Friday 6 September 2013

Bibik Terjun!

Al Fatih Ithqan drpd: www.facebook.com
Teks    : Monalita Mansor
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.
Effendy Ferdinandus drpd www.facebook.com

Dah namapun suri rumah kan, antara portfolionya jaga anak lah kan.  Anak bongsu saya Affan Bukhary sudahpun berumur 9 tahun.  Jadinya, alhamdulillah saya ada masa senggang sendiri kala mereka ke sekolah.
Bila omak (panggilan untuk mak mertua)  balik kampung, maka saya akan automatik menjadi bibik terjun!


Tapi penerjunan saya sebagai bibik tidaklah menjadi bibik sepenuhnya.  Cuma mandi, makan, buat susu lepas tu main dengan mereka.  Yang lain-lain tu, masih tanggungjawab saya sebab semuanya di rumah saya.

Omak mengasuh dua cucunya, Effendy dan Al Fatih.  Bila omak tak ada, sayalah ambil alih tugas mak.  Effendy dan Al Fatih ni sebaya.  Sebaya dengan tiga lagi cucu omak yang lain, Neyli Ellyani, Wafi Iskandar dan Airiel Haiqal.  Sepatutnya sebaya juga dengan almarhum anakanda saya Munira Zahra.  Tapi Munira meninggal dunia sejam selepas dilahirkan pada 11/02/2011.
Bujang Kocik Abah : Affan Bukhary

Kalau dah namanya budak-budak, memang kering tekak dibuatnya.  Tapi kedua-duanya memang keletah.  Cuma Al Fatih lebih sikit.  Cepat meniru, aktif dan pandai menarik perhatian orang lain.  Effendy lebih berhati-hati, tidak mesra dengan sembarangan orang, minum susu berganti-ganti botol.  Effendy juga pandai bermain bola menggunakan kaki kiri,mungkin bakat tersebut diwarisi daripada abangnya.

Kesemua anak saudara memanggil saya 'mak' dan suami 'abah'.  Jadinya mereka cepat mesra dengan kami.  Tapi kalau buat salah, saya marah sahaja.  Bagi saya sebagai bibik terjun pun, ada peranan kita untuk mendidik anak-anak ini.

Tinggal dengan saya, alhamdulillah.  Mereka memang patuh disiplin.  Tepat jam 10.00 pagi masing-masing ambil botol.  Toto yang saya bentang di ruang tamu menjadi tempat mendarat untuk melelap mata.  Saya bukakan lagu Ya Hanana sebagai pendodoi.  Ya, Ya Hanana memang wajib buat mereka berdua.  Terutama ketika korus "Allah!", bersemangat mereka menyebutnya.

Kebiasaannya mereka terjaga selepas 12.00 atau 1.00.  Maka saya ada sedikit masa untuk ke dapur.  Cuma ruang menulis agak terhad kerana saya tak boleh biarkan mereka lepas daripada pandangan mata saya.

Sebenar-benarnya, saya rindu untuk punya anak kecil.  Anak-anak kian membesar, Along sudahpun mencecah 15 tahun.  Melihat gambarnya ketika kecil merasakan terlalu cepat masa ber
masa untuk tidurrrrr.....
lalu.  Saya rasa jika anda mempunyai anak sebesar inipun, mungkin inilah yang anda rasa.  Malangnya selepas Affan, saya keguguran sebanyak empat kali.  Keguguran kali ketiga ketika usia kandungan enam bulan sangat mendatangkan kesan tapi alhamdulillah, Allah menggantikan dengan rezeki lain pula.  Siapalah kita untuk menilai baik dan buruknya pemberian-Nya.
Pusara Munira Zahra di sebalik pusara biru

Percaya atau tidak, yakin atau tidak, Janji-Nya itu memang benar.  Mungkin kamu merasakan sesuatu itu buruk bagimu tetapi Allah lebih mengetahui apa yang diberikan kepada hamba-Nya. 

Apa-apapun yang anda hadapi pada pagi Jumaat yang lapang dan damai ini, adukanlah pada DIA.  Yakin, dia Maha Mendengar dan sangat memahami apa yang patut untuk kita, BUKAN apa yang kita mahu.

Catatan Sambil Mendengar 'Ya Allah Biha', Habib Syech

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung