Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://mtotot.facebook.com
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga
Tika Diana dan Al Fayed
terkaku dijemput Tuhan
memadu cinta tak kesampaian
kita mengimarah persada kasih
dengan ijab, qabul beralas taklik
di pagi hari lahir ke dua puluh tiga
menoleh ke samping
seorang lelaki bergelar suami
menguntum senyum mengucapkan kasih
kerana sudi menjadi suri
walau
hakikatnya inilah cinta terkemudian
bukan dalam lirikan pertama
enam belas tahun meraut getir
meneruskan sunnah
menyempurnakan sebahagian pegangan
kasih kian erat tidak tertiris
saat nyawa kian terasa mulai mengintai
mencari tanah abadi
SELAMAT PENGANTIN LAMA... SAYANG.
hahaha...
CATATAN : PERINDU BIDADARI SYURGA - PN AZMAN ABD AZIZ
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D