Gambar : Monalita Mansor
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah. Salam Aidil Adha
Mengeteh, memang aktiviti aku
dengan ayah. Sejak zaman anak dara lagi. Dulu, tiap-tiap petang aku akan
siapkan secawan teh yang tak perlu ditarik dan kami sama-sama duduk minum. Tak
pun aku akan buatkan ayah secawan dan aku secawan. Aku bawa lari tengok tv.
Aku memang rapat dengan ayah. Ayah
yang ajar aku buat teh terbaik. Sukatan susu banyak mana, sukatan teh banyak
mana. Aku ingat lagi, petang hari pertama aku jadi menantu sulung keluarga
suami. Mak-mak saudara kami order ‘teh kaw’ untuk minum petang. Silap banyaklah
nak dera aku! Hihihi… Dah berbulu tapak tangan ni bancuh teh…
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D