Thursday 30 January 2014

Elakkan Bertekak Kerana Rumah

Sebelum membeli rumah 3 perkara yg perlu dikaji dahulu.

Teks : Monalita Mansor
Gambar : 

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah. 

Suka atau tidak, walaupun kita sekadar suri rumah tangga, pendidikan kita setakat yang minima sahaja, kita tetap pembuat dasar merangkap menteri kewangan yang menentukan haluan perjalanan kewangan rumah tangga. Walaupun keputusan itu sekadar melibatkan berapa ekor ikan selar yang hendak dibeli sekalipun. Sila merasa bangga dengan diri kita!

Masa silih berganti, keluarga semakin membesar. Tiba masanya kita merangka untuk membeli kediaman yang lebih selesa untuk anak-anak, bakal menantu, bakal cucu, bakal saudara-mara dan bakal-bakal dan bakal...
Saya bawakan panduan membeli kediaman baru yang tentunya melibatkan tabungan rumah tangga secara langsung sebagai penasihat kewangan. 

PERTAMA

Pastikan tabungan sudah mencukupi. Tabungan bermakna cukup untuk bayaran deposit dan lain-lain kos berbangkit.  Sebagai contoh harga rumah RM170,000. Kos yang perlu disediakan ialah :
RM17,000 utk 10% deposit. 
Legal fess & stamp duty lebih kurang 2%-3% drpd harga rumah (kiraan kasar) 
manakala bayaran rencam lain seperti yuran naskhah perjanjian/valuation/insurans rumah (MRTA) telah dimasukkan ke dalam naskhah perjanjian. 

KEDUA

Pastikan anda layak dengan kedudukan kewangan yang anda dan komitmen terhadap belanjawan lainnya. Kalau gaji pokok anda hanya RM2500.00 dan rumah yang hendak dibeli itu harganya RM500,000.00, harap anda sudi mengukur baju tersebut di badan sendiri. Kecualilah, anda sudah memasukkan tunai atau deposit dalam jumlah yang besar ataupun memohon pinjaman secara bersama.  Kalau tidak, memang agak sukar pinjaman tersebut diluluskan.

KETIGA 

Pastikan lokasi pilihan anda berbaloi dengan kedudukan kewangan anda ketika ini, pada masa akan datang dan pada masa seterusnya. Jangan terpengaruh dengan rumah yang cantik tapi kedudukannya nun jauh berkilometer daripada lokasi tempat kerja atau lokasi sedia ada. Anda sebenarnya sudah membazir dalam jangka masa panjang. 

diubahsuai daripada : pencerahan tips membeli rumah oleh Keyn Aziz, 
www.keynaziz.iagent.my
Nasihat adik saya, seorang pakar runding hartanah, sebelum beli PLAN dahulu.
Nasihat saya, sebelum beli bincang dengan suami/isteri/anak-anak tapi janganlah sampai bertekak...


masuk kelas dengan pakej serendah ini. PM sekarang. 

Tuesday 28 January 2014

Jangan bimbang, syukur sahaja.

Teks : Monalita Mansor
Gambar :

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Semalam menerima panggilan telefon daripada sahabat yang masih bekerja di ruang perbankan menjelang hari-hari terakhir Tahun Baru Cina. Walaupun saya ketawa mendengar rungutan yang boleh saya senaraikan sampai nombor sepuluh, hakikatnya saya tetap simpati kepada mereka.

Mana tidaknya, waktu perbankan (waktu operasi kaunter) terpaksa ditarik sehingga enam petang kerana limpahan pelanggan yang tentunya akan mengganas sehingga detik akhir malam makan besar pada petang tahun baru nanti.

Banyak perkara yang harus ditingkatkan. Lebih-lebih lagi aspek keselamatan. Baik dari segi keselamatan diri dan bank, juga keselamatan kaunter dan balancing. Kerap terjadi ialah ketidakseimbangan pada hari akhir tugas. Bermakna sesudah bank ditutup, harus pula melakukan balancing. Kalau tak balance semua orang tak boleh balik, kata kau....

Memang kenang-kenangan inilah sebenarnya yang banyak mengalirkan air mata. Pada saat ini, niat masing-masing memang nak berhenti kerja. Sungguh. Agaknya Allah mendengar doa saya walaupun cara ia termakbul tu lambat.

Pada teman-teman yang masih berjuang, selamat berjuang. Jangan risau, syukur kerana pekerjaan yang ada ini membantu suami, jangan bimbang. Allah ada.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung