Friday, 4 October 2013

Asal Datang Seorang Monalita

Teks  :  Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Persendirian dan Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Semalam, waktu berborak-borak tentang mak cik Manja yang masih menangisi anak-anaknya, Pak Long Sayang tiba-tiba suruh saya telefon ayah.

"Jangan nak bercakap hal orang aje, tilik juga diri sendiri," katanya.

Sewaktu gagang telefon diangkat, saya dengar suara ayah perlahan.  Rupa-rupanya ayah demam.  Dah empat hari.  Malam tadi tu kira kritikal sikit sebab ayah tak makan apa-apa sejak siang.  Aduhai, sebaknya saya mendengarnya.  Nak buat macam mana ni.

Pak Long Sayang bagi isyarat, 'Sabtu kita balik kampung'.  Lalu saya khabarkan pada emak.  Ikut rancangan sebelum raya nak balik sebab nak buat korban di sini.

Pagi tadi, saya telefon, ayah dah sihat, alhamdulillah.  Dah boleh bawa motosikal ke pekan Mentakab.  Beli ubat, tapi ubatnya tercicir pulak! saya tepuk dahi.

Saya kira, ayah demam rindu.  Itu yang terbetik di dalam fikiran saya sekarang.  Dalam usia ayah sebegini, ayah tentu mahukan saya selalu dekat dengan ayah.  Saya anak manja ayah, dari kecil, tak pernah berenggang.  Pergi sekolah dengan ayah, tangkap ikan dengan ayah, sembahyang Jumaat dengan ayah, menebas dengan ayah.

Ayah tak ada anak lain.  Saya seorang, itupun anak angkat.  Ayah dengan emak ambil saya semasa dua hari saya dilahirkan.  Berbungkus dengan kain batik, kat belakang badan merah-merah kena gigit semut.  Ayah namakan saya MONALITA : mona tu nama saya, Li tu nama mak, Lijah (nama kad pengenalan : Khadijah) Ta tu nama ayah, Mokhtar (nama kad pengenalan : Mansor) opps jangan tanya kenapa saya dibintikan kepada ayah, terlalu rumit dan semoga Allah mengampunkan kami semua.  

Saya tahu saya anak angkat semasa berumur 15 tahun.  Dengar khabar angin, tapi langsung tak percaya.  Saya buat tak tahu aja.  Sampailah satu ketika emak marahkan saya dan terlepas cakap.  Hati berdebar tapi saya tetap buat tak tahu.

Kenapa?  macam mana saya nak percaya kalau ayah dan mak manjakan saya berlebih-lebihan.  Sampai dah kahwin, memasak pun tak reti! lagipun ada sekeping gambar lama mak sedang mengandung, lagilah saya tak percaya.  

Tapi, bila sampai masa saya nak kahwin, ayah dengan mak panggil, berjemban-jemban air mata mak bercerita hal yang sebenar.  Saya tak terkejut dengan perkhabaran saya sebagai anak angkat.  Tapi saya terkejut bila tahu hal-ehwal keluarga kandung saya.  Baru saya tahu, mak tak pernah memutuskan hubungan saya dengan keluarga kandung.  Selalu bawa saya jumpa nenek hanya tak beritahu status sebenar nenek saja. 
emak dengan ayah, (mak hilang penglihatan kekal sebelum sempat tengok muka Pak Long Sayang saya.)

Isu yang emak dan ayah timbulkan ialah bila saya dah kahwin, dah jumpa keluarga kandung, saya akan lupakan mereka.  Lepas kahwin, mak labelkan saya anak angkat.  Satu label yang sangat menyakitkan bagi saya.  Saya tak pernah anggap mak dengan ayah 'angkat-mengangkat'.  Bagi saya, merekalah mak dengan ayah saya dunia akhirat.  

Bila dah berkahwin, dah beranak-pinak, lagilah naluri keibuan semakin kuat, semakin saya faham perasaan emak.  Dulu saya salahkan emak dan ayah kandung, tapi sekarang, saya redha.  Saya tidak berada di tempat mereka dan saya tidak tahu apa masalah mereka. Saya bukan anak luar nikah ya, surat nikah mereka ada di tangan saya, tulen!
 dari kiri ke kanan, mak sedara angkat, We yg sangat saya sayang
Kak Ngah saya, jumpa semasa mencari wali
mak sedara, Mak cik Ani juga ditemui semasa mencari wali

Moralnya, susah nak tulis.  Anda nilailah sendiri.  

Mungkin anda merasakan tidak wajar saya membuka pekung di dada.  Ini bukan pekung, ini kebahagiaan saya, yang bukan semua orang merasainya.

Kelas Asas Blog masih berjalan seperti biasa.   Biarpun Oktober sudah menjengah.  PM Monalita Mansor untuk masuk kelas. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung