telah menamatkan cerita dengan penamat yang sedikit anti-klimaks tetapi masih diikat dengan idea yang menarik dan memberikan ilham pula kepada pembaca untuk melakukan hal yang sama.

Jangan cepat terpesona dengan kelip-kelip yang indah tetapi akhirnya lesap. Carilah api yang sebenar. Api jika dikendalikan dengan bijaksana, akan menerangi kehidupan bukan menyebabkan kemusnahan.


Disebabkan Jelita Pertapa, tulisan Monalita Mansor kedapatan di dalam antologi ini juga, maka komen-komen rinci mengenai aspek teknikal hanya akan diberikan kepada penulisnya sahaja untuk mengelakkan sebarang rasa prejudis.

Friday 22 December 2017

Antologi Cerpen Kelip-Kelip Kusangka Api - Kalau Adila Ada (Nurul Shifa)

A
ssalamualaikum.

Di antara cerpen terbagus daripada segi idea, plot dan falsafah yang diterapkan. Saya sangat mencadangkan mereka yang berdepan kemelut rumah tangga mengaplikasi dan tiruvasi solusi yang dijana oleh penulis.

Plot twist yang menarik yang memberi pengajaran buat sesiapa yang terlibat sehingga ke akhir hayat.
Cangkuk mindanya juga cantik, menarik pembaca membaca sehingga titik akhir.


"Sampai bila saya nak harapkan awak? Siapa yang saya nak harapkan untuk ganti awak buat semua ni apabila awak tiada nanti?

Oleh kerana antologi ini mengandungi karya saya juga, maka komen-komen teknikal hanya akan diberi apabila diminta oleh penulis bagi mengelakkan sebarang prejudis.



Ulasan Buku IDE-PPAS 2017*


_(Membangun Masyarakat Intelektual)_

Membentuk mentaliti masyarakat yang berilmiah dan progresif melalui diskusi tema-tema pilihan yang relevan dengan khalayak. Seterusnya mencanai minda dan mencerna idea di dalam perbincangan tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan
Ulasan oleh:
*Hj Nik Yusoff bin Nik Ismail*
_Pengasas QI Consultant Sdn. Bhd._

Tarikh:     Sabtu, 23hb Dis 2017
Masa:      9:30 pagi - 12:00 t/hari
Tempat:  Perpustakaan Komuniti
                Sri Manja, Petaling Jaya

Google:
https://goo.gl/maps/fHyhnbf8D1A2

SEMUA DIJEMPUT HADIR!
Sebarang pertanyaan, hubungi:

Tel: 03-5524 5444
Fax: 03 5524 2437
Whatsapp: 011-6116 3279
email:  program@ideselangor.com

Thursday 21 December 2017

Ulasan Buku Bersama PPAS sempena Program Jelajah Ulasan Buku Bersiri Seluruh Selangor


Tuan/Puan, Saudara/Saudari yang berkelapangan adalah dipersilakan hadir ke Program Ulasan Buku Bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Institut Darul Ehsan pada ketetapan berikut;

Tarikh   : 23 Disember 2017 (Sabtu)
Masa.   : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Perpustakaan Komuniti Sri Manja, Jalan PJS3/32 Taman Sri Manja 46150 Petaling Jaya

Objektif :

Membentuk mentaliti masyarakat yang berilmiah dan progresif melalui diskusi tema-tema pilihan yang relevan dengan khalayak. Seterusnya mencanai minda dan mencerna idea di dalam perbincangan tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Keterangan lanjut : Sila hubungi Puan Norhanizah Ismail 03-77721723

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Kubur Panjang - Kuala Ketil - Kulim (Syarmiza Basir)

Assalamualaikum.

Cerpen berlabel nombor 18. Olahannya menarik, malahan mesej yang nak disampaikan oleh penulis sampai ke hati saya. (Hati saya. Hati orang lain, saya tak tahu) Intipati ceritanya sarat dengan nasihat dan moral yang perlu difikirkan dalam-dalam.

'Sabar macam titis-titis air dalam gua. yang menitik jatuh beratus-ratus tahun barulah terbentuk sebuah kolam kecil atas bongkah batu keras.'


Disebabkan cerpen saya pun ada di dalam antologi ini, segala komen teknikal tidak akan disiarkan untuk tidak mewujudkan konflik kepentingan dan unsur ketidakadilan.

Wednesday 20 December 2017

Ulasan Buku Bersama PPAS & IDE sempena Program Jelajah Ulasan Buku Bersiri Seluruh Selangor



Ulasan Buku Bersama PPAS sempena Program Jelajah Ulasan Buku Bersiri Seluruh Selangor

Tuan/Puan, Saudara/Saudari yang berkelapangan adalah dipersilakan hadir ke Program Ulasan Buku Bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Institut Darul Ehsan pada ketetapan berikut;

Tarikh   : 23 Disember 2017 (Sabtu)
Masa.   : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Perpustakaan Komuniti Sri Manja, Jalan PJS3/32 Taman Sri Manja 46150 Petaling Jaya

Objektif :

Membentuk mentaliti masyarakat yang berilmiah dan progresif melalui diskusi tema-tema pilihan yang relevan dengan khalayak. Seterusnya mencanai minda dan mencerna idea di dalam perbincangan tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Keterangan lanjut : Sila hubungi Puan Norhanizah Ismail 03-77721723

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Matahari (Chrysalis)

Assalamualaikum.

Pemilihan kata-kata indah (quotes) sangat menarik dan seperti pengiring yang memayungi cerita. Penulis bijak menggerakkan cerita dengan kronologi waktu yang gemalai. Penamat yang boleh dijangka tetapi memuaskan hati.

Saya lagi tua daripada kakak sulung awak

Tapi, awak lagi muda daripada abang ipar saya yang sulung.


Sunday 10 December 2017

Saturday 9 December 2017

Pengasuh Vouge Ke Versi Kertas

Assalamualaikum.

Sebenarnya tak adalah vouge mana pun berita ini. Dan, perkongsian-perkongsian aku di FB pun lebih kepada keinginan berkongsi rasa indah mempunyai anak kecil. Nak beranak kecil lagi, nampak Allah tak izinkan rezeki ke arah itu selepas aku gugur pada 16.9.2017 tempohari. Masa tu kandungan berumur 20 minggu.

Jadi, untuk tatapan anakanda keduanya yang aku dan keluarga sangat sayang, maka akan aku usahakan sebuah naskhah kecil berisi anekdot yang tidak pernah aku kongsi di mana-mana. Ada ke yang menanti catatan 'Pengasuh Vouge' seterusnya?

Friday 8 December 2017

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Mekar Senyum dan Sebuah Mesin Basuh (SMahadzir)

Assalamualaikum.

Cerpen yang manis dan indah. Antara cerpen yang menarik di dalam antologi ini buat saya. Kisahnya ringkas, berpunca daripada mesin basuh sahaja. Namun, ia meleret kepada permasalahan emosi lainnya yang bermula klise kemudian ditangani dengan twist plot yang menarik oleh penulis.

Saya tak minta perabot mahal, saya tak minta televisyen 42 inci, saya tak minta rantai atau gelang tangan emas yang berpuluh ribu. Yang saya minta cuma mesin basuh sahaja.

Thursday 7 December 2017

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Menanti Dia (Normaslina Masri)

Penantian suatu penyiksaan. Ayat memang keramat yang kalau boleh semua orang tak mahu hadapi. Tapi, penantian itu pun satu ujian. Suka atau tidak. Kadang-kadang ujian itu bukan atas pilihan kita, tidak langsung.

Dapatkan masa muda saya dikembalikan?


Wednesday 6 December 2017

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Mencari Muhammad (Xenia Zinade)

@ bersiaran dari PPAS Seri Manja

Cerpen kekeluargaan yang sedikit sebanyak boleh menyentuh hati mak-mak. Mak-mak, kalau apa-apa berkenaan dengan anak-anak mesti cepat tersentuh hati kan. Lagi-lagi kalau membabitkan kehilangan.

Cerpen inspirasi daripada kisah benar penulis. Meruntun jiwa jugak membacanya.

Tuesday 5 December 2017

PPSR Tidak Menggantikan UPSR

Pencerahan untuk para ibu bapa dan teman di luar sana.

PPSR adalah Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah yang mengandungi 4 komponen.

1.PBD
2. PAJSK
3. PPs
4. PP (UPSR).

Ia dikatakan selaras dengan hasrat KPM untuk melihat kemenjadian murid merangkumi aspek sahsiah, emosi, intelek, nilai dan amalan seperti yang terkandung dalam FPK.

Bermakna proses pembelajaran di sekolah tidak lagi menumpukan kepada peperiksaan semata-mata. Usaha ini diharap menjadikan PdPc di kelas lebih bermakna dan berkesan.

Sebelum ni KPM hanya melaporkan keputusan UPSR (akademik), namun mulai tahun 2017 KPM telah melaporkan keseluruhan pencapaian & perkembangan murid (non akademik).

Oleh itu PELAPORAN KEPUTUSAN UPSR (akademik) DIGANTIKAN dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yg lebih holistik.

Mana-mana info yang menyatakan UPSR DIHAPUSKAN adalah kurang tepat. Ujian tersebut masih ada cuma dilaporkan dalam bentuk yang berbeza.

UPSR - Peperiksaan
PPSR - Pelaporan

Dua perkara yang berbeza.



diolah sebahagian kembali dengan ihsan FB Mohammad Nizam Wahid

Saturday 2 December 2017

Antologi Kelip Kelip Kusangka Api : Siti, Tanjung, Perak (Pingu Toha)

#aca6kkka
Assalamualaikum.



Cerpen personifikasi yang comel. Plotnya ringkas namun berisi falsafah.

Bagi manusia, kasih sayang itu bertempoh, bersebab. Apabila sebab tu dah tak penting lagi, kasih sayang itu akan luput.

Kau masih boleh teruskan hidup kau. Kau boleh hidup tanpa kasih sayang. Kau boleh hidup untuk diri kau sendiri.

Pingu Toha

*personifikasi - memanusiakan/memberi watak dan perasaan kepada makhluk selain manusia. Contoh mudah, karangan 'Aku Sebatang Pen' masa kita sekolah dulu-dulu.

Friday 1 December 2017

Antologi Cerpen Kelip Kelip Kusangka Api : Surat Dari Kutubkhanah (Ika4may)

#aca6kkka
Masjid mengumandangkan bacaan Al Quran. Izrail menyelesaikan tugasannya subuh tadi.

Latar dilukis dengan pernyataan dan bukan gambaran.

Angin musim tengkujuh, bawalah rindu ini pergi bersama wajah dia yang masih melekat di hati.

Thursday 30 November 2017

Harga Sebuah Tablet : Hamidi Md Yudin, Ab Jalil Alimon, Fatimah Bunyamin, Mat Lawi Hassan

Alhamdulillah, syukur kehadirat Allah SWT.
.
Antologi Cerpen Kanak-kanak "Harga Sebuah Tablet" yang saya selenggarakan sudah siap dicetak dan bakal beredar di pasaran. Ini merupakan buku ketiga saya diterbitkan oleh DBP selepas Antologi Cerpen Kanak-Kanak "Kartunis Muda" dan Kumpulan Cerpen Kanak-kanak perseorangan saya "Ikan Haruan Ajaib" (kaver buku seperti gambar profil FB saya ini).
.
"Harga Sebuah Tablet" menghimpunkan 15 buah cerpen kanak-kanak yang pernah tersiar dalam majalah Dewan Pelajar dan Majalah Asuh karya 5 orang cerpenis kanak-kanak tanah air iaitu Tuan/Puan Ab Jalil Alimon, Fatimah Bunyamin, Mat Lawi Hassan, Muz Ahmad dan saya sendiri.
.
Harga cuma RM9. Harga yang amat berpatutan dan mampu dimiliki. Bolehlah dapatkan nanti untuk bacaan sendiri atau dihadiahkan kepada anak/adik/cucu tersayang.
.
Berbanyak terima kasih kepada editor, Puan Icha Malissa dan penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

C&P : FB Tuan Hamidi Md Yudin

Wednesday 29 November 2017

Antologi Kelip Kelip Kusangka Api : Tidurlah Soniaku ( Nor Janati Ibrahim)


#aca6kkka
Sebelum jemur kain. Naskhah kreatif pertama Pengarah Muzium Negeri Perak.

Orang Melayu begitulah. Budi bahasa dan adat kena jaga. Kera di hutan disusukan, anak di rumah pun mesti tidur kekenyangan.

Meraikan Jawi. Baca dari kanan.

Tuesday 28 November 2017

Antologi Kelip Kelip Kusangka Api - Waris II (M Muhaimin)

#aca6kkka

Pantau keadaan cuaca sebelum jemur kain.

Rimba adalah jiwa. Mati alam, matilah kami dan seluruh generasi. Pantang bangsa durhaka pada ibu bumi.

📖 cubaan kombinasi dua sudut pandangan dalam cerpen - kemas

📖 bahasa segar dengan latar dan fakta dijalin cantik

📖 transformasi kematangan karya Muhammad Muhaimin

Baca dari belakang. Meraikan tulisan Jawi.

Monday 27 November 2017

Kelip Kelip Kusangka Api : Tum (Mahizan Husain)

#aca6kka
Hujan. Menikmati karya Bollywood tanpa lagu.

 Siapa orang yang kau cinta?
(Tum)
Orang yang apabila aku tutup mata, aku nampak dia.

Siapa orang yang kau nampak apabila kau tutup mata?
(Tum)
Orang itu ialah orang yang akan aku nampak di Sheesh Mahal.

Tum. Tum. Tum.

Eh..eh..teringat Bobby pulak.

Sunday 26 November 2017

Antologi Kelip Kelip Kusangkakan Api : Warung Bakso Saka Tok Meon {Tany Leia Harris)

#aca6kkka
gambar kredit : JS Adiwarna
Baca dari depan memanjang tak habis. Kita mula dengan cerpen akhir dulu.

- Falsafah tersirat tentang upaya anak muda
- Kelip-kelip dalam penafsiran minda keusahawanan

"Aku rasa kita dah terlebih over dalam bab lampu ni. Kalau tengok dari dekat boleh kena sawan tengok lampu kelip-kelip seterang ni." Aaron

"Kalau terang macam ni, bukan aje dari kampung sebelah, dari planet sebelah Bumi pun boleh nampak."

cc: Tany Leia Harris

Saturday 25 November 2017

Jelita Pertapa

#aca6kkka
Cerpen no.15: Jelita Pertapa oleh Monalita Mansor

"Hutan melarat dimakan api,
Pokok ditanam habis mati;
Intan manikam mahligai hati,
Kalau hilang payah berganti."

“Anakanda, Tuanku Panji Cahaya itu bukan dongengan. Turunlah anakanda menjejak baginda. Bawakan dia menghadap ayahanda. Kembalikan cintanya kepada leluhurnya.” Tuanku Bongsu Si Mambang terikat dengan janji. Setia dan kasih menjadi galang ganti pada kebahagiaan diri.

Maka, berangkatlah akan si sunti itu meneruskan pencarian leluhur yang ingkar janji. Azam disematkan pada nubari bersama panji kerajaan Kayang Buana. Anak raja yang tewas dengan cinta kedua itu perlu diseret pulang menugal ikrarnya.

“Tuanku Panji Cahaya itu, indah kejadiannya. Wajahnya bagai disuluh purnama empat belas. Tegaknya agam dan di dadanya bersilang busur emas berkilau-kilauan. Busananya indah permai tidak terkatakan. Sampingnya bertekat benang emas dan seluar
panjutnya bagai dihiasi kaca menyilau mata.

Destarnya Dendam Tak Sudah berjuntai mutiara di depannya.
Bersurat kalimah halimunan Sulaiman, beberapa ilmu hikmat pemanis serta pelias peperangan. Di tangannya tergenggam pedang kebesaran sebesar paha budak bercerai susu.”
__________________

Cerpen ini tentang Jelita alias Tuanku Bongsu Si Mambang yang diarahkan oleh ayahandanya untuk mencari Tuanku Panji Cahaya si alam manusia. Dapatkah Jelita membawa semula Tuanku Panji Cahaya pulang ke Kayang Buana?

Membaca cerpen ini membuat anda berimaginasi. Tidak kurang juga mencari pensel dan kertas untuk mencatat setiap pergerakan jalan cerita supaya tidak hilang arah dalam pembacaan 😉.

Tuesday 31 October 2017

Nota Tukang Mandi

Kulihat kakinya litup,
kepala telanjang,
mungkin yang tertutup,
tak menggambar yang terpandang.

Kulihat kaki telanjang,
kepalanya litup,
terhias di kuku cutex nan garang,
ternganga mulut tak mampu dikatup.

Jangan kata ini bukan urusanku,
mati terkejut tak siapa tahu,
azab mayatmu tak siapa peduli,
kecuali aku, si tukang mandi mayat ini.

30/10/2013

Jelita Pertapa, November Ini

“Panji Cahaya?” Jelita menapak mendekat.

Kelopak mata yang hampir terkatup itu, terbuka lemah. “Adinda…”

“Kanda Panji Cahaya…” Jelita berlutut. Tangan lelaki yang kehilangan banyak darah itu sedikit terangkat. Batuk-batuk kecil semakin menggila, menggempur dada Tuanku Panji Cahaya. 

Sunday 29 October 2017

Apa Yang Hendak Diberi

assalamualaikum.

usahkan anda, saya pun kadang-kadang disapa ragu. Macam mana nak sedekah kalau tak ada apa yang nak disedekahkan?

Kenapa?

Sebab kita manusia, cenderung memandang sesuatu dengan logik akal.

Kita melihat rezeki adalah RM. Maka kalau tak ada RM, macam mana nak memberi RM kan?

Kita dimaklumkan tentang pahala sedekah yang dijanjikan Allah. Tapi hati manusia kita ragu-ragu sebab kalau boleh kita sedekah RM1, dan dan tu jugak kita nak dapat RM10 jatuh berdebuk dari langit.

Tapi mari kita renungkan ia dengan hati insan. Kalau kita sedekah RM1, si penerima menerimanya dengan senyuman kemudian dia angkat tangan. Spontan. "Ya Allah ya tuhanku, kau mudahkanlah rezeki sahabatku ini. Jauhkanlah dia daripada mara bahaya. Sejahterakanlah kehidupannya."

Apa perasaan anda? Bahagia? Atau anda tetap mahukan sesuatu yang ajaib berlaku dengan sedekah anda?   Kalau tetap mahukan sesuatu yang ajaib, usaha kita perlulah ajaib juga. Antara usaha ajaib yang patut kita buat dulu ialah solat 5 waktu tanpa tinggal.

Friday 27 October 2017

Kecukupan Rezeki

Analogi kecukupan rezeki untuk setiap anak Adam saya gambarkan begini.

Kita ada dua orang anak. Seorang bayi berumur 3 bulan. Seorang lagi kanak-kanak berumur 4 tahun. Keperluan pemakanan bayi tentunya terhad kepada susu dan makanan yang lembut sifatnya. Kita tak boleh bagi bayi makan nasi. Sebab nasi tak sesuai untuk bayi. Nasi sesuai dimakan oleh kanak-kanak.
Kalau kita bagi juga bayi kita makan nasi, kita tahu kita menempah risiko.

Begitu yang diberitahu Allah kepada kita. Diberikan rezeki kepada hamba-Nya menurut kesesuaian bukan kehendak.

Sebagai hamba pula, ada adab yang perlu kita patuhi untuk menjemput rezeki. Saya dah kongsikan adab menjemput rezeki dengan mendoakan orang lain. Juga menjemput rezeki dengan bersedekah.

Adab seterusnya ialah menjemput rezeki dengan zikir. Zikir boleh dilafaz bila-bila masa dan seringkas menyebut Ya Allah.

Imam Al Ghazali sendiri menjadikan zikir tersebut sebagai amalan pada hari Jumaat. Kalau kita belum terbiasa mari kita mulakan Ya Allah...Ya Allah... Ya Allah. Rayu Allah dengan hati hamba, bukan hati manusia.

Mari kita buat pinjaman dengan Allah pulak dan tengok hasilnya. Baca Ya Allah 10 kali dan tekan like. Hehe

Kefahaman saya daripada buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Catatan facebook 26 Okt 2015

Wednesday 25 October 2017

Relakan Nubari

Assalamualaikum.

Tadi, mak marahkan Sakinah sebab keluarkan pewangi kain. Dicurahkannya di dalam bekas plastik di depan tandas. Masa tu mak tengah sibuk lap air kencing dia. (Baca: mereka sedang berlatih hidup tanpa lampin pakai buang)

Mak jentik jari dia. Tapi, belum insaf rupanya budak debab diva ni. Diketuknya dinding mesin basuh sampai jatuh bekas tadi ke dalam mesin basuh. Wangi nianlah mesin basuh mak!

Mak bisingkan dia lagi. Tanya dia, "Sakinah ni dah kenapa?"

Dia tunduk. Tarik muka senget. Nak menangis. Damia datang dekat Sakinah. Pegang muka Sakinah dan peluk Sakinah. Sakinah pula elok melentokkkan kepala di bahu Damia.

Melepaskan lara dimarah emak, kaedahnya. Mak tahan ketawa. Memang drama sungguhlah diva debab dua orang ni.

Penawar Jiwa

Assalamualaikum. Sudah menghampiri akhir 2017.

Nantikan cerpen saya 'Jelita Pertapa' di dalam antologi 'Kelip-Kelip Kusangka Api' terbitan JS Adiwarna, November ini.

Nantikan.


Saturday 4 February 2017

Pengasuh Vouge ; Wad Pediatrik

Hari ni dua orang pesakit mendaftar masuk ke wad pediatrik.
Pesakit ni tak dengar cakap misi @ doktor.
Doktor @ misi yang kena dengar cakap dia.

Catatan : pengasuh vouge a.k.a. misi dan doktor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung