Teks : Monalita
Mansor
Gambar : Carian
Google
Assalamualaikum Dan Salam Kreatif, Bismillah.
Monolog dalaman
bermaksud watak/penutur bercakap sendiri DI DALAM HATI. Penerang dialog yang
digunakan untuk menerangkan perbuatan bercakap di dalam hati ialah, ‘getus hati,
kata hati, bisik hati, pujuk hati,’ dan perkataan lain tetapi mesti ada
perkataan ‘hati’ di belakangnya.
Contoh :
… aku sayangkan kau,’ bisik hatinya.
… aku sayangkan kau,’ bisik hatinya.
…Aku tak peduli.
Aku akan dapatkan juga!’ jerit hatinya.
Jika menggunakan
kurungan dialog pula, ia jadi begini:
… aku sayangkan
kau.’ Meriam berbisik sendiri sebelum memejamkan matanya.
…Aku tak peduli.
Aku akan dapatkan juga!’ Dia merenung gambar perkahwinan mereka di dinding
sambil hatinya menjerit, menanam azam.
Jadi apa perlu
kita gunakan perkataan ‘monolog’ kalau kosa kata kita kaya dengan
perkataan-perkataan yang menggambarkan perbuatan BERCAKAP SENDIRI?
Kosa kata yang
boleh digunakan untuk menggambarkan monolog dalaman ialah:
Pujuk + hati +
sendiri
Bisik + hati +
sendiri
Getus + hati
Kata + hati +
sendiri
Jerit + hati
Marah + hati
Tempik + hati +
sendiri
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D