Wednesday, 24 September 2014

Macam-Macam Ada 32: 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis (Jeda dan Ekspresi)

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Apakah perbezaan menonton karya adaptasi novel dengan membaca novel itu sendiri? Tok sahlah cakap jalan cerita lari-lari anak atau lari-lari bapak. Itu memang dah tak boleh dielakkan. Sebab kadangkala penulis skrip terpaksa memanipulasi bahagian naratif (bahagian yang tak ada dialog) dan menjadikannya dialog untuk digambarkan di layar kaca. 

Perbezaan satu lagi (semasa menonton) ialah kita tidak perlukan kekuatan dalaman (inner strength) daripada segi menentukan hela nafas, apabila terpaksa berhenti pada tanda koma, berjeda pada tanda noktah, menjerit/memekik pada tanda seru, bertanya pada tanda soal dan sekali lagi berjeda pada elipsis (...) 


Bayangkanlah penulis menulis sesukanya. Ayat yang tidak sepatutnya ditanya diletak tanda tanya. Ayat yang sepatutnya dijeritkan marah diletak tanda noktah. Letih nyawa tak nak membacanya?




Makanya para penulis, selepas menjadi penulis, peram karya anda barang sehari dan bertransformasi menjadi pembaca dan baca semula dialog anda dengan ekspresi sekali.



Bayangkan dialog begini dengan tanda baca yang salah;



Hei Jebat? lebih baik kau turun kalau kau tak mahu turun kau tunggu aku datang kau bukan tak tahu jebat sudah berapa lama aku tunggu..."



pembuka kata tak ada. noktah tak ada. Koma tak ada. Kata seru menjadi tanda tanya. Terganggu tak mod bacaan?



Bukankah lebih manis dibaca begini :



"Hei Jebat! Lebih baik kau turun. Kalau kau tak mahu turun, kau tunggu aku datang. Kau bukan tak tahu Jebat...sudah berapa lama aku tunggu..."

Bayangkan dialog sedih anda tulis atau baca begini:


"Apa salah saya! apa salah saya! selama ini saya setia, pernahkah awak lihat saya menduakan awak...pernah tak awak nampak saya keluar dengan orang lain inikah balasan pengorbanan saya pada awak sampai hati awak." 




Kata seruan itu mungkin boleh digunakan tetapi harus dilihat pula pada kesesuaian watak. Jika wataknya lembut dan sedang menangis dan hanya menyoal, maka lebih baik diletakkan tanda soal.  Yang lain-lain tu, anda fikirkan sendiri di mana hendak diletakkan koma, noktah dan elipsis. 



Kalau nak baca enam harakat sekaligus pun boleh juga...



mengiklankan produk anda di hampir 800 blog rangkaian Akademi Bekerja di Rumah?
Alhamdulillah. Blog ini sahaja menjana trafik mencecah 300 pengunjung sehari. Bermula dengan yuran RM50.

WA : 011 19737269
Facebook : Monalita Mansor
Fan Page  : Kafe CMV
emel          : monalitamansor@gmail.com

2 comments:

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung