Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.
Bismillah.
Kadang-kadang kita gerun memikirkan kisah-kisah berdarah yang membabitkan penarik kereta dengan penyewa. Tetapi, benarkah penarik kereta seharusnya bertubuh kekar berpakej 6 pek, bertatu, dengan muka berparut sana sini, baju singlet dan berkaca mata hitam?
Sebenarnya, Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Mengenai Perlantikan dan Perilaku Penarik yang MESTI dipatuhi oleh para penarik dan sebagai perlindungan kepada penyewa.
- Perintah Penarikan dan kad kuasa yang diberikan oleh syarikat kewangan MESTI ditunjukkan
- Bilangan penarik hendaklah seminimum mungkin, kecuali keadaan yang memerlukan atau yang hendak ditarik itu excavator, bulldozer atau lori kontena
- Premis penyewa atau penghuni mestilah dimasuki dengan IZIN bukan dengan gaya samseng atau ah long meminta hutang
- Penarik hendaklah kelihatan profesional dan bertindak juga secara profesional (tak perlu sehingga bertuxedo bagai, tetapi biarlah sesuai dengan keterampilannya sebagai manusia)
- Penarik DILARANG bertindak secara keras dan kasar
- Penyewa mestilah diberi masa mencukupi untuk mengeluarkan barang-barang peribadi daripada kenderaan yang akan ditarik
- Selepas kenderaan ditarik, penarik hendaklah membuat laporan polis SERTA-MERTA dan membawa kenderaan tersebut ke tempat simpanan yang diarahkan oleh syarikat kewangan
**Sekiranya anda mendapati berlaku pelanggaran salah satu syarat di atas, aduan boleh dikemukakan kepada syarikat kewangan tersebut atau Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.
Apabila berblog, kita mengharapkan tulisan kita dibaca dan aliran trafik sentiasa mengalir deras bagaikan air terjun. Anda mungkin mempunyai blog malah lebih baik daripada blog saya yang tak semenggah ini. Tapi, bagaimana mahu menjadikan blog sentiasa dikunjungi?
Rahsianya ada di dalam kelas Asas Blog dan Penulisan. PM saya untuk berkongsi rahsianya sekarang. Monalita Mansor atau e-mel monalitamansor@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D