Gambar: Koleksi Persendirian
UNTUK PEMBELIAN KLIK http://www.monalitamansor.com/ |
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga
Hari ini 1/10/2013, dengan merunduk syukur kepada Allah s.w.t dan puji-pujian terhadap junjungan kekasihnya, saya membuka hijab (semalam pun dah diketahui) memperkenalkan e-book Rautan Takdir, Kompilasi Cerpen-cerpen Selepas Pengapungan kepada anda.
Saya, penulis tua yang cuba mengorak langkah dalam dasawarsa digital menjejaki tapak guru-guru di Akademi Belajar Dari Rumah untuk menghasilkan sebuah e-book karya kreatif yang diharapkan memberi matra baru untuk pembacaan anda sekeliannya.
Mungkin, satu waktu nanti, anda akan melihat khalayak membaca menggunakan gajet dan bukan lagi buku.
Setiap 10% daripada pembelian e-book ini akan saya dermakan kepada sahabat saya, Rodiah Mohd Zin, suri rumah, untuk meringankan bebannya yang menghidap penyakit buah pinggang dan terkini komplikasi jantung. (entri berkenaan Rodiah boleh dibaca dalam Catatan Perjalanan Rentasan 4 Negeri (3))- Harga e-book ini hanya RM15.00.
Selagi hayatnya dan hayat kita ada, selagi keinginan untuk menjadi kaya ada, selagi itu marilah terus bersedekah dan berinfak. Saya memegang catatan seorang sahabat di status FB semalam. Kalau nak kaya, berinfaklah hari-hari. Kalau nak senang, bersedekahlah hari-hari. Tak perlu tunggu betul-betul kaya untuk bersedekah.
Pelik, tapi benar.
Kelas Asas Blog masih terus dibuka. Ruang pengiklanan juga masih terbuka untuk anda yang mahu mengiklan. Hubungi saya Monalita Mansor di facebook atau e-mel sahaja: monalitamansor@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D