Sunday, 29 September 2013

Masa Berlalu

Teks   : Monalita Mansor

Gambar : Koleksi Persendirian

Ingat tak lagi dengan sepasang mata yang pernah jadi fenomena dunia fotografi satu ketika dulu. Ceritanya dalam majalah National Geographic yang dibeli Pak Long bertarikh April 2002


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Saya ini diibaratkan anak derhaka semalam.  Saya tinggalkan 'rumah' saya ini tanpa pesan semalam.  Bukanlah melarikan diri mengikut jejaka Lombok, jauh sekali merajuk, tetapi semalam rasanya adalah hari yang meletihkan.

Kebiasaannya, kami sekeluarga melakukan sesuatu tanpa dirancang.  Di saat-saat akhir Pak Long Sayang setuju untuk turut sama ke Jualan Buku @ But Kereta di Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.
Lebih kurang jam 9.30 pagi, kami bergerak.  Menikmati sarapan pagi dahulu di Restoran Mee Rebus Batu Gajah Pak Usup.

Beberapa jam selepas itu, 13 biji buah kereta disondol oleh sebuah Alza yang dipandu jiran yang tertekan minyak.  Gempar seketika di kawasan perumahan kami, tempat parkir kami yang kosong tadi dihuni kereta sepupu.  Akibatnya pintu bahagian penumpangnya kemek dihentam!
Kereta yang melanggar 13 biji kereta lain

Ketika tiba, acara baca puisi sedang berlangsung.  Spontan soalan daripada mulut Pak Long Sayang "kenapa kalau acara melibatkan buku dan sastera, tak ramai orang yang datang?"  

Saya hanya senyum.  Saya temui Hazayani Zakaria, rakan wartawan yang saya lihat mempunyai ramai kenalan di situ.  Saya ajukan soalan yang sama dan dia menyetujuinya.  Memang agak lengang suasananya tetapi ia menjadi lebih peribadi.

Buku, saya dan anak-anak, suami dan majalah, memang sinonim.  Tak boleh dipisahkan.  Saya yang kononnya berhemah menyimpan semangat untuk tidak berbelanja terpaksa akur dengan kehendak anak-anak.  Lebih-lebih lagi melihat Prof. Dr Siti Zainon Ismail sedang bersila di depan but keretanya.  
Tunggu Bonda Siti Zainon menandatangani bukunya, dalam tulisan Jawi

Lagilah datang semangat saya.  Saya masih ingat cerita almarhum Pak Othman Puteh mengenai bilik Prof Siti Zainon yang ketika itu menjadi pensyarah di UM.  Saya beli bukunya Jurai Palma dan dia minta saya mengulasnya.  Wah! bangganya saya.  

Di samping buku-buku terpakai, ada juga buku baru.  Contohnya buah tangan terbaru RAM, Magis.   
Saya akan bercerita lagi tentang acara ini di entri akan datang. 
Dapatan


Kelas Asas Blog masih terus dibuka walaupun pada cuti umum dan cuti hujung minggu.  Kenapa?  kerana ia adalah kelas online, tidak memerlukan kehadiran anda secara jasad.  Hanya perlukan gajet, masa yang fleksibel dan keinginan untuk menimba ilmu.

Sertai sekarang dengan menghubungi saya Monalita Mansor di facebook @ emel : monalitamansor@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung