Saturday, 12 October 2013

Fonologi dan Fonetik

T

Teks : Monalita Mansor daripada monazman.blogspot.com

Gambar : Carian Google

 

Monday, 12 November 2012

Fonologi & Fonetik


Pengenalan
Penuturan, kalimat, ujaran adalah hasil daripada bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh alat artikulasi manusia.  Bahasa yang dihasilkan itu disebut bunyi bahasa.  Bahasa Melayu juga mempunyai sistem bunyinya sendiri.  Seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan yang tuntas untuk menguasai kemahiran menuturkannya dengan baik dan efektif.

Daripada Penalosa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008:87)  bahasa bertindak melalui dua bentuk.  Pertama melibatkan bunyi bahasa yang dihasilakan melalui alat ujaran manusia.  Kedua, merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna.
Kajian sistem bunyi bahasa ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Fonologi dan Fonetik.
1.0       Pengenalan Fonologi dan Fonetik
1.1       Secara ringkasnya, fonologi merupakan cabang linguistik deskriptif yang menjurus kepada kajian bunyi dan di dalam mulut oleh manusia dan terbahagi kepada dua:;
            1.1.1.   Fonetik
            1.1.2.   Fonemik
1.2..     Fungsi kajian ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu;
1.2.1.   Dari segi pendekatan keilmuan; untuk mencari kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi itu.
1.2.2.   Dari segi pendekatan kajian sebagai kemahiran; menggunakan data-data deskriptif daripada fonetik ilmiah bagi mempraktikkan pengenalan dan pengucapan bunyi ujaran itu.

2.0.      Definisi Fonologi
2.1.      Dipetik dari Kamus Dewan (1996 : 354) fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.
            2.2.      Kamus Linguistik Harimurthi Kirdalaksana  (1984:61) mentakrifkan fonologi adalah – “merupakan satu bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi bahasa mengikut fungsinya.”
            2.3.      Profesor Emeritius Abdullah Hassan pula mendefinisikan fonologi sebagai “mengkaji bunyi-bunyi berfungsi di dalam sesuatu bahasa itu.”  Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. (1993:40)
           
            2.4.      Menurut Indirawati Zahid dan Mandian Shah Omar fonologi merupakan “subdisiplin yang mengkaji bunyi bahasa iaitu, tentang fungsi perlakuan dan organisasi bunyi sahaja. Bunyi suatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut” (Rujukan daripada Buku Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu dan Buku Fonetik dan Fonologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)
            2.5.      Dengan itu bolehlah dirumuskan bahawa fonologi adalah ilmu kaji sistem bahasa bunyi yang mencakupi ciri-ciri bunyi,  sifat dan cara keluarnya melalui sarana yang ada dalam sistem bunyi manusia itu sendiri.
3.0.            Definisi Fonetik
3.1.            Menurut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or grouf of languages”. 
3.2.            Daripada Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary of Current English (1992:671) fonetik adalah “the study of speech sounds and their production”. 
            3.3.      Daripada kamus The World Book of Dictionary (1981:1566) mengatakan fonetik sebagai “the science dealing with sounds made in speech and the art of pronounciation ..concerned with the production of these speech sounds by the articulating organs of the speaker, the sound waves in which thye result, and the auditory effect they produce on the hearer”.
3.3.            Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) menjelaskan fonetik sebagai “the science that deals with pronunciation and the representation of the sounds of speech.”
3.4.            Prof Emiritus Abdullah Hassan di dalam bukunya Linguistik Am Untuk Guru Bahasa (1993:40) meringkaskan sebagai  “fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya.   Fonetik amnya adalah pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam bentuk bunyi
3.5.      Manakala di dalam Kamus Linguistik Harimurthi Kirdalaksana mendefinisikan fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa (1984: 51)
3.6.      Abdul Hamid Mahmood dan Nurfara Lo Abdullah (2007) fonetik adalah bunyi yang telah dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang digunakan dalam pertuturan. 
3.7.      Fonetik boleh disimpulkan sebagai kajian terhadap organ pertuturan dan sifat bunyi bahasa itu sendiri yang membawa makna dan difahami.  Ia berfungsi merumus, menghurai dan mengklasifikasikan bentuk bunyi dalam satu bahasa untuk menentukan peraturan dalam bentuk bunyi melalui tiga kaedah;;
            3.7.1.  Fonetik Artikulasi

Menurut Indirawati Zahid Dan Mardian Shah Omar, (Fonetik dan Fonologi : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu) “fonetik artikulasi ialah satu bidang yang mengkaji mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi untuk bertutur”. erujuk kepada bagaimana bunyi bahasa terhasil daripada mekanisme tubuh.  Bermula daripada udara => paru-paru => pita suara yang menghasilkan nada => rongga tekak, mulut, hidung  yang menghasilkan gema =>  ditambah dengan gangguan atau tambahan kepada alat artikulasi rongga mulut yang menghasilkan lantunan bunyi berbeza seperti letupan, letusan atau geseran.  Contoh-contoh alat artikulasi ialah lidah, gigi, lelangit dan sebagainya. (Lampiran 1)

                        3.7.2.   Fungsi Alat Artikulasi 

3.7.2.1.            Lidah

Lidah merupakan wadah artikulasi yang paling utama dan teraktif dalam proses pengeluaran bunyi bahasa. Ianya terbahagi kepada empat bahagian iaitu:-
3.7.2.1. (a) hujung lidah
            (b)  tengah lidah
(c)  hadapan lidah
(d)   belakang lidah.
Pengklasifikasian ini menjadikan lidah boleh membuat tafsiran untuk pelbagai jenis penghasilan bunyi.  Bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah berfungsi untuk mengeluarkan bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.
Hujung lidah pula adalah bahagian teraktif dan sangat fleksibel untuk digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat hadangan.

3.7.2.2.            Gigi 

Ia bertindak sebagai penghasil bunyi tak aktif.  Ia sentiasa digunakan sebagai penampan udara kerana posisinya yang statik.  Bagaimanapun, daripada penampan udara inilah bunyi dihasilkan

3.7.2.3.            Bibir 

   Terletak di bahagian luar rongga mulut, ia terbentuk daripada otot-otot kenyal yang boleh di dibundar dan dibhamparkan.  Fungsinya mengeluarkan bunyi yang pelbagai.  Sesuai dengan keududukannya sebagai sempadan paling luar daripada rongga mulut, ia berfungsi menjadi penghadang kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

3.7.2.4 . Gusi

   Gusi adalah bahagian kembung dan menurun dari gigi sehingga ke bahagian di dalam rongga mulut.  Alat artikulasi ini berfungsi sebagai zon sebutan dengan bantuan hujung lidah yang bertindak sebagai penyekat.
3.7.2.5. Lelangit 
Lelangit terbahagi kepada dua bahagian iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di sempadan gusi di bahagian hadapan rongga mulut.  Ia berfungsi seperti lif yang dapat diturunnaikkan untuk membuka atau menutup saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.  Apabila ia dinaikkan rongga mulut terbuka dan udara dikeluarkan melalui rongga mulut.  Apabila diturunkan, udara terpaksa keluar melalui rongga hidung kerana rongga mulut tertutup.
Lelangit lembut pula terbentang dari sempadan lelangit keras hingga ke bahagian akhir mulut. dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.  Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.
3.7.2.6.Rongga Hidung 
   Rongga hidung dipisahkan oleh lelangit dan terletak betul-betul di atas rongga mulut.  Ia boleh dibuka dan ditutup tertakluk kepada situasi sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

3.7.2.7. Pita Suara

   Ia berada di dalam ruang tenggorok (halkum) dan media penting dalam penghasilan bunyi.  Bunyi terhasil apabila berlaku proses memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis tersebut. (Lihat Lampiran 2)
3.7.3.      Fonetik Akustik
Ia adalah pemaparan sifat dan hakikat bunyi.  Ia bersifat fizikal apabila gelombang bunyi ujaran yang keluar dari pita suara.  Ia diukur menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop yang mengkaji nada, frekuensi dan amplitud.  Ia bersifat getaran apabila berhubungkait dengan pita suara iaitu kekerapan membuka dan menutup fungsi frekuensinya.
3.7.4        Fonetik Auditori
Lebih kepada aspek pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang terhasil.  Bagaimana cara bunyi ditanggap oleh telinga, menyalurkan maklumat ke otak dan memberi persepsi.  Ia melibatkan kajian bersifat mujarab (tidak dapat dirasa dan kabur) dan sangat kompleks.
4.0.      Matlamat Akhir
Matlamat akhir bidang kedua-dua ilmu ini ialah  mengenal, menentu dan mengklasifikasikan sistem bunyi atau mengenalpasti dan menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu untuk melahirkan sistem ejaan yang sistematik bagi Bahasa Melayu.

Pengenalan
Vokal ialah bunyi-bunyi yang bersuara.  Dihasilkan daripada proses udara dari paru-paru yang keluar secara berterusan dari rongga tekak dan rongga mulut sebebasnya tanpa sekatan.  Ciri-ciri utamanya ialah kelantangan dan kepanjangan yang melebihi bunyi konsonan.  Tiada bahasa yang tidak mempunyai vokal kerana vokal adalah penggerak utama bunyi di dalam suku kata.
Mengambil kira daripada definisi yang diberikan oleh beberapa tokoh bahasa dapatlah disimpulkan bahawa titik artikulasi dan titik artikulator adalah nadi utama di dalam penghasilan bunyi bahasa.  Proses pengeluaran bunyi bahasa yang sistematik adalah banyak.  Lidah dan bibir adalah elemen penting dalam melahirkan bunyi vokal.
1.0       Definisi Bunyi Vokal
1.1.      Menurut Prof. Dr Abdul Hamid Mahmmod (1998:31)  “Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan.  Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan.  Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi konsonan.
1.2.      Sementara menurut Harimurthi Kirdalaksana (1983:177) mendefinisikan vokal adalah “bunyi suara yang dihasilkan dengan getaran pita suara dan tanpa penyempitan dalam saluran suara di atas glottis.  Satuan fonologi yan diwujudkan dalam lafaz tanpa geseran adalah vocal”.            
1.3.      Di dalam bukunya ‘Outline of English Phonetics’, Danel Jones mengatakan “Vokal adalah bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi geseran (Arbak Othman 1983:54)
           
1.4.      Charles F. Hockett dalam buku ‘A Course in Modern Linguistic’ mendefinisikan vocal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguann pada arus udara. (Arbak Othman 1983:54)
1.5.      Kamus Dewan (1998 :1341) menggariskan vocal sebagai “vokal tulin, huruf hidup atau huruf saksi (a, e-taling, e-pepet, i, o, u)
2.0       Jenis-Jenis Bunyi
2.1.      Bunyi terbahagi kepada beberapa jenis seperti bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, bunyi bersuara dan bunyi tak bersuara.  Bunyi bahasa adalah bunyi yang terdapat di dalam semua bahasa yang ada di dunia ini dan berfungsi serta memberi makna di dalam pertuturan.
Bunyi bukan bahasa adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia tetapi masih belum dianggap sebagai bunyi yang memberi makna seperti bunyi orang berdehem, bunyi siulan, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa atau batuk.
Bunyi bersuara berlaku apabila getaran terhasil semasa udara keluar melalui pita suara dan pita suara berkedudukan agak rapat.  Bunyi tak bersuara terjadi apabila glotis berada di dalam keadaan renggang atau terluka.  Apabila dilalui udara, tidak berlaku getaran.

2.2.      Bunyi Vokal 

Bunyi vokal dihasilkan apabila  udara keluar daripada rongga mulut dengan bebas tanpa sekatan atau himpitan.  Ia juga dipengaruhi oleh  pengaruh lidah, situasi rongga mulut dan bentuk bibir.  Terdapat lapan jenis huruf vokal yang ada di dalam bahasa Melayu.    

2.2.1.   Figura Kedudukan Vokal-Vokal

 

2.2.2. Penghasilan Bunyi Vokal  

Vokal Depan Sempit   (i) 
Untuk menghasilkan bunyi vokal ini,, bahagian hadapan lidah  dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, dan bahagian hujungnya pula didekatkan pada gusi.
Rongga hidung ditutup dengan menggunakan lelangit lembut yang diangkat. Udara yang datang dari paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan.  Halangan, sekatan dan himpitan itu boleh menghasilkan geseran.  Pada masa yang sama bibir berada di dalam keadaan yang terhampat. 
Awal
Tengah
Akhir
Ikan
Bila
Tali
Ibu
Tiba
Padi
Vokal Depan Separuh Sempit  (e) 
Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin sehingga mencecah gusi.Rongga bibir berada di dalam keadaan terhampar.  
Awal
Tengah
Akhir
Enak
Teleng
Tauge
Elok
Leher
Tempe

 

Vokal Depan Separuh Luas atau lapang [ε].

Bagi menghasilkan vokal ini depan lidah direndahkan sepertiga dari kedudukannya yang asal bagi vokal ( e ). Posisi alat pertuturan adalah sama  seperti semasa mengeluarkan bunyi  vokal (i) dan (e). 
Awal
Tengah
Akhir
Esa
Belek
Tauge
Enak
Belok
Tempe
Vokal Depan Luas ( a) 
Bagi mengeluarkan bunyi vokal ini,  kedudukan hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berada di dalam keadaan terangkat rapat ke belakang tekak serta menutup rongga hidung.  Kedudukan alat pertuturan lain sama juga seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). 
Awal
Tengah
Akhir
Awan
Kadar
Siapa
Anak
Beras
Nama
Vokal Belakang Sempit (u) 
Bunyi vokal ini terhasil apabila belakang lidah diangkat setinggi mungkin tetapi tidak menghalang ruang aliran udara, manakala bibir dibundarkan.  
Awal
Tengah
Akhir
ubat
bulat
Batu
ular
sudu
Palu
Vokal Separuh Sempit ( o ) 
Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan yang paling rendah. Bibir pula berada di dalam keadaan bundar.
Awal
Tengah
Akhir
Orang
Tolong
Pidato
Otak
Bohong
Koko

 

Vokal Belakang Separuh Luas atau  lapang [כ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal ini, belakang lidah diturunkan sehingga 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir hendaklah dibundarkan.
Awal
Tengah
Akhir
Orang
Borong
Soto
Oleh
Bolot
Teko


Vokal Tengah   [ə]

Lidah diletakkan seperti biasa di lantai rongga mulut tetapi bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit dan rongga munlut berada di dalam keadaan sederhana luas.
Awal
Tengah
Akhir
Emak
Penat
Sosialisme
Empat
Tenat
Behaviurisme

3.0       Definisi Bunyi Konsonan
Bunyi Konsonan adalah bunyi selain daripada bunyi vokal.  Ia terjadi apabila berlaku gangguan atau halangan oleh alat artikluasi terhadap udara yang datang dari paru-paru.  Konsonan terbahagi kepada dua iaitu:
3.1.      Konsonan Bersuara
Terhasil ketika tekanan udara keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara
3.2.      Konsonan Tidak Bersuara
Konsonan yang dihasilkan oleh udara daripada paru-paru tidak menggetarkan pita suara.
3.3. Jenis-jenis Konsonan
Di dalam Bahasa Melayu cuma terdapat dua variasi konsonan iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.  Konsonan asli adalah konsonan sedia ada yang digunakan dan dituturkan oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang adaptasi oleh penutur.   Manakala konsonan pinjaman adalah konsonan yang telah diubahsuai dari perkataan pinjaman oleh penutur.  Jenis- jenis  konsonan di dalam Bahasa Melayu ialah:-
a)         Dua konsonan letupan dua bibir bersuara ( b ) dan tidak bersuara ( p ).
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [p]
Bunyi konsonan [b]
1.    a) Kedudukan dua bibir - dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.
2.    b) Kedudukan lelangit lembut -dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung
      c)  Pita suara - renggang.
4.    d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut TANPA  menggetarkan pita suara.
5.    e) Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta.
f) Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].
a)  Cara membunyikan sama seperti membunyikan konsonan [p]. yang berbeza ialah:
1.   b)  Pita suara – rapat
2.   c) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut DENGAN  mengetarkan pita suara.
3.   d) Bunyi  yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].
Contoh perkataan:
Huruf
Awal
Tengah
Akhir
Konsonan [p]
Palu
Lapik
Atap
Konsonan [b]
Batek
Rabun
Adab
   
b)         Dua konsonan letupan gusi tidak bersuara ( t ) dan konsonan letupan gusi bersuara ( d )
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [t]
Bunyi konsonan [d]
1.  a)   Kedudukan hujung lidah  -dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.
2.   b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.
3.    c) Pita suara - renggang.
4.    d) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut TANPA menggetarkan pita suara
m
5.    e) Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.
6.    f) Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].
a) Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:
1.    b) Pita suara - rapat.
2.    c) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut DENGAN  menggetarkan pita suara.
3.   d)Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].
Contoh perkataan:
Huruf
Awal
Tengah
Akhir
Konsonan [t]
Takut
Batas
Padat
Konsonan [d]
Dalam
Tanduk
Abad
c)         Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara ( g ) dan tidak bersuara   ( k )
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [k]
Bunyi konsonan [g]
1.  a) Kedudukan belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara .
2.    Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
b)  b)  Pita suara -renggang
4.   c)  Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut TANPA menggetarkan pita suara. d)    Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta.
6.    e)Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].
a)Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:
1.   b) Pita suara dirapatkan .
2.   c) Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut DENGAN mengetarkan pita suara.
3.   d) Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].
Contoh perkataan:
Huruf
Awal
Tengah
Akhir
Konsonan [k]
Kala
Makan
Tamak
Konsonan [g]
Garam
Pagar
Dialog
        .
d)          Satu konsonan hentian glotis. ( ? )
            Cara membunyikannya:
i.          Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung
ii.          Pita suara dirapatkan sepenuhnya
iii.         Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat di belakang rapatan pita suara.
iv.         Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara
Bunyi  yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan  berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Anak
Saat
Lemak
Ikan
Rakyat
Budak
e)         Dua konsonan letusan bersuara [Ĵ]  dan lelangit keras tidak bersuara [č]. 
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [č]
Bunyi konsonan [Ĵ]
1.    a) Kedudukan hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.
2.    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3.    b) Pita suara direnggangkan.
4.    c)Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut TANPA menggetarkan pita suara.
5.    d) Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.
6.    e) Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [č].
a) Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza ialah:
1.   b) Pita suara dirapatkan.
2.    c)Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut DENGAN menggetarkan pita suara.
3.    d)Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara [Ĵ]
Contoh perkataan:
Huruf
Awal
Tengah
Akhir
Konsonan [č]
Cara
Laci
Koc
Konsonan [Ĵ]
Jala
Kanji
Kolej
f).         Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s)
i.          Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
ii.          Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
iii.         Pita suara di renggangkan.
iv.         Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut TANPA menggetarkan pita suara
v.         Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].
Contoh perkataan:
Awal
Tengah
Akhir
Silap
Lasak
Pedas
Satu
Lesu
Lemas
g)          Satu konsonan getaran bersuara ( r ).   
i.          Hujung lidah dikenakan pada gusi.
ii.          Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
iii.         Pita suara dirapatkan.
iv.         Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak DENGAN menggetarkan pita suara
v.         Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Rapat
Tiram
Sabar
Rugi
Seram
Lebar
h)         Satu konsonan gusi bersuara [I]:
i.          Hujung lidah dikenakan pada gusi.
ii.          Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung  untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
iii.         Pita suara dirapatkan
iv.         Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut  dengan menggetarkan pita suara
v.         Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Lagu
Tilam
Tebal
Lipat
Kelam
Kekal
i)          Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:
i.          Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
ii.          Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
iii.         Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
iv.         Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
v..        Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Macam
Teman
Ketam
Murah
Lumba
Badam
Konsonan sengau gusi bersuara [n]
i.          Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
ii.          Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan l        aluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
iii.         Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
iv.          Arus udara dilepaskan perlahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Naga
Tanah
Taman
Nilam
Panah
Laman
            Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:
i.          Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
ii.          Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.
iii.         Pita suara dirapatkan dan digetarkan
iv.         Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
v.         Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut
dilepaskan pelahan-perlahan.
Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Ngilu
Bingka
Lalang
Ngeri
Rangkap
Tulang
Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [תּ ]. Cara membunyikannya:
i.          Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
ii.          Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan                                  laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung
iii.         Pita suara dirapatkan dan digetarkan
iv.         Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke
rongga hidung
v.         Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (תּ) seperti perkataan yang berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Nyaris
Banyak
-
Nyala
Senyap
-
j)          konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]:
i.          Bibir di bundarkan.
ii.          Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
iii.         Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung
iv.         Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
v.         Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Waris
Kawan
Takraw
Wajar
Lawan
-
k)         Satu konsonan separuh  keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:
i.          Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
ii.          Bibir di hamparkan.
Iii          Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.
iv.         Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan
untuk membunyikan vokal [j].
v.         Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara  [j]
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Yakin
Tayang
-
Yuran
Payah
-
3.4.      Penghasilan Konsonan
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah sebutan yang melibatkan alat-alat artikulasi seperti jadual di bawah
Daerah sebutan
Cara sebutan
bibir
Gigi-gusi
Lelangit keras
Lelangit lembut
Glottis
Letupan
P b
T d
-
K g
-
Letusan
-
-
C j
-
-
Sengau
M
N
(ny)
(ng) ŋ
-
Geseran
-
S
-
-
H
Getaran
-
R
-
-
-
Sisian
-
L
-
-
-
Separuh vokal
W
-
Y
-
-
Bagaimanapun, hanya sepuluh sahaja huruf konsonan terdapat dalam sistem bunyi konsonan Bahasa Melayu  pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak kedapatan pada akhir perkataan. Ia hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman.

Pengenalan
Pada 1972, Menteri Pelajaran Malaysia, Tun Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Mashuri telah menandatangani satu pernyataan bersama.  Peryataan bersama itu mengandungi kesepakatan untuk melaksanakan asas yang dipersetujui tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan.  Pada 16 Ogos 1972 termaktublah sistem ejaan Rumi di dalam isitilah Bahasa Melayu Malaysia iaitu sistem ejaan latin bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.  Ia juga dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB).
Perbezaan-perbezaan antara EYD dan ejaan sebelumnya adalah:
§                    'Tj' menjadi 'c':                       tjutji → cuci
§                    'Dj' menjadi 'j':                        djarak → jarak
§                    'J' menjadi 'y':                         sajang → sayang
§                    'Nj' menjadi 'ny':                      njamuk → nyamuk
§                    'Sj' menjadi 'sy':                       sjarat → syarat
§                    'Ch' menjadi 'kh':                      achir → akhir
  • awalan 'di-' dan kata depan 'di' dibezakan penulisannya. Kata depan 'di' pada contoh "di rumah", "di sawah", penulisannya dipisahkan dengan ruang, sementara 'di-' pada dikira, dibuat ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya.
1.0.      Keselarasan  Vokal
Pengertian Keselarasan Vokal daripada Zaaba (1961) ialah kesesuaian dua vokal yang membetuk dua suku kata pada kata dasar.  Pasangan itu adalah:-
1.1.      Huruf vokal pada suka kata pra akhir
1.2.      Huruf vokal pada suku kata pra akhir tertutup
Siti Hajar Abdul Aziz, PHD (2008)  menakrifkan prinsip keselarasan vokal ialah:
1.3.      Berlaku di antara dua huruf vokal pada kata dasar imbuhan tidak mempengaruhinya :
Ke-bo-le-han; ke-cen-derung-an
1.4.      Kata dasar diakhiri dengan suka kata terutup
1.5.      Berlaku pada kata dasar yang mempunyai tiga suku kata atau lebih.  Prinsip ini diaplikasi Cuma pada suku kata terakhir iaitu pasangan suku kata pra akhir dengan suka kata tertutup:
Cen-de-rung
Di dalam Bahasa Malaysia, ada enam bunyi vokal.huruf-huruf yang melambangkannya ialah a, e, e,i, o, dan uHuruf e ditulis dua kali kerana huruf itu melambang dua bunyi vokal yang berlainan :
1.6.      e pepet : e seperti dalam perkataan e-mak
1.7.      e taling : e seperti dalam perkataan e-sok
2.0.            Prinsip  Hukum Keselarasan Vokal (KV)
Prinsip ini terpakai apabila "huruf vokal yang membentuk sesuatu sesuatu perkataan (yang berakhirkan suku kata tertutup) mestilah daripada pasangan yang telah ditetapkan"  Di dalam Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia terdapat 18 pasang huruf vokal yang telah ditetapkan.
Bil
Pola keselarasan
Suku Kata Praakhir - Suku kata Tertutup
contoh
1
     a           -             a
Asah, balak, halaman
2
     a            -             i
Alih, balik, sumbangsih
3
     a            -             u
Asuh, datuk, lembayung
4
    e pepet   -             a
Emas, kelam, tembelang
5
    e pepet                i
Lebih, betik, sembelih
6
    e pepet   -             u
Telur, tempuh, temenggung
7
    e taling    -             a
Alak, dewan, belerang
8
    e taling          e taling
Leceh, gelek, selekeh
9
    e taling   -             o
Esok, telor, selekoh
10
     i             -             o
Ingat, kilang, selinap
11
     i             -             a
Intip, sisih, belimbing
12
     i                         u
Riuh, tidur, tembeliung
13
     o           -              a
Otak, borang, sekolah
14
     o                    e taling
Oleh, boleh, celoteh
15
     o           -              o
Obor, borong, kelompok
16
     u           -              a
Ubat, tumpang, ketupat
17
     u                        i
Usik, kuih, gerusih
18
     u                       u
Untuk, tunduk, tengkujuh
Daripada 18 pola itu, terdapat pula 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan lama.  Perubahan ini menggariskan bahawa huruf vokal i atau u digunakan pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal a,e pepet,i atau u seperti yang berikut:
Bil
Ejaan Lama
Ejaan Baru
Pola
Contoh
Pola
Contoh
1
a-e taling
Aleh
a-i
Alih
2
a-o
Batok
a-u
Batuk
3
e pepet-e taling
Lebeh
e-i
Lebih
4
e pepet-o
Tempoh
e-u
tempuh
5
i-e taling
Pileh
i-i
Pilih
6
i-o
Tidor
i-u
Tidur
7
u-e taling
Usek
u-i
usik
8
u-o
Untong
u-u
untung
Perkataan yang terlibat biasanya mempunyai huruf konsonan yang berakhir dengan h,k,ng dan r.
Bagaimanapun bagi pola yang statik seiring sistem ejaan lama, huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup digunakan jika suku kata praakhir menggunakan huruf vokal e taling atau o juga. Contoh:
Bil
Pola
Contoh Perkataan
1
e taling-e taling
leceh,gelek,teleng,selekeh
2
e taling-o
tempoh,belok,telor,selekoh
3
o-e taling
oleh,boleh,ponteng,celoteh
4
o-o
pokok,boron,kelompok,seloroh
3.0.      Kekecualian Keselarasan Vokal
Hukum keselarasan vokal dilaksanakan kepada perkataan daripada bahasa Melayu. Bagaimanapun kekecualian keselarasan vokal hanya melibatkan kata pinjaman daripada bahasa Jawa dan Inggeris.  Ramidah Hj Sabran (1985) berlaku pada kata asing pinjaman seperti Jawa/Nusantara dan Bahasa Inggeris.
Jadual di bawah menunjukkan kekecualian keselarasan vokal;-
Bil
POLA KESELARASAN
Suku Kata Praakhir   -   Suku kata Tertutup
KATA PINJAMAN
JAWA
KATA PINJAMAN
INGGERIS
1
     a           -       e taling
  aneh, kaget, pamer
 kabaret, panel
2
     a            -             o
  calon, lapor, perabot
 atom, faktor
3
    e pepet   -       e taling
  gembleng
4
    e pepet   -             o
  bendok, jempol
gabenor, interkom
5
     i             -        e taling
   imlek
simen, tiket
6
     i             -             o
ijon, pilon
diftong, transistor
7
     u           -         e taling
   tulen, ulet
 subjek, dokumen
8
     u                        o
   bunglon, lelucon
 kupon, konduktor
9
     a           -       e pepet
   pakem
 teater
10
     o            -       e taling
  
 hipotesis, objektif
11
     e taling   -             u
  
 petroleum, spektrum
12
     e pepet  -       e pepet
   demdem, pepet
13
      i            -        e pepet
   iseng
 artikel, filem
14
     o                        i
 fosil, hipokrit
15
     o           -              u
  
 bonus, forum
16
     u           -          e pepet
   lumer
 skuter
17
     e taling   -         e pepet
  
  meter
18
      o           -         e pepet
  oktober
4.0.   Kesimpulan
Pengetahuan mengenai ejaan dan keselarasan vokal harus dikuasai oleh pelajar dan penutur Bahasa Melayu untuk mengelakkan kesalahan tatabahasa yang akan merosakkan integriti Bahasa Melayu itu sendiri.
Para guru seharusnya menghafal kemahiran ini secara tuntas agar kefahaman penuh dapat disalurkan kepada para pelajar dan seterusnya memartabatkan Bahasa Melayu itu.

LAMPIRAN 1
Contoh-contoh alat artikulasi
               
1.
Bibir atas
11.
Tengah lidah
2.
Bibir bawah
12.
Belakang lidah
3.
Gigi atas
13.
Akar lidah
4.
Gigi bawah
14.
Epiglotis
5.
Gusi
15.
Pita suara
6.
Lelangit keras
16.
Rongga tekak
7.
Lelangit lembut
17.
Rongga Hidung
8.
Anak tekak
18.
Rongga mulut
9.
Hujung lidah
19.
Rahang
10.
Hadapan lidah
20.
Tenggorok

 


 Lampiran 2

Gambarajah Pita Suara


Bibliografi
www.tutor.com.my › STPM  Bahasa Melayu 

 

witra.blogspot.com

 

http://www.scribd.com/doc/44132491/Keselarasan-Vokal

 

http://amirgassi.blogspot.com/2010/09/sistem-keselarasan-vokal.html

                                                                                                        

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung