Saturday 22 August 2015

Ulasan Juri Hadiah Sastera Darul Makmur 2015 - Kategori Novel Popular

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Kreatif

Novel romantik popular (kategori novel pop) seringkali menyajikan isu semasa yang ada kaitan dengan hal-hal kekeluargaan, dunia kampus, korporat dan konflik kelas. Gaya bahasa dalam Kabus Rindu segar dan dihiasi dengan terma-terma yang biasa digunapakai oleh remaja masa kini. Dalam pada itu penulis memastikan fakta-fakta yang digunakannya dalam menyirat novel tersebut tepat dengan menyenaraikan rujukan dan bibliografinya.

Panel Penilai:
YH. Dato' Haji Zainuddin bin Haji Jumaat
Timb. Ketua 1 DPMP

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali
Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI

Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Hanafiah @ Mana Sikana
Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI

Malim Ghozali PK
Sasterawan Negeri Perak,
Penerima SEA Write Award 2013

Mohd Hashim Ismail
Setiausaha 1, DPMP

*Kategori novel popular HSDM dimenangi oleh Fatinilam Sari Ahmad dengan karya beliau 'Bukan Serapuh Daun Maple'

Kabus Rindu boleh dibeli daripada penulis dengan harga RM20 termasuk caj pos.

Friday 21 August 2015

Tulis Baik-Baik

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Facebook Almarhumah Aimee Nour

Assalamualaikum dan Salam Kreatif.

Meminjam perkataan MamaBella Novelis, seorang penulis skrip popular tanah air.

"Dalam dok sihat tiba-tiba pendarahan otak (dari fb adiknya tu) dan betapa penting kita tulis yang baik-baik. Bila Allah panggil, yang tinggal semua yang indah belaka hasil penulisannya."


Al Fatihah untuk Aimee Nour

penulis buku Tuhan Sayang Aku yang kembali kepada Penciptanya awal pagi tadi. 

Kembali Bersiaran

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum Dan Salam Kreatif

Hmm...lama tak berkunjung ke rumah ini. Lebih 40 hari, jin setan dah mengganti tuan rumah agaknya. Tapi, perjalanan hidup itu tak selalunya senada dan licin. Adakalanya ia tergelincir dan tersembam. Maka perjalanan mencari kekuatan bukanlah sesuatu yang mudah.

Maka,

hamba kembali bersiaran.

Siapa yang ingin berguru dengan hamba, kita sama-sama memeriahkan dunia penulisan tanah air. Hamba tak menjanjikan bulan dan bintang. Hamba tidak menjanjikan tuan hamba sekalian menjadi penulis ngetop seantero Malaya. Hanya, secebis ilmu untuk amalan.

Boleh PM sahaja hamba di FB jika berminat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung