Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Hari ini hari penting di dalam hayat penulisan saya. Pagi-pagi lagi suami saya menelefon dari tempat kerjanya. "Gambar awak dah keluar." beritahunya. Alhamdulillah. Daripada suaranya saya tahu dia girang.
Kemudian saya suruh Umar, anak ketiga saya membeli akhbar kompak Kosmo! dengan segera. Suami memang membelinya setiap hari, tetapi hari ini akan terdapat dua naskhah Kosmo! kerana saya perlu untuk menatap sendiri hasil temubual tempohari.
Terima kasih saya ucapkan kepada Nadia, wartawan Kosmo yang cantik manis itu atas siaran artikel di muka surat 26, dalam Varia, Kosmo2 hari ini. Ini bukanlah penanda aras riak, berlebihan lagi untuk menunjuk-nunjuk. Namun, bagi saya ia kepuasan peribadi untuk memangkas pandangan yang merasakan saya tidak serius dalam permainan hidup ini.
Tidak dapat tidak, apa yang saya perolehi ini bermula daripada sebongkah keyakinan yang dicampakkan oleh ABDR ke dalam hati. Bermula dengan zero, kini saya merasakan langkah saya semakin bermakna.
Alhamdulillah.
Anda masih boleh mendaftar untuk seminar penjenamaan diri oleh Nisa Nua yang bertempat di KL, Melaka dan Kelantan. Komen saya nak, di ruangan komen.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D