Saturday, 14 September 2013

Sesat di Shah Alam

Teks   :  Monalita Mansor

Aku sangkakan dia tahu.  Sebab lokasinya Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah.  Antara lokasi yang sepatutnya paling mudah dijejaki di tengah ibu negeri Selangor itu.  Rupa-rupanya, diapun tak pasti.  Nak minta tolong Pak Ngah Google, sudah terlewat.

'Pak Long' kesayangan aku  ini sudahpun berleter.  Sahut-menyahut, bertekaklah kami dalam kereta sambil bertawaf mencari bangunan tersebut.  Tanya orang Shah Alam, orang Shah Alampun tak pasti.  Ikut papan tanda, ditunjuk hala ke depan, lepas tu papan tanda hilang.  Kamipun hilang jejak juga.
pencuci mulut yang diulang-ulang dek budak-budak ni....

Terjumpa papan tanda lagi, berhampiran Kompleks PKNS, terlindung dek pokok rupa-rupanya menghala ke kanan, kami belok ke kiri.  Melewati Menara MRCB, Plaza Masalam, Bangunan Darul Ehsan dan terus keluar ke jalan lurus menghala bangunan atas bukit.

"Kalau yang ini, I tahu.  Pejabat SUK!"  Kata 'Pak Long' kesayangan aku tu.  Iyalah tu! Aku dah malas nak melayan.
terjumpa acara di di tingkat bawah

Sesampainya kami, majlis makan beradab sedang berlangsung.  Maaf, terlupa, ini majlis perkahwinan dua pupu aku.  Kira-kiranya, aku mewakili ayah dan emak di kampung.  Sepatutnya mereka ikut serta, tapi ayah tak larat nak berjalan jauh.

'Pak Long' kesayangan

Aku mengagak dia berprofil tinggi, sebab aku nampak kelibat beberapa orang VIP korporat di majlis itu.  Aku juga tahu kelebihannya dalam bidang pendidikan tetapi dia sendiri tidak pernah bercerita akan hal pekerjaannya.  Tadi, aku menyemak dengan Pak Ngah Google, barulah aku tahu dia berada di dalam ranking Ketua Pengarah dalam salah satu portfolio kerajaan.
Anak dara dengan abahnya.  Nangka pun termasuk dalam menu.

Menghadiri majlis perkahwinan di dewah segah ini, mereka masih kelihatan sederhana.  Menjadikan kami sentiasa mengingatkan anak-anak.  Dalam perjalanan pulang, kami bercerita.
Bawa bekal 'tab' pergi kenduri

 "Nak buat majlis besar-besaran begitu, kena cari duit banyak.  Nak dapat duit banyak, kena belajar pandai-pandai. Tak ada ubat lain.  Hidup mudah, boleh kongsi kesenangan dengan orang lain," kata 'Pak Long' kesayangan aku tu.
kambing golek Amin

Anak-anak biasanya diam sahaja, tapi aku harap mereka menanam azam.  Ukuran kaya bukan harta (walaupun ia penanda aras duniawi) - perlu juga untuk dikongsi dan membantu orang lain.  Selain itu, kaya adalah kebijaksanaan membezakan yang hak dan batil.  Semoga tidak pula kita papa di akhirat.

Akademi Bekerja dari Rumah masih membuka pintu untuk penyertaan para suri rumah/bakal suri rumah atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Sekiranya anda ingin memulakan atau sudah memulakan perniagaan tetapi ingin menambah jaringan promosi online, kami ada solusi.

PM saya untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung