Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://mieadham86.blogspot.com/
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Secara umumnya setiap penulis melalui proses kreatif menghasilkan karya dalam konteks yang sama iaitu menulis. Namun begitu, apa yang membezakan hasil sama ada ia berkualiti atau tidak adalah takah-takah yang dilalui semasa menghasilkan karya tersebut.
Gini, sama macam kak Melah naik tangga, kak Tipah naik lif. Kak Melah naik tangga, lambat sampai, tapi sampai kat atas, kak Melah dah kurus sikit. Kak Tipah naik lif, memang cepat sampai, tapi Kak Tipah tak sempat nak bersenam bagai, nanti lif 'jammed' pulak.
Berkenalan dengan Cikgu Helmi Ahmad, cerpenis prolifik yang mula saya kenali melalui cerpen tentang kuih dangai di dalam majalah Wanita. Setakat ini, dah berkoyan-koyan cerpen ditulisnya dan banyak juga yang memenangi anugerah. Apa kata kita baca sikit proses beliau menghasilkan cerpen Bunga Telur Kenduri Kahwin sehingga boleh mencuit hati juri Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobile (HSKU) 2011.
Kegigihan cikgu muda ini menulis boleh dijadikan inspirasi tak kiralah kita penulis atau tidak. Beliau seorang guru (tahu ajelah cikgu, bukan macam cikgu dolu-dolu) beliau penulis dan mungkin juga sudah berkeluarga (dah kahwin ke belum, cikgu?) Dah tentulah istiqamah dan usaha membahagi masa tu menuntut pengorbanan, betul tak?
Oh ya, anda boleh mengunjungi Cikgu Helmi di blog Tetamu Istimewa dan boleh dapatkan kumpulan cerpen Tetamu Istimewa, karya beliau.
Nak menyertai kami di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif? Pelajar tak ramai pada satu-satu masa dan kita kongsi ilmu secara online saja. Alumni kelas ialah:
Nak menyertai kami di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif? Pelajar tak ramai pada satu-satu masa dan kita kongsi ilmu secara online saja. Alumni kelas ialah:
Asmah Hashim, novelis Aku Turut Bahagia dan Tolong Cari Suami Aku.
Aiza Zizan, editor kanan dan novelis Cinta Azelea dan kompilasi Kapsul Nurani. Nurhidah Halun, penulis e-novel Terpaksa Dipaksa yang sedang hangat di Ilham Karangkraf.
Intan Yumerza dan Nur Dila yang sedang menanti kelahiran novelet mereka.
Intan Yumerza dan Nur Dila yang sedang menanti kelahiran novelet mereka.
bagus buku tetamu istimewa tu...banyak pengajaran yang disampaikan...gaya penulisannya juga menarik..sy cuba belajar dari situ jugak...selain daripada buku kabus rindu...winkkkk:D
ReplyDelete