Saturday 7 September 2013

Menulis - Bagaimana kita Bermula

Teks    :   Monalita Mansor
Gambar: https://www.facebook/monalitamansor1

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Tulisan ini adalah perkongsian untuk rakan-rakan sekelas juga kawan-kawan serumahtangga yang berhasrat mencurah rasa dan berkongsi ilmu di laman blog masing-masing.  Ia bukanlah panduan yang rigid harus akur dari 1 hingga 10.  Hanya sekelumit ilmu hasil daripada ajaran guru-guru, rakan-rakan, pembacaan, pengalaman dan pengamatan.




1.        Tulis sesuatu yang dekat dengan kita – tentang anak-anak, tentang aktiviti, tentang kemahiran yang kita ada.

2.         Sentiasa ingat orang mahu tahu apa yang kita tahu – ini blog kita, suka kitalah nak tulis apa bak kata cikgu-cikgu kita, syok sendiri pun tak apa.  

3.       Sentiasa menulis walau sebaris – tak sempat di pc,belasah di hand phone atau atas kertas 

4.       Ilham memang tak menjunam dari langit seperti fikiran sesetengah orang – menunggu ilham.  Ilham kena cari.  Kadang-kadang penutup botol kicap pun boleh jadi ‘suis’ untuk menggerakkan ilham.

5.       Tulis dari hati, dengan santai.  Tak perlu bahasa yang retorik dan bombastik.  Memanglah hakikatnya kita harus berbahasa dengan baik.  Tahu hokum tatabahasa dan sebagainya.  Tetapi untuk permulaan, jangan paksa diri.  .

6.       Tak perlu buat ayat berjela-jela.  Pendek dan ringkas janji mudah difahami.

7.       Sentiasa fikir ini ilmu yang nak dikongsi dengan orang lain.  Saya selalu fikir macam ni “aku tak kaya nak sedekah duit kat orang.  Aku cuma ada sikit ilmu untuk kongsi (sedekah), harap sedekah aku diterima dan rezeki aku juga bertambah.”

8.       Kalau rasa tersekat tiba-tiba.  Berhenti.  Pergi buat kerja lain atau taip entri yang baru.  Percayalah, esok lusa, bila and abaca balik entri tu anda akan rasa, “eh, bagus entri aku ni! Dan semangat nak menyambung akan datang.

9.       Selalu fikir kita ni istimewa, sentiasa nak member sesuatu yang istimewa melalui tulisan kita.  (tapi jaga-jaga dgn perasaan ni, jgn terbawa-bawa dgn ujub ni, bahaya)

10.   Sahabat saya pesan sebelum lakukan sesuatu baca dua surah terakhir ayat At-taubah 7 kali, insyaAllah, segala-galanya akan lancer dan dipermudahkan.

11.   Tapi paling utama dalam banyak-banyak perkara, nawaitu kita menulis.  Sebab apa yang tertulis adalah kata hati yang disalurkan ke otak dan otak akan mengarahkan tangan untuk menaip atau menulisnya. 


Semoga barisan nota ini bermanfaat.

Catatan Sambil Berjimba-jimba dengan Bantal ....zzzz



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung