Saturday 2 December 2017

Antologi Kelip Kelip Kusangka Api : Siti, Tanjung, Perak (Pingu Toha)

#aca6kkka
Assalamualaikum.



Cerpen personifikasi yang comel. Plotnya ringkas namun berisi falsafah.

Bagi manusia, kasih sayang itu bertempoh, bersebab. Apabila sebab tu dah tak penting lagi, kasih sayang itu akan luput.

Kau masih boleh teruskan hidup kau. Kau boleh hidup tanpa kasih sayang. Kau boleh hidup untuk diri kau sendiri.

Pingu Toha

*personifikasi - memanusiakan/memberi watak dan perasaan kepada makhluk selain manusia. Contoh mudah, karangan 'Aku Sebatang Pen' masa kita sekolah dulu-dulu.

Friday 1 December 2017

Antologi Cerpen Kelip Kelip Kusangka Api : Surat Dari Kutubkhanah (Ika4may)

#aca6kkka
Masjid mengumandangkan bacaan Al Quran. Izrail menyelesaikan tugasannya subuh tadi.

Latar dilukis dengan pernyataan dan bukan gambaran.

Angin musim tengkujuh, bawalah rindu ini pergi bersama wajah dia yang masih melekat di hati.

Thursday 30 November 2017

Harga Sebuah Tablet : Hamidi Md Yudin, Ab Jalil Alimon, Fatimah Bunyamin, Mat Lawi Hassan

Alhamdulillah, syukur kehadirat Allah SWT.
.
Antologi Cerpen Kanak-kanak "Harga Sebuah Tablet" yang saya selenggarakan sudah siap dicetak dan bakal beredar di pasaran. Ini merupakan buku ketiga saya diterbitkan oleh DBP selepas Antologi Cerpen Kanak-Kanak "Kartunis Muda" dan Kumpulan Cerpen Kanak-kanak perseorangan saya "Ikan Haruan Ajaib" (kaver buku seperti gambar profil FB saya ini).
.
"Harga Sebuah Tablet" menghimpunkan 15 buah cerpen kanak-kanak yang pernah tersiar dalam majalah Dewan Pelajar dan Majalah Asuh karya 5 orang cerpenis kanak-kanak tanah air iaitu Tuan/Puan Ab Jalil Alimon, Fatimah Bunyamin, Mat Lawi Hassan, Muz Ahmad dan saya sendiri.
.
Harga cuma RM9. Harga yang amat berpatutan dan mampu dimiliki. Bolehlah dapatkan nanti untuk bacaan sendiri atau dihadiahkan kepada anak/adik/cucu tersayang.
.
Berbanyak terima kasih kepada editor, Puan Icha Malissa dan penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

C&P : FB Tuan Hamidi Md Yudin

Wednesday 29 November 2017

Antologi Kelip Kelip Kusangka Api : Tidurlah Soniaku ( Nor Janati Ibrahim)


#aca6kkka
Sebelum jemur kain. Naskhah kreatif pertama Pengarah Muzium Negeri Perak.

Orang Melayu begitulah. Budi bahasa dan adat kena jaga. Kera di hutan disusukan, anak di rumah pun mesti tidur kekenyangan.

Meraikan Jawi. Baca dari kanan.

Tuesday 28 November 2017

Antologi Kelip Kelip Kusangka Api - Waris II (M Muhaimin)

#aca6kkka

Pantau keadaan cuaca sebelum jemur kain.

Rimba adalah jiwa. Mati alam, matilah kami dan seluruh generasi. Pantang bangsa durhaka pada ibu bumi.

📖 cubaan kombinasi dua sudut pandangan dalam cerpen - kemas

📖 bahasa segar dengan latar dan fakta dijalin cantik

📖 transformasi kematangan karya Muhammad Muhaimin

Baca dari belakang. Meraikan tulisan Jawi.

Monday 27 November 2017

Kelip Kelip Kusangka Api : Tum (Mahizan Husain)

#aca6kka
Hujan. Menikmati karya Bollywood tanpa lagu.

 Siapa orang yang kau cinta?
(Tum)
Orang yang apabila aku tutup mata, aku nampak dia.

Siapa orang yang kau nampak apabila kau tutup mata?
(Tum)
Orang itu ialah orang yang akan aku nampak di Sheesh Mahal.

Tum. Tum. Tum.

Eh..eh..teringat Bobby pulak.

Sunday 26 November 2017

Antologi Kelip Kelip Kusangkakan Api : Warung Bakso Saka Tok Meon {Tany Leia Harris)

#aca6kkka
gambar kredit : JS Adiwarna
Baca dari depan memanjang tak habis. Kita mula dengan cerpen akhir dulu.

- Falsafah tersirat tentang upaya anak muda
- Kelip-kelip dalam penafsiran minda keusahawanan

"Aku rasa kita dah terlebih over dalam bab lampu ni. Kalau tengok dari dekat boleh kena sawan tengok lampu kelip-kelip seterang ni." Aaron

"Kalau terang macam ni, bukan aje dari kampung sebelah, dari planet sebelah Bumi pun boleh nampak."

cc: Tany Leia Harris
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung