![]() |
hubungi penulis jika anda belum memiliki novel ini. |
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Monalita Mansor
“SAYA
tak kira. Saya tak mahu terima apapun
alasan cikgu.” Wanita anggun yang baru
sahaja menanggalkan kaca mata hitam dengan perkataan CK di bingkainya itu
bersuara.
Dalam bahasa Inggeris dan dalam
loghat England Utara yang sangat pekat.
Puan Pengetua sedaya upaya bersangka baik. Membuang rasa meluatnya. Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi tidak
berapa empuk di dalam bilik Puan Salbiah itu.
Kipas dari sutera China yang dibelinya juga di negara paksi komunis itu
dikeluarkan. Biarpun kedinginan udara
dari pendingin hawa di atas kepala Puan Salbiah itu baru sahaja menyapanya.
“Sabar,
puan. Kes ini masih dalam siasatan. Saya sudahpun memanggil ibu bapa pelajar yang
menumbuk anak puan itu. Seboleh-bolehnya
kita tidak mahu melibatkan banyak pihak,”
Puan Pengetua yang sudah hampir pencen itu memberi penjelasan. Kisah Wafi Ikhmal ditumbuk Zaweeya kini
menjadi kisah gosip terhangat di dalam carta gosip sekolah.
Ada yang mengatakan cinta Wafi
ditolak. Ada juga yang mengatakan
sebaliknya. Ada juga versi masala dan
versi-versi yang telah ditokok tambah dengan jayanya. Baik Pengetua mahupun guru-guru lain,
siasatan masih diteruskan dengan menyoal kedua-dua mangsa dan pemangsa. Beserta saksi-saksinya sekali. Terutama sekali gadis pingitan yang berdua
itu. Ain dan Budiwati.
“Saya nak budak tu dibuang
sekolah. Kalau tak, saya akan sebarkan
pada media. Biar masyarakat di luar
tahu. Di dalam sekolah berprestij macam
ini pun, ada samseng. Perempuan pula
tu!” Gemerincing gelang emas wanita itu
ikut turun naik sebagaimana tangannya juga.
“Janganlah macam tu, puan. Perkara ini boleh diselesaikan tanpa
melibatkan pihak media. Saya berjanji
akan membuat siasatan seadil-adilnya.”
Kalut seketika Puan Salbiah yang berkaca mata itu dengan ugutan
sebegitu. Wanita di depannya melemparkan
senyum tipis dan sinis.
Penglibatan pihak media akan lebih
memanjangkan cerita. Mana lagi hendak
dijawab dengan media. Mana lagi hendak
menyediakan laporan untuk dihantar kepada pihak atasan. Semuanya nanti menuntut pengorbanan semua
pihak yang terlibat. Juga menuntut
pengorbanan daripada pelbagai segi.
Masa, ketenangan dan tidak dinafikan, sillaturrahmi.
“Saya nak jumpa budak perempuan
samseng tu! Biar saya ganyang dia!” Wanita berkurung moden dengan tudung warna
senada itu mengancam.
Puan Salbiah masih bermanis
muka. Di dalam hatinya mengutuk
juga. Berpakaian segah ini, buruk benar
rupanya kalau pergi memaki hamun orang.
Dengan budak-budak. Tidak
berpadanan umur langsung.
“Err.. maaf, puan. Sekarang ni proses Pembelajaran dan
Pengajaran sedang berlangsung. Saya tak
boleh izinkan. Mungkin kalau betul puan
nak bertemu dengan dia, selepas waktu sekolah.
Saya sudah pun menelefon ibu bapa pelajar tu. Sekejap lagi mereka sampai,” janji Puan
Salbiah.
Wajah Hidayati yang lembut dan suka
berjenaka itu menggambar di ruang mata. Ringan
tulang dan sering menyokong apa juga aktiviti-aktiviti di sekolah. Dapatkah wanita itu mendepani wanita berwajah
bersih tidak berseri yang agaknya dilahirkan di dalam dulang emas itu.
“Ya, elok juga. Saya nak bertemu dengan ibu bapa yang tak
pandai menjaga anak tu!”
“Macam mana cikgu boleh benarkan
pelajar macam tu..”
“Assalamualaikum…”
Promosi Bengkel Asas Akaun Secara Offline untuk Bulan September. Daftar RM350 untuk dua orang. Hubungi untuk maklumat lanjut. Tempat terhad.
WA/SMS : 011-19737269
Facebook : Monalita Mansor
WA/SMS : 011-19737269
Facebook : Monalita Mansor
Fan Page : Kafe CMV
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D