1Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
1. Membaca – Tidak kisah apa bahan bacaan, waima
pembungkus tempe jika ia dapat memberikan ilmu, maka membacalah.
2.
Catatan – sentiasa membuat catatan, sama ada
menggunakan gajet atau secara manual.
Dato’ A Samad Said sentiasa membawa buku nota di dalam beg yang
dibawanya ke hulu ke hilir. Saya hanya
membawa sebuah gajet yang boleh mengambil gambar dan menulis sekaligus. Sangat bermanfaat.
3.
Bertanya – bertanya tak semestinya bertanya pada
manusia. Kemudahan ilmu dan maklumat
tersedia di hujung jari. Pertanyaan
boleh dibuat dengan menelusuri Google, Wikipedia atau membaca status-status
penulis terkemuka yang menjadi kawan atau yang anda ikuti di facebook, twitter
dan sebagainya.
4.
Menulis – menulislah walau sebaris ayat
sehari. Ini juga pendekatan yang
ditekankan di dalam mana-mana kelas menulis.
Menulis adalah proses mengasah.
Hari ini anda menulis perkataan ‘saya’, esok ‘ada’, lusa ‘kemahuan’,
tulat anda sudah menyiapkan satu ayat ‘saya ada kemahuan’ bukankah itu satu
proses?
5.
Jangan buang catatan pertama/awal. Sekalipun anda menyampah tahap tenuk betina
beranak sulung meroyan pada catatan itu, jangan dibuang. Biarkan sahaja. Datangi ia sebulan, atau setahun daripada
sekarang, anda akan menjumpai ‘sesuatu’ di situ.
6.
Sentiasa menyokong penulis lain. Novelis Haiza Najwa pernah mengingatkan, jika
tidak membacapun, cukup setakat ketikan ‘like’
kerana satu ketika nanti, anda juga memerlukan ‘like’ yang sama. Apabila anda terbaca kejayaan sahabat penulis
lain, ringankan jari untuk mengetik ‘like’ ataupun taipkan tahniah. Percayalah, dia sangat menghargainya dan dia
akan melakukan perkara yang sama untuk kejayaan anda.
7.
Terima kritikan, budayawan Siti Zainon Ismail
dikritik kerana menulis tidak berpandukan plot tetapi apa yang beliau
lakukan? Beliau masih berdiri sebaris
dengan penulis lain, masih berkarya.
Kritikan, sama ada dengan niat menjatuhkan atau menaikkan adalah hak
pengkritik sebagai imbalan kepada wang, masa dan ilmu yang mereka
keluarkan. Pengkritik boleh jadi sesiapa
sahaja, pembaca, sahabat baik, musuh tak berapa ketat, bekas cikgu kita, malah
orang awam juga.
8.
Mantapkan emosi. Jika anda Muslim sentiasa ingat bahawa apa
yang berlaku adalah di dalam pengetahuan Allah juga. Jika terguris dengan kritikan, serahkan rasa
susah hati itu pada Allah. Jika bukan
Muslim, gunakan pendekatan psikologi dengan memandang positif dan mengharapkan
sesuatu yang baik di sebalik apa yang berlaku.
9.
Tetapkan genre.
Jika anda berusia 40 tahun, tentulah selera anda tidak sama dengan anak
gadis berusia 20 tahun. Tetapkan genre
karya anda dan tentukan khalayak pembaca anda.
Dari situ, ilham akan bergerak dengan sendirinya setelah anda tahu
matlamat anda.
10.
Elakkan menulis tema yang klise. Sebagai contoh tema kahwin paksa. Anda tidak digalakkan meniru tema tersebut
tetapi jika anda mampu menggarap dengan teknik yang lebih bugar sehingga
pembaca terasa kelainannnya, tidak ada salahnya.
Saya memperolehi semua ini menerusi perjalanan yang panjang. Anda boleh memperolehinya tanpa melalui perjalanan sejauh perjalanan saya. Sertai kelas Asas Blog dan anda akan faham apa yang ingin saya sampaikan di atas sana.
PM saya untuk masuk kelas.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D