Gambar: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.
Setiap jemaah diberikan satu juzuk seorang untuk dihabiskan. |
Sepulangnya kami dari Perpustakaan Negara, jam sudah menunjuk ke angka dua. Mak cik Yusni, jiran selang dua pintu saya sudah siap-siap mengangkat kain.
"Mak cik nak pergi dah ke?" tanya saya. Tanpa jawapan, dia mengangguk. Saya memang sudah berjanji dengannya malam tadi untuk sama-sama ke majlis bacaan Yassin dan Khatam Al Quran di blok sebelah.
Janjinya jam dua, dua setengah masih lagi menongkat tiang bendera, menunggu Mak Teh, bersiap. Inilah sahabat saya selain daripada jemaah masjid di sini. (maaf kalau ia berbunyi riak, nauzubillah ya) Tapi, hakikatnya saya ni introvert. Semasa bekerja dahulu, memang saya jenis 'tak campur orang'. Memang masuk senarai 'jiran yang sombong'
Ucapan ringkas dan aluan oleh AJK Biro Muslimat Masjid As Salam |
Muka saya memang sombong, saya akui. Muka pecah pintu, payah nak senyum. Payah nak memulakan kata-kata, dan mudah pula putus idea bila berbicara. Hairankan, seorang penulis boleh bersikap sebegitu. Tapi itulah saya.
Hari demi hari, saya berusaha memperbaiki diri, bak kata Prof Muhaya, kita adalah apa yang kita beri. Kalau kita nak orang senyum pada kita, kita senyum dulu pada orang. Kalau kita nak orang baik pada kita, kita yang kena buat baik pada orang.
Kalau jumpa wajah kat tengah tu di mana-mana tegurlah, sebab saya rabun jauh...haha |
Alhamdulillah, hari ini saya sudah dapat menyesuaikan diri, walaupun kawan-kawan saya berada dua takah di depan saya, peringkat mak-mak belaka, tapi saya gembira. Lalu, dengan langkah yang saya perlahankan menuruti mereka, kami ke blok bersebelahan untuk acara seterusnya sambil menikmati bakso. Hmmmm...sedap.
Semenjak menjadi pelajar Akademi Bekerja dari Rumah, keyakinan diri itu semakin bertambah. Jangan tak percaya, saya sudah berani menjual secara offline dan sudahpun mendapat untung yang pertama. Belajar di kelas online bukan bermakna untuk kedai online sahaja. Ilmu itu boleh dipelbagaikan sesukanya selagi difikirkan bermanfaat.
Ayuh, jangan berlengah, hubungi saya untuk daftar kelas di facebook : Monalita Mansor atau emel monalitamansor@gmail.com atau hubungi saya di Google +
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D