Saturday 28 February 2015

Realiti Dikacau Fantasi



Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum Dan Salam Karya. Bismillah.


Pernah menonton mahakarya Pirates Of Carribean? Lupakan sekejap apa juga teknik skrin hijau, biru, hitam atau warna pelangi yang digunakan. Cuba hayati latarnya, pemandangan dan situasi juga latar di dalam kapal Flying Dutchman misalnya. Anda rasa tertipu atau anda rasa ‘nampak real’ dan hati anda juga akan berdetik, ‘ kat mana tempat ni?’
Sebabnya,
Pengkaryanya mencampuradukkan realiti dan fantasi seperti Syarikat Hindia Timur British, Barbossa, Flying dutchman, mata air kehidupan, Tortuga, Singapore, duyung dan kewujudan lanun itu sendiri. Menarik bukan?

Begitulah jugak dengan karya kita. Kacau sebati dan kemudiannya hidangkan. Insya-Allah, sedap.

Sama sumber : Kuasai Cerita Anda, Victoria Hanley

Friday 27 February 2015

Buang Sampah Pun Kembara



Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum. Salam Kreatif. Bismillah.


Sebenarnya, hidup ni kembara. Malahan perjalanan kita pergi buang sampah kat depan, tepi atau belakang rumah pun sebuah kembara. Dalam perjalanan tu, apa yang kita lihat, dengar dan bau. Atau, apa cer mak cik-mak cik mesyuarat tingkap yang terlepas ke telinga kita. Semuanya tu boleh kita ambil dan tulis serta kembangkan. Asal sahaja, kita tak join bermesyuarat sekali.

Thursday 26 February 2015

Teknik Mengambil Nota (Ini bukan tips periksa!)



Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum Salam Karya. Bismillah

Fokus Lima Deria Asas, Cik Jemah.
1.       Pemandangan – apa yang mata anda nampak, situasi, warna, keadaan
2.       Bunyi – bingit, bising, memecahkan kepala hotak atau tenang, damai, sentosa
3.       Bau apa yang dapat dihidu – kalau segar, macam apa, kalau busuk macam apa.
4.       Dapatkah lidah kita rasa, masam, manis, payau, masin atau terlebih sedap?
5.       Kalau sentuh dengan tangan macam mana permukaannya, licin, melekit, hangat ke.

Boleh juga merasakan emosi manusia di persekitaran di situ melalui mimik muka. Itu namanya teknik ‘membaca orang’

Daripada buku Victoria Hanley juga

Wednesday 25 February 2015

Terjun Longkang? Suka Sendirilah



Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah

Satu cara untuk membuatkan pembaca percaya gila dengan karya kita ialah dengan menyuntik perincian yang kukuh apabila kita menulis latar cerita. Tak kisahlah latar tu tak wujud pun, tapi bila kita tulis dengan rinci, latar tu akan wujud dalam imaginasi pembaca dan kisah yang realistik akan membawa terjun bersama dengan kita.
Kalau ke longkang, ke longkanglah perginya. 

Kuasai Cerita Anda, Victoria Hanley.

Tuesday 24 February 2015

Jangan Merapu


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum. Salam Kreatif. Bismillah.


Ada satu istilah yang diperkenalkan oleh Victoria Hanley ni. Istilah Inggeris yang dimelayukan dan dinamakan penangguhan ketidakpercayaan. Rumit dan komplikated bunyinya kan. Secara mudahnya cerita yang kita tulis kenalah logik. Maksudnya, pembaca kena percaya apa yang mereka baca apabila mereka dah ‘masuk’ ke dalam cerita. Walaupun mereka sebenarnya tahu cerita tu memanglah auta dan rekaan penulis sahaja. Jadinya, penangguhan ketidakpercayaan akan gagal kalau kita menulis sesuatu yang di luar logika manusia yang mungkin budak-budak boleh terima, tapi tetap akan kena pertikai juga. Pendekata, logik. 

Kuasai Cerita Anda, Victoria Hanley.

Monday 23 February 2015

Usaha dan Percubaan Adalah Hak Kita

Teks : Monalita Mansor
Gambar : monazman.blogspot. com

Assalamualaikum. Bismillah. Salam Kreatif.

Beberapa hari yang lepas menerima mesej dari 'anak buah' yang meluahkan kekecewaannya sebab cerpennya belum tersiar di mana-mana media tempatan walaupun dia merasakan dia sudah mencuba sebaik mungkin.

Well...apo nak dikato ya...

Usaha, percubaan adalah hak kita. Namun selagi Allah tidak mengizinkan sebarang kejayaan, tidak akan berlaku sebarang keajaiban seandainya jika kita percaya kita adalah milik DIA.

Dan, seandainya rezeki sudah tiba. Yah! nantikan sahaja.

p/s esoknya dia dapat emel daripada editor sebuah majalah popular mengatakan cerpennya akan disiarkan tak lama lagi.

Jadi... masa depan, dapatkah kita menduga?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung