Friday 26 September 2014

Macam-Macam Ada 35 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis - Slanga dan Dialek

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Hari ni kome nak berceghita pase dialek. Nalar gune bahase standard hari ni, kome balik la ke pangkey jalan. Kome rasa tak lah payoh benor nak memaham bahasa Pahang ni weh. Mekala dok paham tu buat-buatlah paham nyak.


Menggunakan dialek dalam karya atau entri adalah lebih baik daripada menggunakan bahasa slanga. Sungguh. Secara peribadi saya sangat menggalakkannya. Tapi perlulah dilengkapkan dengan glosari. Slanga tu apa? 

Slanga tu bahasa harian yang tak ada dalam kamus dan tak diiktiraf dalam hukum tatabahasa. Nak aq bg cth ke beb? takyah la kot. korang pun boleh hadap kat fb. melambak tak hengat. 

Dialek tu apa? 

Dialek tu ialah bahasa harian orang tempatan (bukan  abang 'bang', abang 'myan' atau abang 'i') punya bahasa ya. Tak kisahlah datang dari Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. 

Abdul Hamid Mahmood (1990:217), memetik Mario Pei mentakrifkan dialek 

sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur 
dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan 
dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk bahasa baku, baik dari segi 
sebutan, tatabahasa ataupun penggunaan kata-kata tertentu. Kelainan tersebut tidaklah 
begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. 2
Dapatlah dikatakan bahawa dialek dituturkan oleh sekumpulan masyarakat 
dalam satu-satu kawasan untuk tujuan komunikasi dalam kehidupan seharian mereka. 

http://studentsrepo.um.edu.my/3408/2/BAB_1.pdf



Ingin menjana pendapatan sampingan bersama kami? Saya beritahu. 
Hubungi wahana talian di bawah.
Bersama kami di Akademi Bekerja di Rumah.

2 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih ustaz, dalam keterpaksaan terbelit lidoh, bace jugek...hihi

      Delete

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung