Saturday 19 October 2013

AKPK Sebagai Pemudahcara

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Tidak dinafikan apabila terjerat dengan beban hutang, ada semacam detikan rasa untuk mengakhiri semuanya dengan cara yang mudah.  Hanya iman dan taqwa yang dapat membantu kita menguasai diri.  Ada bermacam-macam sebab orang berhutang, terpaksa, teraniaya, sengaja, tapi pada kebanyakan ketika, kita termasuk di dalam kategori terpaksa.

Tidak dapat digambarkan betapa gundah gulananya tatkala menerima surat cinta berkepala surat & Co, peguambela dan peguamcara.  Antara isinya ialah sila jelaskan jumlah sekian sekian atau anda dikehendaki hadir ke mahkamah pada...
itu belum ditambah dengan panggilan demi panggilan yang diterima sebelum kedatangan surat-surat tersebut.

Ke mana hendak diadu?  Ya, pertama sekali adukanlah pada Allah.  Pastikan anda mengadu dengan yakin.  Dengan sepenuh hati, yakin bahawa pengaduan orang-orang yang bersedih, tertindas dan takut akan didengar oleh-Nya tanpa hijab.


Kedua, kalau anda mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga, adik beradik ataupun kawan baik yang sudah berjanji berkongsi susah senang, dapatkan bantuan mereka dahulu.  Bagaimanapun jika anda merasa malu atau terasa malu, ada satu lagi alternatif yang boleh membantu.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit adalah biro yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu para penghutang melegakan sedikit masalah mereka.  Opss... jangan tersilap,mereka tidak akan memberikan bantuan kewangan.  Bantuan yang diberikan berupa khidmat nasihat dan kaunseling kewangan dan percayalah, mereka tidak akan menuding jari atau ketawa kerana anda bakal muflis.

Apabila anda sudah ternampak bibit-bibit ketidakmampuan untuk melangsaikan hutang, jangan tunggu sehingga surat cinta daripada syarikat kewangan mahupun 'bapak atau puan peguam' tiba.  Terus bertindak. 
Hubungi AKPK di talian 1-800-88-2575.  Mereka akan menerangkan tatacara mendapatkan bantuan kaunseling AKPK. 

atau anda boleh terus ke Unit Kaunseling AKPK tingkat 8 Maju Junction Mall.  Kalau anda berkereta sendiri terus sahaja ke tingkat tersebut kerana ia berhadapan dengan lot parkir tingkat 8 Maju Junction Mall.  Perkara pertama yang akan diminta ialah data kewangan anda.  

Anda boleh terus mencetak penyata CCRIS di kioks BNM di sana.  Selepas itu anda akan diminta menyerahkan penyata kewangan terkini daripada bank-bank pemiutang menggunakan format AKPK yang telah ditetapkan.  

Selepas itu, majukan kepada mereka dan selepas penelitian, kaunselor AKPK akan mengaturkan sesi kaunseling yang berlangsung pada hari bekerja, kebiasaannya.  

Jangan takut untuk mendekati AKPK.  Hutang umpama kudis, jika dibiar tanpa ubat, akan melarat, berair dan menanah.  Silap haribulan memakan diri.



Kelas Asas Blog dimulakan dengan analisis untuk mengenali kepakaran dan minat anda.  Kemudian, penilaiaan akan dibuat dan anda akan diberikan bersesuaian dengan kehendak dan minat anda.  Jadi, segalanya berlangsung di atas kesungguhan dan minat.  Hasilnya sangat membahagiakan.

Cubalah kalau tak percaya.


Friday 18 October 2013

Galeri Aspirasi

Pemunya blog ini bukan sesiapa pun. Tak pernah terukir namanya dalam carta penerima hadiah sastera atau apa pun. Hanya apa yang terkumpul di dalam blog ini adalah perkongsian pandangan pemunyanya sendiri berdasarkan sumber-sumber yang diperakui. Insya-Allah

Galeri ini adalah sebagai penghargaan buat diri sendiri, atas penat lelah, tangis jerih yang memungkinkan karya-karya ini terlahir.  Pasti juga kesyukuran untuk Allah dan Rasul-Nya, atas limpah kurnia ilham dan semoga terhindar dari sifat riyak.  Nauzubillah

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial terhadap Perkembangan Murid

TEKS : MONALITA MANSOR

GAMBAR : KOLEKSI PERIBADI


DARIPADA MONAZMAN.BLOGSPOT.COM DITULIS PADA JUMAAT, 8 MAC 2013


PKRS 2 : Implikasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Terhadap Perkembangan Kognitif, Psikomotor dan Afektif Murid


3.0.      Implikasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial terhadap perkembangan kognitif, Psikomotor dan Afektif murid.

3.1.      Perkembangan Kognitif
Perkembangan Kognitif dalam pembelajaran Pendidikan Kesihatan merangkumi aspek penilaian dan sintesis mengenai sesuatu perkara.Murid-murid dapat mengenalpasti dan menyenarai aktiviti fizikal, mengamalkan postur yang betul; yang memberikan sumbangan besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan kesihatan diri.  Seterusnya mengamalkannya secara konsisten untuk mencapai tahap kesihatan dan kecergasan maksimum.

Mengumpul maklumat mengenai kepentingan pemakanan seimbang, pengambilan makanan yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan.  Sebagai contoh: mengetahui dengan jelas makanan-makanan yang terdapat di dalam piramid makanan dan kadar pengambilannya bagi setiap takah piramid.  Murid-murid juga boleh membuat keputusan untuk tidak mengambil makanan yang boleh menyebabkan obesiti dan masalah-masalah kesihatan lainnya.  Seterusnya mengamalkannya sebagai nilai tambah utama terhadap penjagaan kesihatan yang betul. 
gambar hiasan...he..he..he..

Ia akan memberikan  pendidikan mengenai aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal dan psikologikal semasa akhil baligh  berkenaan dengan dua gender seks yang berbeza. Sebagai contoh tanda baligh fizikal bagi pelajar lelaki adalah ‘pecah suara’ dan bagi pelajar perempuan adalah sebaik sahaja mereka mengalami proses menstruasi.

Mereka sepatutnya boleh membezakan perawakan di antara kedua-dua gender tersebut dan akhirnya dapat menghormati mereka dengan cara dan adil, seterusnya mewujudkan golongan masyarakat yang bermaruah dan hormat-menghormati.  Kesan jangka panjangnya ialah mengurangkan impak masalah sosial di dalam masyarakat.

Implikasi  pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terhadap perkembangan kognitif seterusnya ialah murid-murid akan merancang atau menggabungkan maklumat untuk pengetahuan mengenai aspek keselamatan membabitkan diri sendiri dan persekitaran.   Bertindak bijak ketika berada di dalam situasi yang tidak selamat. Mengenalpasti teknik-teknik mempertahankan diri apabila apabila terdapat ancaman. Sebagai contoh;- menjauhkan diri apabila dihampiri orang yang tidak dikenali atau sentiasa berada di dalam kumpulan yang memungkinkan risiko terhadap keselamatan diri berkurangan.  

Menganalisis kesan buruk terhadap akibat pemgabilan bahan-bahan berbahaya seperti rokok, dadah, inhalan dan alkohol yang bukan sahaja menyumbang kepada risiko kesihatan fizikal tetapi mental dan emosi.  Sebagai contoh pengambilan dadah berlebihan akan mengakibatkan ketagihan yang merosakkan sistem tubuh badan, menyebabkan daya pergantungan total secara fizikal dan psikologikal terhadap dadah serta akibat buruknya terhadap kesihatan itu senditi.   Seterusnya menerbitkan gejala sosial lainnya seperti ragut, samun, pembunuhan yang seterusnya merosakkan seluruh sistem sosial diri, masyarakat dan persekitaran dan negara.

Membuat hipotesis mengenai penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gejala penyalahgunaan barang terlarang dan berbahaya seperti kerosakan sistem saraf, hepatitis, sawan, HIV, meningitis dan sebagainya, sekaligus mengelakkannya.

Memperolehi kefahaman tentang pengurusan kesihatan diri dan keluarga serta masyarakat terhadap penyakita berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental melalui amalan kesihatan yang betul seperti pengambilan makanan seimbang dan aspek penjagaan kesihatan jasmani.

3.2.      Perkembangan Psikomotor

Murid-murid mengenal pasti peralatan,bahan-bahan dan  situasi  yang berbahaya di rumah, sekolah atau di tempat-tempat awam seterusnya mengambil langkah-langkah untuk mengelakkannya seperti menyimpannya di tempat yang selamat, menjauhi persekitaran tersebut dan mempelajari kaedah-kaedah mempertahankan diri dan pertolongan cemas.  Sebagai contoh;  sikap yang betul ketika berjalan di tepi jalan raya seperti berjalan melawan arah trafik.  Dengan pengetahuan pertolongan cemas juga  contohnya; setidak-tidaknya murid-murid dapat mengadaptasi kemahiran afektif menghadapi kecemasan dengan tenang kerana sudah bersedia dan berpengetahuan untuk menanganinya.

Murid-murid mengenalpasti teknik penjagaan kesihatan menyeluruh yang betul sama ada dari terutama dari segi bentuk senaman sebagai contoh;  mengaplikasikan postur senaman yang betul dan selamat untuk tubuh badan dan penggunaan masa rehat dan tidur serta penggunaan masa berkualiti.


3.3.      Perkembangan Afektif

PKSR membentuk kemahiran pengurusan mental dan emosi.  Murid-murid memperolehi kemahiran menguruskan stress dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.  Menguruskan konflik adalah sebahagian daripada usaha mempertahankan insititusi kekeluargaan dan setiap ahlinya mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk tujuan itu. 

Institusi perkahwinan dan kekeluargaan adalah unit asas dalam hierarki sosial satu sistem masyarakat yang sentiasa perlu dipertahankan. Murid-murid dapat mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan sehari-hari.   Kemahiran ini dapat diperolehi dengan pemantapan dan pematuhan terhadap ajaran agama. 

Dengan ini, mereka dapat melampiaskan kasih sayang berbeza terhadap Tuhan, diri, keluarga, guru dan rakan-rakan.  Dengan keakuran terhadap agama juga mereka dapat menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan individu dan kelompok tertentu yang akhirnya akan mencetuskan permasalahan dalam perhubungan sesama individu dan masyarakat.

Pendidikan kesihatan reproduktif dari sudut afektif juga membina kemahiran dan pengetahuan mengenai kepentingan etika perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan dan persahabatan.  Sebagai contoh mengetahui salasilah keluarga untuk mengetahui kedudukan diri dan perbandingan dengan individu lain untuk melahirkan rasa hormat menghormati di antara satu sama lain.   


Mengadaptasi kemahiran berfikir dan bertindak secara serentak apabila berada di dalam situasi yang memerlukan seseorang individu untuk berkata tidak terhadap ancaman ataupun ugutan.


4.0.       Rumusan
Impak Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial untuk jangkamasa panjang ialah melahirkan generasi yang matang, sihat dan waras dari segi mental dan fizikal.  Pendidikan secara berkesan memberi kesan langsung terhadap perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.  Kesemuanya diharapkan dapat membentuk satu unit individu yang berkualiti yang akan melengkapkan sistem sosial sesebuah negara yang sihat seterusnya menyumbang ke arah pembentukan negara yang maju dalam ertikata sebenar.

Bibliografi

Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Yahya Don, Psikologi Sosial Dalam Pendidikan, PTS Professional Publishing Sdn Bhd, 2006
Agensi Antidadah Kebangsaan, Dadah Musuh No 1 Negara, Thinkers Library Sdn Bhd, 2007
Entri ini adalah antara 'killer entry' saya di blog lama.  Bagaimana saya mengekalkan momentum 'killer entry' ini?  Anda perlu masuk kelas untuk tahu.

Daftar masuk dalam kelas Asas Blog dan Penulisan sekarang. 

Menghirup Keceriaan Pagi

Teks   : Monalita Mansor
Gambar : daripada koleksi blog INSPIRASI WANARIAHAMIZA


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Hari ini, Jumaat hari Tasyrik akhir untuk Zulhijjah tahun ini.  Pagi ini pagi yang indah.  Pagi yang ceria, meski tiada beburung menyanyi di atas pohon kecil berhampiran tingkap bilik, hati menyanyi-nyanyi riang.  Alhamdulillah, kesyukuran terus dipanjat atas semua kurniaan Maha Pencipta. 
 
Hari ini, saya mendapat seorang lagi kawan baru di blog.  Namanya Wan Muhammad Hanif bin Wan Abd Hamid.  Beliau adalah seorang penulis muda yang hebat.  InsyaAllah, saya yakin bakatnya yang terus bersinar sebagai cerpenis muda yang prolifik dan mempunyai gagasan tersendiri dalam berkarya.

Satu perkara yang buat saya terus berdiam di blognya ialah lagu latar serta 'heading' blog yang sangat menikam sukma.  Lagu tersebut memberikan inspirasi, ada unsur lagu Hindi yang menyebabkan saya terus teringatkan keinginan Preity Zinta dalam mimpinya untuk memiliki Salman Khan dalam filem Chori Chori Chupke Chupke. 

'Heading'nya sangat cantik dan terus 'bercerita' buat sesiapa yang ingin mendengar dan menikmati indahnya gambar tersebut.

Saya ingin menghabiskan hari dengan menikmati alunan lembut irama itu sambil meneliti manuskrip-manuskrip yang tertinggal di celahan waktu.

~~meskipun entri ini kedengarannya melankolik, ia masih sebahagian daripada entri alumni Akademi Bekerja Dari Rumah ya.  Bekerja dari Rumah, banyak cabaran, melawan sinis dan sindir dari pandangan yang menghinakan, entah cemburu entah apa.

Tapi, seperkara yang tidak diketahui mereka, sayalah suri rumahnya yang mampu menjana pendapatan sendiri tanpa perlu keluar rumah ataupun menghabiskan duit petrol.

Bagaimana?  PM saya Monalita Mansor untuk maklumat lanjut. ~~

Pendidikan Kesihatan, Reproduktif - Dogma atau Realiti

teks : monalita mansor

gambar : koleksi peribadi


SATURDAY, 24 NOVEMBER 2012

PKRS 1 : Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial,Kepentingan dan Implikasi


1.0       Pengenalan

Deklarasi Penghapusan Diskriminasi sudah dimajukan ke tangan PBB untuk diiktiraf.   Permintaan di dalam artikel 16 (a) di dalam deklarasi itu di antaranya mahukan masyarakat dunia mengiktiraf dan meluaskan definisi gender.  Iaitu mengiktiraf kehadiran LGBT atau Lesbian Gay, Biseksual dan Transgender sebagai gender selain gender azali yang ditetapkan agama iaitu lelaki dan perempuan.

Ia menggambarkan betapa bercelarunya dunia dengan pengertian reproduktif dan sosial itu sendiri dan perkembangan ini harus disekat di peringkat awal lagi.  Langkah memperkenalkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (selepas ini disebut PKRS) sebagai  subjek khusus adalah tepat pada masanya berasaskan kebimbangan ini.


Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dijadikan mata pelajaran tunggal pada November 2011 setelah menumpang mata pelajaran Pendidikan Kesihatan sebelum ini.  Dengan penambahbaikan modul sedia ada dan ia digerakkan sebagai proses pembelajaran yang berterusan bertujuan membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni terhadap diri sendiri, masyarakat dan persekitaran.

PKRS bukan semata-mata pendidikan seks melulu sahaja seperti tanggapan beberapa pihak.  Ia merangkumi pengetahuan dari cabang biological, sosiobudaya dan kerohanian ke arah tatacara hidup yang sihat untuk membentuk individu-individu yang sihat secara total dan memenuhi matlamat Kurikulum Pendidikan Kesihatan itu sendiri.

Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada tiga aspek utama termasuk PKSR sendiri.  Ia adalah:-

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial           75 %
Pemakanan                                                                15 %
Pertolongan Cemas                                                    10%


Kuruikulum Pendidikan Kesihatan pula disusun agar bersesuaian dengan ciri-ciri dan keperluan murid berasaskan tiga modul utama:-

1.1.      Modul 1           : Kesihatan Fizikal

Tumpuan terhadap ciri-ciri perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.  Keutamaan adalah terdapat kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan-bahan terlarang.

1.2.      Modul 2           : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial

Modul kedua ini memfokuskan terhadap perkembangan emosi, mental dan sosial serta keboleh mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan.  Tumpuan diberikan terhadap kemahiran pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan dan keintiman sesama manusia.

1.3.      Modul 3           : Kesihatan Persekitaran

Keselamatan persekitaran menumpukan kepada pencegahan penyakit, keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.

2.0.      Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dalam Kurikulum Kesihatan

2.1.      Membentuk pandangan positif terhadap kesihatan reproduktif diri, keluarga dan masyarakat.  Ia dapat meningkatkan kesedaran di dalam masyarakat supaya tidak menganggap pengetahuan reproduktif sebagai sesuatu yang lucah, tabu dan tidak boleh dibicarakan secara terbuka. Murid-murid juga dapat mengecam perbezaan antara alat seksual di antara dua gender yang berbeza.

2.2.      Memberi maklumat tepat tentang kepentingan memelihara integriti kekeluargaan secara berkekalan.  Institusi keluarga tradisional yang mengandungi ibu (perempuan), bapa (lelaki) dan anak (lelaki atau perempuan) adalah pengetahuan reproduktif diri yang paling asas dan murid-murid harus menyedari ia harus berterusan.  Ia menegaskan kepentingan insitusi perkahwinan dan tanggungjawab ahli keluarga sekaligus menzahirkan emosi dan pengurusannya terhadap tuhan, diri, ibubapa, keluarga dan masyarakat.

2.3.      Mendidik murid-murid tentang kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab terhadap tingkahlaku seksual pada masa kini dan masa depan.  Ia termasuklah kemahiran menguruskan kemahiran interaksi sosial dan interpersonal.  Bijak mengawal perasaan mengikut situasi dan mengurus emosi secara bijaksana.

Pentingnya PKRS ialah memberi pengetahuan tentang penjagaan kesihatan secara total dan menolak amalan gaya hidup tidak sihat.  Pengetahuan mengenai keselamatan daripada sudut pencegahan penyakit dan keselamatan sosial bagi kanak-kanak, gadis dan wanita.  Murid-murid juga memperolehi pengetahuan meminta bantuan pada tempat yang betul ketika berlaku situasi yang tak terjangka.

bersambung di PKRS 2

Bengkel Penulisan anjuran Grup Mari Menulis

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Grup Mari Menulis

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Berburu ke padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Meneruskan perjuangan dalam bidang penulisan, saya dan rakan-rakan seangkatan, Asmah Hashim, Aiza Zizan, Ayahanda Chik, Aimee Nour, AD Rahman dan Nurhayyu Fitrah sebagai admin grup Mari Menulis mempersilakan anda semua yang membaca menyertai bengkel tersebut sebagai menambah koleksi ilmu dan pengalaman peribadi di dalam bidang penulisan.

Bengkel akan berlangsung selama sehari pada 23 November 2013 dan akan dipenuhi dengan pengisian ilmu bermanfaat buat panduan anda sebagai penulis bervisi dan bermatlamat untuk meninggikan lagi martabat dan kualiti penulisan karya kreatif tanah air.

Sekiranya anda berminat, anda boleh terus ke grup Mari Menulis atau pm sahaja nama-nama di atas untuk pendaftaran.

Pembayaran boleh dibuat selepas anda mengisi borang ini.


Oh ya, kita juga boleh bertemu empat mata di sini untuk berbincang tentang kelas Asas Blog yang masih dibuka sehingga ke hari ini.

Thursday 17 October 2013

Cerpen Rautan Takdir di majalah Seri Dewi dan Keluarga

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : kredit utk Pn. Dima Mazlina Abu Bakar

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Petang nan damai, di penghujung hari Tasyrik, saya menerima berita gembira.  Alhamdulillah, cerpen Rautan Takdir yang saya tulis dan hantar selepas Aidil Fitri, tersiar dengan manisnya di majalah Seri Dewi dan Keluarga, November 2013.

Terima kasih Allah.  Ini kurniaan rezeki untuk saya, menguatkan hati dan minda untuk terus berjuang di dalam dunia yang indah, yang sangat saya cintai ini.  Sebenarnya, sepanjang hari ini hati agak rusuh memikirkan sesuatu, namun rupa-rupanya, Allah rawat kerusuhan ini dengan berita gembira.

Ini cerita cinta tak kesampaian, sampai ke sudah.  Namun, saya mencipta cerpen ini berasaskan hadis nabi bahawa, tiada orang tua di syurga nanti.

Jemputlah baca di majalah Seri Dewi dan Keluarga.  Terima kasih untuk tim SDK secara keseluruhannya.

Kelas Asas Blog dan Penulisan sebenarnya sebuah platform yang baik untuk anda berkarya secara kreatif.  Kerana asasnya menulis itu adalah rentetan perjalanan sebuah proses.  Di dalam kelas, anda belajar memahami proses menulis.

Hubungi saya untuk masuk kelas. 

Tip Menulis Santai dan Permai Gaya Cik Mon 8

Teks : monalita mansor 

gambar : carian google

daripada monazman.blogspot.com ditulis pada SUNDAY, 3 FEBRUARY 2013




Nota : tips ni tak ada kena mengena dengan kedatangan Psy ke Malaysia sempena CNY ya...

Sebenarnya, Che’ yang rasa topik ni berat, macam tak terdaya kaki menyeretnya sebab tu Che’ berhenti kelmarin.  Semalam, Che’ berehat seketika,  masih menilai-nilai amal, menginsafi kepulangan sepupu suami Che’ yang kembali ke rahmatullah semalam.  Dipinjamkan Allah selama 18 tahun.  Che’ masih bernyawa sampai saat ini, berapa banyak pula dosa yang Che’ buat setiap hari.  Che’ takut dengan seksa kubur.

Dilanjutkan dengan topik watak dan perwatakan, Che’ rasa kalau Che’ ambil PMR tahun ni, dengan teks kajian KOMSAS tu, pasti, dengan yakin Che’ tak boleh lulus.  Rasanya banyak lagi rahsia dalam teknik-teknik penulisan yang Che’ belum baca.  Nanti Che’ gagau-gagau mana-mana library lagi, cari buku dan kita kongsi kat sini ya...

Sahabat dan kerabat yang Che’ sayang...

Selanjutnya Pak Othman Puteh menegaskan bahawa pengarang yang BIJAKSANA adalah pengarang yang:
-  
        Bertindak mengawal minda pembaca untuk ‘lekat’ dengan karyanya.

-          Berusaha sehabis baik untuk khalayak sentiasa ingin tahu apa berlaku pada watak-wataknya.

Tetapi,

Untuk mengawal orang lain, kita perlu kawal diri (penulis) dahulu.    Jumaat, dalam Tanyalah Ustazah, Ustazah Asni Mansor berkata, kita memang tak boleh ubah orang untuk cintai/sukakan kita, tapi kita boleh ubah diri kita untuk dicintai.  Sebaiknya kita, untuk menjadi penulis, sentiasa menjaga aura positif kita.  Pastikan ia sentiasa melebihi aura negatif.  Aura positif tu apa?
SENYUM. Senyum dulu dalam masa sebulan ni.  bulan depan cuba tengok apa yang berlaku.  Lepas tu komen kat bawah ya.

Sambung...

                Sebagai penulis, kita harus terlibat sama dengan watak.  Berlaku jujurlah dengannya.  Contoh: jika anda jaki jipang tahap jin toncit dengan Shah Rukh Khan, tapi kerana khalayak pembaca sukakan dia, andapun menulis.  Anda paksakan diri anda tentang dia, watak protagonis pula tu.  Che’ pasti 200% tak sampai 100 muka surat, karya anda akan ‘putus’

                Penulis perlu tahu serba sedikit psikologi manusia.  Mengenal setiap jenis ‘perasaan’ sama ada baik atau buruk.  Ilmu bantu itu sebenarnya ada dalam diri kita, juga orang-orang di sekitar kita.  ‘baca’ mereka,  ‘perasaan’ mereka melalui aksi, respon dan perkataan mereka. 

                Watak-watak di dalam karya juga harus berubah.  Ingat, karya kreatif ialah berkenaan kemanusiaan.  Hakikat penciptaan manusia itu sendiri ialah tiada ketetapan.  Boleh berubah-ubah.  Bagaimanapun,jangan ubah watak tergesa-gesa!

Contoh : Ombak Rindu

AA tetiba aje jadi baik.  Sayangkan MK tanpa sebab walhal semalam dialah manusia paling dingin dan keras macam ais di Alaska.  Alih-alih hari ni, tak ada ribut, tak ada tsunami dia berubah.  Penulis tak memberitahu walaupun bagi hint kenapa AA berubah.  Best tak cerita macam tu?  Best, tapi tak mendebarkan! (Apa nama watak AA dlm Ombak Rindu?)

Dr. Othman Puteh (1992:34)  seterusnya mengungkap bahawa penulis harus memaparkan watak secara wajar. 

Paparan 

Watak fizikal – suara gaya, fizikal dan penampilan  (barang harus diingat, dalam sastera hasanah, pemaparan watak-watak ini adalah tugas watak sendiri, bukan tugas penulis)

Semakin lama, semakin mendalam pemaparan tentang perasaan dalam watak.  Menyoroti istilah tak kenal maka tak cinta.  Semakin kita mengenal watak itu, semakin dalam yang kita ingin tahu tentang dirinya. 

Dr Othman Puteh (1992:34) berkata “sewaktu anda melukiskan watak, berilah kesempatan watak-watak itu bergerak, beraksi sendiri.  Justeru itu, dedahkan (show) watak-watak itu kepada pembaca dan elakkan dari menjelaskannya (tell).  Dengan kata lain, dalam cerita anda itu, tunjukkan sahaja kepada pembaca anda,  jangan beritahu atau jelaskan watak itu kepada pembaca. Inilah dikatakan dramatizing.  Untuk memungkinkan hal ini, pengarang haruslah tidak campur tangan, tidak memberi komentar, dan yakinlah pada watak-watak itu”

Inilah juga kelemahan Che’ yang cuba Che’ perbaiki ketika menulis :- sibuk nak campur tangan dalam konflik dan watak dengan memberi pendapat.

  Contoh memberi pendapat :  Hana memandang wajah adiknya.  Mungkin merasakan adiknya tidak memberikan perhatian, dia menjerit ... perkataan mungkin merasakan adalah campur tangan penulis, pada pendapat Che’.  Sebab, penulis sudah memberitahu pembaca.  Padahal hal itu boleh diberitahu oleh watak sendiri.

Akhir kata, untuk lahir sebagai penulis, diri perlu akrab dengan pelbagai pengetahuan seperti kemanusiaan dan alam yang menjadi nilai tambah yang cukup baik.  

Watak kita tidak boleh bergerak di dalam kekosongan dan latar juga akan kosong tanpa watak.  Di dalam novel-novel yang berjaya, watak yang teliti dan tuntas pemaparannya adalah kunci utama.  Maka penciptaan watak imaginasi yang logik adalah tulang belakang penciptaan karya. 


eh, kelas Asas blog untuk Oktober masih dibuka tau, ada tambah 1 lagi e-book percuma.  Di samping tu, e-book Asas blog akan diberi kepada anda terlebih dahulu untuk anda memahami dan mendapat gambaran bagaimana nak menjadikan blog anda blog terhangat. 

daftar dengan saya, Monalita Mansor  hari ini jugak.

Tip Menulis Santai dan Permai Gaya Cik Mon 7

FRIDAY, 1 FEBRUARY 2013

Tip Menulis Ala Koboi 6

Assalamualaikum,
Jumpa lagi.  Hari ini kita berbicara mengenai watak dan perwatakan.

Kriteria yang terpenting.  sebab tak pernah lagi che' baca karya kreatif yang tak berwatak.  tak semestinya manusia.  kadang-kadang haiwan dipersonifikasi dan diberikan 'perasaan' seperti manusia. 


Che’ Mon teruskan dengan membicarakan mengenai watak dan perwatakan. (elemen seterusnya kalau ikut buku sastera..
Dr Othman Puteh (1992:29) mendefinisikan watak adalah pelaku, nama atau dipermudahkan dengan persoalan siapa.  Individu ciptaan pengarang yang akan bergerak di dalam karya melalui plot dan dibantu oleh anyaman gaya bahasa beserta konflik-konfliknya.
Umumnya, dalam kebanyakan karya, penulis cenderung menggunakan watak manusia.  Tetapi ada juga watak-watak  bukan manusia yang dipersonifikasikan.  Karya-karya berbentuk satira, simbolik dan alegoris kebiasaannya berbentuk begitu.  Contoh mudah ialah Toy Story atau Transformers.

Che’ perturunkan beberapa istilah yang seorang penulis patut tahu atau pernah dengar setidak-tidaknya.

Protagonis

Watak utama/tumpuan  yang menggerakkan cerita.  Ia dikesan dengan kesungguhan penglibatannya yang dilukiskan oleh penulis.  Mungkin juga jarang muncul tetapi apabila muncul ia meninggalkan kesan.   Kadang-kadang kedudukan watak utama boleh dikesan dengan memerhatikan hubungannya dengan watak lain.  (sentiasa berkaitan dengan banyak watak lain)

Antagonis

Watak utama berlawanan dengan protagonis.  Fungsinya menjadikan karya lebih menarik dengan konflik-konflik yang ditimbulkan.

Watak sampingan

Penyokong watak utama sama ada antagonis ataupun protagonis.  Sangat penting untuk mengukuhkan watak utama dan mewarna cerita.
Ada juga pengarang bijak yang mempelbagaikan permainan watak dengan menaikkan watak sampingan dan menenggelamkan watak utama atau menyelang-nyelikan keutamaan watak.

Daripada ketiga-tiga pecahan tadi – subjek-subjek di bawah pula perlu ada untuk menguatkan watak

Watak bundar (bulat)

Watak 3 dimensi yang kompleks.  Hampir menyerupai manusia dengan sisi baik dan buruk.  Ia dipaparkan beransur-ansur sepanjang cerita.  Dr Othman Puteh (1992:31) mengungkapkan  “untuk menampilkan watak yang demikian, haruslah menyerlahkan konsistensi dalam perwatakan bagi memungkinkan munculnya keruwetan yang padu.”

Watak pipih (datar)

Watak bersifat statik  – kebolehubahannya terlalu tipis.   Ia digambarkan daripada satu aspek atau satu tanggungjawab tertentu sahaja.  Contoh watak ini adalah watak stereotaip ibu tiri atau ibu mertua.  Watak ini juga terdapat dalam cerita-cerita didaktis yang tidak memerlukan perkembangan watak. 

Melukis watak:

Hah!  Di sinilah dapat dibezakan manusia biasa dengan penulis.  Penulis atau pengarang boleh mengamati, melukis dan menyatakan berkenaan perwatakan manusia yang dilihatnya.  Malah kadang-kadang kerana keterbiasaan itu, ada penulis malahan boleh membaca gerak hati seseorang melalui perawakan ataupun tulisannya di facebook/twitter/blog dan yang sewaktu dengannya.  Jangan main-main.
Contoh:
Senaraikan watak-watak dan perwatakan yang boleh anda ekstrak daripada mereka-mereka yang tak berdosa ini... (siapa ni, che’ pun tak tahu)

Lalu berbalik kepada pemahaman manusia bernama penulis terhadap ketajaman pancaindera keenam mereka itu.  Juga tidak pula kepada teknik penulisan yang digunakan; yang telah diperolehi melalui pembacaan dan pengalaman.

Anda dinasihatkan tidak melukiskan watak manusia sebenar yang anda tahu secara terperinci.  Katakanlah anda minat gila dengan Aaron Aziz,  anda boleh menzahirkan mengenai apa sahaja mengenainya.  Hidungnya, matanya, mukanya, tapi setidak-tidaknya tinggalkanlah sedikit ruang untuk watak anda bebas menjadi dirinya dan bukannya Aaron Aziz.   Janganlah namanya pun anda letakkan Aaron Aziz.  Ini untuk mengelakkan implikasi undang-undang seandainya sesuatu yang berkaitannya berlaku.  Contohnya saman fitnah atau saman malu.

Ada baiknya kita mencipta sendiri watak-watak tersebut, diekstrak daripada beberapa orang manusia dan diberikan perangai, latar dan fizikal mengikut acuan kita.
Berat ke topik ni...
Kita rehat dulu....

sambil berehat tu, cuba anda fikirkan tentang PELUANG.  Peluang tidak selalunya datang.  Peluang menyertai kelas Asas blog dengan kadar yuran minima beserta dengan tawaran e-book percuma ini hanya untuk anda pada bulan Oktober ini.

Apa lagi...cepat hubungi saya : di facebook.  Nama saya : Monalita Mansor.  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung