Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga
Sering kita dimomokkan dengan trauma 'penjamin'. Apabila penghutang melarikan diri, maka penjaminlah yang terpaksa bermain kejar-kejar dengan pemiutang.
Mari kita lihat hak-hak penjamin yang sebenar seperti yang digariskan oleh Bank Negara Malaysia.
- Menerima satu salinan perjanjian sewa beli
- Menerima semua notis pembayaran yang dihantar oleh syarikat kewangan kepada peminjam/pemiutang. SEBAB ITU, adalah penting sekiranya kita menjadi penjamin memaklumkan kepada pihak badan kewangan mengenai pertukaran alamat atau informasi lain. Dengan itu, sebarang perbuatan curang oleh penghutang/peminjam (curang dalam erti kata enggan membayar) boleh dikesan lebih awal dan kita boleh bertindak segera.
- Dilepaskan daripada liabiliti (tanggungan) sebaik sahaja jumlah yang terhutang kepada syarikat kewangan dibayar sepenuhnya
- Mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam/penyewa/penghutang kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya membayar ansuran bulanan
- Menerima ganti rugi oleh peminjam/penyewa/penghutang terhadap tuntutan-tuntutan syarikat kewangan selepas anda melunaskan hutang kepada syarikat kewangan
Saya mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan cadangan untuk penambahbaikkan blog ini. Sebarang cadangan atau pendapat atau pertanyaan boleh diemelkan kepada: monalitamansor@gmail.com atau PM saya di facebook.
Sewaktu mula-mula mengikuti kelas Asas Blog dulu, tajuk ini diberikan kepada saya. Panduan Kewangan Untuk Suri Rumah. Termenung sekejap saya, ya saya memang bekerja di bank dulu, semua prosedur dan standard menyimpan yang betul pun saya tahu, tapi saya praktis mana yang perlu sahaja.
Apabila sudah lama menulis mengenai topik ini, hati sudah jatuh sayang, hingga merasakan saya patut berikan sesuatu yang bernilai kepada pembaca di luar khalayak perbankan. Pastikan anda tahu hak-hak anda.
Kalau anda ada produk tetapi tak tahu nak mulakan di mana, anda ada dua pilihan. Sama ada mengikuti kelas Asas Blog dan Penulisan Fan Page untuk bisnes, atau mendapatkan pakej pengiklanan kami. Tawaran hebat sehingga kami boleh siapkan blog dan fan page untuk anda.
emel saya untuk keterangan lanjut di monalitamansor@gmail.com atau PM Monalita Mansor
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D