Gambar : Koleksi Persendirian
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.
Jumaat pagi, seperti biasa saya ke pasar basah berhampiran rumah. Membeli sedikit keperluan untuk tiga hari, setidak-tidaknya. Selesai membayar, secekak kangkung dimasukkan ke dalam plastik berisi barangan yang saya beli tadi.
Saya tidak bertanya kerana pelanggan sebelumnya sudah bertanya. Kata juruwang (anak tokey kedai) sekadar sedekah. Alhamdulillah, getus hati kecil saya.
Dalam perjalanan pulang, saya terus memikir nilai secekak kangkung. Katalah pada pagi Jumaat yang mulia itu, saya ada hanya beberapa ringgit dan sedang berbelah bahagi sama ada untuk membeli lauk ataupun sayur, secekak kangkung itu sangat bermakna.
Ya, apalah sangat nilainya bagi pekedai itu, seringgit pun tak sampai, tapi kesediaannya untuk bersedekah cara begitu sangat menyentuh hati saya. Patutlah kedainya tak putus-putus dikunjung orang. Dalam pada itu, saya berazam untuk menjadi seperti dia, sentiasa bersedekah, sentiasa memberi dengan apa yang termampu.
Selebihnya percaya dengan janji Allah. Semakin banyak kita memberi, semakin besar ruang rezeki. Bagaimana bentuk rezeki itu, terpulanglah kepada-Nya. Siapa kita untuk menentukan?
Kelas Asas Blog dan Fan Page untuk bisnes ini juga sesuai untuk semua. Bukan sahaja untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Tetapi juga untuk para sura rumahtangga atau sesiapa sahaja.
Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan. Apabila kemahiran sudah diperolehi, maka bertebaranlah anda untuk membina jaringan bisnes dan menimba ilmu di tempat lain juga.
Pendaftaran masih dibuka. Bertindak sekarang dengan menghubungi Monalita Mansor di facebook atau e-mel di monalitamansor@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D