Selori kambing sedang menanti giliran |
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Eid Mubarak, Bismillah.
petugas menyembelih dan melapah mengambil tempat |
Hari ini hari raya. Ini tahun keempat aku dan keluarga beraya di PJ. Aura Aidil Adha di sini berbanding dengan kampung memang segar bugar. Tak tahulah kenapa. Aku memang suka. Tahun depan insya-Allah kalau diberikan kesempatan nak bawa mak dan ayah beraya kat sini.
'Abang kawasan' (bertopi) - Encik Wisel a.k.a Abang Taliban yang 'in-charge' bab kawal mengawal |
Bersempena dengan kenaikan minyak, maka aku menurunkanlah bajet untuk hari raya. Cuma masak rendang ayam masak lemak dan nasi impit yang aku himpit sendiri. Minta maaf, gambar tak ada. Dah selamat.
Seawal 8.15 pagi solat sunat Aidil Adha berlangsung di Masjid As-Salam. Lebih kurang 100-200 tapak dari rumah aku (bhahahaha...kalau tak rajin pergi masjid tu, tak tahulah) 10 ekor lembu korban sedang menanti dalam debaran, dan selori kambing sedang menunggu untuk diturunkan. Tapi, sabar, dengar khutbah dulu. Lembu dan kambing pun dengar khutbah, maka sesiapa yang 'ambil angin' kat luar masa khutbah tu lagi teruk daripada lembu dan kambing. Oh ya, ADUN Taman Medan, YB Haniza bt Talha turut sekali dalam solat sunat pagi ini.
Usai solat, balik ke rumah sekejap bersarapan dan encik suami terus ke masjid. Dia dapat 'job' jadi petugas aje, bukan penyembelih. Kalau suruh dia sembelih - tak berani aku nak tulis apa-apa kat sini. Aku melenggang, lambat sikit, bawa pisau untuk join geng memasak. Sampai-sampai aje, tinggal nak kacau acar jelantah, lalu berbuatlah aku akan sesuatu supaya nampak aku pun turut serta. Sendiri mahu ingatlah.
Untuk tahun ini satu perkara baru yang aku belajar ialah perut kitab dan perut tuala. Aku tengok sendiri proses membersihkan perut-perut tersebut daripada keadaan asalnya sampailah dah putih bersih macam kain lampin. Pergh! kalau suruh aku, tak tahulah apa jadi dengan perut tu. Makan memang sedap, tapi nak menyiapkannya dan main air sampai kecut tangan. Macam biasa, aku tak ambil gambar sebab sibuk - sibuk pegang getah paip.
Sekarang baru sahaja tutup api sup. Alhamdulillah, merasa nikmat daging korban. Semoga Allah memberi keberkatan dan rahmat kepada hamba Allah-hamba Allah yang berkorban wang ringgit untuk tujuan ini.
Oh, YM Raja Fairus bt Raja Mazlan, Ahli Majlis Tertinggi MPPJ Zon PJS1 turut hadir. Sempat bergambar - dalam fon dia. Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, YB Hee Loy Sian turut kelihatan. Berbaju merah, seragam dengan baju petugas. Tinggal lagi, beliau tak turun tangan aje.
Prosedur sistematik daripada pasukan penyembelihan sehinggalah ke proses masuk ke dalam plastik. Prosedur kritikal, pembahagian juga berjalan lancar, alhamdulillah |
Ada produk tapi nak meneroka pasaran online. Nak mulakan dengan blog dan fanpage?
Akademik Bekerja di Rumah menyediakan pakej bayaran mudah untuk anda. Tanya dulu. Nanti kami beritahu.
Selamat hari raya haji Cik Mona❤️❤️
ReplyDeleteBanyaknya kambing sampai satu Lori :):)
selamat hari raya haji buat kakak mon aka sifu...
ReplyDeletekat taman saya tak buat korban pun.taman baru tapi dapat gak sebungkus daging korban dekat rumah mentua sebab abang ipar buat korban.
Salam aidiladha kak. Meriahnya sambutan kt tempat akak.
ReplyDelete